Monday, 30 November 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT .... PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN BERHAD (PLUS) LAYAK UNTUK NAIKKAN KADAR TOL SEBANYAK 5 PERATUS MULAI TAHUN DEPAN.


Semua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) Malaysia Bhd layak untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat juga memaklumkan syarikat itu juga berhak mengkaji kadar tol semula setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015," kata Rosnah.

"Kenaikan akan datang ialah 206 (kecuali Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tolnya kekal sehingga 31 Disember 2038.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kemaikan kadar tol 5 peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya.

Lebuh raya di bawah Plus adalah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuh Raya Seremban Port Dickson, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSL) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui bahawa kerajaan perlu membayar RM214 juta kepada PLUS sebagai pampasan jika menafikan kenaikan tol di lebuh raya berkenaan.

Kerajaan tidak mempunyai niat, buat masa ini, untuk melanjutkan konsesi Lebuhraya Utara Selatan (NSE), yang akan berakhir pada 2038, Rosnah memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh konsesi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), yang menyoal mengenai kenaikan tol lebuh raya.

Ahmad Fauzi meminta kerajaan untuk mendedahkan butiran kenaikan kadar tol supaya rakyat boleh membuat persediaan. Sementara itu, Rosnah juga berkata PLUS hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

VIDEO .... BAPA HALAU ANAK DENGAN MENYIMBAH AIR SEBANYAK 3 KALI GARA-GARA ANAK MINTA BELIAU JADI WALI PERKAHWINANNYA.




Satu video berdurasi 3minit menunjukkan seorang bapa bertindak menghalau anak-anaknya yang datang ke rumah dengan menyimbah air.

Difahamkan anak-anak lelaki ini datang kerumah kerana ingin memohon bapanya untuk menjadi wali namun tidak berjaya kerana dihalang oleh isteri muda bapanya.



SYUKUR ALHAMDULILLAH .... BUKAN SAHAJA MANUSIA MENYOKONG PAN ... MAKHLUK-MAKHLUK HALUS, JIN DAN BUNIAN PUN TURUT MEMBERIKAN SOKONGAN PADU.


Ini adalah suasana sambutan ceramah PAN yang di adakan di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor malam tadi ... dengan hebahan mendabik dada oleh Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu bahawa cukup tahun ini keahlian PAN bakal mencecah 100,000 maka kata-kata berdegar-degar itu sememang realistik bukan kata-kata bombastik dan retorik omong-omong kosong.

PAN mungkin akan mencipta sejarah kerana bakal satu-satunya parti didunia dimana membuka keahliannya kepada makhluk-makhluk halus, jin dan bunian kerana sambutan yang dahsyat, hebat dan hangat.

PKR BAKAL LUMPUH GARA-GARA PERGESERAN ANTARA KAK WAN DENGAN AZMIN DALAM MENENTUKAN HALA TUJU PARTI TANPA ANWAR IBRAHIM??????



Perselisihan faham dan pendapat antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dengan Timbalannya yang juga  Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengenai menentukan hala tuju parti yang harus diambil tanpa Anwar Ibrahim bukanlah suatu rahsi lagi malahan sudah dilihat sebagai suatu rahsia umum yang diakui oleh ramai rakyat termasuk anggota parti diperingkat akar umbi ... Senario ini adalah petanda terbaharu perselisihan antara pemimpin tertinggi PKR yang bakal mengeruhkan semula keadaan parti itu.

Perselisihan di antara Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berterusan walaupun parti itu cuba bergerak melangkaui ikon popularnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin parti mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan tetapi mengambil sikap melepaskan diri dari jerbak kekalutan ini dengan ambil jalan mudah iaitu menuduh kesemuanya adalah dalang UMNO.

Namun persoalannya, adakah PKR akan dapat menyelesaikan perpecahan antara 2 pemimpin tertinggi parti itu, terutama apabila mereka memutuskan untuk menjadi penyatu kepada pembangkang yang berbeza ideologi.


Perselisihan di antara Azmin dan Dr Wan Azizah menjadi isu hangat politik PKR adalah pergeseran lama sejak parti itu ditubuhkan pada 1999, di mana isteri kepada Anwar itu mengetuainya manakala menteri besar Selangor itu sebagai Timbalan Presiden.

Kemuncaknya ialah pada pemilihan parti itu tahun lepas di mana jawatan presiden ditandingi Dr Wan Azizah dan suaminya, Anwar.

Cakap-cakap mengatakan tujuan Anwar bertanding jawatan presiden adalah untuk menghalang isterinya dicabar Azmin atau sesiapa sahaja. Anwar kemudiannya menarik diri dan Dr Wan Azizah menang tanpa bertanding sebagai presiden.

Tahun lalu, Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Dr Wan Azizah, walaupun dalam "Langkah Kajang" menyaksikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kecil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif negeri.

Azmin dan Dr Wan Azizah juga berbeza dan bercanggah pendapat dalam keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas Pakatan Rakyat dibubarkan dan pengumuman penubuhan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Kini sudah ada suara-suara diakar umbi mengatakan Dr Wan Azizah akan menjadi menteri besar lebih baik dan Azmin cuba menjatuhkannya sebagai presiden.

Pemimpin PKR dengan pantas menyalahkan musuh politik mereka UMNO sebagai menyemarak dan menyebarkan maklumat ini.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mendakwa sebahagian daripada taktik UMNO untuk membuatkan partinya dan pembangkang tidak bersatu, berpecah belah dan tidak layak untuk memerintah.

"Mereka tidak akan berdebat dengan kami mengenai dasar atau amalan perdebatan sihat seperti dalam demokrasi, jadi satu-satunya cara untuk menjatuhkan kita adalah dengan mengatakan PKR dan pembangkang berpecah, jadi bagaimana anda hendak percaya dengan mereka?"

Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengakui terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PKR tetapi isu itu sengaja diperbesarkan musuh parti.

Perbezaan pendapat perkara positif tambah beliau lagi.

Disebabkan itu, perpecahan di antara Azmin dan Dr Wan Azizah boleh mendatangkan risiko dan melemahkan PKR serta mengalihkan perhatian apabila parti itu perlu bersatu untuk menjadi kuasa penyatuan pembangkang.

"Saya tidak sama sekali bimbang tentang taktik ini kerana saya tahu akar umbi parti tidak mudah terperangkap untuk mempercayainya," kata Rafizi, yang juga naib presiden.

Beliau juga menyangkal hujah perselisihan ini menyekat parti itu, mengatakan PKR terus menambah keahliannya.

"Sejak Anwar dipenjara kami berjaya menambah keahlian. Apabila proses dibuat secara atas talian ia meningkat 300%. Peliknya pengakuan ini tidak konsisten dengan sambutan kempen tanda tangan sejuta bebaskan Anwar Ibrahim.

PKR berasa teruja amat kononya telah berjaya menanguk dua tokoh politikus hebat dalam kelompok mereka dengan kemasukkan Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum ini ahli UMNO dan Datuk Kamaruddin Jaafar daripada PAS. “

Rafizi lebih suka untuk melihat perbezaan pendapat sebagai kekuatan tetapi menegaskan setiap kali PKR membuat keputusan secara kolektif, semua ahli mesti mengikutnya.

"Saya akan lebih bimbang jika ahli berasa selesa dengan pemimpin mereka dan hanya bertindak sebagai ‘yes men’.

"Apabila anda menghormati perbezaan pendapat ini bermakna tidak ada sesiapa yang akan mencantas mereka melalui parti. Ia menjadi mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh dalam parti."

Boleh katakan apa saja demi menyejukkan jiwa yang gundah dan memujuk pemikiran yang sedang bercelaru dan berkecamuk.

Realitinya ... mana-mana parti didalam dunia ini jika kedua pemimpin utamanya sering tidak seiya sekata dan berselisih pendapat dalam memacu parti pasti berlaku pergolakkan yang mampu melumpuhkan parti.

SEJAK DILANCARKAN BULAN MAC LALU KEMPEN SEJUTA TANDA TANGAN BEBASKAN ANWAR BARU BERJAYA MENGUMPUL 37,000 TANDA TANGAN ATAU 3.7 PERATUS DARI SASARAN.


Dimana silapnya????? ... adakah Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi atau sudah mulai dilupakan oleh rakyat???? .. pelbagai usaha sudah dijalankan termasuk mohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .... Kongres Nasional PKR ke-11 tahun ini pun acara paling utama masih juga berkisar mengenai kempen pembebasan Anwar Ibrahim sehingga temanya ialah Bebas Rakyat Bebas Anwar.

Anggota parti dikatakan melebehi 400,000 .. yang memangkah PKR pada PRU ke-13 lalu melebehi 2.2 juta jumlah yang paling ramai antara 3 komponen parti Pakatan Rakyat.

Tertubuhnya Pakatan Harapan tanpa PAS pun agenda utama diluluskan sebulat suara ialah angkat Anwar Ibrahim senagai Perdana Menteri dan pembebasan dari penjara.

Bermacam-macam acara dijalankan oleh Seketeriat Pembebasan Anwar namun sambutan cukup mengecewakan sekali.

Kini sudah sampai masa dan waktu serta ketikanya gabungan pembangkang terutamanya dari PKR memikirkan isu yang lebih besar yang berkaita rapat dengan kehidupan rakyat dari asyik menjadikan kempen pembebasan Anwar sebagai agenda utamanya.

Rakyat kelihatan sudah mulai bosan apabila perjuangan PKR kini dilihat lebih kepada memperjuangkan nasib seorang pemimpin dari memperjuangkan nasib jutaan rakyat.

Kempen ‘Bebaskan Anwar’ anjuran PKR bagi mendapatkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia hanya mampu mengutip 37,000 tandatangan sejak Mac sehingga November.

Jumlah itu hanya 3.7 peratus berbanding sasaran sebenar sekaligus menimbulkan dakwaan kempen bagi mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai tahanan politik telah gagal.

Statistik mengecewakan itu dijadikan ‘bahan’ pemerhati politik dengan dakwaan Anwar dan PKR semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia.

Tohmahan itu bagaimanapun disangkal Rafizi Ramli kerana kegagalan mencapai sasaran sejuta tandatangan bukan perkara besar.

Katanya, PKR tidak mahu terlalu mengenengahkan isu pembebasan Anwar bagi mengelak dilabel sebuah parti yang hanya memperjuangakn Ketua Umum PKR bukannya isu rakyat.

“Kita kena imbangkan isu antara pembebasan Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya.

“Isu ini sensitif. kalau kita tekankan seratus peratus untuk hanya dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengenepikan rakyat dan hanya mengutamakan Anwar sahaja. Oleh itu kami bahagi sama rata,” katanya.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kempen pembebasan Anwar akan diteruskan selepas beberapa isu yang melibatkan pakatan pembangkang selesai.

“Sekarang saya rasa sudah banyak isu selesai, maksudnya isu pakatan pembangkang dan isu skandal yang lain. Kita fokus satu persatu lepas ini kami akan fokus kepada isu Anwar,” katanya.

Sunday, 29 November 2015

AMANAH BANTAH USAHA PAS PERKUDAKAN PKR


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) membantah langkah Pas yang mahu memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa pertandingan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, Pas harus faham bahawa semua parti termasuk Amanah berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika PRU-14 nanti. 

Katanya, kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana parti itu tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

“Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik Pas seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan. “Amanah dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad. 

Dalam perkembangan lain, Khalid mengingatkan agar parti-parti dalam Pakatan Harapan mempersetujui sasaran satu lawan satu dalam pertandingan merebut kerusi pada PRU-14. Katanya, langkah itu bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman yang pernah dilalui semasa PRU-13. “Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi, ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama.

 “Akhirnya, calon UMNO-BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan,” ujarnya. Khalid menaruh keyakinan bahawa, sekiranya sasaran satu lawan satu itu dilakukan maka matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO dan BN berakhir akan tercapai.

Pendirian PKR yang sebulat suara dan muktamad bertahaluf siyasi dengan PAS telah menyebabkan DAP terutamanya PAN rasa tergugat dan terhina .... nampaknya PKR telah menemplak PAN dengan suatu mesej dan isyarat jelas yang kempimpinan PKR tidak mempunyai sekelumit pun kepercayaan dan keyakinan kepada PAN untuk menyerahkan undi rakyat terutamanya pengundi-pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan tanpa PAS ... inilah apabila PKR mengambil sikap dan pendirian mendakap politik realistik dan bukannya politik retorik ...

RAJA MUDA KEDAH MANGKAT


Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar akibat kegeringan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

"Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini. Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Mukhriz berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

-Bernama

BILA KONGRES DIKATAKAN TIDAK SAH MAKA BARISAN PEMIMPIN PKR PUN SECARA OTOMATIK PUN TIDAK SAH????

ADAKAH DENGAN KONGRES PKR 2015 INI DIISYTIHARKAN TIDAK SAH MAKA PKR KINI DIPIMPIN OLEH BARISAN PIMPINAN YANG DIPILIH PADA PEMILIHAN 2014 SEBAGAI TIDAK SAH JUGAK??? 

ADAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SEDIADA ADALAH NULL AND VOID??? ANGGOTA PARTI DI AKAR UMBI SUDAH BERCELARU DAN KELIRU AKAN SENARIO HARU-BIRU MENIMPA PKR KINI...

PETALING JAYA: Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung sehingga 29 November ini didakwa tidak sah kerana membenarkan kehadiran perwakilan dari Cabang PKR yang digantung.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang PKR, Nasruddin Mohamad, 55, mendakwa sembilan perwakilan daripada Cabang Sepang hadir di kongres itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Dia mempersoalkan bagaimana pimpinan tertinggi PKR boleh membenarkan sembilan perwakilan itu hadir sedangkan cabang itu telah digantung sejak 19 September lalu.

“Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.. Namun perwakilan dari cabang yang telah digantung itu tetap boleh hadir.

“Jadi kita anggap kongres ini tidak sah, haram.. Sudah terbukti mesyuarat agung (Cabang Sepang) tidak sah…,”. katanya kepada FMT.

Nasruddin berkata, Mesyuarat Agung PKR Cabang Sepang ke-11 telah dibatalkan pada 19 September 2015 kerana audit kewangan yang tidak jelas dan dan dakwaan penipuan dalam pemilihan pimpinan Cabang itu.

Dia mendesak Rafizi menjelaskan mengapa sembilan perwakilan itu masih dibenarkan hadir.

“Walaupun penjelasan dan laporan polis telah dibuat sebelum ini… namun masih dibenarkan sembilan perwakilan dari cabang itu hadir ke kongres PKR. Adakah pemimpin PKR korup,” katanya.

Friday, 27 November 2015

AZMIN KELUARKAN AMARAN TEGAS TAPI JELAS AGAR DAP DAN PAN JANGAN PERSOALKAN TAHALUF SIYASI PKR DANGAN PAS DAN PSM


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.


Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.

“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.

Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

“Kita menyambut AMANAH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.

"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.

Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.

Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.

APA MOTIF DAN TUJUAN SEBENARNYA "PENDEDAHAN" DIBUAT OLEH ABANG KEVIN MORAIS??????



Setelah hampir dua bulan berita mengenai pembunuhan Kevin sepi tidak dilapor oleh media susulan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menyelesaikan kes itu, negara tiba-tiba digemparkan kembali dengan pendedahan yang dibuat oleh abang mendiang, Charles Morais apabila mengaitkan seorang personaliti politik ternama bersama isterinya di dalam kes pembunuhan adiknya itu.

Meskipun, teka-teki mengenai pembunuhan Kevin itu telah terjawab apabila polis mengesahkan bahawa kematian Kevin sebenarnya didalangi oleh seorang bekas doktor tentera bersama beberapa individu lain, namun, pendedahan terbaru daripada abang mendiang itu telah menimbulkan spekulasi baru.

Jika benar dakwaan yang dibuat oleh Charles itu, kes kematian Kevin akan terus berlarutan dan pastinya menjadi tajuk paling hangat dalam laporan berita media atas talian, cetak mahupun elektronik.

Apa pun, semua itu bergantung kepada kerjasama yang harus diberikan oleh Charles kepada pihak berkuasa kerana padanya terdapat rahsia yang boleh menjawab satu persatu kes pembunuhan adiknya itu.

Terdahulu, pendedahan yang dibuat oleh Charles kepada media pada Rabu apabila menyatakan menerusi akuan bersumpah bahawa adiknya telah dibunuh ekoran sebab melakukan siasatan membabitkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan bersama isterinya.

Perkara itu diketahui setelah Kevin menceritakan segalanya ketika mereka berbual menerusi telefon tiga bulan sebelum mendiang dibunuh.

Pendedahan Charles kepada media mengenai perkara itu telah dibidas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mahu dia bekerjasama dengan pihak polis tanpa menyembunyikan maklumat yang dimiliki.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad yang mahu supaya Charles membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan kepada individu-individu seperti yang didakwa.

Perkara itu perlu dilakukan segera bagi memudahkan pihak polis menyiasat sekaligus mendakwa individu-individu lain yang terlibat dalam pembunuhan itu sebagaimana dakwaannya.

Charles harus memberikan pemacu USB yang ada padanya kepada pihak polis untuk disiasat terlebih dahulu bagi mencari kesahihan dakwaannya itu.

Langkah itu perlu dilakukan kerana jika dia tidak berbuat demikian pendedahan yang dibuat sebelum ini akan lenyap atau mungkin akan bertambah panas lagi apabila ia sampai ke tangan pihak-pihak tertentu.

Charles perlu membuktikan perkara itu demi mencari pembelaan ke atas kematian adiknya dengan mengheret mereka yang turut sama bertanggungjawab kemuka pengadilan seperti dakwaannya itu.

Sungguhpun begitu, sesuatu yang menimbulkan persoalan dalam hal ini ialah mengapa mendiang yang merupakan seorang tahu tentang selok-belok undang boleh menyerahkan maklumat yang dimiliki kepada abangnya yang merupakan orang awam.

Bukankah mendiang sepatutnya menyimpan rahsia yang ada padanya daripada pengetahuan umum meskipun ahli keluarganya sendiri kerana ia bersangkut paut dengan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendakwa?

Apakah motif dan kewajaran mendiang berbuat demikian hingga menimbulkan tanda tanya kepada umum ekoran dirinya yang merupakan seorang penegak undang-undang dan pencari kebenaran?

Semua itu hanya akan terjawab berdasarkan siasatan oleh pihak berkuasa dengan kerjasama daripada Charles, individu yang kini menjadi tumpuan dalam kes pembunuhan Kevin Morais.

Mayat Kevin sebelum ini telah ditemui didalam tong dram berisi konkrit di satu kawasan di Subang Jaya pada 16 September lalu selepas suspek yang terlibat dengan pembunuhannya menunjukkan tempat mereka membuang mayat mendiang.

Mayat yang sudah berbau itu dicampak di parit yang tersumbat dan pasukan mencari terpaksa menggunakan teknik menyelam untuk mengeluarkan mayat mendiang.

AZWAN ALI MAKI HAMUN LAGI ... KALI INI HOSPITAL GLEANEAGLES INTAN KL JADI MANGSA KEBIADAPAN MELAMPAUNYA.



Selebriti Azwan Ali yang sudah semakin dipinggirkan terkenal dengan nama Diva AA dalam laman sosial naik angin dengan sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menawarkan layanan buruk tetapi mengenakan caj tinggi.

Ketidakpuasan itu dikongsi Azwan dalam laman Instragramnya.

“Kerana tangan inilah Gleneagles kow kow dihamun ! But this lovely Plastering bandage done by Ampang Puteri!

Sakit apa?

Sindrom meraba yg kronik !” katanya dalam muat terbarunya.

Sebelum status itu, adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali itu dipercayai meluahkan secara panjang lebar mengenai pengalamannya di hospital itu yang menyebabkan dia menunggu lebih 30 minit di bilik ’emergency’ selain terpaksa menahan jeritan kanak-kanak yang tidak dikawal oleh pengawal hospital tersebut.

Dia juga menyampaikan kemarahan dipercayai terhadap jururawat yang menyuntiknya selain dua doktor yang merawatnya.

Tidak ketinggalan, tentang bil yang dikenakan, Azwan menulis, “Cekik darah the sucking bills? U gone! This to Gleaneagles Intan KL the gampangsss Services!”

Dalam status Instagramnya itu juga Azwan memuji tahap perkhidmatan Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

RUPA-RUPANYA CHARLES SURESH MORAIS PERNAH DITUDUH DI AMERIKA SYARIKAT ATAS KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DAN JUGA PERNAH DI ISYTIHAR MUFLIS.



Sehingga petang semalam, mungkin hanya mereka di kalangan perniagaan yang mengenali Charles Suresh Morais, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.

Tetapi selepas beliau mendedahkan akuan sumpah berkanun (SD) berhubung kematian abangnya, nama tokoh perniagaan yang berkecimpung dalam industri perhotelan itu menjadi sebutan.

Charles mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang dikatakan sedang mengendalikan kertas pertuduhan ke atas perdana menteri dan isterinya.

Tokoh perniagaan yang berpangkalan di Altanta itu juga mendakwa memiliki sebuah pen drive berhubung kes yang dikendalikan abangnya.

Charles mendakwa pen drive itu kini selamat dengan seseorang di Amerika Syarikat, yang telah diberi arahan untuk mendedahkan kandungan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya.

Tinjauan Malaysiakini mendedahkan bahawa Charles adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kronos Hotels and Resorts. Beliau mula membeli hotel-hotel di Amerika Syarikat sejak 1999.

Pada tahun 2007, Bernama melaporkan bahawa rangkaian hotel Charles yang berpangkalan di Atlanta pada Jun 2006, membeli portfolio 16 hotel dengan 3,100 bilik.

Rangkaian itu memiliki 26 hotel di bawah jenamanya dan pada tahun yang sama mengumumkan rancangan untuk mengambil alih 12 lagi hotel di luar Amerika Syarikat termasuk dua hotel di Malaysia.

Antara hotel di bawah rangkaian Kronos termasuk Crowne Plaza, Holiday Inn, Wyndham Hotels and Resorts and Choice Hotels International.

Perintah ekstradisi

Walau bagaimanapun, ia dilanda masalah kewangan pada tahun 2008.

Satu laporan oleh akhbar St Louis Post pada tahun 2008 menyatakan Morais ditangkap oleh polis pada bulan Ogos dan menghadapi perintah ekstradisi ke Arkansas kerana penipuan berhubung ‘cek tendang’.

Sebulan kemudian, perbicaraan ekstradisi diadakan dan menurut pejabat sheriff, beliau berjaya menyelesaikan dakwaan itu dengan pejabat peguam negara Pope County.

Di seluruh Amerika Syarikat, beberapa hotel Kronos menghadapi pelbagai tuduhan daripada kerajaan tempatan kerana tidak membayar cukai bilik tidur dan berhubung cek gaji pekerja yang ‘tendang’.

Tiga tahun kemudian, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Charles telah kehilangan 11 hartanahnya kerana kegagalan membuat pembayaran.

Pejabat Peguam Negara Pennsylvania juga memfailkan tuduhan jenayah terhadapnya dan pemilik bersama Sunil Mir dengan masing-masing menghadapi 26 pertuduhan yang dikaitkan dengan dakwaan gagal melunaskan bayaran cukai jualan bernilai AS$310,849 dan cukai pegangan sebanyak AS$37,020.

WSJ juga melaporkan bahawa kedua-duanya hampir kehilangan JFK Plaza Hotel yang dianggap sebagai permata dalam rangkaian empayar hotel mereka.

Malaysiakini telah menghubungi Morais dan sedang menunggu jawapan beliau berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya mendakwa bahawa masalah kewangan dan tindakan undang-undang terhadapnya telah lalu.

"Kebankrapan adalah pada 2008 selepas krisis kewangan (subprime mortgage) seperti yang dihadapi setiap ahli perniagaan lain. Tetapi dia (berjaya) bangkit semula. Dia kembali ke dunia perniagaan dan sedang melakukannya dengan baik.

"Buat masa ini, dia sedang berunding bagi pembelian enam buah hotel di Malaysia,” katanya.

Menurut semakan dengan Public Access to Court Electronic Records (Pacer) di Amerika Syarikat, kes-kes yang disebut dalam laporan sebelum ini juga tidak lagi aktif... MSIAKINI

Thursday, 26 November 2015

SELEPAS KETUA WANITANYA KENA PECAT KINI UMNO BAHAGIAN GOPENG MAU MAHATHIR DAN MUHYIDDIN JUGA DIPECAT DARI UMNO


UMNO Bahagian Gopeng mengesyorkan supaya Majlis Tertinggi (MT) parti itu memecat bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cadangan itu muncul semula selepas Ketua Wanita UMNO Bahagian, yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dipecat.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kasim berkata, pihaknya telah mengesyorkan perkara itu empat bulan lalu supaya tindakan diambil ke atas kedua-dua tokoh berkenaan kerana telah melanggar perlembagaan dan etika parti.

“Itu keputusan mesyuarat UMNO Bahagian Gopeng yang kita dah buat empat bulan sudah. Bukan keputusan pada malam ini.

“Semua ahli UMNO mesti patuh pada perlembagaan dan etika parti. Sekiranya langgar, perkara sebegini kita cadangkan kepada MT,”katanya yang dipetik daripada portal Perak Today.

Menurut Hamzah, walaupun perbezaan pendapat bukan sesuatu yang luar biasa, namun mereka sepatutnya bertindak mengikut peraturan parti dan menggunakan saluran yang betul apabila menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

BEKAS PENGARAH URUSAN TEKUN DITUDUH DIMAHKAMAH ATAS DUA PERTUDUHAN MENERIMA RASUAH LULUSKAN PINJAMAN PERINTIS TEKUN



Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan hari ini berhadapan dengan dua pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis kepada syarikat yang pemilik dan rakan kongsinya ada hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur pagi ini dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2014.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini susulan maklumat yang diterima sejak pertengahan tahun lepas.

Abdul Rahim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Kes bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim manakala Abdul Rahim diwakili peguam Hasnal Rezua Merican.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Rahim, sebagai pegawai badan awam iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, dituduh telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu meluluskan permohonan pinjaman program perintis berjumlah RM100,000 kepada syarikat Dynamind Enterprise.

Abdul Rahim mempunyai kepentingan dengan Khairul Fadly Mahammad, pemilik syarikat Dynamind Enterprise, di mana beliau merupakan menantu tertuduh.

Mengikut pertuduhan kedua, Abdul Rahim dituduh meluluskan permohonan pinjaman program perintis RM100,000, juga kepada Dynamind Enterprise dengan mengetahui bahawa anak saudaranya, Khairiyah Khalid merupakan rakan kongsi dalam syarikat itu.

Tertuduh dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau minimum RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan Abdul Rahim diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 16 Disember depan.

AMK BAKAL BERGOLAK ... NIK NAZMI BERDEPAN UNDI TIDAK PERCAYA SEBAGAI KETUA AMK NASIONAL???????



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional Nik Nazmi Nik Ahmad mungkin berhadapan cabaran terhadap kepimpinannya melalui usul undi tidak percaya dalam Kongres PKR peringkat nasional pada hujung minggu ini.

Menurut sumber, salah satu cabang AMK di Kedah telah memfailkan borang bagi membawa perkara tersebut untuk dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Usul.

"Belum tentu lagi sama ada akan dimasukkan," jawab sumber tersebut ringkas apabila ditanya kemungkinan usul tersebut dibawa ke peringkat kongres.

Dinyatakan dalam borang usul tersebut bahawa Nik Nazmi yang telah dipilih dilihat tidak berkemampuan untuk menerajui AMK pusat.

"Manifesto yang dibawa beliau sewaktu pemilihan lepas langsung tidak dilihat pelaksanaannya.

"Oleh itu, saya mengusulkan lebih baik saudara Ketua AMK Malaysia berundur secara terhormat andai tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai Ketua AMK Malaysia," kata pencadang usul Mohamad Ashraf Jamil.

Usul tersebut disokong Tan Saw Keong.

Berdasarkan borang usul yang diperolehi Astro AWANI, usul tersebut dipercayai difailkan melalui Cabang Baling.

Nik Nazmi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia telah memenangi jawatan Ketua AMK Pusat pada Ogos 2014.

Bekas Timbalan Speaker DUN Selangor tersebut menewaskan pencabar terdekatnya ketika itu iaitu, ADUN Batu Caves yang juga Exco Kerajaan Selangor Amirudin Shari.

Kini, beliau adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor bagi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

ISU SAARI SUNGIB AKAN BERTANDING DI PARLIMEN GOMBAK PRU KE-14 NANTI ... SIAPA YANG BERCAKAP BOHON???? ... SAARI SUNGIB ATAU WAN RAHIM ABDULLAH??????



YB Hj Shaari Sungip, Timb Pengurusi AMANAH S'ngor telah mengisytiharkan Calon AMANAH Parlimen Gombak dlm ceramahnya smlm.... Wan Rahim 23hb November 2015

Dengar jelas Wan Rahim memuat naik status ini dilaman sosial Facebook akaun miliknya siap muat naik gambar sekali beliau sedang berucap depan Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR Pusat serta beberapa pimpinan PKR dan PAN dalam Dewan Orang Ramai AU2, Taman Keramat, Selangor.

Tetiba Saari Sungib pula menafikannya .. jadi persoalan disini .. siapa yang berbohong????


Terdapat salah faham berikutan laporan berita kelmarin yang kecoh mengatakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Saari Sungib akan mencabar ahli Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini disandang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, lapor akhbar Sinar Harian.

Saari berkata, ia disalahertikan sambil menjelaskan maksud sebenar beliau ialah mengalu-alukan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli bertanding di kerusi sekitar kawasan kendaliannya, dan bukannya merampas kerusi Parlimen Gombak seperti dilaporkan.

“Dr Hatta sekarang ini ahli Parlimen Kuala Krai tetapi sekarang sudah ada jawatan baharu iaitu selaku ketua Amanah Wilayah Persekutuan. Jadi saya cadangkan beliau bertanding dekat-dekat sini, lagipun kediamannya di Hulu Klang.

“Saya tak sebut pun akan cabar kerusi Parlimen Gombak. Maksud saya suruh Hatta cuba tanding kerusi Parlimen Titiwangsa, tapi orang salah faham kata Gombak,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar juga memaklumkan perkara sama iaitu Saari menafikan dakwaan berkenaan kerana konsensus Pakatan Harapan memutuskan satu lawan satu.

Saari yang juga Adun Hulu Klang itu menjelaskan Amanah hanya akan bertanding di kerusi milik PAS bukannya PKR.

Wednesday, 25 November 2015

SUASANA PEGAWAI KEMENTERIAN KESIHATAN SEREMBAN MELAKUKAN SERBUAN KEATAS RESTORAN AZHAR MAJU DATARAN SENAWANG, SEREMBAN YANG DIRAKAM TIKUS SEDANG JAMAH NASI LEBIHAN DIPINGGAN CEDUK NASI.


Rentetan kes di sebuah restoran mamak Azhar Maju di Dataran Senawang, Seremban yang menjadi viral apabila didapati seekor tikus di tempat periuk nasi mereka sedang menjamah nasi lebihan pinggan yang digunakan untuk menceduk nasi, pihak KKM telah bertindak pantas turun padang untuk membuat siasatan.

Perintah tutup premis telah dikeluarkan selama dua minggu bermula hari ini.

RESTORAN MAMAK DIRAKAM TIKUS JAMAH NASI LEBIHAN DARI PINGGAN MENCEDUK NASI DISERBU .. DIKOMPAUN RM1,000 DAN DIARAHKAN TUTUP SELAMA 14 HARI.




SEREMBAN: Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menyerbu sebuah restoran mamak di Senawang di sini, malam tadi berikutan penyebaran gambar tikus berkeliaran di tempat penyediaan makanan yang didakwa di dalam premis itu.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata sekumpulan pegawainya melakukan pemeriksaan mengejut di premis terbabit selepas menerima aduan orang ramai apabila gambar berkenaan menjadi viral di media sosial.

"Pemeriksaan mendapati tempat penyimpanan stok makanan, dapur basah, tempat memasak, kawasan sekitar premis serta pekerja berada dalam keadaan tidak bersih dan dikelaskan dalam gred D.

"MPS mengenakan kompaun RM 1,000 terhadap pemilik premis bagi kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Tempat Penyediaan Makanan dan Akta Kerajaan Tempatan iaitu halangan kerusi dan meja di tempat awam," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, MPS turut mengeluarkan notis pembersihan premis yang membolehkan pihak berkuasa tempatan itu menutup restoran berkenaan jika arahan itu tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari.

Difahamkan, Jabatan Kesihatan negeri turut melakukan pemeriksaan di premis berkenaan pagi tadi dan mengeluarkan arahan premis itu ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

ADUN DAP SOKONG USUL BN LETAK JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA PENGANJUR DAP PULAU PINANG.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai Setiausaha Penganjur DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin lalu.

Dalam kenyataannya, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berkata tindakan itu dibuat Yee Cheu susulan sokongannya terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambakan laut pada Sidang DUN Jumaat lepas.

Dia bersama 10 wakil rakyat BN telah bertindak menyokong usul ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad supaya kerajaan negeri memaklumkan kepada umum sebelum sebarang projek tambak laut di negeri ini diluluskan.

Yee Cheu kemudian memohon maaf di atas tindakannya dan menjelaskan sokongan yang dibuat bersama pembangkang di negeri itu bukannya isu.

Usul berkenaan dianggap memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri kerana selain Yee Cheu yang menyokong, lima ADUN PKR turut memilih untuk berkecuali.

USUL UNTUK RUJUK NURUL IZZAH KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN AKAN DI BENTANG



Usul untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dinyatakan dalam kertas aturan dewan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Usul itu dibawa atas dakwaan Nurul Izzah telah melanggar sumpah sebagai ahli Parlimen dan gagal untuk mempertahankan negara dan Perlembagaan.

Usul tersebut akan dibawa oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Kiram Hasan, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini.

“Bahawa sebagaimana yang telah dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Puteri Jacel Kiram pada 9 November 2015, yang berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Puteri Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram III.

“Bahawa pertemuan yang berhormat Lembah Pantai dan Puteri Jacel Kiram tersebut menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang telah mencabar kedaulatan negara.

“Bahawa pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai bersama dengan anak kepada pencerobohan negara telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia yang telah berikrar untuk menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

“Dan bahawa tindakan yang berhormat Lembah Pantai tersebut merupakan suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat,” tulis usul tersebut.

Nurul Izzah bagaimanapun telah meminta maaf dan menyifatkan pertemuan beliau dan Puteri Jacel Kiram atas jemputan sewaktu lawatan ke Filipina.

Jamalul Kiram III, adalah individu di sebalik pencerohan Lahad Datu pada 12 Februari 2013 lalu yang berhasrat untuk merampas wilayah di Pantai Timur Sabah.

Pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan beberapa anggota keselamatan Malaysia maut.

KAK WAN PERTAHANKAN ANAKNYA NURUL IZZAH BERTEMU DENGAN PUTERI SULTAN SULU




Selepas naib presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikecam hebat oleh beberapa pihak, terutamanya dari Barisan Nasional (BN) dan warga maya berikutan pertemuannya dengan anak ketua penceroboh Sulu Jacel Kiram, ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil mempertahankan tindakan anaknya itu, lapor akhbar Sinar Harian.

Presiden PKR itu berkata pertemuan yang melibatkan anaknya itu diatur wakil pemimpin Filipina.

“Ia sesuatu yang dipanggil hos, bukan (Nurul) Izzah yang panggil (berjumpa),” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah memberitahu naib presiden parti Chua Tian Chang akan mengambil tindakan mahkamah susulan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang beliau (Tian Chua) bertanggungjawab mengatur pertemuan itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mencetuskan kontroversi selepas Jacel memuat naik gambar mereka bersama dalam Facebook yang menunjukkan kedua-dua wanita berslfie dan memegang poster menuntut pembebasan bapa Nurul Izzah, iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jacel, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III, adalah antara dalang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

APAKAH GUAN ENG BAKAL MUNCUL MENJADI MAHATHIR??????



Presiden Joseph Stalin boleh dikatakan diktator yang paling kuat dan berkuasa di abad ke-20. Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau sama ada akan diseksa atau dibunuh. Hanya keputusan dan pendapatnya perlu dipatuhi dan di ikuti. Beliau lakukan sedemikian rupa demi penguasaan secara total dan mutlak.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan kepada kita coretan kepimpinan diktator. Apabila ADUN BN Pulau Betong membentangkan usul terhadap penambakan tanah di Dewan Undangan Negeri, pertengkaran berlaku antara beliau dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Semasa perbahasan, Lim dengan sombong lagi angkuh memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan, jikalau sesiapa kalangan mereka mengundi menyokong usul BN itu , mereka perlu membayar harga yang cukup mahal. Telatah dan gelagatnya itu cukup terganggu apabila menyaksikan dengan kuasa yang agak terhad tetapi memiliki ego dan kesombongan yang melampaui batas dan terlalu tinggi. Sehingga rakyat kini sudah mula bertanya kepada diri mereka betapa tidak boleh bayangkan tindak tanduk Guan Eng jika mendapat kuasa memerintah Putrajaya.

Mendiang Karpal Singh pernah berkata bahawa walaupun tidak ada kawanatau musuh yang kekal, tetapi prinsip mesti kekal. Berpegang dengan kata-kata ini didalam fikirannya, seorang ahli ADUN DAP mengundi menentang pendirian Guan Eng. Tindakan ini tidak diterima baik oleh Guan Eng.

ADUN BN mendesak agar suatu pendengaran awam dipanggil untuk mendapatkan maklum balas, pandangan, dan cadangan sebelum memulakan apa-apa projek penambakan. Adakah itu terlalu besar, payah dan banyak untuk meminta dan merayu?

Lim Guan telah menjadikanianya suatu modal bahan politik dengan mengatakan usul tersebut adalah suatu pertembungan dan pertandingan antara DAP lawan BN, sedangkan hakikatnya ianya tidak sebegitu. Tidakkah sepatutnya kepentingan awam mengatasi segala-segalanya???

Atau prinsip dan peraturan itu hanya terpakai di negeri-negeri yang diperintah UMNO/BN sahaja??? .... maka Pakatan Harapan boleh membuat bising hiruk pikuk di media? Ini mungkin menjelaskan mengapa rayuan rakyat Selangor tidak dipedulikan dengan rancangan pembangunan lebuh raya baru oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Nampaknya 'rakyat diketepikan.

Pernah berlaku kemarahan awam yang besar berlaku apabila ada pelan pembangunan yang membabitkan Vivekananda Ashram dibangkitkan, malahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut menyatakan kebimbangannya jika pelan dan hasrat diteruskan juga.

Kerajaan persekutuan mendengar rintihan dan kegelisahan rakyat, termasuk suara bantahan ahli-ahli pembangkang, dan akhirnya membuat keputusan ashram itu diwartakan sebagai tapak warisan.

Kerajaan kini nampaknya mendapatkan pandangan daripada orang ramai sebelum membuat keputusan besar. Omak melihat Perdana Menteri terlebih dahulu meminta pendapat dan pandangan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat berkaitan dengan Bajet 2016. Walaupun para pahlawan keyboard Malaysia mengkritik bajet berkenaan, namun firma-firma antarabangsa memuji inisiatif yang terdapat dalam bajet 2016.

Ianya sudah menjadi pengetahuan umum betapa kalangan rakyat Singapura sering memberikan pandangan sinis terhadap perangai sebahagian besar rakyat kita dengan berkata "Anda rakyat Malaysia tidak dapat menguruskan kewangan anda sendiri dengan baik, tetapi akan menyerang media sosial secara ganas untuk menasihati kerajaan bagaimana untuk menguruskan kewangan negara ini".

Sesetengah orang sebenarnya mempertahankan Lim dengan berkata kerana dia adalah seorang pemimpin yang baik, dia perlu menyuruh ahli-ahli untuk mengikuti perintahnya. Nah, Mahathir melakukan itu selama 22 tahun dan hari ini kita yang menanggung hasil buah-buah pokok yang ditanam dan disemainya.

Seorang pemimpin yang baik tidak mengancam dengan ugutan dan kata-kata gertak kepada para pengikutnya untuk taat setia kepada setiap perintah-nya. Beliau tidak memaksa rakyat untuk hormat kepada dirinya kerana hormar itu perlu datang dan terbit dari keikhlasan bukan paksaan.

Pemimpin yang baik menggalakkan perbincangan dan luahan pemikiran tanpa sekatan. Beliau menganalisis, mengkritik, dan membuat keputusan bersama-sama dengan rakyat untuk rakyat.

Apa yang kita lihat pada Lim Guan Eng hari ini adalah sebiji seketul apa yang kita lihat dalam Mahathir 22 tahun yang lalu.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...