Sunday, 18 January 2015

PEMINJAM PTPTN DI HALANG KE LUAR NEGARA SEDANGKAN SIRUL BEBAS KELUAR BERCUTI KE AUSTRALIA??????




Peminjam PTPTN yang degil disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen dan dihalang untuk keluar negara dalam apa jua situasi dan alasan sekali pun tetapi penjenayah kes bunuh Altantuya yang masih diperingkat perbicaraan/rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh pergi bercuti ke Australia .. Itlah antara intipati rungutan dan respon yang diperolehi dari orang ramai mengenai isu bagaimana Sirul dibenarkan sewenang-wenangnya ke Australia untuk bercuti ketika kesnya masih lagi diperingkat perbicaraan/rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Kehairanan ini turut di kongsi oleh Peguam Kanan mesra UMNO yang cukup terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah dengan berkata " kebiasaannya pendakwaan akan menggunakan Akta Mahkamah Kehakiman 1963 untuk menghalang pesalah melarikan diri ke luar negara".

Katanya, akta ini banyak digunakan, terutama dalam kes membabitkan tertuduh dari luar negara.

"Sungguh pun (jika tertuduh dari luar negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya diterima.

"Cuma saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," katanya.

Namun beliau berpendapat pendakwa raya dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat Malaysia, yang juga bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah Persekutuan mendengar keputusan kesnya.

“Saya tidak rasa ada udang sebalik batu (mengenai kehilangan Sirul Azhar). Ia hanya tanggapan pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya bahawa Sirul Azhar akan datang ke mahkamah, tetapi tanggapan itu nampaknya tidak betul,” katanya.

Dalam masa sama, Muhammad Shafee menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes itu sebagai berasas, baik dan adil.

“Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendalam membuat kajian, mengkaji kes secara bebas, melihat keterangan secara bebas dan mengkaji balik keputusan bertulis hakim-hakim di semua lapisan mahkamah (sebelum membuat keputusan),” katanya.

Kata-kata sindiran tajam ini memang ditujukan khas kepada Pejabat Peguam Negara yang pada fikirannya lalai dan alpa serta tidak mampu untuk meramalkan perkara yang bakal boleh berlaku dalam situasi yang segenting ini.

Persoalan yang timbul ialah Sirul ke Australia menggunakan visa apa? Pelajar, berniaga, bekerja atau sosial??? .. Jika dilihat secara kasar amat jelas beliau kesana dengan visa sosial yang hanya laku untuk tempoh selama 3 bulan sahaja mulai Oktober 2014.

Apabila tamat tempohnya nanti tidak berapa lama lagi, bagaimanakah status beliau disana? Itu yang rakyat persoalkan.

Ditahan dalam penjara sehingga kes ekstradisi selesai atau dibiarkan bebas kemana-mana atau mendapat suaka politik atau sekadar menjadi pesalah tinggal di Australia melebehi masa yang dibenarkan.. Tetapi selepas itu seperi kelaziman mereka yang melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen, adakah akan di hantar balik ke negara asalnya Malaysia?????

Apa jua perkembangannya nanti yang pasti jika kerajaan Australia masih berkeras dan berdegil enggan berkerjasama untuk menghantar pulang Sirul ke Malaysia untuk jalani hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh altantuya Shaariibuu, perhubungan diplomatik kedua negara pasti terjejas jika negara kita masih berkeras hukuman gantung diteruskan terhadap Sirul seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Kini rakyat akan memerhatikan dengan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berfikir dan menilai sama ada kerajaan Malaysia serius untuk membawa balik Sirul Azhar Umar ke Malaysia sebagai pesalah yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

6 comments:

  1. Kepala jubo anwar ibrahim tu ko nsk campak kemana pulak....round the world bagi ucapan dan hadir pesta gay lagi....babi tu la....kahakkk tuiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiii babi ... kalu da bodoh duduk diam2

      Delete
  2. Soalan:
    1)Siapakah yang memberikan arahan untuk membunuh Altantuya?

    2)Kenapa "mereka" ingin membunuh Altantuya?

    Jawapan:
    1)Orang yang memberikan arahan untuk membunuh Altantuya ialah seorang yang berkedudukan paling tinggi didalam kerajaan.

    2)Tujuan mereka ingin membunuh Altantuya ialah kerana ingin menutup kemungkaran yang mereka lakukan sewaktu berlakunya proses membeli kapal selam (yang tidak boleh menyelam).

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan ni ada bukti ke?.....
      tak tau le ko tak lut dosa/pahala....

      Delete
  3. malaysia boo lehhhh!

    ReplyDelete
  4. Peminjam ptptn lebih bahaya dr pembunuh...ini umno punye undang2 ada faham?...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...