Tuesday, 17 November 2015

MENTERI JAGA AGAMA ISLAM AKUI BAHAWA WANG ANAK YATIM DAN MISKIN DIGUNAKAN UNTUK ANJUR KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG BELIAU RASMIKAN.



Tidak salah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) membiayai program kursus kahwin di luar negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kata Jamil, kursus tersebut memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di luar negara tanpa perlu ambil kursus yang serupa di Malaysia sekali lagi.

Malah kata Jamil, kursus tersebut mendapat sambutan daripada pelajar dan kadang kala terpaksa menolak permohonan yang terlalu ramai.

“Apa salahnya Yapeim menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara?

“Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwinan di luar atau pun di dalam negara?

“Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir yang mempersoalkan rasional kursus tersebut.

Kursus dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan kali pertama dan pernah diadakan dibeberapa tempat lain seperti di Amerika Syarikat, London dan Paris.

Jamil tidak menolak kemungkinan tindakan NOW itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana beliau turut berdialog dengan peserta mengenai isu-isu semasa.

“Saya perjelaskan isu-isu semasa negara, pengganas IS, hudud dan berkiatan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

“Pelajar-pelajar berpeluang bertanya apa juga kemusykilan berkaitan agama dan alam perkahwinan serta kekeluargaan,” katanya.

Tambah Jamil, pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga layak menerima bantuan daripada Yapeim termasuk kursus perkahwinan selain daripada bantuan perniagaan.

15 comments:

  1. DAPigs KERAT PERUNTUKAN KAWASAN PERKAMPUNGAN!!!

    ADUN daripada PKR Dr Norlela Ariffin mempersoalkan Bajet 2016 Rejim pimpinan DAPigs yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.

    Dr Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri pada 6 November lepas, sebanyak RM31.93 juta hanya diperuntukkan untuk produk pelancongan di bahagian pulau Negeri itu sahaja.

    Turut dipersoalkan sama ada Rejim Pakatan Harapan benar - benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di Negeri ini.
    "Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
    Katanya, Rejim DAPigs juga perlu mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan namun malangnya dalam Bajet 2016, ianya lansung tidak memberi peruntukan khususnya di kawasan kampung.
    "Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya.
    ADUN PKR itu juga berkata, kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

    Tambahnya lagi, Rejim DAPigs perlu memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.

    Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.

    Kesimpulan mudahnya, puak - puak DAPigs tu memang sengaja mengabaikan kawasan - kawasan Kampung yang majoritinya terdiri daripada kalangan orang - orang Melayu. Diorang nak orang Melayu ni merempat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR Pulau Pinang akan diserang PAN Imayam kerana memoersoalkan DAP.

      Itulah bukti yg nyata PAN Imayam adalah hamba abdi DAP

      Delete
    2. 10 Bukti DAP Anti Islam


      klxpress.com – Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan

      Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?

      Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.

      Reply

      Delete
    3. Oi gendut cerita sama berapa kali cut & paste? cukuplah sekali bangau

      Delete
  2. NOW SDN. BHD. BACUL TAK BERANI LAPOR SPRM!!!

    Hahaha!!! Nampak sangat pihak 'Syarikat Now Sdn. Bhd.' tu BACUL dan tak berani nak buat laporan kepada pihak SPRM terhadap dakwaan yang ditujukan kepada YaPEIM sebelum ini.

    Semalam kita dah buat cabaran terbuka kepada pihak Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu agar mereka tampil dengan laporan penuh kepada pihak SPRM bersama dengan bukti kukuh yang mereka ada.

    (Artikel Berkaitan: NOW Sdn. Bhd. Dicabar Buat Laporan SPRM!!!)

    Sebaliknya, Syarikat yang ditubuhkan bagi mengumpul 'dana' tu hanya sekadar membuat laporan kepada pihak Polis dan mendesak agar siasatan dijalankan terhadap pengurusan YaPEIM.


    Klik Imej Untuk Besarkan
    Tapi yang herannya, kenapa Syarikat Now Sdn. Bhd. tu tak lampirkan bukti mengenai salah laku yang didakwa terhadap yayasan tersebut? Kenapa mereka hanya membangkitkan persoalan? (Rujuk laporan disebelah)

    Ianya agak ganjil apabila sebelum ini pihak Syarikat Now Sdn Bhd itu mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh untuk membuat tuduhan terhadap YaPEIM dan pemimpin UMNO.

    Namun malangnya, laporan Polis yang dibuat oleh Syarikat tersebut hanya penuh dengan pertikaian dan persoalan terhadap pengurusan yayasan tersebut. Bukannya menampilkan bukti.

    Maka persoalan yang kita bangkitkan sebelum ini, apa tujuan sebenar pihak Syarikat NOW SDN. Bhd. itu membuat tuduhan terhadap salah satu institusi pembangunan ekonomi Islam di Malaysia ni?

    Adakah ianya untuk menegakkan Keadilan? Jika itu tujuan mereka, kenapa mereka hanya sekadar mendesak pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap persoalan yang dibangkitkan?

    Atau, adakah pihak Syarikat NOW Sdn. Bhd tu hanya sekadar mahu mencari 'Publisiti Murahan' demi untuk meraih keuntungan kepada syarikat tersebut semata - mata? Kalau setakat buat soalan dalam laporan Polis, baik tak payah!!! Suruh budak sekolah tadika pun boleh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa ckp salah laku?
      ada now ckp salah laku ka?

      kenapa main golf lebih penting dari bg duit kpd fakir? rm 1k tu sikit kah?

      apakah dgn bukti now tepek kat fbnye tak cukup utk sprm bertindak?

      Delete
  3. Oi mangkok...kat sini banyak lagi anak2 yatim yg perlukan wang..apasalah bantu anak yg susah dulu...tu bukan duit bapak kau suka hati nak buat..

    ReplyDelete
  4. aku ni baca blog mykemut ke blog omakkau nih?
    cam dah sama je...

    taniah la yek pas... sekongkol lah kau dgn lembu kondo...

    macai yg hinggap pun dah ramai sujud syukur kat blog nih...dah tambah geng mykemut katanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dah kalau dah jd macai dap tu jgn nak sembang derah.kokok bergegar ekor bergelumang tahi dap.dasar badut lori

      Delete
    2. mykemut???

      hahaha

      tk selegho den... si gagak pun tkmau...eden apo laiiii

      taste den tinggi

      Delete
    3. maikemut omakkau? Woi, bersopan lah sikit bila nak komen tu.

      Delete
  5. Anak-anak muda dalam negeri terpaksa keluar duit poket sendiri bayar kursus kawin.

    Budak2 diluar negara dapat percuma. Pastinya kursus kawin tu luar biasa mewah, dan glamor buat kat tempat eksklusif.

    Maklumlah menteri yang rasmikan.

    Dahlah pegi belajar dapat biasiswa, kursus kawin pun dapat tajaan lagi.

    Pas ni semua calon peserta kursus kawin tuntut dengan jamil buat di Hatyai ka..Bali ka dan semua kos ditanggung oleh Yapeim.

    ReplyDelete
  6. bila hati dh keras tk terasa membazir guna duit anak yatim

    apa salahnya kita tolak bn pasug?

    dap jauh lbh berintegriti

    apakah melayu umnu pasug perlu menjamah babi baru rasa segar dn semangat utk lbh integriti?

    ReplyDelete
  7. jamil buat kursus kawin utk anak yatim amerika kot.

    sapa2 nk derma anak yatim jgn salur ke yapiem la

    bg terus kt anak2 yatim dirumah anak yatim

    lebih afdhal

    hj misai kontot 20% memang tkleh caya.

    serupa itu hadi serban kontotla... itu kawan baru najib la

    ReplyDelete
  8. Apalah punya menteri, dlm negeri byk lagi anak yatim perlu bantuan, ini pi bagi kursus di tempat mewah. Kitalah yg bodoh sumbang potong gaji. Derma je lah kat anak yatim dekat tempat kita. Ini baru satu, entah berapa byk dah seleweng oleh pak pak menteri. Itu haram, ini haram, salah guna duit tak haramkah oi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...