Thursday 24 September 2015

SIDANG MEJA BULAT JEMPUTAN PKR ADA MUSLIHAT TERSEMBUNYI TEGAS TIMBALAN PRESIDEN PAS.



PAS mendakwa jemputan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar parti Islam itu menghadiri sidang meja bulat pada 22 September lalu mempunyai muslihat dan agenda tersendiri.

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PKR tidak menjelaskan perkara sebenar tentang intipati sidang meja bulat tersebut, malah tidak memaklumkan lebih awal pada perjumpaan kedua-dua parti itu sebelum ini.

"Perjumpaan antara PAS dengan PKR pada 15 September yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

"Pada awalnya ia diberi gambaran persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku ternyata persidangan itu mempunyai agenda lain," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya pada persidangan itu, laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baharu pembangkang iaitu Pakatan Harapan.

Dakwaan itu katanya lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Tindakan sepantas kilat itu menambah persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baharu ini," tambahnya.

Tuan Ibrahim sekali lagi menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan kerana tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, sebagai parti pembangkang terbesar, PAS akan memfokuskan jentera untuk menawan Putrajaya.

"PAS akan terus mara ke depan bersama Islam dan menguatkan jentera parti bagi menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia untuk merehatkan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang ditegaskan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau turut menyifatkan keputusan PAS tidak menyertai persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September lalu terbukti tepat.

26 comments:

  1. Sudah lah PAS. Jangan reka2 cerita karut. Berkali2 wawi pelawa tp masih tunjuk ego. Siapa sebenar jadi pengkhianat nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas sebenarnya saja mencari helah utk bersama umno.

      Delete
    2. Apa nak sibukan Pas kita ada Prinsip perjuangan Islam yg jitu... bukan lalang...

      Delete
    3. Apa nak sibukan Pas kita ada Prinsip perjuangan Islam yg jitu... bukan lalang...

      Delete
    4. Nampak sangat melaun diatas frust menongeng tak dapat tipu pas join pakatan haram jadah.

      Delete
    5. Hahaha......yg menentukan kemenangan dan kuasa memerintah bukan semesti tertakluk pada party semata2 tetapi kemampuan mengubah itu penting dan rakyat tentukan. Apa guna party itu menang kalau tak mampu mengubah corak pemerintah baik bn sj yg memerintah. Rakyat mahukan pembaharuan perubahan dan umno tak mampu lakukan sebaliknya memudaratkan.

      Delete
    6. bgus titm ckp mcm tu....lbh menjauhkn pas dr PH

      i happy mcm tu

      pas ramai pemidato hrbat takut pd agenda....dedahknlh masa jumpa tu....apa sembunyikn agenda tersembunyi pkr

      sebenarnya org bersalah xsanggup nk tgk muka mangsa yg ramai dlm amanah..

      diburu dosa sendiri

      hj hadi kt rumah menggigil doa jgn mahfoz bocorkn lg agenda pasug

      xlama masuk sepital lg tn hj kita tu

      mcm haji bakil la demam bila org dtg nk minta derma...kecuali cikgu morni putri umnu dtg br hj bakil kebah

      hebat sungguh pas tau perkara ghaib

      maka eloklah dedahkn apa kebaikan 1mdb yg ghaibnya

      Delete
    7. Bila dijemput buat muka seposen.
      Bila dah selesai meroyan pulak.
      Parti islam apa mcm ni punya laku?

      Delete
    8. Pas kalau dapat 5 ahli parlinen dan dpt kekal di kelantan pun dah cukup ajaib. Klu dpt rampas putrajaya, umpama babi boleh terbang la.

      Delete
    9. 1956 dh kene sawam babi

      Delete
  2. Dah lebih seminggu PKR bagi surat jemputan, PAS nak apa lagi.

    Jemputan juga datang dari DAP dan Amanah ajak bincang nak tumbangkan UMNO pon tak mau datang.

    Nak dibentangkan RED CARPET ke.

    Mentang-mentang la PAS ni pegang kunci syorga kot ye pon jangan la sombong dan takbur sangat.

    Allah tak suka pada orang yang sombong dan takbur.

    PAS ingat dia besh sangat sampai orang nak pergi sembah dia.

    Sekarang ditinggalkan baru padan muka.

    Pergi la kat UMNO kekasih gelap mu itu, apa yang bising-bising dengan PH.

    Jadi jelas lah sekarang musuh PAS bukan UMNO lagi tapi PH terutama Amanah, tu yang sibuk siang malam kutuk Amanah.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai-macai PH diminta bertenang. Jangan sawan kerana PAS.

      PH perjuangkan agenda lapuk iaitu Anwar Ibrahim PM.

      Dari Sg Buluh nak dijadikan PM. Buang Rakyat tukar Harapan.

      Harapan untuk siapa? Sudah tentu Anwar Ibrahim.

      Mereka tahu perkara itu mustahil. Mereka tak berani nak letak orang lain.

      Nurul Izzah, Rafizi, Azmin pun boleh jadi PM.

      DAP amat tahu perkara ini dan mereka tunggu peluang saja.

      Ada peluang mereka akan ambil jawatan tu, habis Islam kat Malaysia.

      Cangkul@Kecewa sudah dikawtim oleh DAP, shut up.

      PKR tiada kekuatan melainkan bersama PAS atau DAP.

      Hanya PAS berprinsip, itulah mimpi ngeri bagi DAP.

      Halangan dan kepayahan DAP ialah PAS.

      Kepada macai-macai PH diminta jangan mengambil mudah situasi ini.

      Delete
    2. pas mengada2

      klu budak2 lempangkn aje mcm imam msjid negara kena

      dh bersalah takut malu nk jumpa org yg dizalimi byk pulak alasan

      sudahlh pas islam bkn hanya pas....islam ajaran utk semua yg ikhlas dn nak buat baik sesama makhluk

      tnpa pas islam lbh cemerlang..dan. .

      rumahtangga akn terpelihara

      kita msti lupakn pas terus sehingga kepimpinan baru pas yg beriman dn ikhlas dilantik

      Delete
    3. anwar tetap relevan jd pm

      ini menyebabkn umnu dn hadi makin melecet hati dengki mereka

      mereka trauma dgn anwar

      tektik hebat PH makin menyebabkn musuh tendang dinding geram

      syabas PH sgt bijak politik

      lg satu yg pas paling takut dn malu nk jumpa ialah ts m.taib dn KJ yg dituduh pkr curi org pas

      padan muka budak jahat memang takut nk mengadap org yg mereka zalimi

      Delete
    4. pas mengada2

      klu budak2 lempangkn aje mcm imam msjid negara kena

      dh bersalah takut malu nk jumpa org yg dizalimi byk pulak alasan

      sudahlh pas islam bkn hanya pas....islam ajaran utk semua yg ikhlas dn nak buat baik sesama makhluk

      tnpa pas islam lbh cemerlang..dan. .

      rumahtangga akn terpelihara

      kita msti lupakn pas terus sehingga kepimpinan baru pas yg beriman dn ikhlas dilantik

      Delete
    5. Nak pergi putrajaya tanpa sokongan orang bukan islam?
      Mimpi di siang hari ker?
      Klu umno pun tak mampu buat sorang diri, inikan pula pas....

      Patut ler org kata pas parti kera sumbang.
      Memang tepat pun....

      Delete
    6. Pas ni cakap dah macam buang tebiat aje aku tengok. Jangan2 nak mampos kot lepas pru 14 nanti...

      Delete
    7. Pas ni cakap dah macam buang tebiat aje aku tengok. Jangan2 nak mampos kot lepas pru 14 nanti...

      Delete
  3. Pas sudah banyak kali tipu kami..
    ini kali PH mau cari jalan kasi tipu Pas 
    kaw-kaw sampai Pas menyesal seumur hidup suka main2 sama Dap....tunggu..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dah sekali kena sepak keluar oleh umno. Skarang nak berjinak2 pulak. Nak kena sepak lagi sekali dgn umno la tu...

      Delete
  4. Pas boleh ke putrajaya
    Syaratnya pas kena sewa bas.
    Pergi rombongan kat putrajaya dgn hadi.

    ReplyDelete
  5. Pancai meroyan sbb cina bukit penang je dok julang mereka sgt memalukan tahap .....

    ReplyDelete
  6. Pas n hj hadi tak akan dikutuk jika mereka jd kaki jilat dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nk sambung ayat tergantung u 20:15

      .... tetapi sebb PAS nk jilat umnu najib... maka sebab itu pas dikutuk oleh sekelian makhluk

      jahat sungguh pas ni.. kawan jamal tongkang rupanya

      Delete
  7. Aper ler kome ni main jilat2 . kan kau org suka pas bersindiri . akulah orang yang fanaticism dengan Islam PAS dan bersama dengan president Tuan Guru Hj Hadi Hj Awang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru sorang jumpa yg fanatik

      sedih jg ingtkan hadi ni .. dulu aku pun fanatik kt dia tp dia panggil aku jebon

      aku pun talak 3 dgn hadi

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...