Friday 9 January 2015

KES REMAJA DI CABUL DI GIM YANG MENJADI VIRAL DILAMAN SOSIAL AKHIRNYA DUA DI BERKAS POLIS.



Seorang daripada dua suspek telah berjaya diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam berhubung dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja berumur 17 tahun.

Kes ini menjadi viral apabila seorang individu bernama Gan Wee Yet yang ditemui ahli keluarga terdekat mangsa memuatkan naik mesej perbualan insiden itu di laman sosial Facebooknya.

Menurut sumber terdekat yang enggan dikenali, mangsa telah membuat laporan polis pada 6 Januari lalu dan PDRM sehingga kini masih lagi memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut perkara itu, sumber mencerita kejadian sebenar apa yang berlaku ketika dia dan mangsa pergi ke sebuah pusat kecergasan terkenal Fitness First Menara Summit di Subang Jaya pada Selasa lalu.

“Saya pergi ke gimnasium dengan dia untuk melakukan senaman seperti biasa. Selepas selesai saya nampak mangsa keluar dari bilik persalinan dalam keadaan terkejut dengan mata merah.

“Dia beritahu dua lelaki dua lelaki telah datang dan salah seorang telah melakukan seks oral terhadapnya. Selepas dia menjelaskan kejadian itu, saya marah dan telah pergi berjumpa dengan salah seorang lelaki itu.

“Saya pegang dan tidak bagi dia keluar. Lelaki itu berbohong kata dia tidak berada di sauna dan terus keluar,” katanya.

Kata sumber, selepas mangsa mengesahkan suspek itu, dia dan tiga rakan yang lain telah mencari suspek dan menjumpai suspek dibuah kedai tidak jauh dari pusat kecergasan itu.

Suspek tetap menafikan kejadian itu tetapi mengaku ada berada di sauna seorang diri.

Kecewa dengan jawapan suspek, kata sumber dia dan rakan-rakan kembali ke pusat kecergasan sementara menunggu ibunya datang untuk mengambilnya pulang.

“Ibu yang terkejut dengan kejadian itu terus memarahi pihak pengurusan. Pengurusan terkejut dan mereka kata mereka akan melakukan apa yang mereka boleh.

“Mereka tahu kami akan membuat laporan dan mereka tidak halang. Polis telah menangkap salah seorang daripada mereka,” katanya.

Kes ini menjadi viral apabila seorang individu bernama Gan Wee Yet yang ditemui ahli keluarga terdekat mangsa memuatkan naik mesej perbualan insiden itu di laman sosial Facebooknya.

Gan yang merupakan ahli pusat kecergasan di Subang Jaya dalam statusnya berkata akan mengumpulkan ‘gladiator’nya dan berjumpa di Fitness First bagi mengetahui apa yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, Gan dalam status terbaru yang dimuat naik menyatakan beliau telah diminta ayah kepada mangsa untuk tidak masuk campur dalam perkara ini atas nasihat polis.

“Satu jam yang lalu, saya menerima panggilan daripada pegawai penyiasat dengan baik  memberitahu saya bahawa polis akan menyiasat kes ini dengan teliti dan menasihatkan saya supaya tidak mengganggu siasatan beliau.

“Saya juga telah berjumpa dengan keluarga mangsa tadi dan kita bersetuju bahawa kita harus membiarkan polis menjalankan siasatan mereka,” katanya.

Gan juga turut membatalkan perjumpaan kumpulannya seperti mana yang diminta oleh  keluarga mangsa dan pihak polis.

Gan ketika dihubungi menyatakan kedua-dua suspek telah ditahan di lokasi yang berasingan.

3 comments:

  1. Suspek ngan macai umno same je
    Dua2 gile sex taik hanjing

    ReplyDelete
  2. 14:19 mabuk ketumlah tu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...