Wednesday, 18 November 2015

PEMANDU-PEMANDU TEKSI LEMBAH KELANG BERARAK KE PARLIMEN SERAH MEMORANDUM DAN DESAK SYED HAMID ALBAR LETAK JAWATAN.



Pemandu Teksi Lembah Kelang hari ini berkumpul di Padang Merbok bagi membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi 'Uberteksi' dan 'Grabcar'.

Mereka mendakwa perkhidmatan aplikasi itu menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Kira-kira 250 pemandu berkumpul di situ sejak jam 10 pagi.

Mereka melaungkan 'Hidup teksi' serta membawa plakad 'Say no to Uber' dan 'Mr PM help us'.

Ada di antara mereka yang membunyikan hon kenderaan dan meniup vuvuzela.

Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Kamarudin Mohd Hussain berkata perhimpunan ini bertujuan memartabatkan kebajikan mereka setelah mendakwa SPAD gagal berbuat demikian.

“Perhimpunan aman warga pemandu teksi bertujuan memartabatkan kebajikan kami ini setelah SPAD gagal menyahut seruan kerajaan spaya merangka langkah-langkah tertentu demi menjamin ekonomi pemandu teksi.

“Tan Sri Hamid Albar sering memberi alasan di luar bidang kuasa mereka membanteras kereta sapu dan Uber yang menjejaskan teruk pendapatan pemandu teksi.,” katanya.

Menurut Kamarudin, perhimpunan hari ini juga adalah untuk merayu simpati daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya prihatin terhadap masalah mereka.

“Kami hari ini berdiri (di) tengah panas, dan mungkin sebentar lagi hujan bukan untuk menentang kerajaan atau memainkan isu politik dan perkauman.

“Hari ini kita hendak menzahirkan ketidakpuasan hati kita terhadap SPAD dan mengahari perhimpunan ini secara aman pada jam 5 petang,” katanya.

Pihak penganjur menyasarkan seramai 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan menyertai perhimpunan selama lima jam yang dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Kira-kira sejam kemudian, jumlah yang hadir semakin ramai dan dianggarkan melebihi 300 orang daripada 27 persatuan.

Kamarudin berkata pemandu teksi juga akan menghormati permintaan pihak polis supaya mereka tidak melakukan bantahan di KLCC, Dataran Merdeka, mahupun Bukit Bintang.

“Kita amat menghormati kepercayaan yang diberikan OCPD Dang Wangi. Oleh itu saya menyeru kepada pemandu teksi berhimpun di sini.

“Kita akan serahkan dua memorandum di parlimen,” katanya sebelum mengambil keputusan untuk berarak ke Parlimen bagi menghantar dua memorandum bantahan.

Para pemandu tiba di Jalan Parlimen kira-kira jam 11.35 pagi. Bagaimanapun polis menahan mereka 100 meter dari luar pagar parlimen dan meminta mereka menunggu sebentar.

Jumlah mereka semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang 500 pemandu teksi yang berbaris sepanjang Jalan Parlimen, sambil terus meniup vuvuzela dan mengangkat sepanduuk.
Sementara itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar dari parlimen kira-kira pada jam 12 tengah hari untuk menerima memorandum berkenaan.

Penyerahan berkenaan disambut dengan sorakan gamat pemandu teksi yang menyertai perarakan itu.

Turut bersama Dr Wan Azizah ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ,Ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad.

10 comments:

  1. Meluat tengok pegawai SPAD, rambut stail ultraman, spek hitam, berlagak macam samseng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok bubar aje spad. Menghabiskan duit kerajaan je.

      Delete
  2. Yg perihatin hanya PKR dan PAS, DAP tak peduli kerana rata2 pemandu teksi adalah kaum melayu dan India. Buktinya mana pemimpin DAP??????????? Mana pemimpin PAN Imayam

    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

    Islam tetap menjamin dan tidak akan menganggu amalan agama lain. Oleh itu, mengapa perlu risau Malaysia menjadi sebuah negara Islam model?

    ReplyDelete
  3. Kalau Peniaga kecil kaum India boleh dihina DAP, kirim salam DAP mahu tolong warga teksi

    PETALING JAYA 17 Okt - Peniaga kaum India yang sudah meniaga melebihi 15 tahun di Bazaar Hari Deepavali di Sg. Wai menolak pemimpin daripada DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ekoran pemimpin mengusir peniaga di sini.

    Bantahan tersebut disuarakan kerana Tony Pua menukar tapak bazaar yang baru iaitu di perkarangan Sungai Way Kuil Sri Sakthi Easwari.

    Setiausaha Parti Kadilan Rakyat PKR Kelana Jaya, S. Murali Subramaniam, berkata kawasan baru tersebut tidak sesuai untuk berniaga kerana kawasan tersebut mempunyai ramai warga asing yang bukan merupakan penganut hindu sekaligus boleh merugikan peniaga.

    "Peniaga-peniaga di sini tidak langsung diberikan sebarang notis dan berbincang untuk menukar tempat yang baru. Tiba-tiba mereka membawa sepanduk dengan mengatakan tempat tersebut telah ditukarkan di kawasan yang kebanyakannya warga Indonesia.

    "Alasan tersebut tidak boleh diterima pakai bagi kami kerana barangan yang akan dijual untuk orang India, bukan Indonesia,"katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.



    Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Kelana Jaya, Saminathan Kitchn berkata Tony Pua tidak perlu campur tangan urusan tersebut kerana Ahli Majlis Pembandaran Petaling Jaya sudah menghantar memorandum.

    Katanya, memorandum tersebut turut mendapat sokongan daripada 12 Datuk Bandar.

    "Tony Pua jangan cuba-cuba nak kuasai negeri Selangor. Kalau dia nak kuasa sila pergi ke Penang.

    "Lebih baik dia letak jawatan dan pergi Penang. DAP tidak boleh kuasai Selangor!

    "Tony Pua jangan main-main dengan kaum India. Ini tidak akan berakhir sehingga saya akan mendapat tempat berniaga di tempat lama,” tegasnya.





    Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, S. Manikavasagam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Tony Pua yang melebelkan Saminathan sebagai ‘Gangster’.

    Katanya, Tony Pua perlu menarik balik dalam kenyataannya sebelum ini dan menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya masuk campur tangan dalam hal tersebut.

    "Kalau hari ini beliau boleh melebelkan Saminathan sebagai gengster, besok dia juga boleh cakap saya juga gengster.

    "Esok lusa dia kata Azmin pula gengster. Jadi di sini saya tegaskan Tony Pua perlu tarik balik kenyataan itu.

    "Peniaga di sini bukan minta lesen urut, lesen karoke tetapi mereka minta lesen untuk meniaga selama tiga minggu,” katanya.

    Sebelum ini, Tony Pua mendakwa didatangi samseng semasa mengadakan lawatan ke tapak bazar Deepavali baru di Kuil Sri Sakthi Easwari bersama-sama dengan wakil rakyat negeri, Lau Weng San dan exco kerajaan negeri, V Ganabathirao.

    Beliau mendakwa Samy dan Murali merupakan individu samseng yang meyerang beliau dengan membantah penempatan semula bazar Deepavali dari tapak bazaar yang lama iaitu di Jalan SS9A / 13 SS9A / 12.

    "Samy ini dan geng beliau membantah ganas kerana pihak-pihak tertentu hilang periuk nasi mereka mengenakan sewa yang terlalu tinggi kepada peniaga-peniaga dengan memonopoli gerai-gerai di tapak lama," katanya memetik laporan facebook milinya.

    ReplyDelete
  4. Byk tugas bertindih antara SPAD, JPJ, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tiada usaha penyelarasan, contohnya kalau memandu tanpa lesen, berapa pihak boleh saman?

    ReplyDelete

  5. Saya hairan mengapa pemandu2 teksi meminta kerajaan mengharamkan Uberteksi dan Grabcar? Bukankah dg penharaman tersebut kerajaan terus menutup "periok nasi" operator Uberteksi & Grab car... Ini satu kezaliman .
    Sepatutnya pemandu2 teksi mencari jalan bagaimana untuk mengurang kos operasi dan menenakan kadar tambang yang kompetatif dg Uberteksi&grabcar.

    Gesaan untuk mengharam perniagaan org lain adalah cubaan ntuk memopolikan sesuatu perniagaan. Ini tak sepatutnya berlaku.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekar mustar pinang sebatang24 November 2015 at 17:43

      Bodoh kauuuu...orang makan nasi..ko makan kopi...orang minum teh...ko minum burger...bodohnyaaallaaa..diam lagi baik.

      Delete
  6. Kalau hairan.... Masuk FB teksi fahami dulu kenapa pemandu teksi tidak boleh beri kereta yang esok dan murah.

    Secara ringkas, segalanya berpunca dari SPAD yang membenarkan syarikat teksi menggenakan chas yang amat tinggi kepada pemandu teksi.

    Sebagai contoh, pemandu teksi terpaksa bayar RM1600 sebulan bagi kenderaan Proton BLM, wahal bayaran setinggi RM1600 sebulan, pemandu teksi mampu membayar Camry, BMW atau sebagainya.

    Bagi pihak yang nak cerita bab politik, saya nasihatkan kalian simpan kebodohan kalian. Kami warga teksi hanya menuntut pihak Wakil RAKYAT dari pihak Pembangkang dan Kerajaan membantu menyelesaikan masalah kami.

    Namun kami anak kecewa, kerana hanya Wakil Rakyat sebelah pembangkang sahaja yang prihatin dengan masalah kami, sedangkan wakil rakyat dari Kerajaan langsung tak timbul.

    ReplyDelete
  7. Kalau hairan.... Masuk FB teksi fahami dulu kenapa pemandu teksi tidak boleh beri kereta yang esok dan murah.

    Secara ringkas, segalanya berpunca dari SPAD yang membenarkan syarikat teksi menggenakan chas yang amat tinggi kepada pemandu teksi.

    Sebagai contoh, pemandu teksi terpaksa bayar RM1600 sebulan bagi kenderaan Proton BLM, wahal bayaran setinggi RM1600 sebulan, pemandu teksi mampu membayar Camry, BMW atau sebagainya.

    Bagi pihak yang nak cerita bab politik, saya nasihatkan kalian simpan kebodohan kalian. Kami warga teksi hanya menuntut pihak Wakil RAKYAT dari pihak Pembangkang dan Kerajaan membantu menyelesaikan masalah kami.

    Namun kami anak kecewa, kerana hanya Wakil Rakyat sebelah pembangkang sahaja yang prihatin dengan masalah kami, sedangkan wakil rakyat dari Kerajaan langsung tak timbul.

    ReplyDelete
  8. Nuuu..syarikat umno..mic..mca..kasi letup dulu..baru cerita hal teksi...apabendeeeeee....punca tau...buatnya toink...!!...kalau boleh..nak urus taik kat malaysia ni pun dorang nak kekah.....mana tau kenyang diorang ni...teksi ni pun bodoh..dah tau mahal..nakkkk jugaaaaaakkkk layan kroni kroni ni...apa nak buat..semua bonsai ...kapala dalam semua ada taik...wei..kroni....lu blahlah..teksi nak hiduplaaaaa....puik.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...