Forum BERSIH di Bayan Baru malam tadi terganggu selama kira-kira 30 minit ekoran kemunculan sekumpulan berbaju merah.
Sekumpulan kira-kira 50 orang, yang diketuai oleh ketua penerangan Umno Bayan Baru, Ridzwan Bakar dan ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim, masuk ke dalam dewan lebih satu jam selepas forum itu bermula.
Forum itu bermula pada pukul 8 malam di Dewan MBPP, Pasar Bayan Baru di Pulau Pinang.
Aktivis pelajar Adam Adli berhenti bercakap apabila kumpulan baju merah itu berjalan masuk pada kira-kira pukul 9.30 malam.
Moderator forum itu, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, menyambut kehadiran kumpulan itu dengan berkata mereka dialu-alukan dan "kita boleh berkongsi pandangan kita".
Selepas Adam selesai bercakap, Sim menjemput Ridzwan untuk berucap di forum itu.
Pemimpin Umno itu mengambil mikrofon dan menimbulkan tentang masalah setinggan di kawasan Sim.
Dalam ucapannya, Ridzwan memberi jaminan kepada hadirin bahawa kumpulan itu tidak berada di situ untuk menimbulkan kekecohan tetapi untuk mendengar ucapan penceramah.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya jangan lagi memijak gambar pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datil Seri Abdul Hadi Awang.
"Tiada siapa yang memijak gambar pemimpin anda semasa perhimpunan kami, jadi jangan lakukannya kepada pemimpin kami," tegasnya disambut laungan ' Allahuakbar' dari penyokongnya.
BERSIH telah menafikan ia terlibat dalam kejadian itu.
Selepas ucapan Ridzwan, kumpulan baju merah kemudiannya mengelilingi Adam dan menuntut untuk tahu mengapa dia menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa satu perhimpunan di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.
Kumpulan itu juga mensasarkan jeritan mereka terhadap pembantu Sim dan seorang lagi pemimpin PKR kerana didakwa "memfitnah" perhimpunan baju merah dalam Facebook.
Anggota polis yang hadir di ceramah tersebut, campur tangan apabila keadaan menjadi tegang.
ULASAN OMAK KAU:-
Jangan kita ingat dengan ganggu kacau ceramah dan program parti lawan maka secara automatik sokongan kepada parti anutan kita akan melonjak naik mendadak mencanak sedangkan sokongan kepada pihak lawan terus merudum dan hambar ... hakikatnya akan menjadi sebaliknya .. percayalah .. budaya politik samseng guna otot bukan otak sudah tidak boleh diamal dan diguna pakai dalam zaman alaf baru ini.
Rakyat sivil sekarang ini cukup meluat, menyampah dan benci politik ganas dengan mendakap budaya politik babarik.
Jangan kita rasa ghairah dan seronok sakan dengan cuba berlagak wira dihadapan penyokong-penyokong dengan melakukan aksi samseng sebab aksi ini bakal makan tuan dan akhirnya parti yang kamu dokongi akan menerima padah yang parah.
Rakyat melihat cara politik ini sebagai politik gentar kepada kebenaran ... hujah lawan hujah bukan dengan terjah dan fitnah.
ULASAN OMAK KAU:-
Jangan kita ingat dengan ganggu kacau ceramah dan program parti lawan maka secara automatik sokongan kepada parti anutan kita akan melonjak naik mendadak mencanak sedangkan sokongan kepada pihak lawan terus merudum dan hambar ... hakikatnya akan menjadi sebaliknya .. percayalah .. budaya politik samseng guna otot bukan otak sudah tidak boleh diamal dan diguna pakai dalam zaman alaf baru ini.
Rakyat sivil sekarang ini cukup meluat, menyampah dan benci politik ganas dengan mendakap budaya politik babarik.
Jangan kita rasa ghairah dan seronok sakan dengan cuba berlagak wira dihadapan penyokong-penyokong dengan melakukan aksi samseng sebab aksi ini bakal makan tuan dan akhirnya parti yang kamu dokongi akan menerima padah yang parah.
Rakyat melihat cara politik ini sebagai politik gentar kepada kebenaran ... hujah lawan hujah bukan dengan terjah dan fitnah.
Jika dap pkr pan berani kenapa kita harus bacul. Tidak Kita harus lagi berani. Apa nak ditakutkan dengan pihak munafik kuffar dan musyrik ahli neraka jahanam.
ReplyDeletedalam hati kau bro penuh dengan kebencian..baiki hati kau dulu bro..tak semestinya kau tu ahli syurga..Nikmat ALLAH hanya untuk yang hatinya penuh dengan kebaikan dan kemaafan..akhir kata baikilah iman..inshaALLAH kita semua selamat di dunia dan akhirat..kebencian tak membawa kita ke mana2..
DeleteCuba anon tanya betapa bencinya n.ajih pada umno??.. pernah tak n.ajih maafkan umno????...pernah tak doakan yg baik2 utk umno selain doa ko..ko...???
DeleteDah baiki ke imannn..
Ya betul,politik yg penuh denan kebencian dan menghukum sana-sini tu siapa yg ajar?Sendiri mahu ingatlah
DeleteAjaran siapa plk boleh menghukum sana sini.. adakah sbb presiden org no2 terulung di dunia menjamin kita masuk syurga? Jangan mencemarkan Islam dgn budaya sebegini..
DeletePada group baju merah ,kita kena gentleman.jgb jd mcm bershit buat huru hara.....ikut ajaran Rasullullah. Hidup islam hidup melayu !!!!
ReplyDeleteDatang nak dengar ceramah pun salah ke???
ReplyDeleteOrg jemput becakap kita terima...klw tak jemput kita diam jer...ke tolu dah kedalam????
OK baru sedar ke najis amalkan politik ganas,jangan ingat israel je yang tahu pakai bom,najis pun pandai pakai bom..ngeh3
ReplyDeleteMmg kami ganas, kalau tak, takkan adik arwah nik ajis doakan supaya k.o umno, umno k.o, sampai berkali kali dan di aminkan oleh satu stadium. Haa...skrg nak kira mcmana? Nak kira cara baik boleh, nak cara kasar pun boleh. Terima kasih atas doa k.o utk umno.
DeleteDia doa mintak kat Allah. Dia bukan pakai c4 pun. Klu x salah knapa nak takot? Aku x salah tak takot pom
DeleteBagus, sokong merah berani, bukan spin dan fitnah...untuk cari populariti..
ReplyDeleteEleh geng2 pembangkang juga yg ajar.Anarkilah,sammlah..terbalikkkan kereta polislah..entah apa2 lagi yg suka merusuh sana sini tu.Bila orglain buat sikit aje pun terus terang biji mata,kalau sendiri buat ada aje justifikasi merepek demi menghalalkan cara korang.Piirraahh
ReplyDeleteBaju merah dah tiru macam dap main baling2 kat jln raya. Tahniah, yg baik kita tiru
DeleteOmak Kau..
ReplyDeleteUlasan kau kali ini rasional. Jika kau teruska menulis dengan rasional seperti ini berkaitan pehak lain yang bukan fabret kau..aku akan respek kau.
Terima kasih
Tahnish bsju merah ...wa salute you all...ini mme anok jantan penang.....syabar broo...himpunan baju merah kali ke 2 di pulau pinang...jom ke pulau pinang ramai2....jommmmm...
ReplyDeleteHimpunan manusia fasik?
ReplyDeleteBerhimpun krn uang, mkn dan minum percuma, dpt baju merah percuma, pengangkutan percuma, sepanduk percuma dan ape-ape yg percuma.
Berhimpun dengan sia-sia.
Zaman sebelum merdeka, org melayu mengadai harta untuk membiayai pejuang-pejuang kemerdekaan. Melayu pd zaman ITU, paling terbilang.
Hari ini org melayu jd boneka kepada org-org kaya melayu keparat yang menghancur org melayu. Klau panglima melayu - tok gajah ade. Pasti org-org kaya melayu keparat ini dipenggal kepala.
Melayu hari ini adalah raja segala maksiat.
Maklumat adlah rahsia.rakyat xperlu tahu dan tunduk sahaja pd pemerintah negara.only need to know basis
ReplyDelete