Wednesday 7 January 2015

LAPAN BEKAS PEGAWAI MANTAN MB SELANGOR DI BERI TEMPUH DUA MINGGU UNTUK RESPON SURAT TUNTUTAN PEMULANGAN SEMULA WANG PAMPASAN KATA AZMIN.



Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh dua minggu untuk memberi maklum balas terhadap surat tuntutan pemulangan semula wang pampasan.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, tempoh yang diberi kepada lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkuat kuasa daripada tarikh surat tuntutan dikeluarkan iaitu Isnin lepas (5 Jan).

"Maka adalah wajar untuk pengurusan baharu MBI mengeluarkan pengumuman baharu (berhubung tindakan selanjutnya) selepas tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Pembersihan Bencana Banjir ke Kelantan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Shah Alam, Rabu.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin, Selasa, bahawa kesemua pegawai terbabit akan mendapatkan khidmat peguam berhubung surat tuntutan itu.

Faekah secara peribadi menafikan pembayaran wang melalui MSS (Skim Pengasingan Bersama) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana dinyatakan dalam surat itu.

Bekas CEO MBI itu mendakwa surat tuntutan itu gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang-undang dan tatacara kewangan dan salah laku ketika pembayaran dibuat.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta yang disifatkan beberapa pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua aspek telah diteliti oleh pengurusan baharu MBI berhubung pemberian pampasan tersebut yang dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid.

"Yang penting sebarang bentuk pembayaran mestilah mengikut tatacara kewangan dan peruntukan yang sebenar. Apa yang telah berlaku memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan dan pengurusan baharu MBI telah teliti semua dokumentasi yang ada dan telah ambil tindakan sepatutnya," kata menteri besar Selangor itu.

Mengenai dakwaan Faekah bahawa laporan audit yang menjadi asas tuntutan adalah cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan daripada pihak terlibat termasuk Abdul Khalid sendiri, Mohamed Azmin berkata beliau yakin jabatan itu telah mengambil semua langkah bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus.

Beliau mempertahankan jabatan itu yang menurutnya telah membuktikan melalui pembentangan dokumen bahawa sememangnya wujud penyelewengan secara berleluasa dan salah guna kuasa yang tidak boleh dibenarkan.

"Kami tidak akan berkompromi dan kami mahu mereka pulangkan wang pampasan itu. Ini cara yang cukup diplomatik. Kami nak selesai cara baik, kami minta mereka pulangkan balik (wang pampasan) dan sekiranya ada hak mereka, kami akan bayar tetapi mesti ikut garis panduan yang ada.

"Jika mereka gagal (pulangkan wang pampasan) ada tindakan yang telahpun diputuskan oleh MBI," katanya.

8 comments:

  1. VSS la brader, banyak syarikat bagi vss.

    Biasala tu. Cuba kamu tanya Anwar, berapa elaun dia minta sebagai penasihat ekonomi negeri selangor. Gaji satu hinggit tapi elaun kepul2. Nasihat aku Azmin, kau jauhkan diri dari Mat Matang. Jahat dia ni weii

    http://www.mysuara.net/index.php/berita/4197-gaji-anwar-rm1-tapi-claim-rm15juta-setahun-mb-selangor

    KUALA LUMPUR – “Gaji anwar seringgit sebulan, setahun 12 ringgit. 'Claim' (tuntutan) RM15 juta setahun. RM1juta lebih sebulan. Rakyat selangor kena tipu hidup hidup...”.

    Petikan itu adalah antara pendedahan yang dibuat oleh Blog Pisau.Net yang memetik sumber dari Selangorkini.

    Menurutnya, Pejabat MB Selangor mengesahkan tuntutan yang dituntut oleh Penasihat Ekonomi Selangor tahun 2012 berjumlah RM15 juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentang2 la dapat sponsor 500 tan beras...
      bini pun bole naik jet free

      Delete
  2. Jadi kawan2 reformist sekalian, kamu baca aku punya komen kat atas ni dan bawa la sedor diri. Reformasi adalah untuk kebenaran dan buakn untuk keluarga tertentu.

    Clan Mahligai Segam-Boot jahat bro.

    Dengan Penuh Ikhlas

    Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka ko lah. Janji PRU14 nanti bukan UMNO.

      Delete
  3. Macai umno menyamar....awas..kes bahaya...

    ReplyDelete
  4. Betul juga .. anwar ibrahim .. Pemimpin yang berjiwa RAKYAT .. TINGGAL PUN DI RUMAH USANG .. BERATAPKAN LANGIT .. MAKAN PUN LAUK IKAN SELAYANG BAKAR .. KERETA PUN DATSUN 120 Y ..
    SANGGUP DI BAYAR RM 1.00 / BULAN ..
    PERJUANGAN YANG BELIAU JUANGKAN .. HANYA UNTUK RAKYAT .. BUKAN DIRI & KELUARGA ..SANGGUP KELAPARAN DEMI UNTUK RAKYAT ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah macam najis. dia tak suka naik jet. Dia suka kutip bola gof aje

      Delete
  5. Bini najib tak suka pakai cincin permata berlian cuma pakai cincin belah rotan pun day cukup duit tabung badak sejak kecil belum penuh lagi...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...