Monday 28 September 2015

ARAHAN MEMANGGIL DUTA CHINA KE MALAYSIA ISU LAWATAN KE JALAN PETALING YANG DIKELUARKAN TIMBALAN MENTERI LUAR TELAH DIBATALKAN OLEH PEMANGKU MENTERI LUAR



Wisma Putra telah membatalkan arahan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang, seperti dilaporkan terdahulu selepas arahan itu di veto dan dibatalkan oleh Pemangku Menteri Luar Dato' Seri Hamzah Zainuddin.

Akhbar Sin Chew melaporkan bahawa saman itu, yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Luar Dato' Seri Reezal Reezal Naina Merican, itu dibatalkan oleh Hamzah.

Hamzah ialah Timbalan Menteri Luar sehingga rombakan kabinet Julai, di mana beliau telah dilantik sebagai Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Baru-baru Huang telah terperangkap dalam kekecuhan diplomatik selepas beliau berkata, walaupun China tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri, ia tidak akan berdiam diri jika ia memberi kesan kepada kepentingan tempatan.

Huang berkata demikian semasa lawatan ke Jalan Petaling di Kuala Lumpur, satu malam sebelum perhimpunan dibatalkan kemudiannya.

Kata-kata itu dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima sebarang saman rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta berkenaan untuk memberikan penjelasan.

China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan menuju ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk hadir satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

8 comments:

  1. Hidup Melayu UMNO, Gertak je lebih , bayar mahu lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahlawan-pahlawan Melayu UMNO yang tunjuk kuat kat depan Sogo pergi mana? Sekarang baru tau!!!. Ingat ini negeri Melayu saja ke?? Ini bukan negeri Melayu saje tau. Baru Duta China pergi Petaling Street dah gelabah. Belum lagi Pak Duta pegang batu korang dua biji!!.(Pegang batu tu termasuklah tak beli sawit felda, tarik pelaburan, serta tak bagi rakyat dia melawat ke sini? Itu jam baru tau langit tinggi rendah. Lain kali mulut tu beli insuran. Gosok gigi supaya bila bercakap tidak bau lonkang!!! Hari ini berita kata Kerajaan China mempertahanankan tindakan Pak Duta mereka? Amacam samseng Melayu ? Ada berani kah????

      Delete
  2. Harap-harap perkara ini tidak mewujudkan ketegangan di antara dua Negara yang sememangnya sudah akrab. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjaga hal negara masing-masing. Yang penting, selepas ini mesti pihak pembangkang duk sibuk untuk memburuk-burukkan keadaan lagi. Lihat dan tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sebahalol.
      Jgn salahkan pembangkang.
      Pembangkang tak pakai baju merah.

      Delete
  3. Bila dah bertemu buku dengan ruas, bila dah tahu kampung nak tergadai, bila dah tahu cakap pakai kepala lutut, bila dah tahu periuk nasi nak pecah baru la perasan bahawa awak tu anu pun tak ade. Cakap berdegar-degar bila ada kawan sekampung. Bila seorang diri anu pun masuk kedalam. Jangan salahkan orang bangang buat kerja, salahkan diri sendiri kerana mengundi orang bangang sebagai wakil rakyat. Rakyat yang bodoh, bingai dan bangsat tidak akan merasa mendapat wakil yang bijak dan pintar kerana rakyat yang bodoh, bingai dan bangsat akan mendapat ketua jenis yang sama juga!!!

    ReplyDelete
  4. Mat Selekeh terkapai-kapai bila Menteri China lawat tapak perhimpunan ... baru kita tahu derajat People Republic of China ... tersungkur meleyu dpukaunya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum lagi mereka kacau ekonomi kita. Kalau dikacau masa tu taulah makcik dan pakcik felda makan ubi kayu harihari!!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...