KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 20 November 2015

YAPEIM ANJUR PROGRAM AGAMA DI AUSTRALIA NAIKI PENERBANGAN TIKET "BUSINESS CLASS" KATA AKMAL NASIR



Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) menggunakan dananya untuk menganjurkan satu program agama di Australia, menaiki penerbangan dengan tiket "business class" ke Sydney.

Dalam pendedahan terkini kumpulan pemberi maklumat itu, Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, agensi itu bersama cabang penyelidikannya Ar-Rahnu dan Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin), membelanjakan sejumlah RM218,505 untuk program 9 hari itu yang berlangsung pada April 2014.

Program itu diadakan untuk kira-kira 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

"Apa perlunya buat rombongan 'business class' dan siapa mereka yang pergi ikut rombongan ini?" soal Akmal, merujuk kepada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney itu, yang menelan belanja RM70,000.

Akmal membuat dakwaan terkini beliau itu berdasarkan satu dokumen yang baru diperoleh daripada "sumber", yang memperincikan kos program itu pada peringkat kelulusan.

Pendedahan hari ini susulan pengumuman pihaknya minggu lepas mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis.

Akmal juga sebelum ini mendakwa, Yapeim turut membiayai rombongan yang termasuk seorang menteri dan isterinya ke Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas.

Beliau berkata, dana itu digunakan untuk aktiviti yang termasuk bermain golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah barangan berjenama di Washington.

Akmal membuat laporan polis berhubung dakwaan salah guna dana Yapeim dan menggesa menteri yang bertanggungjawab serta yayasan itu disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut membuat laporan polis, mengatakan Akmal merosakkan kredibiliti beliau dengan membuat tuduhan palsu.

Semalam Jamil memfailkan saman fitnah terhadap Akmal atas dakwaan tersebut.

Akmal hari ini berkata, program di Australia itu, bertajuk "Menggalakkan Nilai-Nilai Islam dalam Kepelbagaian Budaya dan Agama: Masa Depan & Cabaran", diadakan di Dewan Malaysia di Sydney, dan termasuk lawatan ke Melbourne dan Adelaide.

"Yapeim adalah yayasan yang berasaskan kebajikan, bukan sebuah entiti perniagaan bertujuan mengaut keuntungan," kata Akmal.

Beliau berkata, rakyat yang membuat caruman kepada Yapeim berhak mengetahui bagaimana yayasan itu membelanjakan wang mereka.

Beliau juga berkata, beliau sedang menunggu saman yang hendak disampaikan Jamil kepadanya sebelum melantik peguam.

"Bagi saya, kes (saman) itu perkara kedua. Keutamaannya ialah mendapatkan satu penjelasan demi kepentingan pencarum Yapeim," katanya.

10 comments:

  1. Terkilan mengetahui pengurusan yapeim satu demi satu. Bayaran utk pengarah pengarah begitu tinggi, tak termasuk lagi lawatan sambil belajar. Yapeim dah kaya, bolehlah belanja besar. Harap hentikan kutipan derma dari rakyat. Pegawai kerajaan pendapatan rendah pun bayar potong gaji. Cukuplah dgn bayar gst utk sama sama tanggung belanja keperluan negara dan gaji pegawai kerajaan. Derma terus pada rumah anak yatim berdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah...omakpun dah jutawan sejak tukar kiblat, top up le sikit kat ypeim...x kan mkn sorang kut....

      Delete
    2. Belanja program utk 1 org peserta ialah rm4147. Baik buat kat mesia

      Delete
  2. Soalan: Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 1 : (Diam)

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 2 : Sila minta maaf dalam masa 24 jam. Jika tidak, tindakan saman akan dikemukakan.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 3 : NOW akan disaman pada Khamis jika tidak menarik balik dakwaan.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 4 : Sila minta maaf atau disaman RM10 juta.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 5 : Ini semua fitnah.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 6 : Cina pajak gadai cemburu dengan kejayaan Ar Rahnu.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 7 : Ar Rahnu telah menjana pendapatan sebanyak RM83 juta.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 8 : Ini semua Agenda DAP.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 9 : Ini semua permainan politik jahat.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 10 : NOW diperalatkan untuk menyerang institusi agama.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 11 : Tali barut DAP rangka orkestra serangan ke atas Institusi Islam.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 12 : Apa salahnya YaPEIM menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar pelajar luar negara?

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 13 : Kami ke sana menghadiri program yang telah diluluskan oleh YaPIEM sendiri

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 14 : Penganjuran program untuk memerangi gejala LGBT.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 15 : Sumbangan YaPEIM terhadap umat Islam di Malaysia dicemburui musuh Islam.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 16 : YaPEIM telah menjana pendapatan tahunan sebanyak RM1.034 bilion melalui perniagaan anak syarikatnya.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 17 : YaPEIM boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 18 : Dokumen NOW betul tetapi tidak lengkap sepenuhnya.

    Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 19 : YaPEIM akan mengenalpasti pihak yang memberi dokumen pada NOW.

    Soalan seterusnya dan seterusnya : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
    Jawapan 20 dan seterusnya : Tunggu jawapan lain esok, lusa dan hari-hari seterusnya juga.

    Kihkihkih.....

    ReplyDelete
  3. KENYATAAN MEDIA JINGGA 13 MALAYSIA
    19 November 2015

    LAPORAN SPRM BENARKAH WANG YAYASAN PEMBANGUNAAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) SEBANYAK RM 223,000 DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO KETIKA PRK PARLIMEN ROMPIN?

    Jingga 13 Malaysia hari ini tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) agar satu siasatan dibuat secara menyeluruh terhadap penggunaan wang Yayasan Pembangun Ekonomi Islam Malaysia ( YaPIEM ) sejumlah RM 223,000 yang digunakan oleh pemimpin Wanita UMNO ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin berdasarkan dokumen Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 , Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberi dana berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin , Pahang .

    Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah. YaPEIM merupakan institusi khas di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Pendapatan YaPEIM dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi Islam dan Ar-Rahnu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM dimana dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015.

    Beradasarkan siasatan yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia mendapati Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian (1986-Kini).Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undang Negeri bagi penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999. Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 1993 sehingga kini.

    WANG YAPEIM RM 223,000 DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?

    Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin, Pahang. Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai .

    ReplyDelete
  4. Semua serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung. Beberapa persoalan telah menimbulkan tandatanya dan Jingga13 Malaysia memohon agar pihak SPRM melalukan satu siasatan yang menyeluruh :

    1. Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma orang ramai termasuk melalui skim potong gaji bulanan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?

    2. Benarkah Minit Mesyuarat Lembaga Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 adalah benar di mana Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 ?

    3. Kenapa pembayaran dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama berdasarkan Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk tunai ?

    4. Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

    5. Jika YA (soalan 4), apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan ini?

    6. Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000? Justeru Jingga 13 Malaysia memohon agar pihak SPRM mengambil satu timdakan secara professional dan telus terhadap laporan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap skandal YaPEIM tersebut .

    Muafakat * Prihatin * Berani

    FARIZ MUSA Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan mudah je buat cerita lepas baca penyelewangan gereja di siangopore buat betul tak, suadara FARIZ MUSA kalau betul tunjuk bukti suadara FARIZ MUS, ada kalau tiru cerita di Singapore itu kemudian reka cerita yapeim menyelewang baik tak payah sila tunjuk bukti di mahkamah adakah suadara berani, berani kerana benar.

      Delete
  5. Tahniah fariz, berhati hati, mesti kena saman ampaknya. Semua penderma kena bersatu dan buat aduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nak adu kat sape? jpam? bomba? mergastua? pigi dah. ini negara umno yg punya...setakat anon mcm aoa jau boleh busmat? omak yg mancungpun dah sokong kitarang tau...tuang punaisehatpun dah kowtim sama kita maa...

      Delete
    2. Tunjuk bukti di makahmah ,yapeim ITU menyelewang, berani kerana benar.
      Cakap banyak pun tak guna

      Delete