Kira-kira sebulan selepas mengumumkan kenaikan tol pada 15 Oktober lalu, kerajaan sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol, maka Putrajaya terpaksa membayar RM593.32 juta dalam bentuk pampasan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.
Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.
Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).
Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.
Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.
"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.
"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.
Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.
Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.
Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.
"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna," katanya.
Fadillah juga menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.
Sila ambil perhatian serius ... mulai sekarang mana-mana komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadamkan termasuklah komen maki hamun, melucah dan geng-geng togel dan juga komen-komen yang sama ditempel berulang kali .... Omak menjemput kepada semua penjenguk blog ini kita berhujah secara bertamadun dan berhemah .... kita bertukar-tukar pendapat demi mencari titik persamaan dan kebenaran ... Harap maklum.
ReplyDeletePada aku janji (menifestor) pru 13 lepas, umno BN telah berjanji akan menurunkan kadar tol. Tapi hakikat sebaliknya pula berlaku...sehingga berlaku 2 kali kenaikkan. Ini lh antara sifat KEMUNAFIQAN umno BN yg nyata...tetapi rakyat tetap lena dibuai mimpi brim-fastaqim
ReplyDelete2x5 je PR Dan bn naik tol semua kosis dibawah dia dia orang aku tengok parti Mana teruk anwar sangup sekongkol dengan penganas sulu. Kali ini aku tak akan undi anwar itu
DeleteXper...janji boleh dikafarah...sembelih kambing atau bagu br1m...langsaila janji
DeleteIni rumah Omak. Buatlah apa yg patut. Saya harap ini titik permulaan kepada lenyapnya budaya name-calling dalam berdebat. It's okay to have different opinions.
ReplyDeleteKehidupan rakyat Malaysia di masa akan datang akan lebih sukar dengan kepimpinan yang ada sekarang. Selagi rakyat tak mahu berubah, selagi itulah kehidupan rakyat di takuk lama malah lebih teruk. Ubahlah. Kalau takut cina perintah, tukarlah pemimpin2 haprak melayu yang ditampuk kuasa sekarang. Berubahlah. Demi anak cucu.
ReplyDeleteUmno munafik dap n yg sokong nyapun munafik.dap kata umno zalim pecat muhyidin yg tak sama pandangan politik ttg 1mdb.dappun zalim pecat jkkk pas.peruntukan utk kawasan kg melayu tak bg sampai menangis adun pkr.marah kelantan tebang hutan tp mereka nak buat jahat dipulau pinang dgn tambak laut memusnahkan hidupan marin n menjejaskan kehkidupan nelayan melayu.geng mat sabu tepuk tepuk tgn atas lori mcm badut dap.sekarang serang azmin pula.bloq penjilat kutuk omak kau sebut syurga n neraka tp mereka hipokrit.bila masa pas buat salah sikit mereka mcm nak heboh satu dunia.bila dap buat salah mereka bagai bloq dilanda garuda.sunyi sepi.lidahpun tak dpt berdebat.sudahlah pekung dah mula terbuka.berhasilke nak tutupnya dgn menyerang azmin pula.berhasil ke menutupnya dgn mengutuk pas n umno sj.husam mana tolong depa tu dah nak tengelam sila bg talian hayat
ReplyDeleteTatap BN..!! Semiskin-miskin kehidupan orang asli, orang penan dan pedalaman semenanjung, sabah dan sarawak kan TATAP MENYOKONG BN.Kos sara hidup d kampung dan pedalaman murah. Syukur ada BRIM dan rumah PPRT.. TATAP BN!!
ReplyDeleteSyukur kita ajar puak pakatan yg rata2 nya miskin. Hidup umno selamanya.
ReplyDeleteSila ambil perhatian serius ... MANA2 PARTI POLITIK YG HENDAK MEMERINTAH MALAYSIA , SILA BERGURU DG BN DLLU....berguru jangan takk berguru ... terbbukti berjaya selama hampir 60 thn dah....
ReplyDeleteTerima kasih kerajaan BN menaikkan tol....kami semua bersyukur kerana dgn kenaikkan tol kami semua dapat berjihad dan bolih PM Menteri menteri selalu keluar negara untuk berehat dan melancung setekah penat bekerja untuk memakmurkan negara.Kalau perlu naikkan lah apa apa cukai yg difikirkan masih rendah.Kami rakyat akan dengan hati terbuka bekerja keras untuk mengembirakan pemimpin BN. Kami membuat aku janji akan mengikat perut demi pemimpin yg kami sayang .Jangan lah kerajaan sangsi dgn tanggung jawab kami mengembirakan hati menteri menteri .......terima kasih kepada kerajaan yg prihatin nasib bangsanya
ReplyDeleteTak nak bayar tol..ikut jalan lain....kakakkakaakakakakakaka...jalan kesorga ada...jalan jalan cari makan ada.....jalandah pun ada...terima kasih putrajaya..i lab u......
ReplyDelete