KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 13 September 2015

BENARKAH RAFIZI AKAN DIGANTIKAN OLEH KAMARUDDIN JAAFAR SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PKR??????



Radia karat sudah berkumandang betapa PKR dikatakan akan membuat rombakan kecil di ibu pejabatnya di Tropicana dengan menggantikan Razifi Ramli yang memegang jawatan Setiausaha Agung sejak setahun lalu dengan seorang nama lain. Tokoh yang disebut-sebut bakal mengemudi ibu pejabat PKR sudah pun dikenal pasti.

Tokoh berkenaan telah pun menyertai PKR baru-baru ini. Pertukaran  dan perbincangan dengan tokoh berkenaan juga dijadikan agenda utama mengapa tokoh berkenaan dipujuk rayu masuk PKR walaupun sebelum ini selepas pemilihan Muktamar ke-61 PAS dilihat sebagai penggerak utama dalam pembentukan NGO Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam usaha menubuh sebuah parti Islam lain bagi mengganti tempat PAS dalam penubuhan Pakatan 2.0. Perjumpaan sulung pun dulu diadakan dirumah beliau dengan dihadiri beberapa pemimpin penting PKR dan DAP.

Sebagai tokoh yang pernah memegang jawatan setiausaha agung PAS dan ABIM zaman Anwar Ibrahim memimpin ABIM dulu sudah pasti kepercayaan tentang kebolehan tokoh ini mendapat rating yang cukup tinggi sekali. Tokoh ini sudah pun dilantik bagi mengepelai pejabat Ketua Umum PKR sebagai loncatan dan persediaan licin dan teratur untuk ambil alih jawatan Setiausaha Agung PKR yang baru.

Antara alasan kukuh untuk menggantikan Rafizi, dikatakan kerana ahli Parlimen Pandan tidak mampu untuk menjadi penggerak atau pun gagal menguruskan parti menjadi sebuah parti yang lebih progresif dan inklusif. Cara pentadbirannya juga lebih bersikap mengikut kehendaknya sahaja tanpa memikirkan perasaan dan pandangan para pemimpin tertinggi PKR yang lain seolah-olah tidak  berpandukan kepada semangat parti dan perlembagaan. Suara dan pandangan akar umbi sering amat diabai dan diketepikan begitu sahaja.

Beliau juga dilihat lebih gemar atau pun seronok dan syok sendiri dengan pembongkaran isu-isu membabitkan negara khas Najib sehingga melupai tugas utamanya untuk memperkemaskan parti. Bertambah khayal apabila menerima pujian dan lambungan.

Rafizi dilihat lebih menumpukan kepada bukan kerja utamanya sebagai jurubicara atau jurucakap parti dengan ahli dan juga pihak-pihak lain di Toopicana.

Kalau diikutkan sememangnya awal-awal lagi jawatan itu tidak sepatutnya diserahkan kepada beliau memandangkan dirinya juga adalah seorang Naib Presiden PKR yang dipilih.

Rakyat terutamanya para anggota PKR melihat perlantikkan beliau memberi gambaran betapa PKR amat kekurangan tokoh dan pemimpin yang berkebolehan sehingga terpakasa melambakkan tugas dan tanggung jawab yang amat penting kepada seorang individu sahaja.

Tidak apa yang nampak perbezaan maupun peningkatan apabila jawatan itu berubah tangan dari Saifuddin kepada Rafizi. Kurang mesra akar umbi, sombong dan hidung tinggi serta sukar untuk berjumpa dan diajak berunding jika timbul masalah diperingkat negeri maupun cabang.

Apa yang mendukacitan ialah sudah ada cakap-cakap yang mengatakan perlantikan Rafizi sebenarnya ialah untuk menyekat kemaraan Azmin untuk takluk dan duduk dikerusi Presiden PKR. Sudah menjadi rahsia terbuka betapa hubungan dan kepercayaan antara rafizi dan Azmin amat dingi jika tidak suam-suam kuku. Malahan ada yang cakap Rafizi sendiri yang mendesak dan menuntut jawatan Setiausaha Agung PKR dari Anwar Ibrahim dengan alasan diatas.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipasti dan disahkan.

Kelemahan paling ketara Rafizi sebagai nadi parti ialah apabila gagal untuk menyatukan kumpulan atau individu-indivu yang berpecah dalam parti gara-gara pemilihan penuh kontroversi tahun lepas.

Kewujudan kem, puak, kabilah dan pasukan dalam PKR tidak dapat diatasi. Kegagalan ini menyebabkan PKR kini dilihat dikuasai oleh tiga empat puak yang berbeza pandangan dan pendekatan politik.

Kelemahan dari segi perpaduan parti itu juga memberi kesan kepada pentadbiran Azmin Ali selaku Dato'Menteri Besar Selangor yang tidak begitu selesa mengurus tadbir kerajaan Selangor. Azmin seolah-olah mentadbir Selangor bersama beberapa individu atau kumpulan kecil yang senafas dan sejiwa dengannya. Isu-isu yang menghimpit dan menekan Azmin di Selangor kurang mendapat bantuan sokongan, bahkan tidak ditangani langsung oleh Rafizi sebagai Setiausaha Agung yang seharusnya bertanggung jawab menggerakkan minda ahli dan pimpinan lain membela dan mempertahankan Azmin. Pendek kata Rafizi is not a team player.

Serangan dan kritikan bertubi-tubi daripada pihak UMNO terutamanya bekas MB Selangor sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas Azmin dibiarkan begitu sahaja, menjadikan Azmin menepis dan mengelak sendirian dan secara solo segala serangan bertubi-tubi dan bertali arus dihala kepadanya dan memperlihatkan kadang-kadang Azmin keletihan dan tidak bermaya.

Paling parah situasi di hadapai Azmin ialah apabila berlaku pergeseran di antara PAS dengan DAP, menyebabkan tempias itu turut sama mengegarkan pentadbiran kerajaan Selangor yang dipimpinya menyebabkan Azmin rasa serba tidak kena, kaku dan kekok untuk membuat kenyataan-kenyataan akhbar berhubung Pakatan Rakyat ke belakangan ini.

Pemerhati yakin sekiranya PKR mendapat seorang setiausaha agung baru yang berpengalaman, bersifat mesra parti, memiliki public relation yang hebat dan serius dengan tugas dan tanggungjawab, ianya bukan sahaja dapat menguatkan parti berkenaan, tetapi secara tidak langsung turut sama menjaga keutuhan kerajaan Selangor yang dikepalai PKR.

Paling penting pertukaran jawatan Setiausaha Agung itu juga untuk PKR mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan selewat-lewatnya tahun 2018 ini.

20 comments:

  1. Sha, u Ni parti mana? Dah tentu lah tak benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak Kau dah makin merepek meraban. Dah macam lalang gatal je, kejap support PKR, lepas tuh PAScai, ni ah dah mula kutuk Rafizi sebab bongkar kerja2 sial UMNO . Agaknya UMNO dah mula bayar dia agaknya eh?
      Fuck You ah Hanisya Bitch !

      Delete
  2. Setiausaha Pejabat Ketua Umum PKR.

    ReplyDelete
  3. Perpecahan kumpulan titm dan kumpulang tuang presideng semakin menjadi rahsia umum.
    Tuang parlimeng kaki putar dan kaki carut hebat diperkatakan di akar umbi.

    ReplyDelete
  4. MACAM MANA NANTI KERJASAMA PAS DENGAN PKR YANG MENERIMA DATO'KAMARUDIN JAAFAR AHLI PARLIMEN TUMPAT YANG DIANGGAP PENGKIANAT.

    1. Saya terkejut dengan penyertaan Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) ke dalam parti PKR yang masih merupakan rakan kerjasama politik PAS. Bukan saya seorang yang terkejut tapi ramai yang tidak menyangka demikian. Apa tah lagi dalam suasana berlaku pertikaian bab bai'ah cerai talak tiga serta dakwaan oleh pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan menyertai Parti lain adalah melanggar bai'ah dan membawa pergi kerusi yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat.

    2. Tindakan Dato' KJ dan Tan Seri Mohammad Taib bekas Menteri Besar Selangor tidak menyertai Parti Amanah Negara(Amanah) bukannya isu untuk diperbahaskan. Tetapi isu besarnya ialah kenapa KJ dan Tan Seri memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas GHB sebelum penubuhan parti politik. Malah Tan Seri turut berkempen menyokong GHB. Saya percaya ini lah kebijaksanaan Amanah untuk melepaskan KJ dan Tan Seri atas permintaan Dato'Seri Anwar Ibrahim kepada PKR sebagai satu strategi politik kerjasama yang lebih mantap pada masa depan antara Amanah dan PKR serta DAP pada bagi membentuk PR 2.0 untuk menghadapi pru14. Amanah membina kepercayaan rakan kongsi politik pembangkang dengan sterategi "give and take" untuk memposisikan partinya di persada politik nasional.

    3. Persoalan kedua dari penyertaan dua tokoh ini dalam PKR khususnya KJ yang turut membawa kerusi Parlimen Tumpat yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS sejak dari PRU ke10 pada tahun 1999 lagi ialah apakah pendirian PAS terhadap KJ dan PKR. Pada MP dan Adun yang sertai Amanah dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat. Jika KJ juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Parlimen Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia untuk mengecam PKR yang memujuk dan menerima KJ?.

    4. Sedangkan kepada mereka yang meninggalkan PAS khususnya Wakil Rakyat yang menyertai Amanah dianggap pengkhianat dan PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat, bagaimana pula hubungan kerjasama PAS dengan PKR selepas episod ini, apatah lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang diterajui PKR? Memandangkan PKR telah menerima KJ ahli Parlimen yang meninggalkan PAS. Orang yang melakukan perbuatan ini dianggap oleh Pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Boleh kah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima Pengkianat PAS?

    5. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk PAS dan PAS sedang dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam nak meneruskan kerjasama Politik dengan rakan rakan pembangkang. Untuk menghalang Amanah sertai PR 2.0 sudah tidak nampak jalan, kerana PKR dan DAP bersetuju untuk terima Amanah sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat baru 2.0. Nak sama sertai dalam PR 2.0, PAS sudah pun putuskan hubungan dengan DAP dan mengistihar kumpulan yang menerajui Amanah sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. Hendak bertahaluf dengan PKR sahaja pun bermasaalah kerana PKR telah menerima Pengkhianat PAS dan membawa kerusi Parlimen yang dimenangi PAS bertukar menjadi Ahli Parlimen PKR. Atau dalam bahasa marah PKR sudah mencuri kerusi PAS. Redho kah PAS?.

    6. Apakah PAS akan bersendirian dalam percaturan politik di Malaysia akan menjadi kenyataan selepas ini? Apakah PAS akan berundur dari Kerajaan Selangor? Dan apakah dalam PRU14 nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?

    7. Sebagai ahli PAS yang masih Istiqamah sangat mengharapkan PAS tidak terpinggir dan dapat memperbetul serta memposisikan kembali kedudukannya di arus perdana politik Malaysia. Episod politik selepas ini makin mendebarkan. Jangan biarkan rakyat berada dalam penantian yang tak kepastian kerana itu suatu penyeksaan. Jangan biarkan angin perubahan politik Malaysia baru berlalu pergi tanpa hujan rahmat untuk semua.

    SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

    Dato'Mahfuz Hj.Omar
    Ahli Parlimen Pokok Sena
    12 Sept 2015/28Zulkaedah 1436H

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja dia memperkecilkan usaha pas dan memperbesarkan usaha g18..pastu guna nama pas

      Delete
  5. Bayangkan bila haji hadi bermesyuarat dengan kamaruddin jaafar yang dah jadi pengkianat bersama wan azizah yang dia perlekehkan. Mat sabu dan khalid samad pun ada. Begitu juga lim kit siang dengan lim guan eng. Aku rasa haji hadi dan hasan tontowi serban berduri akan terkencing kencing macam setan dengar azan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xleh tdo ek babi?

      Delete
    2. Tuang dan togok je ketum, mesti feeling ok nya. Hehe

      Delete
  6. Mapos ooo maposss.....ko tu pangikut tegar libralisma dan pluralisma....bukan musuh org melayu lagi dah....musuh islam dan musuh iman otg ilsam itu sendiri...mahpos juga agen aljuboori dalam PAS jurucakap aljuboori buksn jutucakap PAS...perosak PAS adalah fiti ksmu mahpos ..kslit samat...mujahit syiah..nipsh meedin syiah dan mat sabu krpala syiah....nak buat buat terkejut pulak ...puiiii...bagai sirih pulang ke gagang Kamdin Japa pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) pusat pelopor pluralisma lgbt dan libralisma dibawah kendalian aljuboori seorang barua yahudi pluralisma meresap masuk dlm UMNO sedikit sebanyak berjaya merosakkan UMNO...KJ pernah dilantik setiausaha politik Tun Gafar Baba dan mengintip srmua pergerakan tun gafar sebrlum Aljuboori menamatkan keriar Tun gafar sebagai Timbalan PerdanaMrnteri...KJ dilantik sbgi setiasuha agung PAS melantik orang aljuboori termasuklah Mahpos Omar dan mengintip setiap pergerakan tok guru nikky dan adi awang..hasil dari kerja tangan barua pluralisma yahudi KJ... PAS pun berjaya dilibral dan dipluralkan...30 tahun berlalu genap sudah pusingan anjing yahudi menyelinap masuk dalsm parti Melayu Umno dan Pas...hari ini kesemua anjing aljuboori pluralis sudah ditrndang krluar dari PAS dan UMNO pula perlu bersihkan saki baki anjing aljuboori pluralisma dslam UMNO dan
    kerajaan....semua anjing dan barua ini skg berada dalam GHB dan PKR....parti prlbagai kaum yg diterajui melayu dan mendapat dana dari DAP dan jaringan yahudi soros NED dan IRF... dah terang lagi bersuluh ini lah barua perosak org melayu dan islam di Malaysia.....insyallah kesatuan melayu PAS dan UMNO akan bebas dari cengkaman barua ini nnti...dan melayu bersatu lebih kuat lagi....ini ysng DAP dan kaum cina cukup risau bila melayu bersatu....kepada KJ bagai sirih pulang ke gagang selamat masuk dan bergelumang kedalam lubuk asal kamu ...lubuk yg penuh onar dan najis yg diciptakan oleh aljuboori untuk kamu selama ini...ratib ya hana ya jubo2 lengkap sudah dng kepulangan tali barut yahudi aljuboori kedalam PKR.....selamat bergaduh....oopss...berjubo sesama sendiri dlm PKR untik mrncari pengaruh dan kuasa....ratib ya hana ya jubo2 aljuboori lengkap sudah....ratib jangan tak ratib 231.56 kali....kahakk puiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro...
      panjang kalau bnyk fakta sedap gak baca...
      tapi bro tulis panjang merapu la......
      guna no. 1. 2. 3. 4. 5. baru tersusun sikit...

      buat semula cepat sikit... sementara tengah ada mood nak baca ni... cepat tau...

      Delete
    2. klu dulu sampai mati pun aku tak percaya org PAS berbahasa hodoh mcm ni.
      tp skrg x tau la sbb smpi ada yg mengaku anjing pulak.

      Delete
    3. Hoi mangkuk hayun brapa paket ketum ko dah togok. Merapu macam sial jer. Tulis panjang2 kepala hangguk kau. Nampak gaya macam Hadi Ketum nya geng je. wakakakak .

      Delete
  7. Tuang presideng mengaku anjing.
    Apa la punya bebal.
    Strategi parti aku umno
    1. Biar ahli membenci dap atas alasan perkauman
    2. Mainkan isu hudud seolah olah islam hanyalah hudud walaupun ulamak ulamak muktabar mengatakan dahulukan yang lebih penting sepertimana cara rasul.
    3. Keluarkan profesional dalam pas supaya yang tinggal hanyalah pak pak malang yang kaki takbir sahaja walaupun kencing oleh ularmak cai.
    Hadi3x
    Menyalak sajalah haji malang ooi. Tak kusa aku nak layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun ahli umno gak bro... hehe..

      aku pun tau... dap sayangkan pas. dap cuma tak suka org dlm pas yg tak berpegang pada janji mesyuarah...

      segolongan je pun org dlm pas yg meroyan benci kat cina dap...
      tapi org yg sama tu tak benci pulak kat umno walaupun umno kawan sebantal dgn mca/gerakan dlm bn.

      hmmmm...

      Delete
  8. Perlantikan KJ jadi SUA PKR adalah signal kepada penolakan kemasukan PAS ke dalam PR 2.0. oleh PKR.

    Ini sangat jelas dari kenyataan Dato Saifuddin, bahawa PKR meraikan PAN dalam gabungan PR 2.0 terdiri dari PKR, DAP dan PAN.

    Dato Saifuddin sendiri menyatakan lagi bahawa 60% masa kerja politik beliau sekarang ini diperuntukan kepada program PAN di seluruh negara.

    Secara simboliknya sebenarnya, PKR meminta PAS menolak secara rasmi pelawaan PKR untuk PAS masuk dalam PR 2.0.

    Ini kerana PAS telah mengugut memutuskan hubungan dengan PKR jika PKR mengiktiraf PAN sebagai rakan kongsi politik.

    Tapi sampai sekarang PAS gagal memutuskan hubungan dengan PKR, apa ni.....

    Kenyataan MB Kelantan supaya PAS diterima semula masuk ke dalam PR 2.0 memeningkan kepala Presideng.

    Nyata saf kepimpinan PAS sudah teruk berpecah dalam isu yang mereka cipta sendiri.

    Jikalau berkawan seat ADUN dan MP PAS akan selamat, jika bersendirian perjuangan PAS tidak kemana.

    Jadi kalau berterusan PAS jadi pembangkang, macamana PAS nak laksana Hudud dan amanah rakyat yang lain.

    Sikap sombong, angkuh, cakap besar, merasa diri kuat dan hebat adalah semua ini bisikan syaitan srmuanya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dah terlajak perahu...
      kita tolong rentang jaring utk bantu dia usaha patah balik, tapi dia potong jaring tu bagai... nak bagi koyak rabak... ???

      Delete
    2. Org kecewa...pertama kecewa waktu pemilihan..pastu keciwa dikencing kwn satu ghb...sedapkanla diri anda dgn pelbagai andain sham...hahahahaha

      Delete
    3. Betul tu Sham, PAS dah macam anjing tersepit tepi gate auto , nak mintak org picit remote gate tuh kasi bukak hehehe. Padan muko ulamak PAScai , suka label org kan ? Suka ckp org kapir laa munafik laa jebon laa. Berambus je laa dari PKR , gi join UMNO . Hadi leh jilat teloq Najib, Jilat jgn tak Jilat.

      Delete
  9. PKR pua ada masalah?
    Ada perebutan kuasa?
    Ada kem..
    Ada team..
    Ada kroni...
    Huru hara..
    Haru biru..
    I've got the blues...

    ReplyDelete