Tuesday, 5 May 2015

SUDAH WUJUD MINI DHAKA DI PASAR TAMAN SERI MUDA ... MANA PERGI ADUN SERI MUDA MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ALI??????????



SHAH ALAM –
Berkunjung ke dua buah pasar di Taman Seri Muda, Seksyen 25 boleh membuatkan pelanggan keliru memandangkan suasana dan persekitarannya tidak ubah seperti berada di Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Tinjauan Sinar Harian di pasar basah dan pasar terbuka Taman Seri Muda sangat mengejut kerana hampir 99 peratus peniaga di situ adalah warga asing, terutamanya dari Bangladesh.

Bukan setakat peniaga, malah pengunjung juga terdiri daripada orang luar.

Kebanyakannya membuka perniagaan menjual ayam, sayur malah turut mengusahakan premis gerai makanan juga pakaian.

Ternyata suasana ini menyebabkan peniaga dan pelanggan tempatan berasa tidak selesa.


Lesen disewa kepada warga asing

Seorang peniaga tempatan yang mengusahakan perniagaan santan dan cili boh, Rosman Ibrahim, 47, berkata, kebanjiran peniaga warga asing ini berleluasa sejak enam tahun kebelakangan ini.

“Dah 18 tahun saya berniaga di pasar basah ini, keadaan sekarang tidak sama seperti dahulu.

“Kebanyakan pemilik gerai lebih gemar memajak atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing untuk diusahakan,” katanya.

Menurut Rosman, warga tempatan bertindak mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga asing membuatkan suasana di pasar ini berubah wajah 100 peratus.

“Boleh dikatakan 99 peratus peniaga di sini warga asing manakala secara keseluruhannya cuma 20 peratus pemilik lesen berniaga, namun mereka masih menggaji warga asing sebagai pembantu.

“Pelanggan sering merungut, malah ada juga yang menyampah dengan situasi ini lantas memilih untuk berpindah keluar dari kawasan Seri Muda,” katanya.

Menurutnya, setiap kali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan serbuan dan ‘spot check’, pemilik lesen iaitu warga tempatan pasti akan mendapat maklumat awal, jadi mereka bergegas datang ke pasar dan berlagak seperti peniaga biasa.

Manakala seorang penjual buah, Eddy Mohd Nor, 30, berkata, peniaga warga asing ini turut menggugat perniagaan orang tempatan kerana mereka menjual dengan harga rendah.

“Tindakan pemilik lesen ali baba ini merencatkan periuk nasi peniaga tempatan,” katanya.

Sementara itu, sorang penduduk, Ridzal Hashim, 36, turut merungut kerana dakwanya, dia pernah memohon lesen untuk menjalankan perniagaan di situ, namun ditolak MBSA sedangkan peniaga warga asing bebas berniaga.


MBSA akan tarik balik lesen

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA tegas akan menarik balik lesen perniagaan dan menyenaraihitamkan peniaga yang memberikan pihak ketiga untuk menguruskan lot tapak mereka.

“Lesen yang dikeluarkan tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada pihak ketiga termasuk warga asing untuk menguruskan lot mereka.

“Perkara ini akan dipantau oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBSA, malah kami turut mengingatkan peniaga supaya tidak menyerahkan urusan perniagaan mereka kepada lain,” katanya.

Pendedahan oleh Sinar Harian ini jika benar adalah suatu perkara yang amat serius dan memerlukan tindakan pantas dan cuntas.

Jangan anggap isu ini remeh dan picisan tanpa perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh pihak berwajib terutamanya ADUN Seri Muda merangkap Setiausaha Politik Azmin Ali, YB Hj Shuhaimi Shafiei yang telah menjadi wakil rakyat bukan penggal pertama tetapi masuk penggal kedua. Malahan penggal kedua pun sudah masuk pertengahan penggal.

Nak katakan tidak tahu rasanya mustahil dan tidak masuk akal ... nak katakan tidak berupaya kerana tidak mempunyai kuasa dah jadi Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor .. nak katakan tiada masa mustahil sebab gaya bos bekerja 80% berada dibawah turun padang.

Jadi tiada alasan langsung untuk tidak bertindak dan bersifat pekak badak.

Isu ini wajar dijadikan KPI kepada ADUN Seri Muda yang dipilih rakyat sebagai wakil rakyat mereka.

Sungguh mengecewakan sekali akan prestasi ADUN Seri Muda setakat ini .. a real let down.

14 comments:

  1. Sri Muda tempat Xavier. Xavier ni orang PKR. Ezco plak tu. Wajar menolak DSWA. Kita take mau Permatang Pauh jadi Dhaka Pauh

    ReplyDelete
  2. Kajang pun srkarang Jadi Dhakajang. Sapa YB dia.....semestinya wan jijah

    ReplyDelete
  3. Takut juga Anak muda Pmtg Pauh lebih kenal Shahibodeen Fidrouz dari kenal Lee Chong wei. Kita tak nak generasi Muda Pmtg Pauh hari2 layan Banghra

    ReplyDelete
  4. Salah satu cara pemikiran macai yg kini tersemai di hati Omakkau aka..lidah geng keris telanjang...statement bangang lg otak ada letak lutut....apekebenda nak libatkan adun..poi ler serang MBSA tu.....dah takde point nak sindir2...so kena buat srupa mcm macai2 geng keris telanjang.....p/s..Bila nak tukar baju tu....Omakkau nampak berseri kalu pakai west chap keris telanjang.....heheheeee...

    ReplyDelete
  5. 1mei telah berlalu dengan kawanan binatang ternak sekali lagi berjaya dihimpunkan dijalanan... lalu apa yg dapat kepada mereka ? .. difitnahkan pada pelaksanaan GST merupakan satu kezaliman kepada rakyat .. tiadalah manusia yg sombong dan bodoh itu mengetahui betapa sistem percukaian SST telah berzaman menjadi lubuk emas kepada para penyeleweng cukai oleh para penguasa ekonomi .. nafsu mereka tidak akan puas sehinggalah pada tarikan nafas yg terakhir ...kenapa tiada dari para penguasa ekonomi yg sanggup turun kejalanan ? terutamanya dari bangsa cina ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawanan binatang? 11:43 ko tu binatang jenis babi lh gitu ...jgn marah ye ...hanya binatang yg kenal binatang ...lg2 mcm ko jenis babi ni terasing sikit sbb kotor dn busuk ...hai! dh nasib babi ...hahaha.

      Delete
    2. Ahaks...bro terlajak sudah dah kembali...lama menghilang mana pergi...apapun aku ucapkan selamat berkomen kembali...rindu gak kalo dah lama tak hadam pencerahan lu...walaupun tak seberapa jadilah...Sebab buat masa sekarang...komen lu je yg nampak ilmiah SIKIT...dari pengomen BN yg lain...so apapun aku ucapkan selamat kembali...

      Delete
  6. gerakan anti Nepostim berjalan dengan jayanya, kami berharap sangat pas bantu kami menghapus nepostim berada di dalam pkr dan dap itu, ahli lama dap benci nepotisma ada dalam dap itu, mari kita beramai2 kembalikan semangat Anti nepotisma berada pkr dengan tak undi pkr dan mengundi bebas jika tuah puan benci umno itu. Jika keluarga ds anwar kalah Dipematang pauh Ia menjadi pertujuk kepada dap parti berasas keluarga harus di hentikan terutama keluarga lim Dan keluarga kapal singh itu sekian lama mengamalkan nepotism dalam parti di malaysia. ia menjadi simbol amaran kepada dap dan pkr yg sekian lama mengamal nepotisma, jadi jangan ulang kesilapan sama pada masa hadapan
    Saya minta ahli pas dan pkr jangan undi wan azizah undi lah calon bebas kita bejuang untuk selamat parti di malaysia ini dari nepotism utara di mana mereka belajar dari korean utara


    Kembalikan pkr kelandasan sebenar




    Yg benar
    Justice for papa 1998

    ReplyDelete
  7. Punca isunya.....PATI.

    Kawal PATI ni kerja siapa sebenarnya. Siapa yang ada kuasa periksa dan tangkap? Dialah yang patut buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ini ia kenapa tak rampas apa warga asing meniaga ia. Jawapan mudah je majis perbandaran boleh cek lesen dan ic untuk memastikan lesen itu warga tempatan punya. Jika warga tempatan mereka hanya boleh saman je, jika warga asing meniaga mereka di beri hak untuk merampas harta itu. Lupa pesan majis pebandaran mana kuasa menahan warga asing macam polis dan jabatan imiregesen

      Itu pun nak di ajar pkr ini

      Delete
  8. masa BN pegang Selangor.... kebanyakan yg kerja kat badan2 kerajaan tu "siapa"?
    La ni PR pegang Selangor... kebanyakan yg kerja kat badan2 kerajaan sekarang ni "siapa" pula?
    "SIAPA-SIAPA TU ORG2 YG SAMA JG KE ATAU ORG2 YG BARU?" sbb masa PRK pegang Selangor x de lak dpt berita gempak-gempita bhw org2 yg kerja di semua badan2 kerajaan Selangor telah ditamatkan khidmat mrk secara besar2an.
    "SIAPA2 tu siapa yek?" Huhuhu... (sory BM kantoi mase PMR)

    ReplyDelete
  9. nampak nye kene lah ADUN sri muda tutup syarikat dia yg mengangkut puak bangla ni,,,pastu bgi kje kt bangla ni...kan gitu? ..ke....mangkok lain punye kje ngangkut bangla ni bawak kesini....pstu lambak kt tokey2 yg sumbat rasuah kt diorang...kne tnye mat maslan....

    ReplyDelete
  10. JANGAN NAK salahkan ADUN atau kerajaan negeri. Tak kira negeri bawah BN ke Atau bawah PR ke. Yang bawak sial dan masaalah dalam negeri ni ialah orang yang meluluskan kedatangan secara halal atau secara haram rakyat-rakyat asing. Dah timbul masalah pada oranag awam cuba nak alih perhatian. Semoga yang bertanggung jawab tu pun mati rentung juga. Amin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka datang untuk kerja bukan meniaga, mereka dah salah gunakan pas lawatan mereka dan pas perkerjaan mereka itu untuk meniaga, apakah itu salah kerajaan juga. Peniaga apek dap dan orang melayu pun bagi mereka sewa pada peniaga apakah ini salah kerajaan juga. Di england perkara sama berlaku serupa euro dan arab suadi perkara serupa berlaku masalah warga asing.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...