Istana Selangor semalam difahamkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad dan memeluk agama katolik.
Menurut sumber, laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, petang Isnin.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu.
Laporan tersebut dipercayai berpunca daripada status yang dimuat naik oleh oleh pengguna Facebook atas nama Rahim TambyChik mengenai pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor itu.
“Berita pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholokisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia.
“Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope Vatican City akan berhasil,” menurut status di Facebook itu.
Tinjauan di Facebook Rahim TambyChik mendapati status terbaru permohonan maaf atas kesilapan fakta di dalam status sebelum itu.
“Merujuk kepada posting saya di Twitter dan Facebook mengenai perkara itu DYTM Raja Muda Selangor memeluk catholitism, saya mengaku ini adalah dari sebuah laman web tidak berasas.
“Saya memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kesusahan ia boleh menyebabkan DYTM Raja Muda Selangor dan Istana Selangor,” katanya.
Sah perangai rba...buat salah...
ReplyDeletedapat laba politik....then mintak maaf ( free je)
MO stendet pembangang....
Siapa pembangkang di Selangor. BN / UMNO kan? Memang dasar macai bodo...nak kutuk PR tapi silap langkah ...lasat2 kutuk member sendiri..ngeh3
DeleteHahaha......kerana tak suka maka cuba hina malah sebelum ini adiknya dikata tak bertudung dlm facebooknya. Bila ada yg tidak bertamadun cuba nak pertikaikan org lain.
DeleteBetul...betul...Standard pembangkamg di Selangor. Terutama Noh Omar..Khir Toyo dah hanyut di bawa arus...
ReplyDeleteKes kes macam ni jangan main tulis je, itu perkara sensitif, itu bab akidah, menuduh sesaorg berdosa besar tanpa bukti yg nyata..
ReplyDeleteAnak tambi ni menyebok di Selangor buat apa. Kau orang Melaka jagalah negeri Melaka. Sibuk, lepas tu mulut macam longkang dok mengata anak raja orang. Lu apahal ni. Lu jaga lu punya sultan.
ReplyDelete