Friday, 16 January 2015
IKAN BILIS DI BUNGKUS MENGGUNAKAN KAKI
Tidak lama dulu kita dikejutkan dengan beberapa keping gambar sebuah kilang bihun yang kotor dan jijik serta meloyakan, menjadi viral di laman-laman sosial.
Bagaimana pula dengan gambar di sini? Sekali pandang memang tahu lelaki-lelaki tersebut sedang bekerja. Tapi apakah yang sedang mereka lakukan?
Begitulah cara proses pembungkusan ikan bilis dijalankan. Malangnya kita tidak tahu daripada mana sumber foto ini, apatah lagi di manakah ianya berlaku.
Tapi banyangkanlah, ikan bilis yang memang terkenal dengan keenakannya itu di bungkus dengan cara begini.
Dipijak-pijak, diinjak-injak. Daripada sinikah datangnya khasiat dan keenakan ikan bilis?
Ikan bilis tidak asing lagi dalam masakan Malaysia terutamanya sebagai hidangan bersama nasi lemak. Sama ada sambal ikan bilis atau di goreng rangup, memang enak dinikmati dengan nasi lemak.
Ikan bilis juga digunakan dalam pelbagai hidangan terutamanya sebagai perencah dalam masakan lain termasuk sayur, gulai dan sebagainya untuk menambah rasa.
Ikan bilis yang kecil ini terdiri daripada pelbagai nutrien antaranya Vitamin A, D, E, kalsium dan selenium. Ia berkhasiat untuk kesihatan mata, tulang, gigi, selain membantu sistem imunisasi, fungsi jantung, otot serta membantu mengurangkan risiko strok serta beberapa jenis kanser.
Malah, ikan kecil ini dikatakan lebih baik berbanding ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang berpunca daripada pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.
Persoalannya, setelah mengetahui mengenai khasiat ikan bilis, dan pastinya kebanyakan kita mengakui keenakannya, apakah anda masih berselera melihatkan cara pembungkusan tersebut?
Setahu kita, ikan bilis yang terkenal adalah dari Pulau Pangkor di Perak, Tawau di Sabah dan Tanjung Dawai di Kedah.
Tetapi, kita tidak tahu sama ada proses pembungkusan seperti di dalam gambar tersebut berlaku di mana. Adakah di tempat pengusaha, pemborong atau pengedarnya?
Pernah kita dengar cerita bahawa terdapat anjing berkeliaran di tempat jemuran ikan bilis dan ikan kering, namun pihak pengusaha mengakui bahawa anjing di pelantar bilis dilatih untuk menjaga kawasan berkenaan dan tidak berkeliaran tidak menentu.
Selain cara jemuran tradisional, para pengusaha ikan bilis sudah menggunakan oven untuk menjamin proses pengeringan yang sempurna, selain ia lebih bersih.
Tetapi, masih bersihkah jika ikan bilis tersebut dibungkus dengan cara begini?
Mungkin para pekerja itu tidak mengerti soal halal haram, tetapi sebagai manusia masakan tidak tahu bahawa yang pijak itu adalah makanan.
Diharapkan setiap yang mahu menggunakan ikan bilis di dalam masakan, terutamanya para peniaga akan memastikan ianya dibasuh sebersih mungkin sebelum dimasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
BUNGKUS IKAN BILIS GUNA KAKI HAK ASASI & KEBEBASAN MANUSIA
ReplyDelete-SUARAM
Kalau India atau Bangla itu Islam....ikan bilis itu halal. Dijamin halal oleh JAKIM. Sijil Halal untuk orang Kafir...Produk orang Islam atau kedai makan Islam walaupun kotor dan bercampur najis tetap halal...Demikian lah fatwa orang Jakim.
DeleteKalau ikut peraturan dan praktis halal yang ditetapkan JAKIM, 70% kedai makan dan produk makanan orang Islam tidak layak mendapat sijil Halal
anon 3:59, ape ko merepek ni bahlol? kalau mak ko pengotor jangan la nak kaitkan dengan orang lain. bak kata p. ramlee, dah tua pun bodoh
DeleteAnon 09:18..Kau tahu tak garis panduan Sijil Halal Jakim.Jangan tuduh orang bodoh. Sebenarnya kau yang jahil tentang halal dan haram dann selalu makan kotor.
DeleteAku terpaksa pergi warung dan kedai makan orang islam sebab menjaga hati kawan..kalau enggang, nanti tuduh berlagak pulak
Antara garis panduan Halal JAKIM
No 23 Penggunaan istilah yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan. Contoh: bacon, hot dog bak kut teh, beer,ham, dll ( Jadi stall burger tepi yang jalan yang jual hot-dog halal la)
No 12 Terdapat binatang di dalam kawasan premis ( Banyak Kedai Makan Melayu penuh dengan kucing kurap dan kucing liar.)
No 21 Kawasan tidak bersih ( Kedai, pakaian pekerja, meja, pinggang mangkuk warung dan lantai yang berdaki kadang2 boleh menyebabkan hilang selera nak makan..)
No 25 Longkang tidak dibersih dan diselenggara dengan baik. (Kalau makan gerai tepi jalan, kedai orang islam atau RNR, terpaksa tutup hidung, sebab bau longkang yang busuk menusuk hidung)
No 23 Terdapat lubang pada siling di kawasan pemprosesan ( Setengah warung atau kedai orang islam tak ada siling lansung, atau siling penuh dengan sawang dan kipas berhabuk
No 27 Pekerja tidak mendapatkan suntikan Anti-Typhoid
Sebagai orang Islam yang beriman yang mementing kesucian dan kebersihan, JAKIM jangan pileh kasih, warung dan kedai makan orang Islam kena dapat sijil halal juga.
Perkerja warga bangla ngan macai umno same je dua2 taik hanjing
ReplyDeleteLupa pesan ia macai pr pun perlukan bangla untuk bersih kelantan yg dilanda banjir lumpur, pr mana macai pr yg konon merusuh ketika bersih itu penah tak macai bersih ini bersihkan bandar kelantan ia , fikir2 kan ia
DeleteKah kah kah itu hak asasi sama kes dengan di pranchis....kebebasan nk beli ke tak nak beli u pun bebas menilai....kah kah kah....minta pandangan SIS...Liberty Of Lawyer...minta PasMa...dan last skali dah tentu Anwar Aljuboori....kah kah kah...
ReplyDeleteawas macai jilat bontot ,org yang sama,dia komen,dia sokong kendian dia komen lgi,dan dan dan,,
ReplyDeleteAnon 14:46...Nak minta org melayu mcm hang tolong...hampeh dan bodoh nak mampos...Nasib baik bangla-bangla sukarela dan sukahati nak tolong, bukan paksaan...aku tahu sebab aku pong ada kat situ tolong menolong...Memang ramai macai pr yg tolong menolong. Jangan dok serkap jarang. Komen biar ada ilmu dan iman kalau tak bodoh mcm lembu...mcm hang...AKHHHH...PTUIIIII................
ReplyDeleteHahaha.......
ReplyDeleteDari dulu lagi ikan bilis di olah dgn kaki dalam keadaan tertentu sebab prosesnya lebih leceh dan senang gunakan kaki malah lain2 makan seperti belacan juga kotor sampai pasir pun msk. Tak percaya siapa kaki makan belacan???? Pernah tergigit batu pasir???? Maka makanan sambal memang kotor tetapi sedap di ulam buat org tertagih nak lagi.
Sebab tu org mewah jarang makan biasanya org kebanyakkan yg makan, jadi nak bersih sesuci embun buat sdr tak yah beli sebab memang kotor. Air kita minum memang bersih tetapi dari mana dtgnya?????
hitam sgt nampak bilisnya tu...
ReplyDeleteni tentunya xlain xbukan di Africa Barat !!
Bukan Africa Barat bro, tapi Kerala.
Delete