Wednesday 14 January 2015

ISU BUKAN MELAYU TIDAK DI BENARKAN MEMAKAI BAJU KURUNG DI SEKOLAH ... JANGAN KETERLALUAN KATA DR NIK SAFIAH.




Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.

Budayawan dan tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, umum juga kini sedia tahu baju kurung melambangkan bangsa Melayu dan satu kebanggaan jika ia dipakai oleh pelajar berbangsa lain di sekolah, institusi pengajian tinggi atau semasa bekerja.

"Sepatutnya tidak ada apa-apa, tidak ada salahnya jika pelajar perempuan berbangsa selain Melayu memakai baju kurung terutama ke sekolah.

"Memang keterlaluan jika benar laporan ada pentadbiran sekolah yang menghalang pelajar bukan Melayu memakai baju itu ke sekolah," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dr. Nik Safiah mengulas laporan seorang bapa, Lawrence Jayaraj di sebuah portal yang mendakwa anak perempuannya dihalang daripada memasuki kelas atas alasan melanggar etika pakaian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras.

Lawrence berkata, anaknya yang baru bertukar daripada sekolah lain itu dihalang daripada memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

Menurutnya, pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.

Dalam pada itu kata Dr. Nik Safiah, pemakai baju kurung juga dilihat melambangkan jiwa negara dan sekali gus membawa semangat cintakan bangsa.

"Cuma pantangnya jangan buat perangai yang tidak elok jika memakai baju kurung. Ia akan membawa sekali nama bangsa Melayu di atas setiap tingkah laku pemakainya.

"Tidak ada pihak harus berasa malu dengan memakai baju kurung, sekolah atau mana-mana institusi seharusnya tidak menyempitkan fikiran dengan persepsi baju kurung hanya untuk dipakai oleh orang Melayu," jelasnya.

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu dan menjadi pakaian rasmi untuk Malaysia dan Brunei selain boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menjelaskan akan 'turun' sendiri ke sekolah berkenaan seandainya laporan mengenai isu itu tidak dapat diselesaikan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Tegasnya, terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran di seluruh negara dan berkemungkinan ada pengetua yang membuat polisi tanpa mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

20 comments:

  1. Isu orang Islam jangan pi sesi touch d hanjing macam mana?

    tolomg tanya anak abang non!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni x de cite lain ke bro, x muak2 ke, dh naik meluat nk muntah dh ni...kahkahkah

      Delete
    2. aku pun sama rasa nak termuntah bila macai dok spin cerita ug tak henti2 tp modus operandi masa banjir ni agak berlainan bila depa dok tonjolkan wira2 depa sbg wira berjasa.........spt azmin, husam, pasma dll.......kelas gitu !

      Delete
    3. Macai berbyr bang......langgar agama pun xkisah...janji masyiukkk....fitnah...hina...putar alam dh jadi darah daging...dosa blkg kire

      Delete
    4. Anon 18:47
      Peluk anjing boleh samak....tarak dosa....tapi kalau pompuan Melayu peluk atau salam sama jantan bukan muhkrim.....macam mana mahu samak...ya ustaz ISMA ALIFF yang ditamatkan kontrak dari Maharaja Lawak

      Delete
    5. Macai umporno memang spesis keldai...seburuk buruk suara adalah suara keldai.. bahasa macai umporno hanya tahu guna ayat keldai seperti babi,liwat,jubo...bising sesi sentuh anjing padahal peluk k pop setuju pula...munafiq tul keh keh keh

      Delete
  2. Weh Mat Matang, banyak betul hang punya eksyen. Mai sini aku nak tau brapa besar De Facto hang tu. Elaun wakil rakyat dan ketua pembangkang bukan guna untuk beli tom yam tapi untuk buat ronda risik dan memahami masalah rakyat. Weiii Tambhi, Lu punya masalah suruh rakyat dengar.......... rakyat punya masalah lu tak mau dengaq abang non woi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape masalah ko ni ...abang non abang non x abis2 ...

      Delete
    2. Anon 18:51 nak bgtau anon 18:53 yg abg non ni haprak...tak boleh pakai dah...dah boleh2 hantar ke kedai pajak gadai...ermmm

      Delete
    3. Errr...Abg Non tu siapa ya?

      Delete
    4. Errr...Abg Non tu siapa ya?

      Delete
  3. Amalan atau budaya 'dinasti' ditolak oleh parti PKR itu, kata akar umbi penyokong PKR di Ulu Yam. Sebaliknya, akar umbi menasihatkan PKR supaya menapis dan memilih pemimpin yang berminat untuk diletakkkan di tempat yang sesuai bagi memimpin parti itu. Pemimpin yang tidak berhati perut dan mementingkan kepentingan keluarga dalam parti perlu disingkirkan kata aktivis parti yang hanya mahu dikenali sebagai Jeff Ulu Yam, Semenyih, Broga dan Kalumpang sekarang menjadi nadi kepada gerakan untuk membawa PKR keatas landasan yang asal yakni berbalik kepada semanagat reformasi rakyat bawahan ulas Jeff lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landasan pkr dh ke longkang ...kahkahkah

      Delete
  4. Elok lah tu...pkr ke longkang...umporno pula landasan ke gaung keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:25...contoh pemikiran ajaran bang non...menang jd abu kalah jadi arang....menyedihkan

      Delete
  5. Memang besar punya celaka orang yang buat peraturan itu. Bodoh sebodoh bodoh manusia. otak berkarat dan kalau cepat mampos bagus. Mata buta ke? Tengok berapa ramai wanita bukan Melayu pakai baju kurung dan kebaya terutama dalam majlis rasmi seperti mengadap Duli duli Tuanku Sultan dan sebagainya. Dari keciklah nak dilatih supaya berpakaian sopan. Lagi sekali celaka punya malaun melarang budak bukan melayu memakai baju kurung!! Macam ini punya orang pun ramai dalam bangsa Melayu!! Jahannam!!

    ReplyDelete
  6. Guru besar sekolah tu mesti kaum dacing karat..sekolah convent kat Penang pun bagi bukan melayu pakai baju kurung...ni mesti guru besar naik pakai cable keris karat...

    ReplyDelete
  7. Terimakasih, artikelntya sangat bagus sekali. Senang sekali berkunjung ke website anda. semoga dapat bermanfaat buat kita semua. Amin . . . . :D :D

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...