Monday 21 September 2015

ALHAMDULILLAH ... BEGINILAH SAMBUTAN PROGRAM PAS DI SABAH YANG DIWAR-WARKAN SEBELUM INI SEBAGAI PARTI YANG SUDAH LUMPUH


September 19 dan 20 merupakan giliran PAS Sabah menjadi tuan rumah bagi program besar Perhimpunan Istiqamah hingga kemenangan(PIHAK 14.0) dan Munaqasyah ucapan dasar presiden.

Suasana semasa dalaman PAS, seperti yang diketahui umum, sedikit sebanyak tercalit rasa kerisauan akan kejayaan dan sambutan program seumpama ini.

Pun begitu, atas kebiasaan dan rutin dalam parti Islam ini, mesej daripada ucapan presiden dalam muktamar yang lepas mesti disampaikan ke akar umbi.


Seingatnya, program yang seumpama ini pada tahun-tahun yang lepas, PAS Sabah  meletakkan kehadiran ahli tidak pernah melebihi 350 orang.


Tahun ini Sabah mengadakan program ini di Sandakan. Perhubungan PAS  Negeri Sabah secara berani mensasarkan jumlah kehadiran seramai 500 orang. Satu angka yang dicadangkan secara berani dan angka ini tidak pernah disasarkan sebelum ini.


Walau bagaimanapun, kerisauan lenyap dan timbul pula ketenangan dan kesayuan. Kehadiran untuk ceramah PIHAK 14.0 dan Munaqasyah ucapan presiden diluar daripada kebiasaan. Dewan Pandu Puteri yang menjadi lokasi kedua-dua program ini penuh sesak. Penyokong dan pendokong PAS dari seluruh pelusuk negeri Sabah datang berbondong-bondong.

Kerusi dewan sejumlah 500 hanya berjaya menampung sebahagian daripada peserta. Sebahagian terpaksa berdiri dan duduk bersila di atas lantai.


Keadaan ini menghilangkan kerisauan dan menimbulkan ketenangan. PAS Sabah tidak tercedera sebenarnya. Malah semakin kuat dan kukuh. Ditambah pula dengan penyerahan permohonan borang keahlian baru seramai 521 orang.


Memang benar PAS sebenarnya tidak tercedera. Hanya mereka yang matang sahaja akan terus istiqamah dalam perjuangan parti ini. Dan lebih ramai akan yang terus bersama PAS.

KERISAUAN YANG MEMBAWA KETENANGAN DI SABAH

13 comments:

  1. PEMUDA PAN MINTAK MAAF, TAKUT KENA SAMAN LA TU!!!

    Hahaha!!! Inilah yang orang kata KEBODOHAN yang menyusahkan diri sendiri. Dek kerana terdesak sangat nak mendapatkan sokongan, sampai sanggup diorang mempergunakan orang lain.

    Jika sebelum ini, kita telah pun siarkan artikel mengenai seorang Model Wanita yang menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah puak - puak Pengkhianat pimpinan Si Mat Sabu tu.

    Maka atas sebab itulah model wanita berkenaan mengambil tindakan dan mendesak agar Pengkhianat pimpinan Si Mat Sabu supaya membuang semula poster berkenaan dan meminta maaf.

    Susulan desakan itu, cepat je puak - puak Pengkhianat tu membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap model wanita tersebut.
    "Pemuda AMANAH Negeri Melaka mengambil maklum mengenai isu Poster Anti Rasis yang menggunakan foto Saudari Felixia @ Raisyya Rania. Kami mengakui bahawa poster itu telah dibuat dan dikeluarkan oleh Pasukan IT kami yang ianya di bawah seliaan Pengarah Komunikasi, Pemuda AMANAH Negeri Melaka.
    Namun kami tetap mengakui bahawa niat yang baik juga perlu dilakukan dengan cara yang betul. Justeru itu, pihak kami telah mengambil keputusan untuk:

    Memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini dan pihak kami berjanji akan lebih cakna & berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang." - jelas kenyataan yang dikeluarkan.
    Takut kena saman la tu gamaknya. Maka sebab itulah diorang cepat je mintak maaf. Itu membuktikan bahawa rakyat tak boleh percaya sangat dengan puak - puak Pengkhianat ni sebenarnya.

    Dah terang - terang diorang ni Tak Amanah' dalam menjaga maruah orang lain. Tapi, apa nak heran ye tak. Sedangkan sebelum ini pun diorang 'Tak Amanah' dalam menunaikan janji yang telah diorang buat terhadap parti sendiri, inikan terhadap orang lain!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg amanah, bila buat kesalahan cepat2 minta maaf sbb takut dosa masuk neraka.
      Org yg tak amanah, bila buat dosa fitnah, membaruakan org, maaf pun tak nak tapi tambah caci maki lagi macam tak percaya dosa dan neraka.

      Itu bezanya....

      Delete
    2. Ohhhh Yeeee Keeeeeeeee anon 8.13. Aku rasa bukan sebab dosa pahala, tapi damage control. Setahu aku budak2 GHB tengah malu sebab logo Imayam, Felicia Yip, Selfie d Bersih dll.

      Korang tu tak minta maaf kat TSKI kerrr, PKR dah minta maaf dahh. Itu aku cakap korang tu PENIPU.

      GHB-PAN-KUALI dah malu sangat2. First Impression fail

      Delete
    3. Copy paste:
      Anonymous17 September 2015 at 22:34

      HALLO ACHI ITU PAS PUNYA BENDERA SARUPA ITU JEPUN PUNYA BENDERA TAK MAU KOMEN KA.AYOYO KADAWALI.INI WORANG OTAK ADA SAKIT PUNYA.

      Delete
    4. jiwa tenang jiwa kacau...

      mintak maaf. tak melatah. tak fitnah...
      inshaa Allah jiwa tenang...

      kalau jiwa sedang kacau... tak nak ngaku silap, mintak maaf jauh sekali la... melatah, tak tenteram, takut bebayang sendiri, risau org lain lebih baik, risau sokongan berkurangan, risau kwn sendiri sokong org, eh... mcm2 lagi lah...

      Delete
    5. Hasnul PAN Kuali pun fitnah orang tak solat. Blog Malaysiawavea cakap laaaaaa

      Delete
    6. 8:26 - pas punya lambang memenuhi aspirasi kerajaan sejak zaman mahathir iaitu Dasar Pandang Ke Timur. Lambang parti kuali pula adalah bahan tiruan yg menyalahi akta hakcipta di semua negara kecuali Tamil Nadu.

      Delete
    7. haha.. 09:21

      hang betui2 totok umnuuu ka... ??
      sayang lagi hang kat che det nooo...
      sat agi konpom macai2 mari dok sappot hang...
      hehe...

      Delete
  2. Sembelih kambing bg mkn dewa2 selsaila

    ReplyDelete
  3. Copy paste:
    Anonymous17 September 2015 at 22:34

    HALLO ACHI ITU PAS PUNYA BENDERA SARUPA ITU JEPUN PUNYA BENDERA TAK MAU KOMEN KA.AYOYO KADAWALI.INI WORANG OTAK ADA SAKIT PUNYA.

    ReplyDelete
  4. Marah dgn tindakan PAS tak mahu berkerjasama dgn PAN.

    Kan lebih baik duduk dlm PAS. Boleh dicalonkan dlm PRU14 nanti. Yang gatal lari drp PAS kenapa?.

    PAS, jangan layan puak-puak ni. Sudahlah kawasan PAS semakin kurang dgn wujudnya PKR. Jgn sampai kurang lagi dek kerana PAN. Itu sebenarnya yang merisaukan PAN.

    PAS perlu byk kerusi untuk menang. Dgn cara ini saja undang-undang syariah boleh ditegakkan. Soapa kata PAS tak nak menang PRU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN fitnah PAS... kurang berbanding PAS fitnah PAN...

      PAN warkan kelemahan PAS... kurang berbanding PAS warkan kelemahan PAN...

      PAN lebih banyak berdiam diri bila dihina berbanding PAS yg tak putus2 menghina...

      cuba nilai... jiwa siapa yg tenang dan jiwa siapa yg kacau sebenarnya...

      baca kenyataan ayat dlm blog omak kelihatan ayat menyindir menghina mengadu domba..

      baca kenyataan ayat dlm blog GB jeleas ayatnya sopan menyampaikan berita tanpa guna ayat nyindir atau menghina...

      sebenarnya...
      jiwa siapa yg kacau...
      jiwa sispa yg tenang...

      Delete
  5. PAN proksi DAP...
    Kesungguhan PAN dlm demokrasi amat ketara....
    Cuba applied as a platform...
    Mintak maaf byk2 ...
    (English masih lemah)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...