Wednesday, 30 September 2015

KEPADA SIAPA YANG MUDAH MUNTAH DILARANG KLIK VIDEO INI ..... SOAL JAWAB DENGAN ADIK KANDUNG AZMIN ALI

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG BN .... HARGA MINYAK PETROL RON97, RON95 DAN DIESEL NAIK 10 SEN SELITER SELEPAS TENGAH MALAM INI.


Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.


Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter

Harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter, lapor Oriental Daily.

VIDEO ... KEBIASAAN PENGADIL KELUARKAN KAD MERAH TETAPI YANG INI KELUARKAN PISTOL.



Seorang pengadil bola sepak di Brazil bakal menghadapi tindakan disiplin serius selepas bertindak mengeluarkan pistol ketika mengadili satu perlawanan liga amatur tempatan.

Pengadil tersebut, Gabriel Murta dikatakan diserang oleh pihak pengurusan pasukan pelawat, Amantes de Bola sebelum bertindak mengeluarkan pistol. Murta yang juga bekerja sebagai pegawai polis mendakwa telah ditendang dan ditampar oleh pengurus Amantes yang menuntut kad merah perlu dikenakan kepada pemain tuan rumah, Brumadinho.

Susulan itu, Murta bergegas ke bilik persalinan sebelum kembali ke padang dengan sepucuk pistol.



WARGA INDIA TAMPAR IMAM MASJID NEGARA MENGAKU SALAH DAN DIARAH MENJALANI PENILAIAN PSIKIATRI.



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret memerintahkan lelaki warga India yang ditahan selepas menampar seorang imam ketika solat Jumaat di hantar Hospital Bahagia .untuk menjalani penilaian psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Radziah Kamardin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 November.

Tertuduh, Shabir Ahmad Khan menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 323 dan 296 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan pada Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan menganggu perhimpunan keagamaan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959 kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Shabir mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Pada 18 September, tertuduh ditahan selepas menampar imam dan cuba mengalih alih mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara.

Siasatan awal mendapati, Shabir mendakwa dia mendengar ‘suara halus’ yang mengarahnya mengambil alih menjadi imam.

DEIG MELALUI PEGUAMNYA MAU SAMAN FAEKAH HUSIN ATAS TUDUHAN KONONNYA MEMFITNAH.




Mantan CEO MBI yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertugas sebagai Penyelaras parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang Cik Puan Faekah Husin telah menerima surat notis bertarikh 25hb September 2015 dari Tetuan Abu Bakar & Yong peguam dikatakan mewakili Menteri Besar Selangor (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan COO DEIG Soffan Affendi Aminuddin mengenai suatu artikel yang disiarkan oleh NST bertajuk " WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG" pada pandangan anak guam mereka sebagai kenyataan fitnah yang merosakkan reputasi dan nama baik yang terlibat.

Antara lain Faekah dituduh mencemarkan nama DEIG mengamalkan rasuah dan tidak amanah ... DEIG dituduh akan menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri Selangor .. DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui ... COO Soffan Affendi Aminuddin  sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah .....

Apakah benar sepertimana yang diperkatakan oleh peguam DEIG tersebut? ... Bukankah Faekah Husin hanya meminta Azmin dan DEIG memberikan jawapan dari pelbagai soalan yang di bangkitkan pada hemat beliau amat perlu diberikan penjelasan agar rakyat mendapatkan pencerahan demi kebenaran.

Faekah Husin ketika Omak Kau hubungi mengesahkan ada menerima surat tuntutan mohon maaf dari peguam MBI, DEIG dan Soffan Affendi Aminuddin dan menegaskan bertekad untuk tidak melayan kerenah dan permohonan peguam tersebut sebaliknya akan lawan di Mahkamah.

Bagi beliau ini tidak ubah suatu taktik mau menakut-nakut dirinya dan rakyat dari mendedahkan salah laku ataupun perkara-perkara yang perlu dari diketahui rakyat.

Sebagai berlaku adil Omak Kau perturunkan semula apa kah butiran artikel yang menyebabkan MBI, DEIG dan COO Soffan Affendi Aminuddin terasa yang diri mereka menjadi mangsa fitnah jahat Faekah Husin.




SELANGOR Menteri Besar Mohamed Azmin Ali has been called to explain the absence of top state government officials in the Darul Ehsan Investment Group (DEIG) company registration.

Although Azmin, state secretary Datuk Mohammed Khusrin Munawi and state financial officer Datuk Noordin Sulaiman were named members of DEIG's board of directors, a company search at the Companies Commission of Malaysia revealed that only two names were listed as directors.

The two were DEIG chief executive officer (CEO) Raja Shahreen Raja Othman and chief operating officer Soffan Affendi Aminuddin, while the other name was the company secretary, Chua Siew Chuan.

Former Menteri Besar Incorporated (MBI) chief executive officer Faekah Husin said the absence of top state officers in the company registration meant DEIG was no different from other companies owned by individuals.

"There was no mention that this is a company wholly-owned by the state government and there was no officer from the state government listed as a member of the board of directors.

"A top state officer or even the menteri besar must be named so that they can monitor the company, and be held accountable and answer any query.

"In this case, the chief executive officer and chief operating officer can do anything they want, and they do not need to explain and be accountable to the state. They are not even answerable to the menteri besar."

Faekah questioned Soffan's appointment as CEO, saying the 36-year-old did not have the experience to run a company entrusted with billions of ringgit in state funds.

On Monday, Azmin came under fire at the state assembly by both sides of the political divide over his secrecy in setting up DEIG and its incorporation under the Companies Act without any consultation or approval by the state assembly.

Both Barisan Nasional and DAP assemblymen questioned Azmin's motives in setting up a company which was not tied to any state enactment, did not need to be audited by the state and did not have the responsibility to report to the assembly.

They said MBI, in contrast, was "safer", as it was established under a state enactment and was, therefore, accountable to the state assembly.

Faekah rubbished Azmin's defence of DEIG's establishment that it was not an "intermediary" and his reassurance that there would be no direct impact on the state.

"DEIG listed its nature of business as an 'investment holding to purchase for investment or resale, and to traffic in land and house and other property of any tenure and etc'.

"This means the company will become a broker or middleman to sell (state) lands at a cheap price to cronies. This is a common modus operandi for politicians.

"DEIG has free rein to manage the state's RM6.3 billion assets, how can he say there will be no impact to the state?

"This company can make loans, and without control, it can affect the state government's investment assets," she said.

Faekah said this was the complete opposite of MBI which, during her tenure, did not conduct any business on behalf of the state government.

She said the state government should only facilitate and not conduct business, as there would be a conflict of interest, and would distract the state's attention from its other duties, including helping companies by providing the approvals and facilities.

"How can small companies compete with state companies? State companies will win. That was why we took MBI out of Kumpulan Darul Ehsan Berhad and not the other way around."

Azmin yesterday dismissed claims that DEIG had only two persons as its directors, saying this was not true as it became a wholly-owned entity of MBI last month.

Azmin said Raja Shahreen and Soffan Affendi's names were used merely to incorporate a company.

"It is called promoter shares. This enables two shareholders to register a company. Last month, DEIG became 100 per cent wholly-owned by MBI and it belongs to the state government. DEIG has yet to start operations.

It will only happen next year. So, to say that a RM2 company will manage assets worth RM6 billion is a lie. DEIG has no assets, no transactions."

He said he would look into the report that was approved in the state assembly on Wednesday to review the establishment of DEIG.

The report was prepared and tabled by the Select Committee on Government Agencies, Statutory Bodies and State Government Subsidiary Companies.

Among the recommendations is the submission of a white paper to explain DEIG's roles and assure the house that the entity is needed.

Pending the submission, all DEIG activities, operations and partnerships should be postponed. However, the restructuring of MBI subsidiaries can continue at MBI level.

Based on the standing order, Azmin has to present a white paper report in the next sitting in November.

Publication Name :New Straits Times
Date of publication :Fri, Aug 21, 2015
Section Heading :Main Section
Page Number :009
Headline :`Why no state officials in DEIG?'
Byline :By Mazlinda Mahmood; Dawn Chan

PENDAFTAR PERTUBUHAN (RoS) SEOLAH-OLAH TIDAK BERANI BERTINDAK KEATAS PARTI AMANAH NEGARA (PAN) KERANA MENJALANKAN AKTIVITI ATAS NAMA PERTUBUHAN YANG BELUM DILULUSKAN??????



Difahamkan sehingga kini sejak Parti Amanah Negara (PAN) dilancarkan dengan penuh gilang gemilang dan warna warni di Shah Alam pada 16hb September lalu,  sehingga menimbulkan pertanyaan dari mana mereka mendapat begitu banyak wang dan dana masih belum lagi diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Sungguhpun pimpinan PAN menggunakan pendaftaran yang sedia ada; Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM), namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik, tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja, mirip kepada kesatuan sekerja seperti dijelaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad ketika ditanya mengenai status PPM dan PAN tempuh hari.

Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan pembantu-pembantu kanannya untuk meminda perlembagaan parti tersebut, dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik.

Oleh yang demikian, kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata, ianya perlu menjalani beberapa proses yang memakan masa.

Apa yang dilakukan oleh PAN ketika ini ialah dengan cuba mengelirukan rakyat sekadar cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media, maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula walaupun masih berstatus "haram".

Sikap tolak ansur dan toleransi yang dipamir dan ditunjukkan oleh RoS ini kepada PAN, sudah mula terbentuk suatu persepsi betapa RoS tidak mempunyai keberanian untuk bertindak keatas PAN kerana menjalankan aktiviti-aktiviti dan program atas nama Parti Amanah Negara (PAN) yang jelas belum diluluskan RoS. Kesalahan dibawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Amaran yang dikeluarkan pihak RoS melalui Ketua Pengarahnya sendiri 3 hari sebelum pelancaran PAN langsung tidak sedikit mengundang rasa gentar dan takut pun kepada barisan pimpinan PAN.

Tiada langsung ciri-ciri PAN ini sebuah pertubuhan politik yang menghormati perlembagaan dan patuh kepada keluhuran undang-undang. Belum apa-apa sudah terserlah belang sebenar mereka.

Bukan sedikit dari kalangan pemimpin PAN bergelar Yang Berhormat dan bekas Yang Berhormat yang terlibat secara terus sebagai pengubal undang-undang termasuklah Presidennya sendiri yang pernah menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Timbalan Presidennya menjadi Ahli Parlimen sepenggal.

Mana mungkin tidak tahu kewujudan peruntukan ini, malahan sebagai pengubal dan bekas pengubal undang-undang perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik bersesuaian dengan slogan PAN iaitu Amanah, Progresif dan Peduli selain bersikap inklusif dan profesional.

Apakah menjalankan aktiviti dan program dengan pertubuhan yang belum diluluskan atau bahasa tepatnya pertubuhan haram bersesuaian dengan ciri-ciri Amanah, Progresif, Peduli, Inklusif dan Profesional????
Semangat dan roh undang-undang sentiasa bersifat konsisten dan “precedent”, maka dikhuatiri dengan membiarkan apa jua bentuk aktiviti dan program oleh mana-mana pertubuhan yang haram, bakal menjejaskan kedaulatan undang-undang sepertimana termaktub dalam Rukun Negara.

Suatu precedent sudah pun terbentuk apabila PAN dengan berani tanpa mempedulikan undang-undang sudah bergerak dan menjalankan pelbagai aktiviti dan program tanpa pertubuhannya belum lagi menerima pengesahan dan kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (RoS).




KUALA LUMPUR 13hb September 2015 : Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan, kata Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata larangan itu adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya RoS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu anggota Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

"Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini, adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli Parti PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya permohonan parti itu untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara masih belum diluluskan setakat ini.

Mohammad Razin berkata mana-mana pertubuhan atau parti dan pemegang jawatan yang didapati melanggar larangan itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000.

Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata parti itu akan dilancarkan pada 16 Sept ini.
HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.

Tuesday, 29 September 2015

PEGAWAI KANAN POLIS BERPANGKAT SUPRITENDAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 8 TAHUN DAN DENDA RM1.75 JUTA OLEH MAHKAMAH RAYUAN.



Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang pegawai kanan polis, , Azmi Osman, 59, yang disabitkan dengan empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah kira-kira RM3.8 juta antara 2002 dan 2005.

Mahkamah turut memerintahkan harta Azmi bernilai kira-kira RM6 juta disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Panel hakim yang diketuai Hakim Dato Balia Yusof Wahi sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, yang perlu dijalani secara berasingan dan denda RM1.75 juta atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dua hakim yang lain ialah Dato Rohana Yusuf dan Dato Abang Iskandar Abang Hashim.

Azmi sebelum ini dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.75 juta oleh Mahkamah Sesyen dan mengemukakan rayuan selepas hukuman tersebut dijatuhkan pada 27 Ogos 2012.

Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Mohd. Farez Rahman manakala Azmi diwakili peguam Adam Yap dan C.N. Sritharan.

Pegawai kanan polis berpangkat Supritendan tersebut menghadapi empat tuduhan ketika berkhidmat sebagai Pegawai Turus di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya di Malayan Banking Bhd. antara 6 Februari dan 20 Disember 2002.

Pertuduhan kedua, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM679,850 selain didakwa menerima wang hasil aktiviti yang sama sebanyak RM941,930 melalui sebuah lagi akaunnya di Malayan Banking Bhd.

Bagi pertuduhan keempat, Azmi didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM250,000 menerusi akaun semasa dan di tempat yang sama pada 5 April 2005.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Azmi telah dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat tuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pendakwaan pada 7 Januari 2011. Bagaimanapun susulan rayuan pihak Timbalan Pendakwa Raya, tertuduh diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 November 2011 mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan Azmi dibebas dan dilepaskan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dipanggil untuk membela diri.

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendapati wujud kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu ke atas Azmi.

Abdul Halim memerintahkan agar kes itu dibicara semula di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Salawati Djambari yang sebelum itu membebas dan melepaskan Azmi.

PEMIMPIN ATASAN MAIN POLITIK PUJUK RAYU DAN PIKAT PERINGKAT BAWAH MAIN POLITIK USIR DAN PECAT.



Begitulah yang dapat ditafsirkan dengan gelagat kurang matang, biadap, samseng, sombong, angkuh dan berlagak AMK dan Wanita Pulau Pinang apabila desak keras agar ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang YB Datuk Mohd Salleh Man dilucutkan jawatanya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk diberikan kepada pemimpin PKR.

Dalam kesungguhan tanpa putus asa pimpinan tertinggi PKR sentiasa merayu agar PAS menyertai Pakatan Harapan bagi menghadapi UMNO/BN dalam PRU ke-14 nanti kerana sedar dan akui betapa tanpa sokongan dan jentera PAS jangan nak mimpilah Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR/DAP/Amanah mampu tawan Putrajaya sayap AMK dan Wanitanya pula cuba menanguk di air yang keruh, cuba nak berlagak jaguh, menyelam sambil minum air, nak ambil dan tawan hati DAP terus membuat kenyataan yang sedikit tidak menujukkan kematangan berpolitik.

Gelagat seperti ini sedikit pun tidak memberi untung kepada PKR khasnya dan Pakatan Harapan amnya .. berpolitik ikut bisikan dan hasutan amarah yang tidak kena pada tempat dan waktunya.

Cubalah sekali sekala bawa bertenang .. berperanan sebagai sayap politik yang berfikiran jauh, kepala dingin dan jiwa yang tenteram.

Apa yang dilakukan oleh AMK dan Wanita Pulau Pinang amat bertentangan dengan hasrat dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi PKR.

Sepatutnya bukan ADUN PAS yang patut dilucutkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang tetapi mereka yang desak itu pula yang wajar dipecat dari jawatan yang disandang mereka.

Tak tahulah kalau ada tangan ghaib yang berkuasa dan berpengaruh dibelakang desakan ini .. sebab jika difikir secara akal logik tidak mungkin mereka berani bersuara tanpa disokong dan didokong pihak yang memiliki kuasa dan pengaruh kuat dalam Pakatan Harapan atau PKR.

Inilah dinamakan lebih sudu dari kuah.




Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Pas dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat Pas harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

“Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil Pas apabila penggalnya tamat akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri, Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 ADUN.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.

CATATAN KHIR TOYO APABILA MERASAI DIRINYA PASTI AKAN DIPENJARAKAN JUGA AKHIRNYA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo

AKHIRNYA KHIR TOYO MASUK PENJARA 12 BULAN APABILA MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKALKAN HUKUMAN MAHKAMAH TINGGI


Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.


Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyarakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.


Korum berkenaan turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa, dan Datuk Ramly Ali.


Dalam keputusannya hakim berkata, hukuman berbentuk perintah khidmat masyarakat tidak bersesuaian untuk kesalahan jenayah rasuah dan sebagai penjawat awam.


Mahkamah itu turut mengarahkan Mohamad Khir dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada cas bank.


Suasana galeri awam mahkamah yang padat dipenuhi penyokong dan ahli keluarga Mohamad Khir agak suram selepas mendengar keputusan berkenaan.


Mohamad Khir, 50, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.


Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menasabitkan Mohamad Khir bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.


Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.


Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.


Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  


Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

ISU PSM TIDAK DIJEMPUT KE MEJA BULAT PEMBENTUKKAN PAKATAN HARAPAN ... ADAKAH PENGARAH KOMUNIKASI PKR MENUDUH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM DAN SERDANG MENIPU?????



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaaan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput ke rundingan meja bulat kerana perbezaan pandangan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sewaktu rundingan meja bulat sedang berjalan, terdapat pihak yang bertanya mengenai PSM tidak dijemput namun segala jawapan itu hanya merupakan pandangan peserta yang hadir dan bukannya pendirian rasmi.

“Antara jawapan yang diberi peserta rundingan, tetapi bukan oleh Wan Azizah sendiri termasuklah PSM tidak sertai Pakatan Rakyat secara formal dahulu dan wujud perbezaan pandangan mengenai Perkara 153 pada ketika Pakatan Rakyat mahu dibentuk.

“Jawapan-jawapan ini hanyalah pandangan peserta rundingan dan bukannya pendirian rasmi mengapa PSM tidak sertai Pakatan Rakyat. Hal ini juga tidak dibangkitkan dengan niat jahat, tetapi hanya untuk mengingatkan peserta rundingan tentang konteks jemputan. Malangnya ia telah disalah faham,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambah Fahmi, jemputan rundingan meja bulat itu merupakan inisiatif yang dbuat oleh Wan Azizah seperti yang diperjelaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Jemputan tersebut telah dipanjangkan kepada parti-parti politik atau anggota parti politik yang telah terlibat secara langsung di dalam pembentukan dan pengurusan Pakatan Rakyat, selain daripada NGO dan individu-individu tertentu,” katanya.

Menurutnya, proses rundingan itu masih lagi berterusan dan PKR akan mengadakan perbincangan, rundingan, dan dialog dengan semua pihak termasuk PSM dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

“Demi membentuk pakatan pembangkang yang utuh, inklusif, dan kukuh bagi menghadapi UMNO-BN menjelang PRU-14,” katanya.



ULASAN OMAK KAU:-


Apabila Pengarah Komunikasi bertindak menyatakan tiada kenyataan maupun ucapan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa rundingan meja bulat seperti didakwa Ahli Parlimen Shah Alam dan Serdang bermakna kedua mereka berbohong  dan menipu???? ... berbohong dengan mencipta reka isu demi menjustifikasikan mengapa tiada jemputan dan undangan diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kalau begitu, ini sudah dikira amat serius sebab sanggup dua ahli parlimen berbohong dengan sanggup dan tergamak sampai hati mencemarkan nama baik Presiden KeADILan merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia .... PKR tidak boleh pandang enteng dan remeh isu ini sebab nama baik dan integriti PKR dipertaruhkan dan sedang menjadi perhatian umum dikala nama PKR pun sejak isu Saifuddin Nasution dan PKR mohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam tempuh hari kerana mengaku memfitnah naya Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pelbagai tomahan, fitnah cerita palsu dan tipu demi alasan kukuh setebal 91 muka untuk pecat beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Jika tiada sebarang tindakan yang tegas lagi menyakinkan terhadap kedua ahli parlimen ini oleh PKR, maka apa yang diucapkan oleh Pengarah Komunikasi PKR ini tidak lebih dari sekadar sembang kosong kedai kopi sebagai cuba nak menutup serangan bertali arus dari PSM sahaja .....  namun ianya tidak akan berjaya malahan menambah burukkan lagi keadaan dan imej PKR menjadi semakin parah tercalar.

Diperingkat ini dari risikan dan respon serta maklum balas dari akar umbi ternyata majoriti besar lebih mempercayai akan kata-kata dan kenyataan kedua ahli parlimen Shah Alam dan Serdang itu.

Penafian semata-mata tidak mencukupi untuk memberi keyakinan kepada rakyat yang waras dan berpendidikan serta memiliki akses maklumat secara mudah dihujung jari.

Perlu ingat akan kata-kata keramat Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln yang sering juga di ucapkan oleh Ketua Umum PKR sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ......

"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.".


25hb September 2015 :-
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat Selasa lalu.

Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, PSM akan menghantar surat kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.

“Sekiranya tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai ‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Memang ketika ini ramai ahli marah dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan beliau,” katanya kepada hari ini.

Arulchelvan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru ini.

Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun begitu, PSM menafikan perkara berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu.

Katanya, beliau sebelum ini hanya menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...