Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disiasat polis mengikut Akta Hasutan berhubung satu postingnya di laman sosial Facebook menjelang perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos lalu.
Dalam status yang dimuat naik pada 8.00 malam sehari sebelum himpunan selama 34 jam itu, mufti Perlis menggambarkan mereka yang bangkit menentang si zalim sebagai wira.
"Sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa maka dia pastinya seorang wira.
“Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak,” tulis Asri.
Beliau turut memuji pejuang dari Argentina yang membantu membebaskan Cuba daripada kediktatoran, Ernesto Che Guevara.
"Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya.
"Kita mungkin tidak setuju dengan 'sosialism' Che Guevara namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai positif yang patut dipuji pada dirinya," katanya seperti dipetik dari laman Facebooknya.
Katanya, tidak salah sekiranya agamawan mengiktiraf kebaikan perjuangan dan mempelajari strategi yang mereka lalui.
"Tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan dan menyertainya jika ternyata ia satu kebaikan," katanya dipercayai merujuk kepada himpunan Bersih 4.
Polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal apabila 2 pegawai polis dari Bukit Aman merakamkan kenyataan wartawan awal minggu ini yang menulis laporan berhubung posting mufti itu di Facebook.
Perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam itu antara lain untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan dengan skandal kewangan.
Perhimpunan itu juga menuntut reformasi seperti pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk berhimpun, menguatkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Walaupun Putrajaya mengharamkan baju T kuning tertera tulisan Bersih 4, tetapi puluhan ribu membanjiri Kuala Lumpur dan memakainya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga muncul 2 hari berturut-turut mendesak Najib meletakkan jawatan.
Dr Mahathir, penganjur, aktivis dan ahli politik pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Datuk Ambiga Sreenevasan kini disiasat berhubung kesalahan berkaitan Bersih 4 seperti memakai ‘baju T haram’ dan ucapan mereka.
Bagaimanapun, polis masih belum lagi memanggil Dr Mahathir untuk soal siasat.... TMI
Any publicity is a good publicity...sbb tu parti cangkul xiplak logo supaya dapat publisiti supaya terus kekal releven kelakar...
ReplyDeleteAsri ni tak pernah aku tengok nak belasah daPIGS atau pkr. Asyik2 yang kena PAS n UMNO je.
DeleteJual Islam dengan Nilai sedikit, bila pihak munafik kuffar dan musyrik benar sedangkan orang Islam salah. Mengeluarkan fatwa menghalalkan revolusi dengan mengagungkan seorang ahli komunis athies demi bersekongkol dgn dap pkr pan weh mufti selangor mufti p.pinang pun tidak lakukan
ReplyDeleteTolak hudud...kelakar
ReplyDeleteKeluar parti krn kecewA...kelakar
Langgar baiah dgn kafarah...kelakar
Selfie berdada xper...kelakar
Tak pandai isi borang nk tubuh parti...kelakar
Tak dpt beli parti...kelakar
Pengasas parti cabut lari masuj pkr...kelakar
Cetak borang 50k tp 30k x balik lg...kelakar
Lanacar paeti amanah..eh silap...parti canfkul...kelakar
Ciplak logo....kelakar
Tak habis2 kelakar....janji dicapati
nuar menjubo....tak kelekar...janji menjubo
DeleteChe Guavera pejuang sistem sosialis. Sosialis adalah sistem ekonomi x kaitan dgn komunis atau agama. Sistem kapitalis yg digunakan kat msia pun x kaitan dgn agama. Ada faham x mangkuk...
ReplyDeletemangkuk mana faham psl ekonomi...tau psl sushi dan sotong saja. lg satu mangkuk hayun dpt 50 henggit menjerit2 berbaju merah tgh panas dan jerebu, pemakai hitam mcm keling
Delete