Friday 18 September 2015

RAIS YATIM MAU PENGAJUR DAN PESERTA HIMPUNAN BAJU MERAH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.



Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim menggesa penganjur dan peserta Himpunan Baju Merah dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia itu berkata, kejadian kekecohan itu telah tersebar di media sosial dan telah memberi tanggapan buruk terhadap penganjur dan peserta.

Selain itu, katanya, masyarakat juga berpandangan negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dilihat tidak mampu mengawal himpunan itu yang sepatutnya berjalan aman.

Antara syarat kebenaran yang diberikan oleh polis ialah penganjur Himpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu perlu memastikan perhimpunan berjalan aman dan sebarang perlakuan peserta yang menyalahi undang-undang adalah menjadi tanggung jawab penganjur.

Dalam masa sama, Rais berkata, Himpunan Baju Merah tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya telah menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai penasihat sosial negara, saya memang bimbang dengan perhimpunan itu yang telah mendatangkan sentimen perkauman.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia hanya merumitkan Perdana Menteri dan merumitkan beberapa pemimpin tanah air kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan Penulisan Bahasa Kebangsaan, di Dewan Bankuet Menara DBP pada Khamis.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menasihatkan agar himpunan seperti itu tidak diadakan lagi pada masa akan datang.

Katanya, himpunan seperti itu hanya mendatangkan sentimen perkauman yang mengguris perasaan kaum dan bangsa lain dan tidak menguntungkan orang melayu.

“Perhimpunan semalam itu saya fikir cukup lah.

“Tak wajar perhimpunan itu dibuat setiap tahun kerana ia hanya mengguris perasaan bangsa lain.

“Apa untungnya? Tolong beritahu, apa yang positif kita (orang Melayu) dapat?,” katanya.

9 comments:

  1. Pelik la.. hari tu kata Najib sendiri ucap tahniah dan hubungi Ali Rustam sampaikan salam masa himpunan baju merah. Skg Rais Yatim pulak nk kenakan tindakan undang2 pda himpunan baju merah ni.. Rais Yatim ni dah x sebulu dan sejembut dengan Najib dah ka?

    ReplyDelete
  2. Kasi can lah pemimpin umno yang dalam cold storage buat jasa, depa memang mengidam nak jadi menteri. Modal perkauman lah yang masih ada.

    ReplyDelete
  3. EKOU DAH PENCEN LA DATO...POILAH BERBULAN MADU KEK MANO EKAU SUKA....JANGAN KACAU BILA ORANG MELAYU BERHIMPUN...BILO BERSIH BERHIMPUN EKAU PUJI YO.....DASAR PENJULAT DAP

    ReplyDelete
  4. Sekor lagi hanjing penjilat Dapig sedang menonjol diri...tunggu nak kena hambat je tu...senang kerja BN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha

      sapa saja tolak merah adalah alat DAP

      hebat betul DAP

      memang layak DAP bersama PR2.0 meneraju malaysia

      kesian org kampung melayu... jadi alat merah

      kesian melayu yg tk sekolah.... ramai kt merah

      Delete
  5. Itulah mentaliti orang kita yg berfikiran sempit, sah kata melayu semua betul, sah kata cina semua salah. Bila diberitahu kebenaran, marah. Perhimpunan baju kuning dan merah sangat berbeza dari tujuan dan penyertaan. Memang imej malaysia dah buruk diantara bangsa sebagai negara rasis, sebenarnya hanya satu kumpulan kecil umno shj yg terlibat. Nila setitik rosak susu sebelangga.

    ReplyDelete
  6. Balik jo lah kek jelobu tok......duk kg makan noneh titi kan manih amek tok....pado molalak tak bukan2..bwk2 la dok masjid berzikir ko apo yg patut...dah sonjo dah tu...ingat2 la....

    ReplyDelete
  7. Pihak berkuasa perlu segerakan siasatan terhadap individu yang memulakan rusuhan, kerana nampak sangat ada pihak yang cuba mensabotaj Himpunan tersebut dan menyalahkan penganjurnya. Bukan pihak pembangkang siapa lagi? DAP banyak membela samseng.

    ReplyDelete
  8. Pasti ada pihak yang seronok ketawa terguling-guling UMNO pecah pulak dah... gara-gara baju merah. Habis parti Melayu terbarai.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...