Friday 16 January 2015

PENGGODAM MENSASARKAN 20,000 LAMAN WEB DI PERANCIS



Hampir 20,000 laman web di Perancis telah menjadi sasaran serangan penggodam selepas kejadian tembakan kumpulan bersenjata Islam yang mengorbankan 17 orang minggu lalu, kata Kementerian Pertahanan, lapor AFP.

Arnaud Coustilliere, ketua keselamatan siber untuk tentera Perancis, tidak menyatakan siapa yang berada di sebalik serangan tersebut, tetapi berkata penyebab adalah daripada kumpulan “berstruktur” dan “penggodam Islam yang terkenal”.

Coustilliere berkata serangan bermula tidak lama selepas perarakan besar yang diadakan untuk memberi penghormatan kepada mangsa tembakan di Paris.

Kira-kira 20,000 serangan siber jejas pelbagai jenis laman web, yang terdiri daripada laman web restoran pizza hingga sekolah, katanya.

Serangan siber tersebut sama ada jejaskan ataupun menggantikan laman web berkenaan.

Coustilliere berkata dua serangan siber yang melibatkan dua rejimen tentera, termasuk sekolah, dan kementerian pertahanan “telah membuat keputusan untuk meningkatkan kewaspadaan keselamatannya”.

Serangan terhadap laman web perhubungan awam kementerian masih diteruskan dan “terdapat percubaan oleh orang-orang biasa untuk menguji” laman web, katanya.

3 comments:

  1. INI ADALAH HAK KEBEBASAN MENGGODAM

    -SUARAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir 20,000 laman web di Perancis digodam ..di Malaysia beberapa setan yang dah bertahun menggodam duit rakyat telah menjadi penyebab rakyat menjadi miskin dan bangsat


      Delete
  2. dan ada ada yg kata kebebesan utk membunuh patut diiktiraf di eropah dan amerika

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...