Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), zaman di mana DAP masih bekerjasama dengan PAS, pembangkang mendapat 52% undi popular.
Namun 52% undi popular yang diperolehi pembangkang tidak dapat menewaskan Umno-BN, malah pembangkang tewas 89-133 (perbezaan 44 kerusi) di peringkat Parlimen.
Kini pembangkang berpecah, dan tertubuhnya Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Amanah. Manakala Pakatan Rakyat pula tinggal dua parti antara PKR dan PAS. Melihat senario perbalahan politik hari ini, boleh kita simpulkan secara ringkas:
a. Majoriti Orang Cina tidak menyokong PAS dan Umno
b. Penyokong PAS tidak akan menyokong DAP dan Amanah
c. Penyokong Umno tidak akan menyokong DAP dan Amanah
d. PAS dan Umno tetap bertembung di kerusi majoriti Melayu
e. Kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru
Ada beberapa senario pertandingan tiga penjuru:
Senario 1:
PAS lawan Umno, Amanah masuk di tengah-tengah. Pertandingan ini hanya menguntungkan Umno-BN.
Senario 2:
DAP lawan MCA/Gerakan, PAS masuk di tengah-tengah dengan seorang calon Melayu.
Pertandingan ini akan menjadi menarik sekiranya peratusan undi orang Melayu di kawasan ini melebihi 60% kerana DAP sedang bermusuh dengan PAS dan juga Umno, dua parti yang masih mengawal majoriti undi Melayu.
Senario 3:
Tiga penjuru seperti Kota Damansara dan Semenyih jika perbincangan kerusi gagal diselesaikan. Perlawanan tiga penjuru ini terbukti memihak kepada Umno, meskipun di kawasan campuran berinternet tinggi dan ketika pembangkang dalam keadaan bekerjasama.
Senario 4:
Akan berlaku satu senario yang menarik, di mana Umno merampas kerusi-kerusi MCA dan Gerakan yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu. Umno akan bertanding melawan DAP sendiri berdasarkan sentimen orang Melayu terhadap DAP.
Strategi ini akan terpakai sekali lagi di PRU14 kerana pada hari ini, MCA dan Gerakan sudah dikira lumpuh ekoran kontroversi perhimpunan baju merah. Jika sentimen kaum masih tinggi, pertandingan sengit dijangkakan akan berlaku.
Senario 5:
Jika DAP menurunkan calon Melayu, situasi Teluk Intan bakal berulang, malah dengan lebih teruk.
Pembangkang esklusif tanpa PAS
Bagaimana pula dengan undi popular di setiap negeri dan peringkat nasional bagi Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS bersama?
Analisa melihat peratus undi popular bagi Pakatan Harapan di setiap negeri untuk 3 senario peratusan sokongan Melayu iaitu pada tahap 20%, 27% dan 33% manakala peratusan undi Cina berada pada 90%, undi lain-lain pada 65% untuk Semenanjung, 45% untuk Sarawak dan 55% untuk Sabah.
Analisa dibuat berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada PRU13 dan peratusan keluar mengundi 85% bagi Semenanjung dan 80% bagi Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan analisa di atas, boleh dilihat kawasan selamat (peratusan undi popular melebihi 50%) bagi Pakatan Harapan hanyalah Pulau Pinang dan juga Wilayah, iaitu kawasan yang mempunyai lebih 50% pengundi Cina, meskipun peratusan sokongan undi Melayu hanya 20%.
Jika undi Melayu berkisar pada 33%, Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk memenangi undi popular di Johor, Perak dan Selangor.
Namun undi popular tidak mewakili jumlah kerusi dan segalanya boleh berubah jika pertandingan tiga penjuru berlaku.
Di peringkat nasional, harapan Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya sangat malap di mana undi popular hanyalah bergelar sekitar 38%-45% untuk peratusan sokongan Melayu antara 20%-33%.
Ini cuma anggaran kasar. Namun, ia tetap memberi gambaran mengapa PAS adalah komponen penting di kalangan pembangkang. Inilah sebab utama PKR masih berharapkan PAS ke dalam Pakatan Harapan, namun kehadiran Amanah menyulitkan perkara ini.
Jika ada salah seorang pekerja anda, berhenti bekerja dan menubuh syarikat baru sambil mengambil pelanggan anda bersama, sebagai pengurus syarikat, apakah anda akan mengiktiraf syarikat baru tersebut dengan berurusan dengan syarikat baru tersebut?
Jika anda mengiktiraf, bukankah anda sedang memberikan galakan kepada pekerja-pekerja lain untuk turut melakukan perkara yang sama pada masa hadapan?
Oleh itu, tiada syarikat akan melakukannya, sebab ia satu tindakan membunuh diri. Begitu juga dengan parti politik – sehinggalah satu waktu di masa depan.
Itulah senario kasar di PRU14 pada hari ini.
aku bersetuju dengan perkara tersebut ,dan aku rasakan bahawa Pas bersendirian dan akan mengusai Malysia ini mengntikan BN.Pas kan memrintah Malaysia .Apa pendapat Omak Kau?bersetuju tak?.Yang akan mendaji pembnagkang nanti ialah BN dan Pakatan harapan.hidup Pas.
ReplyDeleteHahaha.....tidak setuju.....pas tidak mungkin menang besar dan tidak mampu tubuh kerajaan dgn bersendirian. Dap kuasai kawasan bandar dan majoriti cina ini sudah pasti kerana melayu masih ada perasaan perkauman. Maka pkr dan amanah yg harus dgn sedaya upaya kuasai sokongan melayu dan kawasan luar bandar. Umno sudah lemah dan goyah malah bom sentiasa berdetik dlm umno.. entah bila akan meletup dan mca mic sedang dlm kebingungan selagi najib pemimpinnya. Semua party ada kelemahan kekuatan nya, namun malaysia hari ini berbeza apa shj boleh belaku, melayu dah lama berpecah tiada lagi kepercayaan melayu bersatu hanya berlandaskan melayu dan islam semata2 ,dimana tidak mampu mengubah nasib melayu dlm jumlah yg besar hanya bilangan yg kecil shj. malah dgn saraan hidup yg tinggi skrg ini, lg menghimpit kehidupan masyarakat melayu maka tiada tak mungkin sokongan melayu akan berubah arah demi masa depan mrk.hanya melayu yg masih tak nak berubah takut perubahan.
Deletepru14
Deletepakatan harapan berpecah-belah
pas akan menang besar...
omak bakal pm wanita pertama...
KHALID SAMAD SONGEH DITUDUH PENIPU???
ReplyDelete
Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cuba untuk menegakkan benang yang basah bila dia dituduh sebagai seorang Penipu. Mula la dia hilang akal dan meroyan tak tentu arah.
Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu untuk mempertahankan diri sudah pastinya dia mendakwa kenyataan dia keluarkan telah disalah-ertikan oleh pihak PSM.
Dalam erti kata lainnya, laporan yang disiarkan didalam media sebelum ini telah disalah tafsir sehingga menyebabkan timbulnya salah faham bagi pihak PSM berhubung isu keahlian Pakatan Haprak Baru tu.
“Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.
“Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan,” katanya.
Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, memang Si Khalid Samad tu cuba mendabik dada dan mendakwa puak - puak PSM tu tak layak untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak tu.
Perkara tu dapat kita lihat apabila Si Khalid Samad tu menegaskan bahawa mereka yang telah mengkhianati PAS sebelum ini lebih layak untuk menyertai Pakatan tu berbanding PSM.
Alasan yang diberikan ialah sebab diorang dah lama berjuang dalam Pakatan sedangkan pihak PSM tu baru sangat nak menyertai Pakatan tu apabila ianya dijenamakan semula baru - baru ini.
Persoalannya, adakah itu sebab utama kenapa puak - puak PSM tu tidak dijemput menyertai rundingan Meja Bulat yang diadakan sebelum ini? Adakah itu yang membuatkan PSM tidak layak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu?
Jelas, tindakan Si Khalid Samad tu sebenarnya hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Apa yang dia buat membuktikan bahawa dia tidak menghargai sumbangan PSM kepada Pakatan. Jadi, sebab tu la dia meroyan tak tentu arah!!!
Langgar hukum allah xper...langgar artikel 153 jgn sekali...
DeleteCina hanya 22.6% penduduk malaysia..tertumpu di kawasan bandar. Berkumpul lah satu kl sekalipun sampai bila-bila takkan menang. Maksimum pegang penang & kl. Kadar kelahiran menurun, lg 20-30 tahun tinggal 15-18% je kt malaysia ni. Melayu umno & pas bersatu, pindah pakatan....boleh tutup kedai. Mat sabu elok mohon permit teksi / lesen menjaja..tak payah berangan dlm politik. Masa depan gelap. Hidup dah majal puluh tahun mengumpat, mengata, mencerca org.
ReplyDelete