Tuesday 6 January 2015

ANGIN CUKUP KUAT BERTIUP KENCANG BAHAWA CALON UMNO/BN PARLIMEN PERMATANG PAUH PRU 13 LALU BAKAL MENGETUAI SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA (SKMM) YANG BAHARU.



Khidmat Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak disambung untuk penggal seterusnya dan Putrajaya dikatakan mahu menggantikannya dengan ahli politik Umno.

Kontrak pengerusi SKMM selama dua tahun itu berakhir pada 31 Disember lalu dan sumber memberitahu jawatan tersebut kini dipangku Tengku Zaib Raja Ahmad yang juga ketua pegawai Perkhidmatan dan Sokongan sementara calon baru dipilih.

"Kontrak pengerusi SKMM tidak disambung, jawatan tersebut dipangku oleh staf dalaman SKMM iaitu Tengku Zaib," kata sumber.

Sumber berkata, di antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi pengerusi baharu SKMM adalah ahli politik Umno Dr Mazlan Ismail yang bertanding melawan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Mazlan memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai  Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Coventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa Telekom Malaysia (TM).

Beliau berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai pengurus besar.

Sharil ditekan terutamanya daripada kumpulan sayap kanan dan sesetengah ketua bahagian Umno kerana tidak mahu mengawal Internet di Malaysia terutamanya yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Bagaimanapun, semakan di laman sesawang SKMM mendapati nama Sharil masih lagi berada dalam senarai sebagai pengerusi agensi kerajaan tersebut. Difahamkan, beliau sudah menerima nota terima kasih daripada kerajaan di atas perkhidmatannya.

Sharil yang mempunyai latar belakang pendidikan guaman mula menyertai SKMM pada 2000 sebelum meninggalkannya pada 2006 untuk menjadi pengarah eksekutif dan ketua strategi sebuah firma perunding kewangan BinaFikir.

Beliau menyertai kembali SKMM pada 2008 dan dijadikan pengerusi pada 2011. Rakan-rakan industri memberitahu Sharil dihormati di peringkat antarabangsa sebagai berpendirian tegas dan pengawal selia yang progresif.

Difahamkan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seharusnya sudah mengumumkan nama pengerusi baharu tetapi ia tertangguh kerana sibuk menangani isu banjir yang sedang melanda negeri di pantai timur.

SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).

Baru-baru ini SKMM dikritik hebat selepas menyaman stesen radio perniagaan BFM sebanyak RM10,000 kerana menyiarkan wawancara tentang kontroversi Allah bersama tokoh akademik Islam Iran-Amerika Syarikat Reza Aslan pada 21 Oktober 2013.

Dalam wawancara bersama BFM tahun lalu, Reza mengkritik Malaysia kerana menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober, 2013 sebagai "keputusan politik."

BFM pada ketika ini masih membuat rayuan berhubung saman itu.

8 comments:

  1. kelusan sesuai untuk pegang jawatan yang di tawar kan

    ReplyDelete
  2. Megikut kajian umno mmg taik hanjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hg apa ada..upsr pun x pas tu yg komen mcm bebudak tadika!!

      Delete
  3. Janji jangan jadi keluarga Labu Labi Matang Mareiiiiiii

    Papa dia - Sanggup menjatuhkan kawan untuk beri jawatan kepada bini.

    Mama dia - Sikit pun tak perihatin kepada orang di Kajang. Statement paling useless "Saya dapat jemputan kenduri saya mai la". Apa punya fius, jawapan nak guna dialog gula2 hacks pun tak lepas

    Dia - Pergi session touch d hanjing, tapi sesi melawat anak yatim di Pantai Dalam tak pergi.

    Conclusion dia : Korang ni semua booooooooooodoooooooooooooooooooo. Jenis macam ni korang sokong. Diharap juak2 PKR bolehhh pi bekam, buang benda2 toksin yang banyak di otak saudara dan saudari sekalian.

    Reformist adalah usaha kebenaran bukan jadi macai Mat Matang.

    Dengan Penuh Ikhlas

    Jeff Ulu Yam
    Ahli semenjak zaman Keadilan Lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi macai umno lagi bodo.
      dah bodo, bangang pulak.

      Delete
    2. Conclusion dia : sape sokong Jeff Ulu Yam lagi boooooooooodooooooooooo!!!
      Jeff Ulu Yam adalh ahli semenjak zaman batu lg ....kahkahkah

      Delete
  4. SKMM pantaulah dan semak semula caj internet yang melampau2 ni...dahla kelajuan internet kita paling slow di asean harga langganan cekik darah kenapa tak contohi jiran terdekat dalam menawarkan pakej internet? GST boleh pulak nak ikut...

    ReplyDelete
  5. Malaysia xperlu ada internet ...
    Astro xperlu . cukup je ada TV 1 2 3 dan telefon tepi jln mcm zaman 60an . buat susah nk kawal . Dgn ni depa boleh perintah sampai kiamat . betul x

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...