KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 8 January 2015

EDISI JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NEGERI YANG MAU JUAL AIR TERAWAT KEPADA SELANGOR TERPAKSA BUAT CATUAN MULAI 12HB JANUARI INI. AIR WALAPUN HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA SEJAK KEBELAKANGAN INI.



Masih ingatkah lagi pada bulan April tahun lalu Menteri Besar Negeri Sembilan Mat Hassan dengan sombong, angkuh dan berlagak cuba ambil kesempatan untuk memperlekehkan kerajaan negeri Selangor ketika itu yang dipimpin TSKI yang ketika itu menghadapi catuan air yang teruk, untuk menjual air terawat 20 juta gelen kepada Selangor tetapi ditolak secara baik dan berhemah oleh TSKI .. Masih ingat lagi kah????

Nah!!! Walapun hujan turun dengan lebatnya sejak kebelakangan ini sehingga ada kawasan-kawasan tertentu yang di landa banjir namun paras air Empangan Gemenchen, Tampin berada ditahap kritikal yang hanya mampu untuk bertahan selama 120 hari sahaja atau paling tepat lebih-lebih 3 bulan mulai sekarang.

Lagi mau eksyen dan berlagak hebatkah wahai Mat Hassan .. ini dinamakan berlagak sombong tidak sedar diri dek untung semata-mata mau kaut keuntungan politik cebisan diatas kesengsaraan orang lain tanpa mengetahui diri sendiri dalam keadaan tenat dan kritikal amat.


SEREMBAN
- Paras air Empangan Gemencheh, Tampin berada di tahap kritikal dan hanya mampu bertahan sehingga 120 hari sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun hujan lebat di beberapa daerah negeri ini, selain kejadian banjir di pantai timur, namun tiada sebarang taburan hujan berlaku di empangan tersebut.

“Taburan hujan sedia ada tidak memberikan julat bacaan yang tinggi ke dalam kawasan tadahan Empangan Gemencheh. Malah, paras air di empangan tersebut dianggap kritikal sebab tiada air mencukupi.

“Paras air yang ada sekarang ini tidak mampu menampung permintaan sedia ada, di mana ia memerlukan lapan juta gelen sehari bagi daerah Tampin dan Rembau," katanya.

Berikutan perkembangan itu, pihaknya menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) terpaksa melakukan catuan air di Tampin dan Rembau bermula 12 Januari ini.

"Kita terpaksa membuat catuan air berjadual bagi membolehkan bekalan simpanan air di empangan tersebut bertahan sehingga lapan bulan sementara menunggu kerja-kerja pengepaman air dilakukan,” katanya pada sidang media mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha menyiapkan rumah pam yang kini sudah pun memasuki fasa kedua untuk menyedut air dari Sungai Jelei ke Kampung Geduhom melalui Ladang Johol untuk disalurkan ke Empangan Gemencheh.

Beliau berkata, perancangan tersebut diharap akan dapat membantu meningkatkan paras air di empangan berkenaan sehingga ke tahap yang maksima.

“Kita yakin, melalui kerja-kerja pengepaman itu nanti, kita akan dapat menambah sekurang-kurangnya 12 juta gelen sehari air mentah ke dalam empangan tersebut.

“Saya berharap masyarakat terlibat dapat memahami situasi yang berlaku sekarang ini, walaupun ada hujan tetapi air hujan tidak masuk ke kawasan tadahan empangan kita. Jadi paras air berada di tahap yang sama,” katanya.

Difahamkan, catuan berjadual akan bermula pada 12 sehingga 30 Januari, kecuali 14 Januari kerana cuti umum.

Catuan bekalan secara berjadual ini akan dibuat secara bergilir-gilir di kedua-dua daerah, bermula jam 10 pagi hingga 10 pagi hari berikutnya.

5 comments:

  1. Tu la cakap bosa bona, nk buek mcm mano kono toba muko lh mintak sodokah kek Pahang, nogori tu tongah melimpah limpah air tu ....kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Allah yg berhak atas segala perkara. So bong sifat yg di benci olih Allah. Kita ada Allah kepada Dia sahajalah kits mengadu. BERDOA ITU SENJATA Mukmin.

    ReplyDelete
  3. Rasonyer empangan tu bocor laa MB-cubo ekau gi tengok2 enpangan tu-mana tau bole dapat lak projek tampal empangan lak- ni tahun bru budjet baru-bole laa keluarkan tender tampal empangan-

    ReplyDelete
  4. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  5. Kerja ALLAHtaala. Niat menghina makan diri sendiri. Taburan hujan 1 malaysia. Alih2 dkt empangan gemenceh hujan tak sampai.. betapa hebatnya kuasa ALLAH

    ReplyDelete