Tuesday 29 September 2015

AKHIRNYA KHIR TOYO MASUK PENJARA 12 BULAN APABILA MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKALKAN HUKUMAN MAHKAMAH TINGGI


Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.


Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyarakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.


Korum berkenaan turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa, dan Datuk Ramly Ali.


Dalam keputusannya hakim berkata, hukuman berbentuk perintah khidmat masyarakat tidak bersesuaian untuk kesalahan jenayah rasuah dan sebagai penjawat awam.


Mahkamah itu turut mengarahkan Mohamad Khir dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada cas bank.


Suasana galeri awam mahkamah yang padat dipenuhi penyokong dan ahli keluarga Mohamad Khir agak suram selepas mendengar keputusan berkenaan.


Mohamad Khir, 50, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.


Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menasabitkan Mohamad Khir bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.


Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.


Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.


Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  


Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

13 comments:

  1. Kita tunggu pula siapa yang kena.Omak kau berdoalh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinasihatkan Khir Toyo Jadi ahli PAN Imayam Putumayam. Mereka kan inclusive Dan pahammm.
      Mat shampoo cakap laaaa

      Delete
  2. Senangnye....makan duit rakyat berjuta2....hukum setahun je...anwar kene pitnah pun 5 tahun penjara...Abisla rakyat Malaysia semua kene bala bencana Allah nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinasihatkan Khir Toyo Jadi ahli PAN Imayam Putumayam. Mereka kan inclusive Dan pahammm.
      Mat shampoo cakap laaaa

      Delete
  3. Dinasihatkan Khir Toyo Jadi ahli PAN Imayam Putumayam. Mereka kan inclusive Dan pahammm.
    Mat shampoo cakap laaaa

    ReplyDelete
  4. Kami ingin mendapat pengajaran, supaya kami tak sombong bongkak dengan tunjuk hadiah penyapu pada sesiapa apatah lagi pada orang yg lebih tua.

    Walaupun kita berniat baik. Tapi perbuatan jelik budaya tak septutnya kita lakukan. Allah memberi peringatan ketika kita madih dipinjamkan nyawa. Bertaubatlah untuk jadi insan yg berhati mulia. Peringatan kpd penulis juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mat hina bg penyapu utk org lain ....rupanya dia yg sapu byk

      kan munafik perangai mcm tu...

      dokla rehat dlm tu....insafi diri

      Delete
  5. padah politik sombong.......rasuah jadi makanan ruji.....macam yg sdr anonymous 15:40 suka, sbb tu dia tak suka amanah....dia tak amanah!

    ReplyDelete
  6. CIIIT TAK GUNA... AKU BARU NAK BUAT GIGI FREE KAT MAT KHIR....DAH KE DALAM JUGA

    ReplyDelete
  7. Masa nuar brahim kena, semua tuduh mahkamah kena beli, konspirasi dan mcm2 tuduhan. Tapi bila kena pd khir toyo. Tak ada pulak yg tuduh ini semua konspirasi, mahkamah kena beli, hakim kena beli.

    ReplyDelete
  8. bukankah sekalian biri2 itu hanya mengikut kepada ketetapan sipengembalanya ... seluruh isi dunia ini akan dikatakan berkonspirasi andai itulah yg dikhabarkan oleh para serigala itu .... "anwar adalah tahanan politik" maka itulah yg ditempikan oleh si biri2 ... "najib songlap 2.6b"... " 1MDB menggelapkan 42B"..."rosmah bunuh altantuya" .. maka bergoleklah sekalian biri2 itu dijalanan tanda bersetetuju...tetapi jgnlah kamu bertanyakan kepada mereka atas sebab apa mereka berkelakuan begitu ... cukuplah kamu memahami sifat dan keadaan mereka yg sangat menyedihkan ... lalu terdengar satu bisikan yg sayup dan jauh dihujung telinga ..."mereka digembalakan dengan begitu baik sekali" .... :)

    ReplyDelete
  9. Udaang-undamg malaysia, curi makanan penjara bertahun. Hukuman pilih kasih, tapi mendabik dada kata negara islam, pemimpin atas semua islam. Itulah, asingkan agama dan politik utk kesucian islam.

    ReplyDelete
  10. Omak kau gigi mancung...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...