Thursday 15 January 2015

KISAH SEKOLAH BERSIKAP BURUK SIKU MINTA SEMULA WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 MENJADI GEGAK GEMPITA KECUH DI LAMAN SOSIAL.


Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1) Jalan SS 5/2, Petaling Jaya telah mengedarkan surat bahawa bantuan persekolah anak murid yang berjumlah 100 akan diedarkan bermula pada tarikh 16 Januari 2014 pada waktu 8.30 pagi dan ke atas.

Yang menjadi persoalan sehingga menimbulkan kekecuhan riuh rendah gegak gempita di laman sosial ialah selain dari notis pemberitahuan, terdapat surat kedua yang turut dikepilkan bersama notis tersebut.

Surat kedua pula merujuk kepada persetujuan ibu bapa yang mahu menyumbang atau mengembalikan duit tersebut kepada pihak sekolah atas nama kebajikan dan pembangunan sekolah.

" Saya seperti nama di atas dengan ini mengaku menerima bantuan khas awal persekolahan 2015 RM100.

2.   Sukacita dimaklumkan saya ingin menyumbangkan bantuan tersebut berjumlah RM100 bagi tujuan kebajikan dan pembangunan sekolah"


Yang menimbulkan persoalan dan tanda tanya ialah pihak Kementerian Pendidikan telah pun mengeluarkan amaran sejak dari awal lagi, bahawa pihak sekolah tidak boleh dan tidak patut menuntut semula bantuan persekolahan yang diedarkan kepada ibu bapa atas sebarang tujuan.

Pihak sekolah hanya berperanan mengedarkan sahaja bantuan tersebut kepada yang berhak. Dan selepas itu jika ibu bapa mahu gunakan wang tersebut untuk bayar yuran ke beli buku ke, beli peralatan persekolahan anak-anak ke, beli baju sekolah ke, belanja anak makan KFC ke, itu adalah hak mutlak mereka.

Bantuan persekolahan RM100 itu juga sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang berkaitan persekolahan murid tersebut.

Ini belum apa-apa. Siap kepilkan sekali borang untuk serahkan duit tersebut kepada pihak sekolah atas nama kebajikan.

Itu yang jadi isi kritikan di laman sosial sekarang... Dah macam buruk siku.

Pihak Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1) melalui Guru Besarnya sendiri harus memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

9 comments:

  1. Kena siasat dulu pibg dan guru beso dia sokong parti mana...? Klu sokong azmin dan.kunco dia semua kena berikan....cuma takoot guru beso dan pibg penyokong TSKI........ahaksss

    ReplyDelete
  2. Ape le omak kau, surat kedua tu bg sape yg nk menyumbang, ape ke buruk sikunye....nk buat hevok je ke?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah biol nya ko ni...surat kedua tu sumbang paksa namanya. Kenapa sekolah tak buat surat terima dan surat sumbang asing2..??

      Delete
    2. 09:03 jgn nk marah je.... mcm le ko tu pandai sangat....tah2 dua kali biol..kahkahkah

      Delete
  3. Siasat lah dulu.
    Sek cina ibu baoa sentiasa menyumbang untuk sekolah. Kerja sekolah tiap hari ada. Hatta semasa cuti pun sentiรกsa ada kerja yang perlu dihabiskan. Tak pulak mereka komplen.
    Kalau sek keb. Minta bantuan sikit pun kena komplen.Kalau ada kerja sekolah sepanjang cuti , rasa nya mau kena komplen hingga parlimen.

    ReplyDelete
  4. Pkr dok mintak sumbangan masa abg non bg ceramah pun takdak yg komplen...taknak kasi takyah isi borang...cuma yg saya nak komplen ialah borang sumbangan tuuu..fixed rm100...ada ka patuttt...

    ReplyDelete
  5. Ni pun omakkau nak kecoh...taknak sumbang pegi la amek duit tu wat mncekik..biasa la surat mkluman gitu..apa daaa

    ReplyDelete
  6. Walau apa cara sekalipun duit bantuan 100 ini perlu diberi pada setiap murid dan terpulang kepada mereka bagaimana nak berbelanja pihak sekolah TIDAK DIBENARKAN sama sekali boleh mengambil atau memotong wang bantuan ini walau satu sen pun atas apa juga alasan KECUALI terdapat segelintir ibu bapa yang menolak bantuan ini itupun pihak sekolah terpaksa memulangkan lebihan kepada kerajaan sekiranya ada

    ReplyDelete
  7. Lesson 1
    Pengurusan sekolah bertindak tidak ikut arahan KPM.
    Lesson 2
    Pengurusan sekolah tidak halusi pelbagai faktor yg perlu dipertimbangkan dlm membuat sesuatu keputusan.
    Lesson 3
    Pengerusi PIBG terpukau & tersilau dengan keputusan pengurusan sekolah. FY21

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...