Monday 7 September 2015

HINA POLIS, SEORANG LELAKI BERJAYA DITAHAN




Seorang lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kluang, Johor selepas didapati menulis status menghina pegawai kanan polis yang terbunuh dalam satu operasi, Mendiang Inspektor Margaret Tugam melalui aplikasi WeChat.

Kenyataan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.


Pegawai polis wanita yang maut selepas dirempuh seorang remaja dipercayai mat rempit, di Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam, akan dianugerahkan pangkat 'Posthumous' Asisten Superintendan Polis (ASP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan pihaknya akan menganugerahkan pangkat ASP kepada Mendiang Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sebagai penghormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pengorbanannya itu.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang berjaya menahan seorang pemuda yang didapati menghina mendiang Inspektor Margaret, menerusi laman mikro, Twitter, malam tadi.

Margaret yang sudah lima tahun bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Kluang pada 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, berkata ketika kejadian pada 2.30 pagi semalam, Margaret bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan sedang mengadakan sekatan jalan raya menerusi Ops Roda bagi membanteras kegiatan lumba haram di kawasan berkenaan.

 "Sekatan jalan raya itu diadakan pada jam 1.30 pagi dan sejam kemudian terdapat antara empat hingga lima motosikal dari arah Mersing menuju ke bandar Kluang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya itu, sebelum seorang daripada penunggang berusia 17 tahun secara tiba-tiba merempuh Margaret.

"Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kiri, tulang pinggul dan mengalami pendarahan dalaman di perut dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas bertarung nyawa hampir 11 jam dan mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), beliau menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi (semalam)," katanya di pekarangan Hospital Kluang, semalam.

8 comments:

  1. dlm negara ini mrmijak gambar dn melukis kartun adalh jenayah besar

    merompak besar2an adalah kesilapan kecil

    yahudi jg disalahkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. pruuuuuuutttt!!!! ooops sori, tekentut.

      Delete
    2. Ada saksi 4 org ke? Kalau org tuduh puak dia lesapkan tabung memali, pandai plk minta 4 saksi, time dia tuduh org lain, tak ada plk kemukakan 4 saksi mata.
      Mana saksi aku nak tgok.

      Delete
  2. KOTA BHARU

    Veteran PAS Subky Latif meluahkan rasa bimbang sekiranya dibiarkan pihak-pihak tertentu memperlecehkan ulama, didatangkan “tulah” oleh Allah Taala.

    Kamus Dewan Edisi ketiga 1994 memberi makna tulah sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan.

    Subky berkata pihak itu memperlecehkan ulama dengan pelbagai tohmahan termasuk mahu bekerjasama dengan Umno.

    Hehe...jangan hina ulamak nanti dapat bala.

    Kalau nak hina yang bukan ulamak itu takpa agaknya.

    Eeeeeeeee takutnya.

    Sekian, terima kasih.


    ReplyDelete
    Replies
    1. AKIL RAKYAT GHB DITAWAR KHIDMAT "CINA BUTA"!!!

      Hahaha!!! Geli bulu ketiak bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Jamal Md Yunus ni. Nampak sangat dia menyindir puak - puak Geng Haprak Baru yang jadi Pengkhianat tu.

      Tapi, Geng Haprak Baru tu tak boleh salahkan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Jamal ni sebab penyakit tu diorang sendiri jugak yang cari. Diorang yang angkat sumpah Bai'ah tu.

      Dan diorang jugak yang bersetuju nak tandatangan sumpah tersebut sebelum ini. Bahkan, diorang jugak yang beria - ia nak meninggalkan PAS. Sedangkan dalam masa yang sama, takde siapa pun suruh diorang jadi Pengkhianat! Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
      PETALING JAYA: Ketika bekas wakil rakyat PAS yang menyertai Parti Amanah Negara berhadapan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri mereka, seorang pemimpin Umno tampil menawarkan khidmat 'cina buta' sebagai penyelesaian.

      Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, 35 sukarelawan berumur dalam lingkungan 35 tahun yang berstatus bujang dan duda sedia untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan.

      Jelas Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu Islam itu lagi, bekas pemimpin PAS yang berminat hanya akan dikenakan bayaran serendah RM14 iaitu kadar untuk dua gantang beras.
      "Bekas kepimpinan PAS yang terlibat dan berminat boleh menghubungi kami bagi berbincang lanjut mengenai tawaran ini.
      "Terma dan syarat lain mengenai tawaran ini terutama tempoh perkahwinan boleh dibincangkan dengan lebih lanjut kemudian," katanya.
      Sebelum ini Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad menasihatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli supaya memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri itu berhubung dakwaan taklik cerai talak tiga yang dibaiahny

      Delete
  3. Jangan hina ulama, kata Subky Latiff. Biar ulama hina org awam. Biar yg berserban maki kita. Kita siapa? Ulama ada serban!

    ReplyDelete
  4. Komen cam jilake..geng haprak ni kompem..pegi mkn nasi la lg bagus

    ReplyDelete
  5. Komen bodoh sokmo..jgn hina org..nanti kena ke keluarga sendiri..yg hina polis tu wanita tu jenis otak tak berapa betul..mat rempit perlu di hapus kan di jln raya..takziah utk keluarga anggota pdrm yg terkoban semasa bertugas..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...