Thursday, 10 September 2015
VIDEO 1MDB SAMA DENGAN PUTRAJAYA HOLDINGS DAN PETRONAS.
Penubuhan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Datuk Seri Najib Razak disifatkan sama seperti Petronas dan Putrajaya Holdings yang membangunan pusat pentadbiran Putrajaya, ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad dalam satu rakaman video menyalahkan media sosial sebagai punca pelbagai laporan negatif berhubung 1MDB timbul dan mendakwa tuduhan sedemikian boleh merencatkan pembangunan yang dirancang Perdana Menteri.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata, usaha yang dilakukan Najib dan Dr Mahathir adalah sama, cuma media sosial yang membeza-bezakan langkah kedua-dua Perdana Menteri itu.
“Kalaulah zaman itu (Dr Mahathir) seperti zaman sekarang ada pakar, ada kaki Whatsapp, ada kaki Instagram, saya yakin Putrajaya tidak boleh dibuat, Menara Berkembar KLCC tidak boleh dibuat, saya yakin Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pun tak boleh dibuat. Berapa ramai orang ketika itu menjadi pakar.
“Berapa ramai orang ketika itu menentang Dr Mahathir. Nak buat apa bangunan tinggi? Nak buat apa KLCC? Nak buat apa KLIA? Tapi pada ketika itu, tidak ada media sosial, akhirnya semua itu tertutup. Apapun kita dapat lihat kejayaannya hari ini,” katanya dalam rakaman video hampir tujuh minit itu.
Video penerangan itu yang dipercayai dirakam dalam satu majlis pada Julai lalu, dimuat naik ke YouTube pada 7 September lalu dan Facebook ‘Info 1MDB Anda’, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas itu menjelaskan, Dr Mahathir dan Najib mempunyai matlamat sama, iaitu mahu membentuk entiti perniagaan bagi orang Melayu, namun yang membezakan usaha mereka adalah strategi, kerana masing-masing mempunyai model perniagaan tersendiri.
“Dulu, masa Dr Mahathir mahu membangunkan Putrajaya, dia ambil RM2 bilion daripada duit Petronas yang merupakan duit rakyat. Sekarang ini pendapatan yang diperoleh daripada Putrajaya Holdings adalah RM1 bilion setahun hasil daripada sewaan bangunan yang dibuat oleh Petronas.
“1MDB samalah dengan Putrajaya Holdings tu. Pada masa ini, kita tidak boleh lagi mengambil duit Petronas, sebab duit sudah tidak ada.
“Maka, Datuk Seri Najib menubuhkan syarikat 1MDB ini, dengan hanya bermodalkan RM1 juta sahaja yang diambil daripada wang rakyat,” katanya.
Tambahnya lagi, 1MDB banyak memberi sumbangan kepada orang ramai, kerana syarikat itu menguasai hampir semua Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang menjana kuasa elektrik untuk kegunaan rakyat.
Sementara itu, laman Facebook ‘Info 1MDB Anda’ turut berkongsi kenyataan media 1MDB yang menjelaskan lebih lanjut peletakan jawatan Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
Menurut kenyataan itu, 1MDB mengesahkan Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Arul Kanda telah menemui Samad pada Januari dan Mac lalu, untuk membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.
Antara lain, Arul Kanda berkongsi maklumat berhubung penilaian strategik dan pelan rasionalisasi 1MDB dengan Samad.
Ia termasuk perbentangan slaid yang menunjukkan sejauh mana hutang masa depan dan obligasi faedah syarikat itu, selain membincangkan cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB.
Mengenai akses dokumen kewangan 1MDB yang telah diaudit, iaitu dokumen-dokumen yang boleh didapati secara umum, syarikat itu sudah tentu akan berkongsi maklumat itu, jika Samad ada membuat permintaan sedemikian.
Selain itu, Samad juga mempunyai maklumat hubungan dengan ahli-ahli Lembaga 1MDB, termasuk nombor telefon bimbit Arul Kanda.
Bagaimanapun, 1MDB tidak menerima sebarang ‘permintaan berulang’ untuk mendapatkan maklumat sedemikian, seperti yang didakwa Samad.
Menurut kenyataan itu lagi, adalah penting untuk 1MDB menangani kebimbangan Samad.
Selain mengemas kini pelan rasionalisasi 1MDB kepada umum secara tetap, Lembaga Pengarah 1MDB juga telah menghantar sepucuk surat kepada Samad, kelmarin, untuk menemuinya bagi membincang dan menjelaskan isu-isu yang timbul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Mana ada sama...najib je masuk duit 1mdb dalam akaun sendiri.
ReplyDeleteNajib jahanam ekonomi melayu
DeleteMyr 3.1 sama dgn 1singapork
Alwi che daud, business model Putrajaya Holdings ada positif cash flow dan pasif income. Business model WanEmdeeBee adalah toxic debt. Bunga pun tak leh bayar, bunga dan jadi pokok. Mung kecek cam pandai, tapi otak lebih rendah dari budak sekolah rendah
ReplyDeletePutrajaya takde hutang
DeletePetronas takde hutang
Imdb Najib kata bagi saya lagi 600bulan
Saya dah rembat nanti saya bayar balik
ye ke tak hutang ketika kita melabur di sudan dulu petronas berhutang, syarikat mana tak hutang, cuba kau cerita, ketika buat petronas dulu pun berhutang tanya pada ku li itu dia ceo petronas itu
DeleteSekarang TNB kena beli projek IPP milik 1MDB yg terbengkalai. Nampak sangat Melayu jadi pawn UMNO.Melayu bukan saja kena kencing tp kena rendam dgn air kencing.
ReplyDeleteSetahu saya ada tiga syarikat ia itu YTL Power International Bhd, Malakoff Corp Bhd dan CI Holdings Bhd di syorkan oleh syarikat pelaburan na takeover EDRA investment arm 1MDB.
1Mbd tak kedekut macam tun m itu, 1mbd bagi tmb menang tenda itu, tun m sebenar melayu mudah lupa 30% bumiputera pun gagal gara2 pentingkan kroni
DeleteOmakau gg cangkul x cerita ke pasal nurul izzah saman nst dgn berita hairan.omakau gg cangkul pun patut kena saman sekali.ngeh3
ReplyDeleteSalam sehati serasuah,
ReplyDeleteSetiap malam kita dihidangkan dengan berita justo dan teori konspirasi menjatuhkan kerajaan.
Yang peliknya apa yang rakyat ingin tahu ialah tentang misteri wang RM 2 600 000 000 yang ada di dalam akaun najib. Jawapan ia duit derma tidak dapat menutup persoalan - persoalan yang timbul. Ini kerana sejak dari awal najib tidak jujur dalam penjelasan mengenainya. Selepas didedahkan WSJ.
1. Najib akan saman wsj.
2. Duit itu derma pilihanraya.
3. Harun Din mengatakan orang tak curi masuk akaun sendiri kerana beliau ustaz bukan ahli politik yang suka menipu dan membelit.
4. Jawatankuasa menyiasat diganggu dengan lantikan dan pertukaran.
5. Pengkritik - pengkritik didiamkan dengan dipecat atau ditukarkan.
6. Badan pencegah rasuah dikeluarkan dari jawatankuasa.
7. Dan seperti biasa trademark najib. Ada orang hilang.
8. Tiba-tiba serpihan mh370 timbul.
Najib harus ingat ini bukan tahun 80an-90an lagi di mana hamba rakyat hanya ada berita rtm dan tv3. Rakyat sudah cerdik spm 3A tidak lagi dipandang. Di pusat didikan Generasi Adam Adli yang skor upsr spm sudah mengambil alih dari ketam tak skor upsr spm. Kesimpulannya bukan semua rakyat ambil degree pakai 3 kredit atau serendah 3A.
KEDEPAN ( kembalikan degree berasaskan kepandaian spm 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee
OOOO..lagu tu ka...
ReplyDeletesama yek...
syukur le ...
rakyat Malaysia akan sokong kamu pada pru 14....tunggggggguuuuuuu
Jangan kutuk najib.
ReplyDeleteNanti hadi sama haun jin marah.
Mesti walak.
Baca btul2 apa yg Hadi cakap..jgn nk pusing kenyataan...dia bkn nk bela najib cma biar btul2 ada bukti baru blh bt pertuduhan..kalau setakat kabar angin sahaja maka blh menjadi fitnah. Lagipun biarkan Najib memerintah agar segala kelemahan dan keborosan dalam kerajaan dapat rakyat lihat dan seterusnya BN akan terkubur dalam pilihanraya akan datang..wallahualam..
ReplyDeleteWan emdibi ni syarikat yg bangga dgn hutang.1malaysia development konon tp nak terlungkup habis 1malaysia ada
ReplyDeleteJatuhnya khalifah uthmaniyah adalah kerana hutang,
ReplyDeleteJatuhnya negara Greece adalah kerana hutang,
Jatuh nya ringgit malaysia kerana derma
Deletesifat sijahil yg sombong itu laksana "mencurah air di daun keladi" .... berikan apa sahaja jawapan tiada memberikan walau sedikit ruang untuk mereka berfikir .... :)
ReplyDelete