Monday 16 November 2015

BANDAR RAYA SHAH ALAM DI LANDA BANJIR KILAT


*Pengguna trafik dinasihat mengelakkan laluan dari Subang Airport menghala ke Lebuhraya Persekutuan 


*Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan banjir kilat menyebabkan plaza tol Shah Alam (NKVE) laluan dari Bukit Jelutong ke tol Shah Alam ditutup sementara waktu.

Shah Alam dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam sejak jam 1 tengah hari tadi menyebabkan puluhan kereta tersangkut.

Portal Berita Harian Online melaporkan antara kawasan berkenaan adalah Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga, menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pengguna jalan raya dan kakitangan beberapa kilang dan perusahaan kecil di sepanjang Jalan Astaka U8/88 juga tidak dapat melalui laluan berkenaan selepas air dari Sungai Damansara melimpah di atas jalan.

Perkhidmatan Komuter dan kereta api barangan juga terjejas apabila landasan berdekatan Stesen Batu Tiga ditenggelami air.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ketika dihubungi, mengesahkan laluan berkenaan kini tidak dapat dilalui selain perkhidmatan Komuter terpaksa berpatah balik.

21 comments:

  1. Khalid Samad punya area ni. PAN Imayam peduli Dan faham tak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALASAN KHALID SAMAD NAK RAMPAS SELANGOR!!!

      Huh! Kalau dah dasar orang yang Terdesak, mati hidup semula pun dia takkan mengaku yang dia terdesak nak mengekalkan jawatan bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

      Realitinya, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pengkhianat tu pada ketika ini di Selangor bukannya 'Strategi Bertapak'. Sebaliknya, Strategi Terdesak untuk mereka kekal memegang jawatan.

      Tapi kalau Si Khalid Samad tu mengaku yang itu strategi sebenar diorang, nanti nampak sangat la yang diorang ni lemah dan tak mampu nak buat benda lain. Jadi, terpaksa la dia cipta alasan.

      Antara lain, Si Khalid Samad tu kata, parti yang dia wakili sekarang tidak terdesak untuk untuk mendapatkan kerusi bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
      “Bukan terdesak, tetapi itu memang strategi kami untuk bertapak di negeri di mana kami mula. Perkara ini saya rasa turut dilakukan oleh mana-mana parti politik dan tak ada parti politik yang tak mahu bertapak di tempat di mana mereka bermula,” katanya kepada Sinar Harian.

      Katanya, Amanah ada pendekatan sendiri dan mereka akan tentukan pendekatan dan pandangan yang lebih baik dan berpengaruh.

      “Sebab itu kita tubuhkan Amanah sebab nak tunjuk kepada masyarakat cara berjuang politik Islam yang sepatutnya.


      “Sambil itu kita boleh tunjukkan cara yang praktikal dan orang yang sokong kita kena buat macam mana parti politik lain buat iaitu menubuhkan kawasan, cawangan dan sebagainya," katanya.
      Kalau betul la diorang ni tak terdesak nak mengacau PAS bagi merampas kawasan yang dimiliki oleh parti tersebut seperti mana yang diarahkan oleh DAPigs, diorang tak buat kerja pandir.

      Kalau betul puak - puak Pengkhianat tu ada keyakinan mereka sendiri, buat apa Si Khalid Samad tu kritik setiap kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS dan juga pemimpin parti itu?

      Kenapa setiap kali kepimpinan PAS buat kenyataan dan menyatakan pendirian mereka, Si Khalid Samad tu tampil menjawab dan mengutuknya secara terbuka kalau mereka tak terdesak?

      Itu membuktikan parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu takde maruah. Sebaliknya diorang hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi 'Abang Besar' diorang, DAPigs je. Maka sebab itulah diorang terdesak nak merampas kawasan PAS!!!

      Delete
    2. Sorry la PAN Imayam nak peduli. Ni bukan tempat Abuya Sifoo Bukit Penang

      Delete
    3. hahaha......negeri maju tetapi banjir sampai begini salah siapa??? adakah hanya nak salahkan bumi langit hujan musim yg menyebabkan banjir ini atau yg bertanggungjawap bangunkan kawasan ini sampai menyebabkan banjir!!! kat luar bandar tak banjir pun.

      Delete
  2. Woi Click Smart!!! Ambil tau sikit banjir kat Shah Alam tu. Makan gaji free ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOKONG KATA, INI PAS MANYAK JAHAT WOO!!!

      Aiyak!!! Betui ka Tokong itu PAS manyak jahat? Apa jahat itu PAS sudah buat? Itu PAS ada bunuh olang ka? Atau PAS ada halang DAPigs mau jual arak dikawasan Majoriti Islam di Selangor?

      Rasanya, semua orang pun masih ingat tindakan DAPigs yang membantah cadangan Bekas Exco PAS agar melarang penjualan arak dikawasan majoriti penduduk Melayu sebelum ini.

      Tapi, dek kerana sebelum ni PAS masih lagi dikerumuni Penjilat Tegar mereka seperti Si Khalid Samad tu, maka diorang dah salah pertimbangan dan memecat Datuk Dr. Hassan Ali.

      Mungkin itulah kejahatan yang telah dilakukan oleh PAS seperti yang dimaksudkan oleh Si Tokong DAPigs tu. Jahat PAS tu pun sebab terlalu mengikut kehendak pemimpin seperti Khalid Samad.

      Tapi sekarang, PAS dah dibersihkan dari parasit - parasit seperti Si Khalid Samad tu di Selangor. Jadi, apa lagi kejahatan yang telah dilakukan oleh PAS? Kalau Si Tokong DAPigs tu setakat tau nak tuduh orang lain je jahat, baik dia cerminkan diri dia sendiri dulu la!!!
      SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, ‎ Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap kebencian melampaunya terhadap Pas apabila menuduh Exco Pas Selangor sebagai 'buat jahat' berhubung isu‎ kenaikkan elaun guru guru Kafa, kata Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

      Mohd Khairuddin berkata, kata-kata Guan Eng itu boleh dinilai ‎sendiri oleh rakyat sama ada Pas 'buat jahat' atau sebaliknya.

      "Kalau usaha Pas Selangor semenjak 2008 ini (memperjuangkan kenaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500) dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai.

      "Apakah Pas Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

      Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang menyatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat'.


      Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang Pas melaksanakan dasar yang tidak baik kepada rakyat negeri itu.

      Delete
    2. Dap yg jahat kpd rakyat dan negara. Antaranya sifat perkauman yg menebal kpd kaum cina,dgn cadangan utk menukarkan nama bagan nakhoda omar kpd bagan nakhoda chong dan mendesak supaya kerajaan selangor menukarkan status tanah rezab melayu kpd terbuka ditempat itu . Malangnya ada juga segelintir org melayu sangup bersama menjadi ahli menyokong perjuangan songsang kecinaan di negara ini spt dr aziz bari dll

      Delete
  3. Tahniah selangor...bakal tarif air naik....air banjir pun naik...suma naik..PAS dan DAP sama naik minyak..kah kah....tahniah selangork.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti ekstremis. Orang susah, kita seronok dok mengata kat orang.

      Delete
  4. Pan peduli paham progresif lokomotif hanya dlm bahagian menjadi pengikut dap sj contohnya dlm menolak hudud.bahagian lain otak mereka mcm air banjir kilat masuk dlm kereta cair tak bleh guna.buat melalak mengutuk pas sj yg tahu

    ReplyDelete
  5. Ni semua krn pembalakan dan banjir kat kelantan hingga melimpah kat Shah Alam .......... kata walaun2 Dap yg mengong !

    ReplyDelete
  6. Aku tak pernah lihat suatu bangsa yg paling biadap di Malaysia melainkan ........... Depa campur tangan hal ehwal agama lain dgn marahkan org hendak laksanakan Islam dikalangan umat Islam shj di Kelantan , kutuk khutbah Jumaat di Pahang dan terkini si Alvin celaka telah jadikan mashaf al-Quran sbg sapu punggung selepas berak ! Tapi balaci dan barua Dap senyap dan terus menyanjung Dap sbb depa terdiri dpd golongan kapitalis dan komunis yg lebih mementingkan nilai2 ekonomi dan kuasa dpd agama ! Tunggulah apabila Dap berkuasa muka balaci2 dan barua2 spt PAN de tat pula akan dijadikan alas pencuci punggung depa selepas berak atau sememangnya puak2 ni reda jadi penjilat taik2 mereka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemalas punya macai ug.kopipes je.kahkahkahkah. Cuba la rajin ckit.kahkahkah

      Delete
  7. banjir adalah musibah drp Allah. tak payah kutuk sape2 sbb hujan adalah anugerah yang maha esa utk nikmat semua makhluk. pas pkr pan dap ummo patutnya semua sama2 tolong mereka yg terlibat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu banjir di kuala krai apa cerita bai? salah kerajaan negeri pas atau takdir tuhan? Jangan double standardlah macai pan imayam pandikuty cangkul kuali tayat traktor

      Delete
  8. Byk sgt pembangunan smpi xde hutan nilah akibatnya. Pentingkn untung semata2.

    ReplyDelete
  9. Ini pasal doa ko ko ko..doa u turn....tgokkk skg sapa yg susah.....pasal sorang u turn suma dapat bala.....kikiki

    ReplyDelete
  10. Bodo punya macai2 ug.banjir pun nk slhkn dap/pan..mmg walaonCai bodo2 belaka otak maslan
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  11. Warna air banjir serupa itu warna parti jalur tiga segi ciplak logo tv imayam yang sebelum itu berlambangkan cangkul tayar traktor. Parti apa ya?

    ReplyDelete
  12. Macai PAS/UG dah kelam kabut! Fenomena Alam macam ni pun nak salahkan individu. Kenapa tak salahkan Tuhan jer? Banjir besar di Kelantan dulu kenapa tak salahkan PAS yang memerintah Kelantan? Hakikatnya, PAS dan UMNO dah jalinkan kerjasama!!! 16 - 18 Disember Najib dan Hadi akan sepentas! Perpaduan Ummah Merentas Idealogi. Dah hampir sangat le tu nak bentuk KERAJAANG PERPADUANG!!

    ReplyDelete
  13. Kesian pada mereka, semoga Allah memudahkan segala urusan...dan surutkan air banjir secepat mungkin...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...