Tuesday, 17 November 2015

PEMBOCOR MAKLUMAT MENTERI GUNA WANG ANAK YATIM DAN MISKIN MAIN GOLF DI AMERIKA SYARIKAT SUDAH TERIMA SURAT TUNTUTAN DARI PEGUAM MENTERI JAGA AGAMA ISLAM MALAYSIA.


Pembocor maklumat isu Menteri Jaga Hal Ehwal Islam Malaysia main golf di Amerika Syarikat Sdr Akmal Nasir semalam sudah menerima surat tuntutan dari peguam yang mewakili Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates semalam.

Sebelum ini Sdr Akmal Nasir tetap bertegas tidak akan memohon maaf dalam tempoh 24 jam seperti dimohon Jamil Khir Baharom atau tidak bakal berdepan dengan tindakan saman mahkamah.

Nampak gayanya episod ini akan berlanjutan di Mahkamah Tinggi juga akhirnya.

Satu sahaja permintaan Omak Kau .... pertama mohon sangat-sangat Jamil Khir Baharom tidak menggunakan wang zakat untuk membayar upah barisan peguamnya dan kedua jangan pula nanti dalam jawapan pembelaan Sdr Akmal Nasir memberikan alasan ianya suatu gurauan sahaja.

Apa-apa pun ambilah pendirian berani kerana benar .. berkata benar walaupun pahit sebab isu menggunakan wang anak-anak yatim dan miskin sumbangan rakyat yang sanggup potong gaji mereka setiap bulan jika benar digunakan untuk main golf, bersuka ria dan membeli belah di luar negara cukup amat serius implikasinya kepada kerajaan semasa dan parti anutannya.

Rakyat akan tunggu penuh sabar melihat perkembangan yang amat menarik ini.

8 comments:

  1. Jamil, jamil ...petuntukan ank yatim tu jamil ...x da peruntukan lain kah? ...org agama patutnya peka lah ...ni main telan saja ...

    ReplyDelete
  2. dulu jamil salahguna duit jg utk lawan kazaf kes anwar

    jamil jamil.... kau buat hadi meleleh air liur aje la.

    cenderemata menteri sampai 3ribu... huh

    bila makan harta anak yatim xrasa salah... itu tnda gelap hati.

    kpd Allah saja kami serahkn kau wahai jamil

    ReplyDelete
  3. Muka malaon ni ada dia kisah...
    Semua pun boleh dpt free...
    Duit peguam pun zakat bayar...
    Malaon2 mampos nti tau lah kau...

    ReplyDelete
  4. maka bertempiklah si biri2 dengan "mengesahkan" si polan (jamil ) menelan duit Yapiem untuk kepentingan peribadi ... sedang si serigala itu mengadukan kepada polis hanya untuk menuntut siasatan (tanpa disertakan bukti yg didakwa ada padanya) ... maka benarlah kata bijak pandai .. "khabarkan sesuatu kepada golongan yg jahil lagi sombong maka mereka akan mempercayainya tanpa usul periksa" ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka bermadahlah sang ostad berbiri selaku macai dan walaun apabila disentuh akan kelakuan sumbang tuannya....

      Delete
  5. Percaya kahikah kpd mahkamah, keputusan tak sama, ianya ikut SIAPA orangnya. Undang undang koboi. Apa pun kita tunggu sahajalah. Banyak lagi salah guna seperti persatuan irang kurang upaya dll belum ada tindakan.

    ReplyDelete
  6. Tak usah menambah dosa percuma dengan komen tanpa fakta, rakyat tunggu keputusan bicara di mahkamah..

    ReplyDelete
  7. Awat omak tak tunjukkan mukasurat seterusnya..nak tau juga apa yang dituntut dari Dato Menteri kepada mamat ni. Tuntut penjelasan ka, tuntut tarik kenyataan ka...ka tuntun bawa mai dekat skit. Apapun...semua tengah pokus...selamat jibby...che mah pon dah orang tak cakap sangat sekarang sebab jarang nampak...mmm selamat. Dato Menteri, u bikin u jawap laa...i nak uruskan negara bukan uruskan u. Kah kah kah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...