Wednesday 14 January 2015

PENDEDAHAN SEKS DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA AKAN DISEMAK KATA KEMENTERIAN PENDIDIKAN.



Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyemak semula dakwaan buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5 yang dikatakan menyentuh mengenai pendedahan proses seks kepada murid sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata pihaknya akan menyemak semula dakwaan tersebut sebelum memberi keterangan.

“Kami ingin tahu pendedahan apa yang dimaksudkan dan menyemak semula sebelum memberi keterangan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama di Universiti Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Semalam berlaku kekecohan di laman Facebook berhubung keratan gambar kartun berserta dialog mengenai seks yang diambil dari buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5.

Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan isi kandungan buku itu yang disifatkan terlalu awal untuk murid berusia 11 tahun.

“Tak patut diberi pendedahan awal tentang @#$% terhadap budak-budak, takut boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka, gejala tak sihat..harap ada pihak fikir balik tentang mata pelajaran sedemikian,” kata Hisyamuddin Mohd Nor.

Roslina Othman pula berpendapat: “Tak sesuai la untuk tahun 4…nanti macam-macam pula yang mereka tanya bila balik rumah, apa yg mak dan ayah nak jawab.”

Namun, ada juga pembaca yang berpandangan, pendidikan sedemikian boleh diajar kepada murid-murid di sekolah.

“Bagi saya, pendedahan begini bukanlah sesuatu yang memberi keburukan kepada pelajar, tapi lebih kepada ilmu pengetahuan (Pendidikan Seks) dengan saluran yang betul. Pelajar di Malaysia ni perlu diberi pendedahan seusia mereka ini, untuk mengelakkan gejala yang buruk kelak di masa hadapan.

“Saya pasti pelajaran ini tidak terhenti sehingga di situ, sudah pasti ada pengenalan tentang apa yang salah dan apa yang betul. Mereka ini tidak mengetahui apa-apa, kita ajar apa yang betul, apa yang salah. Peranan ibu bapa jugak untuk betulkan apa yang salah.

“Didikan tidak terhenti di sekolah, tapi perlu diteruskan di rumah. Ini masa depan generasi kita, fikirkan apa akan jadi kelak, jika didikan ini tidak diberikan hingga gejala ini menjadi duri dalam daging,” tulis Mohd Nakirudin Muhamad Nor.

9 comments:

  1. Ok la tu yang diucapkan dalam buku tu...fakta...klu ucapan dlm buku tu seperma dlm jubo lagi haru biru....kena buat skrip tambahan pulak nnti " klu srperma lam jubo kena buat ujian DNA dan spah laknat"......masalah nya ada orang yg tak bagi
    buat ujian DNA dan sumpah laknat....ahaksss

    ReplyDelete
  2. dia ajar cara nak berjubur dengan selamat, cara macam mana jangan bagi biia tak ajar jangan hampiri zina. Dia ikut kurikullum barat. Dia tak ikut quran. Tanya mereka adakah negara barat berjaya?

    ReplyDelete
  3. Nak gelak pun ada....masa kes liwat l dan ll dengan terpeinci media cetak dan media letronik canang tanpa segan silu sampai orang2 dewasa dah berkahwin pun naik segan kepada budak2 yang ternganga2 bertanya....AIR MANI?? MEMASUKI...bla...bla...bla...punya seronok mengaibkan orang!!!!

    ReplyDelete
  4. MESTI BUDAK2 TU TANYA..

    CIKGU APA TU ZAKAR? FARAJ?

    LAST2 CIKGU KENA BAWA ZAKAR & FARAJ PALSU KE SEKOLAH

    ReplyDelete
  5. Zaman dulu2 tau sendiri je x pyh nk ajar2 pun....

    ReplyDelete
  6. "Cikgu macam mana zakar masuk dalam faraj?". "Cikgu tak sakit ke kala zakar tu besaq dan panjang?". Jawab cikgu jangan tak jawab!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! tu lh idaman cikgu...kahkahah

      Delete
    2. Lepas tu tanya balik cikgu "Cikgu kenapa orang lelaki dan perempuan meraung-raung...mengaduh-ngaduh tatkala zakar masuk ke dalam faraj?...kenapa ya cikgu...kenapa?". Jawab cikgu jangan tak jawab!!!........

      Delete
  7. X kan lah isu kecik macamni pun nak salahkan kerajaan...... Bengong abadi sungguh la

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...