Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa untuk mengangkat sumpah talak isteri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan Husam untuk meneruskan niat mengangkat sumpah talak bagi membuktikan dakwaannya berasas.
“Biar dia sumpah talak…kalau apa yang dia kata betul dan kami berbohong, sila sumpah.
“Dia tiada (dalam mesyuarat), dia di Kelantan, dia tak tahu apa-apa,” katanya di dalam sidang media di program ‘Jelas bersama Presiden’ anjuran Muslimat Pas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.
Jelas Hadi lagi, dakwaan yang dikeluarkan Husam adalah tidak berasas memandangkan pihak Pas tidak pernah membincangkan untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor bersama Barisan Nasional (BN).
Namun, perkara berkenaan pernah berbangkit pada era 70-an lalu yang mana ianya melibatkan gabungan semua parti yang ada di Malaysia sambil menjelaskan berkenaan rundingan yang pernah berlangsung pada 2008 lalu.
“Dakwaan Husam itu ketinggalan zaman, itu krisis pada tahun 70-an dulu.
“Kalau pada tahun 2008, yang mana ianya gabungan melibatkan semua parti, bukan BN sahaja… Tapi tak jadi sebab ada parti yang tidak setuju.
“Hal ini sudah diputar belit,” jelas Hadi.
Sebelum ini, di dalam sesi dialog program tersebut, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan siasatan ke atas Husam adalah berkuatkuasa kepada Jawatankuasa Displin parti.
Menurutnya, pihak Pas Pusat hanya akan menunggu laporan penuh dari Pas negeri berkenaan sebelum memutuskan tindakan yang wajar untuk dikenakan kepada ADUN Salor itu.
“Tunggu laporan Pas Kelantan dan satu tindakan akan diambil, sama ada pecat, gantung lucut tugas, (Pas akan) beri nasihat kalau tidak ikut, itu terpulang.
“Kita ada Jawatankuasa Displin, terpulang kepada Pas Kelantan. Sebarang tindakan mestilah ada kepada laporan Pas Pusat,” katanya lagi.
Semalam, Husam menegaskan beliau sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar.
Menurut Husam, usaha itu bermula selepas Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 apabila Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Hadi nasihat dulu sahabat kau..dari umno yang dah rembat duit anak yatim. Sahabat selamanya. Jangan alihkan cerita. Bab bersahabat dan jadi penasihat umno belum habis lagi.
ReplyDeleteTghh kata nak jd penasihat lepas umno tukar dasarnya dr sekular kpd islam termasuk terima hukum hudud.tak habis habis tabur fitnah.dasar penjilat dap pemutar belit cerita nanti kepala kau berputar n kau akan terbelit tipu daya sendiri.bila nak mintak maaf nasib baik nyamuk je tak de sapa nak kisah sgt.ambil rikset sembur habih mapuh semua.
DeleteAda ke Bai ayat tu...kelakarlah bai? Mu nak sedarkan musuh ke atau nak tunggu musuh tersedar? Ayat u-turn x main lah bai. Pening Ostad asyik u-turn je.
Delete20:28 apa kena mengena bab ni dgn jamil khir.tu la org kata bodoh marah.orn bincang bab lain,dia komen lain.bengong.
Deletebukan penasihat la bhai tapi punai sehat, binipun ramai apa...
DeleteYang kau subuk kenapa? Biarlah Pas nak bergabung dgn Umno. Demi kebaikan orang Melayu. Faham tak!
ReplyDeleteOrang melayu bawahan ni memang baik.
DeleteYang diatas tu yang penyamun.
Lahanat punya umno..
TGNA pernah sebut perjuangan berdasarkan ISLAM bukan BANGSA....MELAYU APA MELAYU? Kata nak bawak ISLAM puii
DeleteP pinang shj kah yg beri lesen, negeri negeri lain tak jual arakkah. Pening punya hadi, terengganu dah hilang, kedah dah hilang, kelantan pun mau hilangkah. Jaga pas dulu, duit yik bagi balik.
ReplyDeleteBila husang bebulu ayang nak sumpah nih...haku nak tengok gak...
ReplyDeleteDua2 mesti sumpah, husang dan tuang jepong!
DeletePulak dah!! Husam kata dia sanggup bersumpah..sumpah jer la..naper koner baring suruh TGHH sumpah gak...pening2 puak PAN ni
Deleteaku bukan PAN aku rakyat biasa tapi dok perati politik mesia ni...kalau ada tuduh menuduh mana boleh sebelah pihak saja yg bersumpah kena laa dua2 bersumpah baru kena ni suruh org sumpah sebelah saja hehehe berat66 kata UAI
DeleteTengok muka 2 makhluk kat atas tuh yang mana hampa lebih percaya? kita cabar hadi dengan husam sumpah talak bini masing2 (hadi talak bini-bini) kalau sapa pembohong, tengok sapa yang berani. Dua2 mesti sumpah...jangan u-turn macam yang lepas-lepas dah la...Aku jamin aci kerat gigi omak hadi tak akan berani, setakat menyalak kat babi dap dalam bukit boleh le!
ReplyDeleteBekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu
ReplyDeletekopi pes barang tu ler...boring sungguh geng walaun x dok mmodal
DeleteHa apa lagi husam...bola sudah kat kaki anda...bersumpahlah talak isteri tu kalu berani..ops silap Husam ni geng PAN mana takut sumpah..baiah pun langgar semacam jer
ReplyDeleteHadi tuang tu kena sumpah baiah juga,hi hi bini byk pulok
ReplyDeleteSiapa Husam kalau nak bandingkan dgn TGHj Hadi.Ibarat langit dan bumi.Lepas ni pecat shj Husam Musa.Nanti dlm Pru 14 ajak dia bertanding dlm Dun Kelantan dan Parlimen Kota Baru.umno tak yah masuk lawan.kita nak tengok berapa banyak undi yg Husam dapat.
ReplyDeletePAN Bodo
ReplyDelete