KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 25 September 2015

2 GELOMBANG JEMAAH BERTEMBUNG PUNCA REMPUHAN MENYEBABKAN 717 JEMAAH HAJI TERKORBAN.



Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan.

Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji.

Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu. Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan.

Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka.

“Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya.

Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan. - AP


6 comments:

  1. Jadi, fikir2kan lah omak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling aku takut gelombang banjir besar melanda Kelantan. Tidur dlm khemah lg saudara ku di Kelantan. Khazanah negeri habis di agih sesama jemaah.

      Delete
    2. Bila bercakap spt akulah yg maksom. Bila diberi amanah dikhianati. Agama dijadikan modal utk pecah belah umat. Menghina sesama Islam dgn panggilan yg memedihkan.

      Delete
  2. kita disinipun jalan jam sebab potong que dan loraong tiga lane jadi 6 lane. Rempuhan jugalah cuma sebab sayang kereta takdelah kereta remuk redam. Isunya sabar dan disiplin.

    ReplyDelete
  3. Di Msia dua gelombang bercantum PAS + UMNO. Haron Din tengah berkira2 kereta apa yg sesuai diguna bila bersama UMNO.

    ReplyDelete
  4. So apa masalah kau anon 08:41
    Kau nk jilat kangkang dap jilatlah...ada aku kisah...hehe

    ReplyDelete