Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.
“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.
“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media semalam, lapor Bernama.
Ambil contoh peristiwa dan keputusan PRU ke-13 lalu di tiga DUN Terengganu bagi membuktikan dengan fakta dan angka yang tidak mungkin dan mampu untuk menipu dan melakukan fitnah.
DUN N25 Bukit Besi :-
PRU tahun 2008 kawasan ini diserahkan kepada PAS untuk bertanding dan keputusannya calon BN mendapat 6,037 undi dan calon PAS 3,545 undi .. calon UMNO/BN menang dengan majoriti 2,492 undi.
Pada PRU ke-13 tahun 2013 berlaku pertembungan 3 penjuru antara UMNO/BN, PAS dan PKR ... calon UMNO/BN memperolehi 6,966 undi, calon PAS 4,408 undi dan calon PKR 52 undi (hilang wang deposit).
Apakah PKR mempunyai dan memiliki kekuatan dan pengaruh dikawasan DUN N25 Bukit Besi????? .. Jawapanya langsung tidak ada ... untuk makluman calon PKR inilah yang memfailkan saman terhadap Tuan Guru Dato' Seri Presiden PAS.
DUN N11 Seberang Takir:-
PRU tahun 2008 calon UMNO/BN mendapat 6440 undi dan calon PKR 4,010 undi .. calon UMNO/BN menang dengan majoriti 2,430 undi ....
Pada PRU ke-13 tahun 2013 lalu berlaku pertandingan 3 penjuru dan pertindihan .... keputusannya calon UMNO/BN mendapat 7,731 undi, calon PAS 6,221 undi dan akhir sekali calon PKR hanya mendapat 73 undi sampai hilang wang deposit .... jadi jika diambil kira keputusan PRU tahun 2008 dimana PKR mendapat 4,010 undi jelas bukannya undi dari penyokong maupun dari ahli PKR tetapi dari ahli, penyokong dan pendokong PAS ...
Majoriti pun merosot sebanyak 920 undi ... Jadi apakah wajar PKR meletakkan calonnya di DUN N11 pada PRU ke13 lalu????
DUN N2 Kota Putera:-
PRU tahun 2008 calon UMNO/BN memperolehi 8,090 undi manakala calon PKR mendapat 4,758 undi dan ini calon UMNO/BN menang dengan majoriti 3,332 undi.
PRU ke-13 tahun 2013 kawasan ini berlaku pertembungan 3 penjuru dan calon-calon dari PR bertindih dengan keputusan seperti berikut:-
Calon UMNO/BN mendapat 9,084 undi ... calon PAS 7, 672 undi dan akhir sekali calon PKR hanya mendapat 60 undi dan hilang wang deposit... Calon UMNO/BN menang dengan majoriti 1,412 merosot sebanyak 1,920 undi.
Moral dan konklusinya .. jelas dan terang tanpa perlu berselindung dan cakap berlapik betapa PKR di Terengganu boleh dikatakan tiada sokongan dan kekuatan .. . sokongan dan kekuatan hanya menumpang pengaruh dan kekuatan PAS yang sudah lama berakar umbi.
Omak Kau cukup yakin dan percaya para pimpinan atasan PKR terutamanya Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta Setiausaha Agungnya termasuk para pengarah Pilihanraya PKR sedar akan kekuatan dan kemampuan PKR di negeri Terengganu yang cukup amat terbatas sama ada sokongan maupun gerak jentera parti.
Oleh itu kena terima hakikat dan kenyataan tanpa sokongan dan dokongan PAS, PKR umpama kayu tunggul reput di Terengganu jadi tidak hairan mengapa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agun PKR Rafizi Ramli, walapun menjadi Ketua PKR Cabang Kemaman tetapi tidak sanggup dan ada keberanian untuk bertanding di Parlimen Kemaman sebaliknya lari bertanding di Parlimen Pandan.
Atas sifat sedar inilah yang menyebabkan PKR begitu bersungguh-sungguh, bertegas tanpa tolak ansur dan kompromi maukan PAS bersama-sama dengan Pakatan 2.0 .. Bukan sahaja diambil keputusan PRU ke-13 sebagai indikator tetapi juga sambutan Bani Melayu pada Himpunan Bersih 4 yang lalu.
Tanpa PAS jangan nak mimpi Pakatan 2.0 dapat sokongan kuat pengundi Bani Melayu .. tanpa sokongan dan undi bani Melayu Pakatan 2.0 boleh terus bermimpi untuk merampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti.
Tanpa DAP, GHB meraung hiba
ReplyDeleteko nak kena doa pecah perut dengan ulama-ulama GHB ke?
ReplyDeleteHehehe...ketawa pun blh pecah perot tau...
Deletehehehe
Ini diterengganu omakkau cuba tengok diselangor n negeri pantai barat lain.perkara sebaliknya mungkin berlaku.kita berusaha Allah juga yg menentukan segalanya.semoga Dia menolong kita dlm memberi kemenangan kpd islam n keadilan.
ReplyDeleteOmakkau buat analisis kekuatan PKR di Terengganu, slps ini omakkau akan buat analisis kekuatan PKR di Selangor pula, dah seriau ke?
ReplyDeleteSebab tu hj hadi nak ambil balik kerusi di Terengganu sbb pkr hanya menambah majoriti bn.
ReplyDeleteSalam sehati serasuah,
ReplyDeleteSekadar renungan, rezeki yang haram tidak semestinya dari mencuri atau rasuah. Renung - renungkan lah.
Umno bn telah menghabiskan sebanyak 3.2 billion untuk ppsmi sejak 5 tahun lalu.
2.21 billion daripada jumlah itu telah dihabiskan untuk barangan ict seperti laptop dan lcd projector.
Dan berbilion lagi untuk kursus tenaga pengajar yang akademik teruk untuk mengajar science dan math dalam english.
Umno bn telah membayar RM 6k untuk sebuah notebook di mana harga pasaran cuma RM kurang 3k melalui syarikat RM 2 yang baru ditubuhkan hanya untuk mengaut keuntungan atas angin daripada transaksi tersebut. Kononnya semua caj itu termasuk latihan dan servis. Walau bagaimanapun servis yang dikatakan itu hanyalah tampal kertas mengatakan ia rosak dan update software dan Antivirus.
Setelah ppsmi di mansuhkan kerana kegagalan tenaga pengajarannya. Notebook tersebut dikhabarkan kini berada di tangan anak-anak mereka.
"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari."
(Riwayat Thabrani)
KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian spm 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai. Adil untuk semua. heee
Kini kerja tampal kertas dan update Antivirus itu diambil alih oleh penunggu makmal komputer ft17
Deletehahah pas pun jauh ketinggalan dgn bn dinganu...pkr tk tambah apa2 utk bn pun
ReplyDeletelagi 400 tahun lah pad nk rampas tganu...tu pun sbb hj hadi dh jd sejarah
Haji hadi dah nak expired sebab wire banyak yang putus
ReplyDeletePAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
ReplyDelete1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.
2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing
3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????
4.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua
5. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.
6.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.
AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.
ISLE-ISLE
Takpelah biarlah UMNO saje perintah Terengganu. PKR biarlah tak bertanding. Bergerak saja dalam senyap. Buat macam DAP banyak tempat DAP tak ramai ahli. Namun bila tiba masanya DAP sudah bersiap untuk berjuang. Jadikan undi-undi ahli dan penyokong PKR undi penentu di Terengganu.
ReplyDeleteOmakau x tahu ke,calon bukit besi ni la kena fitnah pengedar pil kuda,ok mcm nak bagitahu ulamak menyalak memang kuat fitnah je..ngeh3
ReplyDelete