KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 8 January 2015

SURAT PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYA MELARANG PENGLIBATAN STAFNYA SEBAGAI PENGANJUR AKTIVITI POLITIK DI DALAM DAN LUAR NEGARA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL.


Seorang staf Universiti Malaya telah memuat naik surat dari Pendaftar Universiti Malaya, Sdr Yusuf Musa tentang pemberitahuan kepada kesemua stafnya tentang larangan penglibatan sebagai penganjur akiviti politik sama ada dalam negara maupun luar negara.

Pihak pengurusan Universiti Malaya memaklumkan betapa memandang serius mana-mana tingkahlaku, tatalaku, perbuatan dan kelakuan yang tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaultan dan maruah Negara, hormat serta patuh kepada Undang-Undang.

Semua staf UM diperingatkan bagi memastikan kepentingan Universiti Malaya tidak terjejas, Pengurusan UM telah memutuskan bahawa semua staf UM termasuk yang sedang bercuti belajar, cuti rehat, menghadiri seminar atau berkursus di dalam atau di luar negara untuk patuh kepada PERATURAN 20 BAHAGIAN II, JADUAL KEDUA (SEKSYEN 5), AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605) serta tidak bergiat secara aktif sebagai penganjur mana-mana aktiviti politik.

Surat itu kini dikhabarkan menjadi perbualan hangat sesama staf UM kini ...

Pihak UM perlu memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran dalam isu ini.

4 comments:

  1. Berpolitik bersama bn sahaja di benarkan tanpa izin. Mati nanti jawab.

    ReplyDelete
  2. Ni sumo kojo zombi umno lh ....kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Program politik umno/bn bersama warga kampus TIDAK BOLEH TIDAK mesti dibenarkan malah siswa/siswi dipaksa menghadirinya dengan berselindung disebalik pelbagai nama kursus itu ini.....undang2 dan arahan hanya berkuatkuasa ke atas PR sahaja.....realiti bumi malaysia semua dimilikan seperti harta umno

    ReplyDelete
  4. Kenapa memburukan tempat mencari rezeki?. Ada masalah dalam hal hewal UM tak perlu dihoboh dlm internet... cuba kita hoboh hal rumahtangga sendiri apa yg dpt malu?.. jadilah ahli akidmik yg ada maruah .

    ReplyDelete