Thursday 26 November 2015

BEKAS PENGARAH URUSAN TEKUN DITUDUH DIMAHKAMAH ATAS DUA PERTUDUHAN MENERIMA RASUAH LULUSKAN PINJAMAN PERINTIS TEKUN



Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan hari ini berhadapan dengan dua pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis kepada syarikat yang pemilik dan rakan kongsinya ada hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur pagi ini dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2014.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini susulan maklumat yang diterima sejak pertengahan tahun lepas.

Abdul Rahim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Kes bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim manakala Abdul Rahim diwakili peguam Hasnal Rezua Merican.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Rahim, sebagai pegawai badan awam iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, dituduh telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu meluluskan permohonan pinjaman program perintis berjumlah RM100,000 kepada syarikat Dynamind Enterprise.

Abdul Rahim mempunyai kepentingan dengan Khairul Fadly Mahammad, pemilik syarikat Dynamind Enterprise, di mana beliau merupakan menantu tertuduh.

Mengikut pertuduhan kedua, Abdul Rahim dituduh meluluskan permohonan pinjaman program perintis RM100,000, juga kepada Dynamind Enterprise dengan mengetahui bahawa anak saudaranya, Khairiyah Khalid merupakan rakan kongsi dalam syarikat itu.

Tertuduh dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau minimum RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan Abdul Rahim diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 16 Disember depan.

14 comments:

  1. Baju oren kaler PAN Imayam. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  2. Betul-betul TEKUN dia buat kerja ni........

    ReplyDelete
  3. Hahaha.....penyamun!!!! Jgn nanti terlepas pula ayam dlm sangkar.

    ReplyDelete
  4. Hahaha.....penyamun!!!! Jgn nanti terlepas pula ayam dlm sangkar.

    ReplyDelete
  5. makam duit lembu berjuta2 boleh lepas..
    inikan duit tekun apalah sangat setakat rm100 k..
    kacang saja boleh lepas...
    donia2... akhirat belum tahu lagi datok2 semua..

    ReplyDelete
  6. Abang Jeff pulanglah......kisah Abang Jeff curi coli Nenek Ju Ina lama dag lupa dan maafkan...pulanglah sayang..cal saya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ina....selagi ina masih kekal sgn pengkhianat bangsa...pemungkir janji peanggar sumpah penikam curi....abg x spt pulang....

      Delete
    2. Ina apa kelas....setakat lulus spm kerja kilang aja. Abang jeff sekarang tengah gigih berulang ke istana segambut, sebab di sana ada janda hot ahli parlimen pantai sahabat jacel kiram nurul izzah nuar brehim. Bye bye ina, boleh jadi mistress zairil sama dyana atau jadi setiausaha abuya sifoo bukit penang. Pun boleh laga dada sambil selfie dengan saboo imayam

      Delete
  7. Selamat Hari Lahir Omak kau semoga Allah taala merahmati kehidupan dan merealisasikan impian mu. Moga panjang umur, sihat tubuh badan dan rezeki yang bertambah. Ameen.

    ReplyDelete
  8. Kesian kt blogger gg cangkul kena ucap bday kt diri sendiri,biar gg buruk jangan perangai yg buruk..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo natang anak anjing nih

      Delete
    2. Jgn jd cam pan imayam dah...rupa buurk perangai lagi buurk...ngok3

      Delete
  9. Padanlah aku apply tekun tak penah2 dapat ..kawan aku apply dapat tapi duit lak tak dapat ..

    ReplyDelete
  10. UMNO SAMPAI MATIK27 November 2015 at 15:05

    Aku lagilah..belum apply dah reject...kakakkakakaa...bertekun tekun ke hilir...menantu menanti di pinggiran...bertekun tekun dahulu..lepas tu makan macam khinzir...babi pun malulah..pandai juga babi tu berhenti sejenak dari makan.....kakkakakakakkakaka...malulah...malulah...malulah.....siapa bagi datuk dia ni....kakkakakakakakka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...