Thursday 8 January 2015

DESAKAN SEMAKIN JELAS, KERAS DAN TEGAS MAU ZAHID DI PECAT.



Perlu terima hakikat sama ada suka atau tidak betapa tindakan mengutus surat oleh Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri, yang dikatakan dilakukan tanpa pengetahuan dan nasihat serta pendapat pihak PDRM kepada FBI, mengenai seorang "Raja Judi" yang sedang menghadapi pertuduhan jenayah melibatkan kesalahan judi juga di Amerika Syarikat hanya kerana ada permintaan dan permohonan dari peguam kanan Shafee Abdullah, sebagai tanda sokongan dan pengakuan, betapa "Raja Judi" Paul Phua bukannya ahli kongsi gelap 14K untuk dijadikan bahan bukti perbicaraan, telah mengundang bukan sedikit punya kontroversi sehingga menjejaskan nama baik negara malahan kepimpinan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Ianya suatu gambaran betapa para menteri boleh berbuat sesuka hati tanpa perlu merujuk kepada bosnya Najib Razak.. sesuatu tindakan pada pandangan Omak Kau bertentangan dengan semangat dan kemahuan UMNO/BN.

Seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara .. seorang penjenayah tetap penjenayah tidak kira dimana kesalahan jenayah itu dilakukan.

Sebagai menteri dan Naib Presiden UMNO paling kanan Zahid telah berucap di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dengan istilah "friendly fire" oleh beberapa blogger otai pro UMNO menyerang terbuka kepimpinan Najib telah membina suatu persepsi betapa beliau seolah-oleh menyokong dan merestui tindakan para blogger tersebut ... kenyataan "friendly fire" itu mendapat bidasan dan kritikan amat pedas sekali dari Najib Razak semasa ucapan penggulungan betapa friendly fire is not friendly .. serangan mesra bukannya mesra tetapi sebaliknya menyumbang kepada pengurangan pengaruh UMNO dijiwa dan minda rakyat, suatu hakikat yang harus diterima akan kebenarannya.

Sebelum itu Zahid juga ada mengeluarkan kenyataan pedas betapa UMNO bukannya parti dikuasai dan dipunyai oleh para dinasti dan keturunan .. pada pendapat dan pandangan para penganalisis politik ditujukan gara-gara adanya cadangan betapa Muhyiddin Yassin bakal digantikan dengan Hishamuddin Hussein .. sebagai Naib Presiden UMNO paling kanan yang banyak mendapat undian sudah pasti, jika apa yang dihebohkan itu benar, amat terasa hati dan terguris jiwa kerana Hishamuddin Hussein menang pun sekadar cukup-cukup makan.

Belum pernah dalam sejarah negara seorang menteri kanan masuk campur dalam sebarang perbicaraan kes jenayah diluar negara secara terbuka tanpa melalui protokol serta pengetahuan Perdana Menteri.

Rakyat bertanya sambil melontarkan persoalan mengapa perlu seorang menteri memberikan bantuan moral dengan mengutus surat mesra atas kapisiti sebagai Menteri Dalam Negeri tanpa merujuk dan mohon nasihat dan pandangan Ketua Polis Negara, kepada FBI sebagai pengesahan betapa seorang penjenayah yang menghadapi pertuduhan di Macau dan Amerika Syarikat atas kesalahan judi peringkat antarabangsa.

Apakah akan melakukan perkara yang serupa keatas kaldai dadah yang dicekup jika ada permohonan dari para peguam mereka mengesahkan betapa kaldai dadah tersebut adalah mangsa kepada keadaan dan memberi pengesahan dan sokongan betapa tiada kesalahan lampau yang mereka pernah terlibat dalam penmedaran dadah dinegara ini dengan menambah betapa mereka juga terlibat dalam memberikan kerjasama dalam keselamatan negara.

Tidak perlu seorang rakyat memiliki otak saintis nuklear bagi memikir dan menilai mengapa seorang menteri sanggup menggunakan kedudukan dan kapisiti sebagai menteri sanggup dan tergamak menghantar seutus surat kepada Ibu Pejabat FBI di Amerika Syarikat sebagai sokongan betapa "Raja Judi" Paul Phua bukannya ahli kongsi gelap 14K dan banyak membantu negara dari segi risikan melibatkan keselamatan negara.

Inilah masa yang sesuai untuk Najib Razak bertindak keatas Zahid Hamidi .. Omak Kau yakin tiada siapa pun dari kalangan rakyat negara ini hatta ahli-ahli UMNO sekali pun akan membantah jika Zahid Hamidi dipecat kerana enggan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Suara-suara diluar tingkap Putrajaya cukup kuat nyaringnya sambil bernada keras, tegas dan jelas maukan Zahid Hamidi dipecat sebagai Menteri Dalam Negeri.

Lakukan segera jika tidak mau kedudukan UMNO/BN di Putrajaya berubah.


16 comments:

  1. aku tanya pr surat ini nampak macam menipu je
    1)Aku tanya nomber siri surat apa MCN/MOHA/02-JLD-15 ( ) dan kenapa MCN/MOHA/02-JLD ( ) ini ( ) biar kosong dalam dan kurungan ( ) biarsa kurang itu bertulis nombor ,
    2) mana ada orang kod surat disebelah atas alamat, bisa nya nombor siri surat diletak kiri atas pada logo,
    3)Mana alamat kementerian dalam negeri
    4)mana cop rasmi kementerian dalam negeri
    5)Saksi cc Nombor dua sah kan itu kenapa hilang ia kenapa satu tak ada alamat
    6)Kenapa dua saksi syarikat peguam itu tak tandatangan saksi pertama dan saksi dua
    7)surat ini macam nampak tak siap je

    Kalau surat fotokopi ramai dari pr pun boleh buat , dah terdesak sangat ke pr sampai suruh buat surat palsu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bela lh melaun ni, x salahkn ko sbb dh jelas ko ni bangang x abih ...kahkahkah

      Delete
    2. Setakat sehingga hari ini Zahid Hamidi maupun Peguam Shafee Abdullah tidak menafi dan mempertikaikan surat berkenaan sememangnya surat peribadi dari Zahid Hamidi kepada FBI .. jadi kerja cuba bersifat jaguh mempertahankan kewibawaan Zahid yang teruk parah amat tercalar adalah suatu kerja yang sis-sia dan buang masa.

      Delete
    3. Lu tanya sama siapa?...pr?...gaya cam Lu nak berlakon tunjuk pandai...POODAH!!!!...........................

      Delete
  2. Punyalah poyo nak selamatkan cina tu sampai sanggup buat surat kat FBI. Apa pun tahniahlah pejuang meLAYU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...Paul Phua tuh sedara Zahid Komidi...sebelah moyang keturunan tibet...You tak tahu ke...sila rujuk di sini http://zahidkomidi.blogspot.com/2014/007/lu-pikir-sendri.html

      Delete
  3. Bangsa x bermaruah mcm tulh . bola buat perkara xbetul cuba menuduh org lain . spt perangai Murid dlm kelas terkentut tapi xngaku ... Kemudian tuduh org lain.... Perangai iblis

    ReplyDelete
  4. Biasalah sama2 penjenayah utus Surat mesra ....apasalahnya...kan..kan..

    ReplyDelete
  5. Rupa2nya umno ni memperjuangkan samseng tokey cina.yg pengikutnya jd bangang akibat mkn duit haram.lps tu sebok teriak hidup melayu.sesuai sgt la najib kata bangang kt macai dia tempoh hr.

    ReplyDelete
  6. Omak Kau tak nak siar ke surat peg polis yg di tukar dari Sarawak ke jb. Kemudian meninggal lemas semasa latihan.. Luahan hati peg pdrm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog Omak Kau antara yang terawal dedahkan surat seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat ASP mengenai isu ini .. disiarkan diblog pada tanggal 20hb Jun 2014 yang lalu .. sila layari link ini ..
      http://omakkau.blogspot.com/2014/06/betul-kah-pegawai-kanan-polis-yang-mati.html

      Delete
  7. Sepatutnya mca pertahan cina tu tp ni terbalik plak..pemimpin mlayu yg lbh2..

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya mca pertahan cina tu tp ni terbalik plak..pemimpin mlayu yg lbh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mca sama umno serupa adik abang maa ....u help me I help u maa ..haiya! itu pun tak tau ka? ....nang bo tinang koi bo ti koi ...hahaha

      Delete
  9. Tolong lihat dlm aspek keselamatan dan jawab, Malaysia selamat atau tidak jika beginilah BN/UMNO mentadbir negara.

    Hancur, hancur dan hancurlah jawabnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...