Tuesday 22 September 2015

CERAMAH PERDANA ISU-ISU SEMASA BERSAMA LIM KIT SIANG, KHALID SAMAD, RAJA KAMARUL BAHARIN DAN AZAN ISMAIL DI KUALA TERENGGANU LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DARI MASYARAKAT MELAYU TEMPATAN.


Lihat sendiri gambar-gambar diatas ... fikir dan nilai ... masyarakat Melayu kelompok terbesar melebehi 95% penduduk Kuala Terengganu dan Terengganu langsung tidak memberikan sambutan kepada ceramah perdana bersama-sama Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang,  Ahli Parlimen Shah Alam dulu PAS lompat Amanah, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dulu PAS sekarang Amanah YB Dato' Raja Kamarul Bahrin dan ADUN Bandar merangkap Pengerusi MPN Terengganu YB Azan Ismail.

Memberi mesej dan isyarat yang cukup jelas dan terang lagi nyaring betapa tanpa sokongan dan dokongan padu PAS di Terengganu, kedudukkan Pakatan 2.0 seperti melukut ditepi gantang.

Ceramah diadakan dikawasan parlimen Pengerusi Amanah dan DUN Pengerusi MPN Terengganu selain kehadiran pemimpin ulung paling dihormati DAP, Lim Kit Siang selain AJK Amanah Khalid Samad .. kira yang datang itu bukan kecil-kecil anak ... tetapi sambutan diberikan masyarakat Melayu??? .. bukan suam-suam kuku tetapi lebih teruk dari itu.

Perlu ingat Kuala Terengganu warga dan penduduknya cukup ramai ada akses kepada internet ...terdedah kepada pelbagai maklumat dialam maya ... kalau itu pun masih gagal untuk tarik dan pikat masyarakat Melayu cuba bayangkan diluar-luar bandar dan kawasan-kawasan terpinggir Terengganu.

Sebab itulah alasan utama mengapa PKR peringkat pusat terutamanya Ketua Umum dan Presiden serta Timbalan Presiden masih amat mengharapkan PAS turut serta dalam pembentukan Pakatan 2.0 .. sebab tahu PKR dan parti Mat Sabu langsung tidak boleh diharapkan untuk menarik sokongan dan undi kepada Pakatan 2.0 bila tiba PRU ke-14 nanti ... ini realiti, fakta, kenyataan dan sahih.

36 comments:

  1. KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT,PERUT ITU BUNCIT. RAKYAT SUKA KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. HANYA PEMIMPIN YANG MACAM BLUR MACAM SAHAK, PEMINTA DERMA MCM PIYEM DAN SUKA PENYALAK MCM TUANG JEPONG AKAN DISOKONG OMAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjaan Kelantan juga pantang ditegur.......

      TEGUR KERAJAAN KELANTAN: DIMINTA LETAK JAWATAN?

      Saya sayang kepada Kerajaan Pas Kelantan, tapi cara Kamu perlakukan mereka yang tegur Kerajaan sebijik seperti cara Umno/Bn buat pada mereka yang tegur Kerajaan. Akhirnya Asran Bin Alias diminta untuk BERHENTI KERJA di syarikat Swasta @ Kontraktor yang beliau kerja, ada kaitan dengan projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan di Gua Musang? Sebab tegur Kerajaan isu Pembalakan Ulu Sat, yang kini disiasat SPRM dan SAH ada tebangan luar kawasan R&R lebih drpd 20 Hektar. Memang meniru perangai UMNO/ BN buat pada cikgu2 yang menentang mereka hantar ke Sabah Sarawak. Di Pulau Pinang, bila mereka istihar Putus dengan Dap, tidak pula mereka mahu berhenti kerja sebagai lantikan politik, malah bila dihentikan mereka Saman. Tapi dalam kes sahabat saya ini, dia bukan kerja lantikan politik, dia Profesional dan bakal mendapat status "DR" dalam bidang yang beliau kuasai sekarang, tapi itu pun mereka campurtangan. Inikah contoh Kerajaan Islam yang PAS ingin tonjolkan pada rakyat Malaysia? Agaknya mereka sedang bergembira bila mereka yang pernah "suku sembam" tolong PAS waktu PRU13 dulu, sedang ikat perut dan terpaksa mencari pendapatan lain untuk menyara keluarga dan anak-anak kecil?

      Tidak berhati perut!

      Syam Ghaz

      Minta perjelasan Abg Nazri Deraman selaku bekas majikan beliau di TDC dan projek di Gua Musang juga ada kaitan dgn TDC yang kini jdi PMBK Development Sdn Bhd DAN juga YB Dato Mohd Amar dan YB Azami selaku Ahli Lembaga Pengarah sykt PMBKD. Tq

      Delete
    2. PAS DAKWA, DAPigs DESAK GHB TINGGALKAN HUDUD!!!

      Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali tidak menolak kemungkinan parti baharu yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan meninggalkan hudud kerana itu merupakan faktor pertikaian di antara DAP dan PAS.
      “Pada waktu ini sudah ada orang yang jadi burung kakak tua DAP. Sebab benda yang menjadi pertikaian di antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata awak tinggal hudud. Awak nak bersama kita, awak (mesti) tinggalkan hudud.
      “DAP merasakan mereka boleh menguasai pengundi Cina sekarang ini. Dan mereka (GHB) ini nak menang pilihan raya memerlukan undi Cina
      “Ok ‘awak mahu undi Cina, tidak ada hudud.’ Dan saya yakin kalau mereka (GHB) ini tidak berhati-hati. Mereka akan tinggal hudud, sebab DAP kata ‘no hudud’.
      “Ini adalah ramalan saya,”kata Mustafa, 71 tahun yang telah mengikuti perkembangan DAP sejak dari awal penubuhan pada 1965.
      DAP sebelum ini telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan Politik dengan PAS ekoran beberapa isu yang telah menimbulkan perbalahan diantara kedua - dua pihak.

      Delete
    3. KERJASAMA DENGAN 'PENGKHIANAT'





      Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

      Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

      Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

      ISU ‘PENGKHIANAT’

      Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

      Video ucapan Presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai PR 2.0. Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan atas ketidak bersamaan PAS dalam pembentukan PR 2.0, sedangkan pada hakikatnya Presiden sudah tidak berminat dengan PR dan lebih berminat untuk berkerjasama dengan ‘pihak lawan’.

      (BERSAMBUNG)

      Delete
    4. Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

      Betullah Parti Imayam d Balaci Boy Bukit Penang.

      Yg jahat adalah semua mukminin, yg baik adalah Abuya Sifooo Bukit Penang.

      Kami Cap Imayam mengikut Tahyul Say-Yes-Sir. Semua Rocket kata adalah benerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

      Delete
    5. (SAMBUNGAN)

      PEMIKIRAN PRESIDEN PAS

      Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap ‘pengkhianat’ ini tidak mampu menghalang Presiden PAS untuk sendiri mengkhianati PR. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali! Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS ‘dikhianati’, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?


      Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon UMNO/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS! Tidakkah itu satu pengkhianatan? Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

      Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr. Nasir sebagai manusia yang ‘mempertuhankan Marx’? Sedangkan jumpa dan berbincang dengan Dr. Nasir sekali pun tidak pernah! Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN dan kekalahan PKR!

      Sepertimana juga dengan tuduhan liar ‘pil kuda’ tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

      Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain ‘pengkhianat’ seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS! Sedangkan membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS! Namun apakan daya, apabila dianggap PAS boleh buat sesuka hatinya kerana ianya PAS kerana hanya PAS yang Islam.

      PENGKHIANATAN TERBESAR: TERTUBUHNYA KERAJAAN PAS/UMNO DI SELANGOR

      Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila Presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan UMNO untuk pertahankan TSKI sebagai MB Selangor semasa krisis MB Selangor yang lepas. Melalui tindakan beliau, TSKI telah memecat semua exco PKR dan DAP! Kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu!

      Akhirnya kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah dijatuhkan apabila 2 ADUN PAS menyatakan mereka tidak sokong TSKI sebagai MB. Mereka berdua telah menanda-tangani Surat Akuan Sumpah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

      Kemarahan Presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “Broker dan Barua” serta tuduhan 2 ADUN dibeli mengumukakan sebarang bukti mahu pun saksi. Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

      Delete
    6. (SAMBUNGAN)

      Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, Presiden PAS telah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah TSKI memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh 6 bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan TSKI sebagai MB untuk tempoh 6 bulan dan menggantikannya dengan Azmin sekiranya usaha PAS ini disokong UMNO. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa 2 ADUN yang pasti tidak akan sokong). Dan sekiranya dicampur dengan TSKI dan Azmin bersama 3 lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN. Sedangkan 29 diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh UMNO yang mempunyai 12 kerusi ADUN!

      KESIMPULAN

      Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan ‘pengkhianat’ maka sudah pasti yang pertama tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

      Bagi kami dalam Amanah, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

      Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan Negara?

      WaLlahu 'Alam
      KHALID SAMAD

      Delete
    7. Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015.

      PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0. Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini. "Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di Kota Baru, hari ini. Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, 3 buah rumah papan dan 2 buah motosikal serta 2 buah kereta musnah. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu. "Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya. Amar berkata PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa. "PAS ada pengalaman bersendirian... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya. Beliau berkata PAS juga akan tetap memperjuangkan kerusinya walaupun berkemungkinan berdepan dengan pertarungan 3 atau 4 penjuru jika Amanah turut bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, katanya, wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti dan melanggar bai'ah disaran meletakkan jawatan bagi menyelamatkan diri daripada hukuman Allah. "Bai'ah menggunakan nama Allah dan bukan perkara main-main... sebab itu kami minta supaya mereka menyelamatkan diri mereka dengan letak jawatan. "Kalau mereka berdegil kami tidak boleh berbuat apa-apa sebab kami tiada kuasa, tapi jika berlaku apa-apa nanti kena tanggung sendirilah," katanya. – Bernama, 21 September, 2015.

      Delete
    8. Bangunkan ekonomi orang Melayu dengan bangunkan Tanah Wakaf
      RM 1 B Geran Khas Untuk Perbadanan Wakaf Nasional
      Posted on Sunday, September 20 @ 14:55:14 MYT by paktam Oleh Yb. Haji Husam Musa

      Sehari dua ini sibuk dengan apa yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Melayu. Sebagai tindak balas kepada “Ancaman Cina”.Adakah orang Melayu Islam boleh 'survive' dengan semangat hangat-hangat tahi ayam seperti ini? Satu daripada cara untuk membangunkan kekuatan orang Melayu adalah ekonomi.Satu dari cara membangunkan ekonomi orang Melayu Islam ialah membangunkan hartanah wakaf di seluruh Negara. Saya difahamkan terdapat 11,000 (sebelas ribu) hektar tanah-tanah wakaf di seluruh Negara, termasuk di Pulau Pinang. Jika jumlah ini dicampurkan dengan tanah-tanah wakaf di bawah pelbagai institusi dan kadang-kadang orang perseorangan, jumlahnya mungkin lebih besar lagi. Angka ini adalah besar dan signifikan. Pada umumnya harta-harta Wakaf banyak yang tinggal terbiar tidak diberikan nilai komersial mengikut perkembangan semasa. Sebahagian tanah-tanah ini kedudukannya sangat strategik. Di Turki kini terdapat Persidangan Wakaf pada setiap tahun untuk membolehkan ulama, *****aha dan ahli-ahli ekonomi Islam kontemporari membincangkan kaedah-kaedah dan hukum-hakam kontemporari bagi menjadikan tanah-tanah wakaf sebagai sumber kekuatan ekonomi yang penting. Pada zaman Khalifah Uthmaniah, pengurusan harta wakaf telah mencapai kemuncaknya sehingga universiti-universiti, hospital bahkan termasuk hospital bagi pesakit jiwa telah didirikan dengan menggunakan dana wakaf. Apabila dana wakaf masih berlebihan, hidupan liar di hutan diberikan makanan di musim dingin bagi mengelakkan binatang-binatang ini mati kesejukan dan kelaparan. Malaysia berkemampuan untuk menghidupkan semula model pembangunan harta wakaf sepertimana di zaman keagungannya di bawah Khalifah Uthmaniah. Selalu dilaungkan, orang Melayu pupus di tengah bandar di Pulau Pinang. Bayangkan jika tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang dimajukan dengan benar-benar amanah, kedudukan orang Melayu boleh dimartabatkan. Satu dari halangan pemajuan itu ialah komplikasi hukum yang tidak dileraikan. Penyelesaian isu komplikasi hukum bagi tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang boleh menjadi pencetus baru kekuatan ekonomi orang-orang Islam yang telah pupus oleh pengabaian Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang. Menjelang budget tidak lama lagi, apa kira RM1 billion diletakkan untuk dana pembangunan wakaf Malaysia? Di sesetengah negeri, harta wakaf ini terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Satu kaedah konsultansi tentunya boleh dicari bagi mengharmonikan apa jua keadaan yang ada bagi tujuan menjadikan hartanah dan harta wakaf satu kekuatan ekonomi orang-orang Melayu Islam.
      Yb. Haji Husam Musa
      ADUN Salor
      20hb. September 2015/6 Zulhijjah 1436H

      Delete
    9. KUALA LUMPUR, 22 September: Pas memilih untuk tidak hadir ke meja bulat pembangkang walaupun menghargai jemputan yang dibuat Presiden PRK, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali. Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ketidakhadiran itu bagi parti itu menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut sebagai persiapan menghadapi Umno-BN di PRU14. Malah katanya, perjumpaan antara Pas dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden Pas. “Ini adalah pendirian Pas pada waktu ini iaitu PKR masih adalah rakan tahaluf Pas di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Muktamar. “Tiada kerjasama antara Pas dengan DAP mahupun Amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, ujarnya, Pas terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.

      Delete
  2. SHAH ALAM - Veteran Umno kesal dengan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini yang sanggup menjadi perantara menguruskan pertemuan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam usahanya untuk meminta negara itu campur tangan dalam kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan tindakan itu kini, jelaslah isu 1MDB selama ini adalah ciptaan kuasa luar dalam usaha untuk menjatuh kuasa Melayu di negara ini.

    "Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan peguamnya Mathias Chang bekerja untuk membuat laporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?

    "Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang itu dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Najib mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?

    "Apakah Mahathir dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?

    "Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Terdahulu Mahathir dalam satu kenyataan semalam berkata, ‎sekiranya Najib didapati terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram beliau mungkin akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara lain.

    Mengulas lanjut, Mustapha berkata pihaknya berharap agar pihak polis melakukan siasatan segera berkenaan isu tersebut.

    "Veteran mahu supaya polis menjalankan siasatan yang rapi dan mendesak supaya sesiapa saja yang terlibat dengan perancangan menjatuhkan kerajaan yang sah ini ditangkap dan dihukum," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isnin, September 21, 2015

      PEMUDA MCA BAHAGIAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN NAJIB




      Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.

      Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.

      "Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan hubungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.

      Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

      Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.

      Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.

      "Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".

      Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.

      Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.

      Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

      Delete
  3. Anak Panda - Malaysia Kena Bayar US 600,000 Kepada China.



    600k US dollar tau.

    Bayaran sewaan itu merujuk kepada nilai seekor anak panda semata-mata. Kalau dua ekor, tiga ekor, empat ekor lain kira.

    Bagaimana dengan kos makan?
    Kos penjagaan?
    Kos kesihatan?

    Itu pun citer lain gak.

    Almaklumla. Kita petik duit dari pokok. Mana la heran bab jimat cermat neh kan.

    Kah Kah Kah

    Laporan oleh THE SUN.
    Malaysia has to pay US$600,000 to China for each panda cub that is born here after 12 months and return the cub to China when it is two years old, Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said.
    This is stated in the Malaysia-China Giant Panda International Conservation Agreement programme, in which two giant pandas, Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang), were loaned to Malaysia for 10 years, he told a press conference at the Giant Panda Conservation Centre here at Zoo Negara after making an official visit to the zoo.
    "No, the pandas do not belong to Malaysia, even if it was born in Malaysia.
    "We have to return the panda cub to Chengdu, China, after two years. We also have to give a gift for the birth of the panda, that is pay US$600,000 for each panda cub that is born here," he added.
    "Even to name the panda cub, we need China's approval as per the agreement," Wan Junaidi said, adding that the ministry will organise a naming contest for the cub like the one held to name its parents.

    Katanya ;

    1. Malaysia kena pulangkan semula setiap anak2 panda yang dilahirkan di negara neh. Memang itu ada disebut dalam perjanjian.

    2. Dan ianya perlu dipulangkan selepas 2 tahun.

    3. Dan ketika nak memulangkan, kena sediakan hadiah.

    4. Hadiah itu ialah wang US600,000.

    5. Nak bagi nama anak PANDA pun kena tunggu kelulusan CHINA.

    Lepas dua tahun kalau ringgit mengukuh, mata wang dollar jatuh takpe la. Kalau lepas dua tahun ringgit semakin jatuh, meroyan gak nak bayar US600K tu. Tahun 2014, 600k US tue persamaan 2 juta ringgit kita. Now berapa?

    2.5 juta beb.

    Nasib China kata bayar lepas 2 tahun. Ada la harapan nak naikkan balik ringgit kita.

    Dalam bisnes neh, CHINA memang bijak dan yang bahlolnya kerajaan kau neh. Dah tahu takde duit, sesak sana sesak sini sampai kena potong macam2 peruntukan tetapi sanggup pula dok menyara dua ekor panda.

    Kos makan je cecah puluhan ribu sebulan.

    Masa nak ubahsuai zoo negara bagi menempatkan panda, Malaysia memperuntukkan 25 juta ringgit. Rujuk Awani.

    Setahun 1.5 juta dah buta2 'letgo' untuk sara 2 ekor panda. Itu 2 ekor aje tau. Tak masuk yang baru lahir tue. Kiraan dah jadi lain.

    So fikir la. Di zaman negara kita bising potong subsidi sana sini apa bagai tak ke macam setan perangai dorang bila sanggup bela panda 2 ekor tue? Bukan benci pada panda tapi benci pada pemimpin negara yang buat keputusan tanpa memahami risikonya kepada rakyat.

    Dah kaya, berkemampuan apa semua takpe juga buta2 nak buang duit untuk jaga panda. Tapi rakyat menanggung impak dari tindakan di atas. Macam-macam impak. Pemahsuhan subsidi minyak paling ketara, di ikuti dengan pelaksanaan GST dan kenaikan kos sara hidup. Bagi sektor awam, peruntukan dipotong dan kini mereka bergerak dengan bajet yang terhad.

    Memang tak boleh blah bapak angkat si panda neh. Menyusahkan rakyat je dia pandai.

    ReplyDelete
  4. Jika akhirnya DAP minta maaf...

    RAZIATUL HANUM A.RAJAK 21 SEPTEMBER 2015 SHAH ALAM - Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini setelah ikatan tahaluf siyasi antara mereka terbatal, sebelum ini gara-gara DAP didakwa melanggar syarat kerjasama tersebut. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, meskipun ikatan itu pernah putus, namun Pas akan mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam agama. "Jika dia (DAP) minta maaf dan terima dasar kita, hukum dah jadi wajib dah...kita akan terima (maaf). Tiada masalah. "Apabila dia (DAP) minta maaf nak rujuk balik...nikah kahwin pun boleh rujuk balik. Insya-ALLAH tahaluf siyasi tiada masalah," katanya pada forum Diskusi 3.0: Integriti dan Kenegaraan, di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian ketika dikemukakan soalan oleh penonton tentang prinsip Pas sekiranya DAP meminta maaf. Mengulas lanjut, beliau menegaskan keputusan Pas mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak adalah berasaskan kepada tuntutan hukum. "DAP wujud di Malaysia puluhan tahun. Mengapa dulu, kita tidak bertahaluf dengan DAP? Kerana hukum dan syarat bertahaluf siyasi yang digariskan di dalam Islam masih belum mencukup syarat menyebabkan kita tidak mengadakan hubungan tahalif siyasi dengan DAP. "Apabila syarat yang ditetapkan dalam kitab-kitab Fekah yang utama menggariskan kepada kita bahawa syarat dan peraturan tahaluf yang membabitkan Pas ini sudah melangkah ke peringkat wajib, maka kita mengadakan hubungan tahaluf siyasi kerana hukumnya telah menjadi wajib. "Saya nak tegaskan, kita nak rujuk balik, Pas berpegang dengan kaedah syarak. Kalau syarak mewajibkan, kita akan buat. Bukan sahaja dengan DAP, dengan orang lain pun," katanya. Menurutnya lagi, sekiranya mana-mana pihak yang bertahaluf siyasi melanggar syarat yang ditetapkan Pas, secara langsung perjanjian itu terbatal. "Apabila kita bertahaluf dengan DAP, syarat tahaluf siyasi kita lengkap. Apabila syarat tahaluf terbatal...sebab itu apabila dalam kenyataan MSU, saya sebut tahaluf siyasi terbatal bukan MSU yang membatalkan, bukan Pas yang membatalkan. "Tapi apabila DAP ini melanggar syarat dan peraturan yang kita tetapkan itu, maka dengan sendirinya tahaluf terbatal. Apabila tahaluf terbatal, walaupun manis, mesti buang," katanya. Nik Zawawi yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pusat berpendapat, bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila. "Berpolitik kita mesti berpandangan jauh. Jangan sampai kita berpolitik ini, kita bermusuh dengan satu-satu kumpulan menyebabkan kita meletakkan mereka ini sebagai musuh kepada kita sampai bila-bila. Tidak. Kita silap. Kita bermusuh ketika mereka menjadi musuh. "Kita mesti bertahaluf, bergabung apabila syarat dalam Islam mewajibkan kita bergabung dengan siapa sahaja. Ini kita kena ingat. Sebab itu dalam Islam kita kena banyak sabar. Kadang-kadang kita kena bergabung dengan musuh. Sabar, itu kehendak Islam bukan kehendak kita," katanya.

    ReplyDelete
  5. Surat Syam Ghaz, Harapan Anak Muda Kelantan kepada MB Kelantan Surat saya kepada Menteri Besar Kelantan. Kepada: Assalamualaikum WBT YAB Dato Ustaz Ahmad b. Yaakob Menteri Besar Kelantan Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK YAB Dato, ISU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI: KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK). Sukacitanya tajuk di atas adalah dirujuk. Saya juga merujuk kepada Salinan Surat daripada YB Dato Husam Musa, ADUN Salor kepada YAB Dato bertarikh 7 SEPTEMBER 2015 berkaitan isu ini. Berikut adalah 4 Perkara Berbangkit yang saya rasa amat wajar YAB Dato selaku Menteri Besar Kelantan untuk ambil perhatian, kerana ia membabitkan akauntabiliti ADUN-ADUN PAS Kelantan selaku Board of Director dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) di mana YAB Dato selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). PERTAMA KPK BAGI KAWASAN BALAK DENGAN NILAI RENDAH DARIPADA HARGA PASARAN. - KPK AKAN ALAMI KERUGIAN RM4.6 JUTA JIKA DITERUSKAN. Mengikut maklumat yang saya baca, setiap tahun KPK akan mendapat konsesi balak daripada Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 2,000 ekar setahun. Daripada itu, saya mendapat maklumat bahawa KPK telah menyerahkan kawasan tersebut kepada Sauncern Timber Sdn Bhd dengan bayaran RM1,700/ekar, jangkaan pulangan bagi 2,000 pulangan RM3.4 juta. Manakala caj Sewa Kilang KPK RM30,000 - 360,000/tahun. * Persoalan saya (1); Adakah ia dibuat secara TENDER TERBUKA ATAU TIDAK? Jika YA sila nyatakan Iklannya bila dan suratkhabar mana? Jika Tidak sila nyatakan sebabnya. * Persoalan saya (2); Juga menjadi kemusykilan saya, Harga tawaran RM1,700 adalah di bawah harga pasaran, sepatutnya RM4,000 - RM 5,000/ekar sbb kayu keras/meranti. Dengan itu KPK patut dapat minimum RM8 JUTA bukannya RM3.4 Juta seperti yang akan dibayar oleh Sauncern Timber sekarang. Bermakna KPK akan RUGI RM4.6 juta daripada keputusan ini. Minta YAB Dato jelaskan? * Saya sertakan Jadual Harga Kayu yang dikeluarkan oleh MTIB untuk rujukan YAB Dato. Maka tidak mustahil jika Amalan Ini diteruskan oleh mana-mana syarikat GLC, syarikat tersebut akan alami kerugian. Sepatutnya KPK yang menjadi "Angsa Bertelur Emas" terbalik menjadi "Bangkai Bernyawa" jika projek ini diteruskan. * Persoalan saya (3); SIAPA BOD terlibat dalam usaha memberikan projek tersebut dan SYARIKAT MANA yang membuat PENILAIAN terhadap nilai konsesi kawasan tersebut perlu dinyatakan. Sebab harga yang rendah daripada harga pasaran merupakan satu etika yang salah. Jadi saya minta YAB Dato sebutkan dalam tempoh TUJUH hari daripada surat ini. Andaikata tiada maklumbalas daripada pihak YAB Dato dan Kerajaan Negeri, saya akan buka isu ini kepada awam untuk siasatan SPRM, kerana ia amat mencurigakan dan merugikan Anak Syarikat Kerajaan Negeri. Sepertimana kita semua tahu, Bajet 2015 menunjukan Kerajaan Negeri Defisit (Tidak Cukup Duit) RM10.39 Juta, maka dengan langkah tidak cermat dan pelik sebuah GLC Kelantan, ia akan membebankan lagi kewangan kerajaan negeri pada masa depan.

    (BERSAMBUNG)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (SAMBUNGAN)
      ----------------------------------------
      KEDUA KE MANA LESAP BALAK 20,000 EKAR DAN DUIT RM60 - RM100 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT KELANTAN YANG DIJANJIKAN?
      Merujuk kepada salinan surat YB Dato Husam kepada YAB Dato, Kerajaan Negeri dikatakan sudah memutuskan dalam Mesyuarat untuk memberikan 20,000 ekar kawasan Balak bagi menampung Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan 2012. * Persoalan saya (4); Saya mendapat maklum, arahan sudah dibuat supaya tander terbuka dilaksanakan, saya minta pihak YAB Dato dedahkan Dokumen Iklan Tander Terbuka dan senarai semua syarikat yang memohon tender dengan maklumat syarikat berkenaan untuk disemak oleh Rakyat Kelantan, bagi memastikan ia telus dan adil. * Persoalan saya (5); Mengikut perkiraan saya daripada rujukan website Malaysia Timber Industry Board (MTIB), Jangkaan hasil seekar bagi kawasan yang diluluskan adalah RM3000 - RM5000 seekar, di mana anggaran RM60-100 JUTA tunai akan diperolehi oleh KPK. Pecahannya RM50 juta akan diagihkan untuk Dana Perumahan Mampu Milik. Persoalannya KE MANA DUIT Itu Pergi? * Persoalan saya (6); Pihak saya telah membuat semakan awam dengan merujuk kepada Laporan Penyata Kewangan Syarikat yang dilaporkan pada 2012, 2013, 2014 yang berakhir 31 Disember bagi tahun- tahun berikut ada menyebut: • 2012: Pendapatan - RM24,673,571 Keutungan Lepas Cukai - RM1,018,126 • 2013: Pendapatan - RM14,745,426 Keuntungan Lepas Cukai - RM1,430,376 • 2014: Pendapatan - RM12,923,615 Keuntungan Selepas Cukai - RM700,569 Daripada angka-angka Penyata Kewangan tersebut tidak terdapat satu tahun pun di mana Jumlah Besar Pendapatan Syarikat KPK melebihi RM50 Juta, persoalannya di mankah DUIT TERSEBUT DAN SIAPAKAH yang terlibat? Dilampirkan senarai Board Of Director KPK untuk Rujukan.

      Delete
    2. (SAMBUNGAN)

      KETIGA SIASAT PROJEK GAJAH PUTIH Selain daripada itu terdapat projek yang menelan nilai Ratusan Ribu ringgit menjadi Projek "Gajah Putih" dan Projek Terbengkalai seperti * Persoalan saya (7); Apakah Status i. Bandar Baru Dabong ii. Galeri Pameran Kpk iii. Pembinaan Pejabat KPK * Persoalan saya (8); Daripada surat berkenaan saya merujuk dan mendapati Pekerja di KPK-KPK ditawarkan VSS kerana masalah kewangan syarikat, saya ingin pihak YAB Dato dedahkan apakah Punca sebenar sehingga syarikat terpaksa membuat keputusan tersebut. Persoalannya, kenapa BOD dan Pengurusan KPK sanggup berbelanja BOROS, sedangkan GAJI PEKERJA tidak mampu untuk dibayar? Ini menandakan kelemahan Urus Tadbir BOD dan Pengurusan KPK yang perlu YAB Dato ambil perhatian.

      Delete
    3. (SAMBUNGAN)

      KEEMPAT
      KELEMAHAN PENGURUSAN BOD DAN PENGURUSAN SYARIKAT
      Difahamkan KPK akan berdepan dengan Saman bernilai RM7 Juta, selepas kalah dalam kes saman sebelum ini bernilai RM2.3 juta tempohari (saya merujuk Sinar Harian 9 September 2015) sebab kelemahan pengurusan Tadbir Urus dan Pengurusan hingga menyebabkan syarikat terpaksa berdepan dengan saman daripada syarikat Balak. Dalam keadaan Kelantan mengalami Bajet Defisit RM10.39 juta, KPK sepatutnya menjadi Penyumbang utama kepada Kerajaan Negeri. Ini sebaliknya berlaku, dalam tempoh getir kerajaan alami masalah Kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai. Duit RM2.3 juta jika diagihkan untuk membina rumah mangsa banjir yang berjumlah 2,600 buah rumah musnah tempohari. Dengan nilai RM40,000 sebuah, duit kerajaan dapat dijimatkan dan 57 buah rumah dapat dibina bagi meringkankan beban mereka.

      KESIMPULAN DAN SARANAN SAYA
      MINTA JASA BAIK YAB DATO SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN 1. MENGGUGURKAN SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH KPK, 2. MEMBEKUKAN JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR SELAKU EXCO YANG JAGA PORFOLIO PEMBANGUNAN WILAYAH, TANAH DAN ALAM SEKITAR 3. SERAHKAN LAPORAN BERTULIS KEPADA SPRM UNTUK MULAKAN SIASATAN DALAMAN KEPADA SEMUA INDIVIDU TERBABIT DENGAN HARTA DAN AKAUN PERIBADI DAN KELUARGA MEREKA DISIASAT UNTUK MEMASTIKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN MENEPATI SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. 4. DEDAHKAN SECARA TERBUKA JAWAPAN-JAWAPAN KEPADA 8 PERSOALAN YANG SAYA UTARAKAN.

      Sekian Terima Kasih YAB Dato, semoga terus cemerlang meneruskan legasi BERSIH sepertimana Pertadbiran Arwah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan MB Kelantan 1990 - 2013.

      Syam Ghaz
      Harapan Anak Muda Kelantan
      10 September 2015

      Delete
    4. USAH DILAYAN KEPADA YANG TIDAK SUDI SERTAI PAKATAN 2.0

      RAMAI yang ternanti-nanti apakah keputusan samada KEADILAN menerima Pas bersama di dalam Pakatan 2.0 di dalam keadaan ramai pemimpin Pas sendiri menunjukkan tidak berminat untuk sertai Pakatan 2.0, tetapi masih berminat dengan KEADILAN. Kita bicara sekarang bukan tentang hubungan KEADILAN dan Pas. Semua sedar, jika hanya KEADILAN dan Pas sahaja berjuang untuk menjatuhkan rejim, sudah pasti gagal bahkan apa yang ada pada KEADILAN dan Pas turut hancur. Ertinya, Pakatan 2.0 bukan berkisar di antara KEADILAN dengan Pas sahaja. Pakatan 2.0 itu mestilah turut melibatkan Dap dan parti baru iaitu Amanah. Sehari dua lagi Kak Wan akan lihat di dalam perjumpaan meja bulat siapakah pimpinan parti di dalam KEADILAN, Pas, Dap dan Amanah yang benar-benar berminat untuk mewujudkan Pakatan 2.0. Tidak perlu wujud 'block' lain di dalam Pakatan 2.0 kerana strategi itu pasti gagal. Sekarang tidak macam dulu yang boleh diasingkan sesama Pembangkang. Sekarang semua kaum mahu melihat satu pakatan baru yang bersatu. Setakat ini aku yakin, Pas pasti tarik diri dari menyertai Pakatan 2.0 namun mahu teruskan kerjasama dengan KEADILAN. Aku harap KEADILAN jangan buat kerja gila dan bodoh seperti ini. Jika mahu terima Pas, pastikan Pas juga boleh terima rakan-rakan yang lain iaitu Dap dan Amanah. Jika Pas tetap tidak mahu terima Dap dan Amanah, ertinya Pas mahu agar Pakatan 2.0 tidak melibatkannya. KEADILAN mesti teruskan Pakatan 2.0 walaupun tanpa Pas. Jika serius Pas menolak, mahu tidak mahu Pakatan 2.0 mestilah ada di dalamnya KEADILAN, Dap dan Amanah. Cukup-cukuplah bermain selamat kerana kamu tidak akan selamat jika tidak mahu mendengar suara di bawah. Di bawah mereka mahu Pakatan 2.0 itu bersatu. Tidak perlu ada Pakatan 2.0 di sebelah kanan, satu lagi pihak pembangkang tetapi di antara KEADILAN dan Pas saja. Itu kerja main-main dan tidak serius untuk menumbangkan rejim. Jangan buat main-main dengan rakyat. Nanti, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Kak Wan selaku Ketua Pembangkang mesti tegas. Harus terima parti-parti yang berminat untuk sertai Pakatan 2.0 sahaja, tanpa syarat ataupun ugut. Yang tidak berminat dan merasa mereka kuat, hormati pandangan mereka. Biarkan dia berjuang sendirian untuk ke Putrajaya.

      Delete
  6. Siaran TV IMAYAM cukup jelas hari ini walaupun ia dipancarkan dari negeri Tamilnadu, India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memorandum Bantahan Hidangan Minuman Keras di Menara Felda

      Penyerahan memorandum bantahan penjualan minuman keras kepada Felda, Naza TTDI dan pengusaha restoran Brolly di Menara Felda pagi ini. Ia di sampaikan oleh Ust Youslaidy, Pengerusi Jawatankuasa Pembangnunan Insan Ngo ANAK. Turut hadir Sdr Abd Rahman Ramli, Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felda(BANGKIT) dan Hj Abu Samah Jamal.

      Memo diterima oleh Tuan Saharudin, Pengurus Bahagian Korporat Felda. Beliau menjelaskan, Naza TTDI yang meluluskan permohonan Restoran Brolly. Sememangnya dari awal, Felda membantah, namun, tidak boleh berbuat apa apa kerana Brolly memohon terus melalui Naza TTDI.

      Apa yang menimbulkan tanda tanya, siapa pemilik@yang berotoriti atas Menara Felda?

      ANAK mendesak agar ketiga tiga pihak mengambil tindakan segera bagi mempastikan penjualan minuman keras dihentikan. Sensitiviti warga Felda yang mana 95% adalah Islam mesti dihormati.

      Delete
    2. Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Najib yang juga Presiden UMNO kerana 1MDB yang diilhamkan olehnya itu diberikan publisiti meluas oleh beberapa media dari seluruh dunia..

      Nazri Aziz pun tak perlulah menghabiskan beratus juta RM untuk mempromosikan Malaysia keseluruh dunia kerana Syarikat yang diilhamkab oleh Najib itu telah membantunya.

      Sebabnya bukan hanya harian kewangan The Wall Street Journal yang berpengkalan di US melaporkan tentang FBI yang memulakan satu siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB... tapi banyak lagi negara yang menyiarkan tentang tindakan FBI itu..

      Laporan tersebut telah disiarkan oleh sekurang-kurangnya 10 portal berita dari seluruh dunia, antaranya Bulgaria, Thailand, Vietnam, Spain, China, Korea, Russia, Jepun dan juga India..

      1. Bulgaria : Wall Street Journal: The FBI has begun investigating the Malaysian fund 1MDB
      - http://m.focus-news.net/?action=news&id=2120942

      2, Thailand : US media said the FBI began investigating the fund scandalous "1MDB" of Malaysia
      - http://www.manager.co.th/Around/ViewNews.aspx?NewsID=9580000106237

      3. Vietnam : FBI investigation of the Malaysian fund 1MDB
      - http://tuoitre.vn/tin/the-gioi/20150920/fbi-dieu-tra-quy-1mdb-cua-malaysia/972276.html

      4. Spanish : The FBI opened an investigation against the Malaysian investment fund 1MDB
      - http://m.europapress.es/internacional/noticia-fbi-abre-investigacion-contra-fondo-inversion-malasio-1mdb-20150920054705.html

      5. Chinese: FBI investigation of Najib created by 1MDB Fund
      - http://finance.sina.cn/usstock/mggd/2015-09-20/detail-ifxhytxr3799103.d.html?from=wap

      6. Korea: Malaysian Prime Minister Najib '1MDB corruption allegations' FBI investigation after
      - http://m.mediapen.com/news/articleView.html?idxno=94495

      7. Russian: The FBI is investigating money laundering through the Malaysian state fund
      - http://www.rbc.ru/rbcfreenews/55fe297a9a79474ad3a3d90a

      8. Japanese edition of Wall Street Journal: FBI, investigating the start of the Malaysian sovereign wealth fund
      - http://m.jp.wsj.com/articles/SB12208348323212744301304581243721510482188?mobile=y

      9. LOL at Russian headline: Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators
      - http://charter97.org/be/news/2015/9/19/169665/

      10. India: The former minister was prevented from leaving the country in Malaysia
      - http://naidunia.jagran.com/world-malaysia-pm-critic-detained-for-antidemocratic-activities-amid-1mdb-scandal-482124

      (NEGARA TELAH DIHINA OLEH KuASA BESAR)

      Delete
    3. dgn parti nyamuk yg ahli tak sampai 10k parti yg dikatakan setiap hari org hantar borang ahli 3k-4k, meroyan meraban meracau..nampak sangat mcm puak musryrikin yg 1000 org takut dgn 313 ahli badar...hahahaha baru logo pun dah gigil macm org kena denggi

      Delete
    4. Walaupun Aku Tak Sokong UMNO, Aku Akui Ucapan Muhyiddin Ini Jauh Lebih Baik Dari Ucapan Najib..

      Walaupun ucapannya tidak berapi-api macam ucapan Najib, dan walaupun aku tak sokong UMNO tapi bagi aku ucapan Muhyiddin ini jauh lebih baik dari ucapan Najib yang tah apa-apa tu..

      Muhyiddin menyelitkan hadis Rasululullah SAW yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”

      Najib pulak menyelitkan perumpamaan pahlawan Bugis mabuk.. yang berbunyi "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.


      Pahlawan mabuk lah tu.. kalau pahlawan tu tak mabuk buat apa dia nak kembangkan layar lepas tu labuhkan sauh pulak.. takkan dia nak drift guna kapal tu kot?

      Aku cadangkan Najib pecat manusia yang tulis teks ucapannya itu.. buat malu saja.. ucapan Najib tu bacalah di SINI

      Ni ucapan Muhyiddin..

      Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.

      Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama.

      Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

      Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain.

      Tak pernah melampau

      Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh BN, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin BN percaya, perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

      Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya kerajaan bertanggungjawab memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

      Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil.

      Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin.

      Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

      Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

      Delete
    5. amal diminta bertemu penganjur baju hijau

      Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.

      "Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional untuk menuntut ketelusan pentadbiran negara dan bukan dengan tujuan mendiamkan diri atas penyelewengan negara.

      "(Penganjur himpunan) Baju merah boleh berhubung dengan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata anggota Jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K) Datuk Khairuddin Aman Razali.

      Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan perkara itu kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas hasrat baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

      Jamal dilapor bercadang menyertai H60K, yang termakan baju hijau, jika objektif himpunan itu ke arah menyatupadukan orang Melayu.

      PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menerima sesiapa sahaja untuk hadir jika menyokong dasar dan perjuangan mereka.

      Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.

      PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.

      Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.

      Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

      Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

      Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH). -mk

      Delete
    6. Kaki bodek ini secara mudahnya merujuk kepada sikap seseorang yang suka membodek pihak yang dibodek dengan harapan mendapat laba atau mendapat ruang keselesaan atau jaminan keselamatan dari hasil bodekan.

      Bodek? Kejadah apa bodek ni? Bodek ini lebih kurang sama macam ‘ampu’ – mengampu.

      Motifnya sama. Saudara-mara kepada ‘kaki bodek’ ialah ‘kaki kipas’, ‘kaki ampu’ dan saya tambah lagi satu: ‘kaki jilat.’

      Konotasi ‘kaki jilat’ ini saya rasa lagi cun, lagi provokatif seperti kata arwah Za’ba tadi, “sedap didengar dan bijak perkataannya” – kerana berjaya membuka 1001 imaginasi liar.

      Bayangkan, kaki jilat ini bukan menjilat ‘kaki’ saja kerjanya, tapi kebarangkalian untuk menjilat bahagian lain juga amatlah tinggi.

      (Kredit to: Sdr Mohd Ikhwan Abu Bakar)

      Delete
  7. BEGINIKAH CARANYA NEGARA ISLAM?

    Siapa yang bertanggung jawab ini? Kenapa umat Islam sukar untuk solat di masjid di negaranya sendiri?

    Tidak bolehkah tok siak tunggu sekejap sementara wanita-wanita ini selesai solat sebelum tutup lampu dan kunci pagar?

    SUMBER FACEBOOK

    Ingat yer, sebelum sampai ke akhirat untuk disoal tentang tanggungjawab kamu memakmurkan masjid yang terletak dalam amanah kamu, di dunia kamu sudah disoal.

    Ini bukan zaman atuk dulu. Ini zaman dunia tanpa sempadan.

    Keburukan pengurusan di sebuah masjid di Bagan Pinang, Negeri sembilan, Malaysia diketahui oleh semua umat manusia di dunia, Islam dan bukan Islam, hanya dengan satu klik.

    Penguasa seperti inikah nanti yang kita harap akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia?

    Bagaimanakah kita boleh mengharapkan keadilan kalau solat yang wajib pun dihalang?

    IKIM, JAKIM, YADIM, Mufti, Menteri dan lain-lain...Bagaimana kamu hendak mengembangkan Islam jika kamu menghalau orang yang ingin mengerjakan kewajipan Islam?

    WAKE UP MALAYSIAN MUSLIMS!
    YOUR ENEMY IS NOT OUT THERE!
    YOUR ENEMY IS YOURSELF!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bazir RM100b: Kenapa Dr M tak saman bekas pengarang WSJ kata Menteri Umno KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal(WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya. "Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya," kata Salleh.‎ Menulis di dalam blognya sskeruak.blogspot.com, katanya RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini. Salleh berkata dalam buku, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan. Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah "bersih, cekap, amanah." Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan "satu dekad untuk tingkah laku yang buruk" atau "satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik". "Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh. Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ. Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah. "Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar," katanya.

      - Bernama Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 9/22/2015 10:03:00 PG

      Delete
    2. Nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

      Pandangan itu dibuat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang yakin penyelesaiannya akan membolehkan susutan nilai yang ditanggung matawang itu dipulihkan.

      “Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, lapor Astro Awani.

      Katanya, Bank Negara telahpun menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

      “Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini,” tambah Zeti lapor FMT.

      Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan lapor The Malaysian Insider.

      Zeti berkata, orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

      Beliau melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

      “Ketika ini, kita tahu orang ramai mahukan jawapan dalam persoalan ini. Dan mereka berhak untuk mendapatkan jawapan tersebut,” katanya.

      Beliau berkata demikian pada satu sesi dialog mengenai kemas kini ekonomi 2015 anjuran Pemandu di Sasana Kijang hari ini.

      Zeti berkata beliau yakin siasatan yang berjalan akan membuahkan hasil, sambil menegaskan aspek siasatan BNM terarah kepada percanggahan kelulusan yang dibuat oleh 1MDB.

      “Semua siasatan ini sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

      “Siasatan ini sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya.

      Mengenai isu pengubahan wang haram, Zeti berkata masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu tersebut dengan beberapa langkah tegas sudah diambil.

      “Masyarakat antarabangsa sudah bersatu, mereka ini FATF (Financial Action Task Force), mereka sudah bersatu untuk menangani isu berkaitan pengubahan wang haram.

      “Jadi, kamu akan dapat lihat oleh komuniti antarabangsa selepas beberapa insiden berkaitan dengan keganasan,” katanya.

      Menurut Zeti, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik dalam penilaian yang dibuat, sambil menegaskan pesalah yang terlibat dalam pengubahan wang haram tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan.

      “Dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi,” katanya.

      Delete
    3. Sebuah buku berkaitan latar belakang ‘raja repot’ polis Malaysia Rani Kulup diumumkan hari ini.

      Diberi judul #Kipidap, buku dijangka kira-kira 300 halaman itu antaranya merakamkan perjalanan hidupnya ketika muda, berkhidmat sebagai tentera, perjuangan bangsa Melayu dan komen lucu mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

      Kira-kira 100 gambar menarik juga dimuatkan dalam buku berkenaan.

      Penerbitnya Puteh Press Sdn Bhd berkata, buku itu akhirnya dapat diumumkan juga hari selepas tertangguh sedikit.

      “Ia sudah dapat kelulusan Polis Diraja Malaysia.

      “Mereka sangat teliti dan bagi khidmat nasihat untuk elak isu sensitif dan tindakan undang-undang,” kata jurucakap Puteh Press Adzkia Amanah Ugi Suharto dalam sidang media di Batu Caves petang tadi.

      Katanya penelitian polis perlu dibuat kerana ia melibatkan pihak lain yang disebut dalam laporan polisnya.

      Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup turut terkenal dengan gelaran Ayahanda Arka.

      Lelaki 60 tahun itu bergiat aktif sebagai presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

      Beliau menjadi fenomena media sosial kerana sering membuat laporan polis mengenai pelbagai isu semasa dalam negara.

      rani kulup lawak kipidap

      Sehingga kini sudah hampir 500 laporan dibuat oleh Rani.

      Selain itu, beliau sering menggunakan perkataan “kipidap” yang menjadi trend di Facebook, Twitter mahupun Instagram.

      “Selama ini kita tahu mengenai ayahanda Arka hanya melalu media sosial. Pelbagai imej dan kisah mengenainya yang kita tidak tahu kesahihannya.

      “Kami terpanggil untuk membukukan kisah beliau kerana namanya sering dicari dalam carian Google.

      “Kalau kita klik pada carian, perkataan itu akan berada di atas sekali. Beliau begitu dekat dalam hati masyarakat,” kata Adzkia.

      ‘Ayah ada pendapatan’

      Rani pula bersyukur kerana buku itu memberikan rezeki kepadanya.

      “Sebelum ini ayah tidak ada pekerjaan, tetapi dengan buku ini ada pendapatan,” katanya.

      Rani memberitahu, tiada siapa mengajarnya menulis buku, tetapi Puteh Press datang memberi dorongan kerana mereka berminat untuk mengetahui mengenai kisah hidupnya.

      “Tiada siapa mengajar, cuma Puteh Press datang dan bersembang dengan ayah, mereka cek aktiviti dan hendak tahu aktiviti sebenar ayah lakukan,” katanya.

      Kipidap sudah pun lapan puluh peratus siap setakat ini dan #Kipidap dijadual berada dalam pasaran Oktober nanti.

      Selain menjadi penulis buku, nama Rani semakin melonjak naik dalam pelbagai bidang.

      Beliau sebelum ini dilapor ditawarkan menjadi pelakon dalam filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi terbitan Metrowealth (MIG) Pictures Sdn Bhd dan diangkat sebagai artis rakaman, dengan duet bersama Radhi OAG. – Mkini

      Delete
  8. cakap kt siber mmg berdegar2...kutuk sana kutuk sini...visi melangit...suruh terjemah kepada kehadiran...hancussss...tapi x jgk sedar2...rasa diri ttp lebih baik...pastu terpedaya dgn propa sendiri.
    xleh nk terima kenyataan...dok percaya pd 10,00, 30,000, 50,000 sehingga 100,000...mana dtg jgn cerita...silap2 database ahli2 pas yg dah dicilok nnt main guna isi jer borang imayam...tu yg kalah rasa pelik...mcmana boleh kalah...duit byk berbelanja...tapi undi nya mana? insafla wahai imayam2...insafla...

    ReplyDelete
  9. Tak kisahlah ada sambutan ke tidak, janji tak undi PAS atau UMNO!!! Satu kaki songlap dan satu kumpulan orang sewel kuat merapu!!!

    ReplyDelete
  10. Fuyoo punyalah ramai orang. Itu sebabnya aku tak suka maki hamun puak Amanah ni. Dioarang punya penyokong, hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang kita kena hakikat yang mana pimpinan muda PAS kini tiada nilai dalam memupuk semangat ukhuwah dan perpaduan antara kita. Moga kita terima hakikat itu. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  11. PENGKHIANAT PAS VS 'PENGKHIANAT PAKATAN RAKYAT

    Aku cukup pelik mndengar hal pengkhianat...Kita kna ada beza..Mmg geng AMANAH mgkhianati prjuangan PAS..Tapi PAS khianat PR adalah tidak tepat..PAS putuskan hubungan DAP stelah DAP mnyerang Presiden PAS..Salahkah PAS ptuskn hubungan dgn DAP stelah DAP mnentang Hudud??tolak hudud kt bleh trima sbb DAP bkn islam tapi menentang hudud kt xbleh terima..Lps tu PAS DITUDUH MENGKHIANATI PR krn xstuju DAP mnentang hudud..ada otak PK la sedara..DAP bkn sj mnentang hudud malah dgn berani dan lantang mnentang undang2 sedia ada di Kelantan sperti larangan pnjualan arak scara trbuka..APA BENDA NI sedara?Kamu mahu kami yg islam ni lihat dengan bebal jeke hal ni?Dlm Sinar Harian mggu lpas, saya petik sikit, DAP akan terus mngekalkn kdudukannya dlm kerajaan Negeri Selangor,meskipn PKR tetap brkeras mahu bkerjasama dgn PAS, kta LGE..Ktanya jika DAP berundur drpd Selangor, PAS dibimbangi akn brbuat apa shj, sbg cntoh, MEMPERKENALKAN LARANGAN MENJUAL ARAK...Yg ni pn kamu nk kmi diam ke sedara??Kelantan xprnah larang,Kelantan xbg jual scara terbuka..
    Soal PAS xstuju mggantikan Khalid Ibrahim mmg ptut,sbb PAS sllu disisih..Xbwk brbincang..Yg lbh mnyedihkan nk gnti dgn Wan Azizah..mmg ptut PAS xbg sbb PAS dikepalai oleh ulama..WAN Azizah tu wanita, jwtan MB plak mmerlukan MB sllu brdmping dgn Sultan..Sultan tu laki...Cba pk ngan kpala kmu ckit..
    Lepas tu, PAS dituduh nk brgabung dgn UMNO...INI FITNAH pling besar yg dibawa oleh GHB..smpai skrg PAS tak brgabung pn dgn UMNO dan jika trbukti PAS xbrgabung dgn UMNO, aku sbg pnyokong PAS xkn maafkn kamu smpai bila2..ulama dicaci dikeji, LGE yg tntang islam dipuji..Patut la Nabi kta akhir zaman ni byk ftnah..LGE fitnah lagi TGHA sokong himpunan BAJU MERAH, xde plak pimpinan PAS g himpunan tu..
    Aku masih ingt debat antara LGE dgn Chua Soi Lek, aku ckup respek LGE ms tu bl brckp pasal hudud..TAPI sekarang knp mnentang??Kerana adanya Melayu yg sggup mncaci ulama...Sbb tu dia naik kepala..Kamu la geng2 AMANAH jwb dpn Tuhan..
    Psl tduhan2 kat atas tu, KLU btul kerajaan Kelantan trlibat dgn rasuah atau apa2 tduhan salahlaku, SILA laporkan kpd pihak brwajib dan BILA DISAHKAN kerajaan NEGERI Kelantan bersalah, org2 yg trlibat ditangkap, barulah KAMU BOLEH KATA KERAJAAN NEGERI KELANTAN MMG BERSALAH....kalau stakat tuduh2 mcm kat atas tu,KAMU JWB DPN ALLAH NTI la BRO...
    Aku akn tetap BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA KERANA ITULAH PESANAN RASULULLAH...SEANDAINYA NTI, SEMUA ULAMA TERMASUK ULAMA2 PONDOK DI MALAYSIA NI TIDAK LAGI MNYOKONG PAS, MS TU JGK AKU AKN BRSMA ULAMA KELUAR DRI PAS..
    TUAN GURU ABDUL HADI AWANG bkn lg hak rkyat Malaysia shj, skrg ni beliau adalah hak semua org islam krn beliau mmegang jawatan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia..Dunia mmandang beliau..dan sdh tntu dirinya smakin sibuk dan Fitnah kpdnya oleh2 musuh2 islam akn smkin berat..Mgkn satu ms nanti TGHA akn digelar pengganas sbgmana Dr Yusof Qaradhawi..SEKARANG TGHA dituduh ulama Su', ulama penipu, ulama tak betul secara terang terangan, lbh mnyedihkan yg mnuduh beliau adalah ORG ISLAM sndiri yg brTuhankn DAP...Semoga kita dijauhkan dgn keadaan demikian....

    ReplyDelete
  12. Bihun sup takda tu pasal tak ramai melayu..mna bos bihun sup pasma..dah da jwtn tu blanja la smangkok..kedekut taik idung masin

    ReplyDelete
  13. Belum lagi pilihan raya pakatan baru telah tersungkur tanpa sokongan melayu. Harap pas jgn termakan dgn pujukan mereka kerana skg pakatan baru spt anjing tersepit mengharapkan talian hayat dari pas utk mencapai cita2 mereka menawan putrajaya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...