Thursday 10 September 2015

POLIS AKAN SIASAT ARTIKEL BERBAUR HASUTAN DAN PERKAUMAN DIMEDIA SOSIAL YANG MENYERU ORANG RAMAI MENYERTAI HIMPUNAN RAKYAT BERSATU



Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 September ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut. Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang," katanya semalam.

Sehubungan itu, Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat itu," katanya.

Maklumat mengenai perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan laman blog tempatan.

4 comments:

  1. Orang yang ada kaitan skandal balak juga harus disiasat.

    Kecuai pemimpin yang membuatkan kerajaan rugi jutaan ringgit juga harus diambil tindakan.

    Mula-mula bayar saman rm200 ribu, kemudian saman rm 2.3 juta.

    Sekarang sedang menghadapi saman rm230 juta projek LRRK.

    Mana perginya wang derma LRRK tersebut juga harus disiasat.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Nak menyiasat konon, PM dan timbalanya beri kebenaran ahli hadir. Berani siasat mereka, yang nak kena buli orang biasa yang tak tau kepala ekor.

    ReplyDelete
  3. Buka la kertas siasatan.hanya siasat kertas tp orang kena tuduh dibiarkan bebas.tapi kalau orang kena tuduh dari parti lain dah tentu kena tahan.malaysia boleh.satuuuuuu.

    ReplyDelete
  4. omak dah tempah ke baju merah...kalau belum mintak tlg sahak belikan, dakpun tuang jepong...saiz apa ya? tgk kopek boleh tahan...kui3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...