Monday 30 November 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT .... PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN BERHAD (PLUS) LAYAK UNTUK NAIKKAN KADAR TOL SEBANYAK 5 PERATUS MULAI TAHUN DEPAN.


Semua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) Malaysia Bhd layak untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat juga memaklumkan syarikat itu juga berhak mengkaji kadar tol semula setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015," kata Rosnah.

"Kenaikan akan datang ialah 206 (kecuali Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tolnya kekal sehingga 31 Disember 2038.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kemaikan kadar tol 5 peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya.

Lebuh raya di bawah Plus adalah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuh Raya Seremban Port Dickson, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSL) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui bahawa kerajaan perlu membayar RM214 juta kepada PLUS sebagai pampasan jika menafikan kenaikan tol di lebuh raya berkenaan.

Kerajaan tidak mempunyai niat, buat masa ini, untuk melanjutkan konsesi Lebuhraya Utara Selatan (NSE), yang akan berakhir pada 2038, Rosnah memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh konsesi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), yang menyoal mengenai kenaikan tol lebuh raya.

Ahmad Fauzi meminta kerajaan untuk mendedahkan butiran kenaikan kadar tol supaya rakyat boleh membuat persediaan. Sementara itu, Rosnah juga berkata PLUS hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

28 comments:

  1. pas bersama umno. tapi atikel pro pas ni menunjukkan sebaliknya.. persoalannya samaada fitnah dibuat pan&dap atau pendirian peribadi omakkau.... menyampah klu politik kotor mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud nya.. ada masih tak faham apa yang di maksudkan kerjasama Pas-Umno.. Tak payah nak terangkan.. Pandai2 lar cari kebenaran nya... Jangan mudah kena kencing..

      Delete
    2. Jangan bising la tol naik.
      Hadi tak bising pun...

      Delete
    3. Kah kah kah tiada siapa nak layan dah. Pkr pun bagi naik toll kat selangor. Dap pun naikkan toll kat sungai nyior.
      Walau pun semasa kempen mereka janji takkan naik toll.
      Ahli politik tak leh caya. Pentingkan kuasa aje.

      Delete
  2. Yang menghairankan,, plus ni lebih berkuasa drpd kerajaan lagi. Kerajaan jadi dayus dan terpaksa ikut kehendak plus. Patutnya plus bayar kpd kerajaan, ini terbalik,,, kah kah,,,pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  3. Tips Jimat Duit Tol/Tak Payah Bayar Tol

    1. Naik Kenderaan Awam
    2. Naik Kereta Aweks bior dia bayar
    3. Naik kereta Polis/Bomba/Ambulans
    4. Naik kereta Menteri/Ahli Parlimen
    5. Naik Komuter/Tren/Kapal/Kapal Selam
    6. Naik Kapalterbang/ Permaidani Bomoh Kelapa 1Malaysia
    7. Naik Kereta Jenazah
    8. Naik belon

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform (Hadi Awang calon PM Malaysia ke-7)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9. Naik tikar terbang...tikar terbang beli kat raja bomoh.

      Delete
    2. Nak tambah. Naik jet najib kalau tak muat terajang badak betina keluar.

      Delete
    3. Saya gembira dengan kenaikan tol ini sebab saya sokong hadi. Hadi sokong umno.

      Delete
    4. Naik basikal ... save duit .... badan sihat ... omak yg montel pun boleh kurus lagi...

      Delete
  4. PLUS....Perbadanan Lebuhraya Untung Sajaaaaaa......takan tak paham....kakakakkakaka...kalau BETTE....tukar sendiri nama PLUS tu disanubari bonsai itu..tukar ke PLUK...P#&$€%× L@€#^$€÷£×£ Untung Kengkadang.....kakakakakakkakaka...puikkkkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara nak pastikan poket rakyat ialah mengenakan gst dan menaikkan tol. Rakyat tak boleh simpan duit byk2. Simpan sekupang dua cukuplah.

      Delete
  5. RENUNGAN BERSAMA

    Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia

    Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

    " طُوبى لمنْ شَغَلَهُ عَيبُه عن عُيُوبِ النّاسِ"
    أخرجه البَزّارُ بإسنَادٍ حَسن. ورواه أحمد والطبراني وابنُ حِبّان والحاكم

    "Berbahagialah sesiapa yang keaiban dirinya menyibukkan dirinya daripada berbicara tentang keaiban-keaiban manusia lain."

    [Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dengan isnad yang Hasan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani, Ibnu Hibban dan Hakim].

    HURAIAN

    1. Berkata Imam al-Munaawi; Berbahagialah seseorang yang disibukkan dengan keaiban dirinya lalu tidak berbicara tentang aib orang lain. Maka sewajarnya bagi orang yang berakal menguruskan keaiban-keaiban dirinya. Sekiranya didapati ada satu keaiban dan kelemahan sibukkanlah diri dengan memperbaiki keaiban tersebut lalu merasa malu untuk mengeji orang lain.

    2. Berkata al-Hakiim; saya merasakan tiada orang yang sibuk memperkatakan aib orang lain melainkan kerana leka tentang dirinya sendiri. Sekiranya dia prihatin terhadap kelemahan dan aib dirinya tentulah dia tiada masa untuk memikirkan aib orang lain.

    3. Berkata ahli ilmu, tidak sewajarnya bagi seseorang mengintai dan mencari kelemahan dan keaiban saudaranya bahkan selayaknya setiap orang lebih sibuk memikirkan kelemahan dirinya. Seorang mukmin berusaha mendidik dirinya sebelum menyibukkan dirinya mencari keaiban dan kelemahan orang lain.

    4. Demikianlah juga, tiada seorang yang sempurna. Setiap orang pasti memiliki kelemahan di samping kebaikan. Timbanglah kebaikan dan kekuatan diri yang ada pada seseorang sebelum menyibukkan diri kita untuk menilai kelemahan dirinya kerana kita sendiri pun tidak sedikit kelemahannya. Apakah kita suka untuk manusia berbicara tentang segala keaiban kita yang masih disembunyikan oleh Allah?

    5. Di zaman perhubungan manusia menjadi mudah dan cepat menerusi aplikasi whatsapp dan facebook tidak sedikit yang terlalu sibuk membicarakan keaiban dan kelemahan orang lain secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai prasangka sedangkan dia sendiri berpeluang menegur secara tertutup.

    6. Berkata bijaksana Arab; "keaiban dan kelemahan seseorang dilipat simpan bukannya diriwayat dan disebarkan."

    7. Biarlah aplikasi perhubungan sosial semasa memberikan pahala bukannya menambahkan dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betullah tu, kita tidak boleh mengheboh ke'aiban seseorang kpd umum. Tapi ada juga pengecualiannya salah satu ialah kepada Hakim.

      Dalam kontek politik Malaysia sekarang, hakim yang sebenaynya ialah rakyat (pengundi), setiap 5 tahun skali 'hakim2' ini akan menjalankkan tugas mereka.

      Jadi kita sangka baik sahajalah tujuan komentar2 sebenarnya adalah untuk memaklumkan kepada 'hakim' tentang feal seseorang secara jujur. Supaya "hakim2" dapat memilih pentabir2 dp org yang berkelayakan sahaja untuk mentakbirkan negara ini.

      Delete
  6. Memang best kerajaan sekarang.. senua nak dinaikkan.. terima kasih la

    ReplyDelete
  7. Hidup PAS ! Berbahagialah kamu (PAS) dengan UMNO. Hidup UMNO/BN...kami sedar kenaikan kos sara hidup rakyat! Hidup Israel....selamat berbahagialah dgn BN Malaysia dan PAS Malaysia. Tahiniah Hj Hadi dan Najib, kamulah MUSUH Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya klu hudud tak jadi buat kat kelantan tahun 2015 neh, ada orang nak letak jawatan. Tinggal sebulan aje lagi nak tahun baru 2016.

      Nak tengok munapik ker tak.......

      Delete
    2. Hadimura mengaibkan org dgn perkataan barua & tokey pil kuda tu kira mcm mna tu?

      Delete
  8. Si Bangsat tu akan rembat duit dari berbagai sudut sebelum dia belah ke Kazakhstan sbb si Gorilla nak shopping barang mewah nanti perlu duit banyak.

    ReplyDelete
  9. nothing to say...
    cuba tgk kedudukan masing2...
    tp tak boleh jg...
    Amanah jd pintu...
    Nk tanya ustaz nie, boleh doakan musibah untuk pintu kerosakan Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah 64 tahun. Akar pokok byk dah mati. Dahan dan ranting byk dah reput. Dulu daun hijau dah byk tukar jadi kuning dan oren. Tunggu masa pokok tumbang dan terus mampooooss.

      Delete
    2. Balak sapu, derma tin milo sapu, duit cikgu yik sapu, duit tabung hajah sapu, duit ypem sapu.

      Semua nak sapu.
      Tak cukup sapu, jual apa yg bole jual
      Cukai apa yg boleh kasi cukai
      Naik rega apa yg bole kasi naik
      Vape murah kasi haramkan

      Delete
  10. Tak meriah pulak bila tak ada babi sekor yg rajin buat kopi pes tu yek.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, nasib ada bapak babi mcm ko, meriah sikit blog ni.

      Delete
    2. tak baik babikan orang.kau bukan kenal orang yang kau maki tu.macam mana nak mintak maaf nanti.dosa sampai ke mati..

      Delete
  11. HUSSAM DAH BAGI MAKLUMAT DAN BUKTI SEMALAM:
    Harap dlm tempoh sebulan masalah duit cikgu Yik akan dpt diselesaikan. Harap pak lebai pas yg sapu duit balak akan merengkuk dlm jel. Harap tokey UG akan dihalau keluar dari pas. Dulu nak sangat bukti. Skang hussam dah bagi. Tolong jgn konar baring mcm umno pulok....

    ReplyDelete
  12. lebai pas pun sapu duitkah? aku tak percaya.depa ni baguihhh.tak caya tanya omak kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang butuh angka togel 2d 3d 4d 5d 6d supayah anda bisa menang tlpon ki kuncoro di 082313329888.trimakasih

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...