Tuesday, 29 September 2015

CATATAN KHIR TOYO APABILA MERASAI DIRINYA PASTI AKAN DIPENJARAKAN JUGA AKHIRNYA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo

47 comments:

  1. MUFTI PAHANG BIKIN ADUN DAPigs TERKEDU!!!

    Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAPigs yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.

    Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
    "Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah. Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi.
    Abdul Rahman membidas kenyataan yang dibuat oleh DAPigs kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu terlebih dahulu sebelum membuat andaian.

    Malah tegasnya, DAPigs adalah pihak yang sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana telah campurtangan dalam hal ehwal agama Islam seperti mempertikaikan pelaksanaan Hukum Islam.
    "Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar Hukum Islam. Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.
    Menurut teks khutbah sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang itu, Perpaduan Ummah dikalangan umat Islam di negara ini berpecah kerana berbeza ideologi Politik.
    "Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam. Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.
    Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAPigs yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal boleh dianggap sebagai syirik.
    "Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?," ujarnya.
    Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan puak - puak DAPigs tu. Kalau DAPigs rasa diorang bagus sangat, SAMAN la!!! Jangan setakat cakap je!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dap tk perlu saman

      dap hnya perlu berdoa pd allah tunjuk kebenaran

      jika benar dap dizalimi dgn fitnah...allah mrnjawab doa org yg dizalimi.....walaupun dr bkn islam

      ingat tu. allah maha adil

      Delete
    2. mat sabu yg bagi kau yg wiridkn

      wirid nabi saw ajar kau tknk amal

      dh jaga solat ke

      Delete
    3. Anon 16.10
      nk layan pun x guna...otak penuh ajaran syiah....pasal tu merapu...ingat syiah lebih bahaya dari yahudi

      Delete
    4. Hahaha......tahniah bekas mb selangor msk penjara....! Ada salah tiada salah hakim tentukan maka tiada adil bagi sesiapa sebab ini kehakiman manusia duniawi bukan tuhan hakimi. Namun hari mati nanti semuanya akan diadili dgn bukti yg pasti kukuh tiada rekaan. Rakyat selangor juga tidak semuanya baik2 ada juga yg dlm kesusahan seperti masalah air yg entah bila boleh selesai!

      Delete
    5. 16.49...apa yg ko mabuk ni?
      Masalah air tu bukan selangor aje rasa.
      Kelantan, neg 9, johor dll pun hadapi masalah yg sama.

      Delete
    6. bangan ounya sapie mamak pembela bangang....


      jubo jer lawyeer ni pndai

      Delete
  2. Budak2 GHB-PAN-Imayam-Putumayam-Kuali dah tak letak komen bukan2. Kah Kah Kah

    Rasakan Koran punya Ang Pow dah kena freeze. Abuya Bukit Sifoo Penang bebulu dgn boss korang. Ayat2 macam2. Tapi penyokong Yilek.

    Buat APA tolong macai macam korang. tak de hasil

    Bye Bye Loaers

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkperlu melayan puak rosak akhkak dn cemar budi bahasa like u

      Delete
    2. bangan ounya sapie mamak pembela bangang....


      jubo jer lawyeer ni pndai

      Delete
  3. DAPigs MEROYAN, KHUTBAH SERU UMAT ISLAM BERSATU!!!

    Asal dengar je seruan yang menyeru supaya supaya seluruh Umat Islam bersatu, mula la puak - puak DAPigs ni jadi Gila Meroyan tak tentu arah. Macam Setan panas punggung pulak dah gayanya.

    Tapi yang lebih memalukan ialah apabila yang meroyan tu sendiri mendabik dada mendakwa dia seorang Muslim. Pun dia masih tak faham lagi intipati khutbah yang disampaikan?

    Kalau tengok gaya, macam bijak sangat. Tapi, kenapa bila orang nyatakan Kebenaran bahawa umat Islam di Malaysia ni berpecah akibat ketaksuban terhadap parti Politik dia nak meroyan pulak?

    Antara intipati khutbah yang disampaikan baru - baru ini menyentuh mengenai perpecahan yang berlaku dikalangan umat Islam di Malaysia ni adalah disebabkan ketaksuban terhadap parti Politik.
    "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam."
    Kalau kita tengok dari satu sudut yang dinyatakan, memang betul pun apa yang disampaikan dalam khutbah tersebut. Perkara tu memang sudah dibuktikan secara terang - terangan.

    Jadi, kenapa pulak Pengerusi DAPigs Pahang yang juga merupakan seorang Muslim tu nak menidakkan Kebenaran yang disampaikan melalui khutbah tersebut? Kenapa dia sorang je yang meroyan?

    Kan nampak sangat yang puak - puak DAPigs tu memang pantang mendengar seruan yang menyeru ke arah Perpaduan Ummah dikalangan umat Islam di Malaysia ni. Maka sebab itu lah dia bantah.

    Mungkin Pengerusi DAPigs Pahang tu lebih suka melihat umat Islam di Malaysia ni berpecah-belah supaya senang untuk mereka terus mengelirukan rakyat dengan agenda subversif mereka. Makak sebab itulah dia pun hilang akal terhadap khutbah tersebut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah baca dan saya jadi saksi.

      Delete
    2. bangan ounya sapie mamak pembela bangang....


      jubo jer lawyeer ni pndai

      Delete
    3. Malaysiabodo dah sampai... akademik teruk tapi bercakap pandai.. ptui!

      Delete
    4. Umno pandai bijak...

      Anon 1802 lagi bijak spai kena mintak sedekah dgn sugar daddy 2.6b nk suap mak bapak d kampung

      Delete
  4. Lain sungguh sikap khair toyo dan aljubooori bila terima hukuman....tak payah nk ulas panjang kan mcm langit dan booomi khait toyo dan aljubooori..pssst!....aljuboori tu mat sabu yg bagi nama....klu nk marahkan.mat sabooo dolu....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah baca tulusan tuan.
      Saya sanggup jadi saksi.
      Bawa tulisan tuan ni ke alam barzakh

      Delete
  5. Saya doakan datuk khir bersabar.
    Mudah2an dapat petunjuk ke jalan yg lurus.

    ReplyDelete
  6. aku dah agak, msti ade macai pas yang komen mcm sial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan yg baik2 untuk datuk Khir.
      Kesian kat anak dan isteri dia.
      Mudah2an datuk khir dan keluarga beliau sentiasa tabah dan sabar.

      Delete
    2. Saya setuju.
      Semua tu ujian drp Tuhan.
      Mudah2an datuk Khir sabar.
      Ada hikmah yg tersembunyi tu.

      Delete
    3. Masa beliau jadi mb dulu, banyak juga pembangunan yg dibuat di selangor. Datuk ni kalau di kampung2, ramai org suka. Hormat org tua dan selalu bergaul bersama masa kenduri kendara. Jln dr kuala selangor ke sg Besar adalah antara usaha beliau. Bila umno kalah di selangor, beliau terpaksa membayar dgn harga yg terlalu mahal.

      Saya simpati kpd beliau.

      Delete
    4. Bila kita dah tak ada jawatan, kadang2 org tendang kita mcm bola

      Delete
  7. Pernah di bebarapa negara yang pegawai imigresen dan kastamnya lembap, insentif diperkenalkan dalam bentuk percent bagi setiap PATI yang dutangkap, dalam masa yang singkat sempadan negara menjadi begitu ketat. Jadi memang wajar imbuhan pakatan ini. UMNO tidak pernah memperkenalkan insentif ini kerana mereka sendiri dibelakang penyeluduan besar-besaran PATI.

    Kiter sendiri pernah melihat kenderaan jabatan bertulis jabatan xxx Malaysia kementerian xxxx Malaysia digunakan macam harta mak bapak mereka membawa ahli keluarga dan kawan-kawan atas urusan peribadi. apabila ditanyaminyak siapa jawabnya minyak lebih, kemudian kiter tanya siapa yang servis,dijawab oleh pengamal korup ini. jabatan! yakni duit rakyat!

    Khalifah Umar Al Adil pada suatu hari didatangi anaknya atas satu urusan, bila ditanya oleh oleh Umar kamu ingin berbicara perihal kerajaan atau peribadi, bila anaknya manjawab peribadi, dipadamnya lilin kerajaan dan dipasang lilin peribadi kerana takutnya beliau makan haram duit amanah rakyat.

    Walaubagaimanapun, untuk mengimbangi imbuhan sila perkenalkan dendaan seperti potong gaji atau pecat untuk meningkat produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat report kat sprm, siapkan dgn no plat, pkl brp, lokasi mana dll maklumat. Ambil gambar. H/pone kan ada. Jgn beri alasan. Kalau khir toyo pun kena, pegawai bawahan apalagi. Tapi maklumat kena jelas, bukan tuduhan tanpa bukti.
      Buktikan anda bukan setakat pandai bercakap dan buat tuduhan, tapi berani dan bertanggungjawab. Bukan berani dlm blog shj, tapi di luar.
      Sila beri maklumat dgn hadir ke pejabat sprm yg berdekatan dgn anda.
      Terima kasih.

      Delete
  8. Laaaaaa......
    Serius aku tak tau kalau beli benda2 yg murah tu kira langgar undang2. Agak2 klu ada org jual Ranger 400K jual kat aku 200K kira mcm mana tu? Boleh ke tak aku ambik?

    ReplyDelete
  9. Hindu ni aq pon menyampah . . Kuil lbh bnyk drpd org.. bina atas tanah haram.. bila org runtuhkn pr politikkan . .. paria dpt pampasan utk bina lgi kuil haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu racist kat cina.
      Ni racist kat hindu pulak.
      Pelik caimeno neh..
      Duduk dlm utan aje la...
      Kawan ngan kera sumbang yg menyalak2 tu

      Delete
    2. 18:07 kera pun menyalak? Penyakit anjing gila telah merebak ke seluruh badan kau ni.

      Delete
    3. Yahudi guna anti semitic utk mdiamkn pengkritiknya, tanah Palestin tergadai, barua dap agen kafir guna racist, tanah Melayu tergadai.

      Delete
  10. bangan ounya sapie mamak pembela bangang....


    jubo jer lawyeer ni pndai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysiabarua, itu menunjukkan bhw sesuatu kes diadili dgn bukti dan fakta. Bukan dengar cakap, persepsi dan tuduhan melulu tanpa bukti.

      Kalau ikut prinsip KEDEPAN, kau cuma layak ganti mat indon potong sawit ajelah. Tak payah tunjuk bodoh depan depan org.

      Aku rasa kau meroyan sbb blog kau tak laku. Admin bodoh sapa yg sudi bertandang.
      Org buat blog. Kau nak buat blog. Blog tak laku datang maki hamun rumah orang.
      Bodoh keturunan kau ni

      Delete
    2. Sbb tu aku perjuangkan prinsip KEDEPAN, sbb yg bodoh mcm kau nilah susah nak uruskan.

      Delete
    3. Fakta paling tepat

      Umno pencuri mcm anon 1850...

      Hidup anon baruan penyangak peminta sedekah 2.6b pencuri ... Jgn luper share dgn mak nenek di kampung.. Insyallah berkat

      Delete
    4. M barua - kedai tak laku, dtg tunjuk bodoh dan memaki hamun kedai org. Blogger spm 0A.

      Delete
  11. Cepat naik, cepat la jatuh...tak kira parti apa perintah selangor, sama je. Cedok projek atau ada2kan projek klu nak dpt duit. Masa BN perintah selangor, tak nampak sgt dpn mata rakyat diorang desperate cekau duit. Ada tu mmg ada...bila PR perintah, boleh tengok hampir setiap bulan turap jln yg sama, sampah diangkut oleh lori 3 tan biasa (bukan lori sampah), pembahagi jln di tinggikan (tak perlu sbnrnya, saja nk tambah kos), parking tetiba diswastakan, jamban yg dulunya free pun diorang boleh pasang bangla jaga. Pendek kata, setiap ceruk PR boleh buat duit di selangor, diorang akan buat.....desperate gila. Sampaikan anak sykt kerajaan negeri pun (kutip sewa premis) ditubuhnya sykt baru & bagi kat kroni. Ni namanya lari dari mulut harimau, masuk dalam mulut buaya...

    ReplyDelete
  12. Memang ada beza cara khir toyo dan anwar terima hakikat/kenyataan. Sanggup minta maaf..sifat terpuji. Anwar??? Tau hentam jubur jambu je, jubur pakistan pun dia hentam

    KEDEPAN (Kembalikan pemimpin tak main jubur dan bebas dari rasuah) biar kaki jubur duduk lama sikit dalam penjara. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khir ytoto 3,5juta

      Najibul 2.6b

      Toyol kena tangkap tikus dan lipas untuk mkn malam di kajang

      Mugajib sedap santai di istana Putrajaya di belai 26 bidadari !!!

      Bodo punya toyol knp tak rembat 2.6b

      Delete
    2. Mbarua - blogger tak pass spm.

      Delete
  13. Tidak perlu mengeji orang yg telah menerima hukuman di dunia ini, banyak lg yg terlepas walaupun melakukan perbuatan rasuah di dunia ini. Yang pastinya hukuman di akhirat lebih pedih.

    ReplyDelete
  14. Sabar lah Khir. Banyak Kan bersabar. Ambil masa setahun Ni untuk mendekaykan diri kepada Allah. Jgn lupa lepas keluar nanti Kita sama sama dalam harapan Dan jatuhkan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilham terbaik utk Khir utk jd Khair .... ketika turun

      Delete
    2. Anom 20:15 lebih baik ko tunggu je depan penjara... ada je banduan keluar ko ofer je dlm harapan.... biar bodoh macam ko buat kerja bodoh, pandai buat kerja pandai... hi.. hi.. hi

      Delete
  15. Bayangkanlah realiti DAPig .... khutbah diganggu ... PAS terlebih dulu rasa hal hudud... PKR, PAN mcm ... jgn sia2kan otak anda

    ReplyDelete
  16. Dah lah makan rasuah. Masih nak salahkan orang lain.
    Masih nak menegak benang basah.
    Pemimpin UMNO semua macam ini.
    Manusia munafik.
    Tak apa. Ramai Dia boleh kumpul ramai jawa kat dalam penjara tu buat kawan
    Sama macam dia kumpul staff jawa semuanya masa dia jadi MB.

    ReplyDelete
  17. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti untuk menghonjang keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...