Wednesday 14 January 2015

PESAWAT AIR ASIA QZ8501 TIDAK MEMPUNYAI PERMIT PENERBANGAN KETIKA MENINGGALKAN SURABAYA KE SINGAPURA.



KUALA LUMPUR: Pesawat QZ8501 tidak mempunyai permit penerbangan ketika ia meninggalkan Surabaya untuk ke Singapura.

Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko dilaporkan berkata demikian kepada portal berita Tempo.co sebentar tadi.

“Kami mengakui berlaku kecuaian administrasi,” katanya merujuk kepada Pesawat AirAsia QZ8501 yang sebenarnya mempunyai permit untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Namun begitu, AirAsia dilaporkan pernah memfailkan permohonan penjadualan semula bagi pelepasan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Dalam proses tersebut, penjadualan semula itu telah disampaikan secara lisan kepada Ketua Direktorat Pengangkutan Udara. Kecuaian ini harus kami perbetulkan secara dalaman," kata Sunu dalam laporan itu.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menjalankan siasatan berhubung permit penerbangan AirAsia susulan musibah yang menimpa pesawat QZ8501 pada Disember 28 lalu.

Siasatan tersebut merupakan lanjutan dakwaan bahawa AirAsia telah melanggar permit penerbangan dengan melakukan penerbangan pada hari Ahad.

Kementerian Pengangkutan kemudian mengambil keputusan untuk menggantung permit penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura bermula 2 Januari 2015.

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata beliau tidak pernah mengaku bahawa syarikat itu tidak mempunyai kebenaran untuk terbang di  laluan Surabaya-Singapura.

1 comment:

  1. Dh terhempas baru tau ni x ikut peraturan tu ikut peraturan....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...