Sunday 22 November 2015

SELEWENG RM1.5 JUTA PROJEK NAIK TARAF IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN .... ENAM INDIVIDU TERMASUK PEGAWAI POLIS ANTARA YANG DITAHAN BANTU SIASATAN.



Pegawai polis adalah antara enam individu yang ditahan, kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan peruntukan RM1.5 juta untuk projek pembaikan dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek itu terdiri daripada pegawai kanan dan rendah polis serta kontraktor projek berkenaan.

Jelasnya, polis turut menyita beberapa kenderaan mewah dan beberapa akaun bank.

“Pagi ini, pihak kami telah berjaya menahan suspek keenam dalam kes salah laku melibatkan wang berjumlah RM1.5 juta oleh beberapa pegawai PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Kesemua suspek akan direman dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media sempena Program Sunathon 2015, di Masjid Bukit Aman, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kegiatan jenayah, terutama membabitkan anggota polis.

Rabu lalu, The Sun Daily melaporkan, RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian pintu rintangan api serta sistem penghawa dingin di Menara 2, blok bangunan lama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, didapati hilang.

Sumber yang dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu memberitahu, dana itu telah dikeluarkan melalui beberapa transaksi menggunakan dokumen diubah suai yang mengandungi tandatangan palsu dua pegawai polis dan seorang jurutera awam dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kehilangan dana itu dikesan beberapa bulan lalu, ketika Kementerian Dalam Negeri melakukan audit dalaman di Jabatan Logistik Polis.

Juruaudit mendapati, projek membaik pulih dan menaik taraf itu, termasuk dua kontrak utama membabitkan kos kira-kira RM500,000 yang dinyatakan dalam beberapa dokumen tidak pernah dilakukan, meskipun bayaran telah dibuat kepada beberapa kontraktor projek itu.

16 comments:

  1. Gang PAN Imayam akan menuduh TSKI, Cje Gu Bard dan PAS macam biasa walaupun tak da kena mengena.

    Al Maklum Macai DAP lah katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas menawarkan perkhidmatan sebagai penasihat Amerika/obama. Tugas penasihat diperakui oleh jibbie sbg paling baik/ampuh hasil kerjasama ostad bagi menutup mulut2 longkang. Bila ostad kedepan membela dgn sentimen agama ramai akan terpengaruh dan percaya. Tahniah ostad berjaya cover skandal najib....isu najib dah nak pecah...pak ostad tutup riuh rendah bab islam,hudud dan perkauman. Pak ostad boleh hantar resume pada obama dialamatkan ke rumah putih. Terbaik bagus perancangan politik najib dan pak ostad.

      Delete
  2. Hahaha. ...menteri boleh tipu samun wang kenapa mrk tak boleh??? Bapa penyamun anak pun ikut nyamun inilah masalahnya bila menteri2 yg dilantik jadi penyamun tak hairan pengawai2 mana2 jabatan juga penyamun tetapi jgn pandai tangkap ikan kecil anak2 ayam shj.

    ReplyDelete
  3. Komen di blog ni banyak keluar tajuk.....melalak aje mcm anjing pak hassan kat jitra.Org bercerita pasai anak buah kbab yg songlap duit juta juta juga.mungkin pegawai kanan x cukup duit gaji kot,nama pdrm tengah busuk ni kao orang tambah busuk lagi....dah bau hancing ni.....kbab kena letak jawatan segera

    ReplyDelete
  4. KBAB x tau malu.....anak buah perangai mcm ajib juga

    ReplyDelete
  5. Ya Allah ..selamatkan Malaysia dpd penyamun2 ni..

    ReplyDelete
  6. Sapu la selagi bole sapu.
    Duit buat balai, sapu.
    Duit balak, sapu.
    Duit cikgu yik, sapu.

    Malas dah nak fikit.
    Byk fikir otak mental, mcm ostat mereng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sungguh perut ibu yg mengandungkan penyamun2 tersebut.

      Delete
  7. Pan telinga kuali lg mental n mereng sokong dap nak tambak laut buat rumah mewah n hotel mewah utk kroni depa n cina doll.geng mat sabu tepuk tepuk tgn atas lori sebijik macam badut.buat rumah mewah nelayan melayu halau apa punya bodoh geng pan yg dok meleleh sj air liur tgok rumah mewah hanya geng cina dap sj dapat.habis la bersih buat melalak isu kalimah Allah lg.lg pan telinga kuali jd kuda mainan dap lg.sibuk dok sembah nabi isa alih alih sj nak sebut nama Allah pulak.sendiri yg keliru jgn nak keliru kan org melayu pula.siapa yg larang sbut nama Allah tp jgn terjemah nama Tuhan dlm bible kpd nama Allah.kebebasan agama konon.saidina abu bakar memerangi org yg murtad ni kenapa sbb nak melindungi agamalah.kebebasan bkn bererti tanpa undang undang.islam bkn paksaan tp undang undang masih perlu ditegakkan.jgn nak buat suka sendiri semua nak bebas.semua nak pesta.semua nak peluk peluk kpop.semua nak valentine gaya tony monkney.itu sbb yg benci sgt dgn jakim.semua nak minority seksual.apa nak kena laknat mcm zaman nabi lut.Allah dah bg amaranpun tak nak dengar.jgn la jd telinga kuali sgt.semoga Allah menyelamatkan Malaysia drpd anasir anasir pemikiran songsang yg menyesatkan.

    ReplyDelete
  8. BREAKING NEWS

    KUALA LUMPUR 22 Nov.- Polis akan memanggil Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk diambil keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram pada awal November ini.

    Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan musuh negara yang pernah melakukan pencerobohan ke atas Sabah pada 2013. 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sunathon 2015 peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.


    ReplyDelete
  9. Dlm bukit aman sendiri tak selamat duit rakyat, apa lagi duit anak yatim, kalau sah pun cara guna tak betul, tahniah pdrm semuga byk lagi di siasat termasuk 2.6b secara jujur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha......pdrm akan jujur jlnkan tugas mrk??? kena buang kerja adalah!!! siapa nak kena buang kerja anak bini masih nak disarakan. berkuasa siapa ??? yg beri kuasa siapa?? mana mungkin mrk berani tak ikut arahan bila disuruh terus diam je....buat apa yg patut. undang hanya utk rakyat miskin rakyat mcm kita tetapi bukan utk yg berkuasa apalg penyamun beri suapan semua selamat.

      Delete
  10. Dlm bukit aman sendiri tak selamat duit rakyat, apa lagi duit anak yatim, kalau sah pun cara guna tak betul, tahniah pdrm semuga byk lagi di siasat termasuk 2.6b secara jujur..

    ReplyDelete
  11. Siasat sampai lubang cacing..kata KBAB,tapi 2.6b jgn lupa pulak. 1.5 juta ciput aje...Cuma nak tahu dua pengarah tu siapa yer...keris bersilang pun x cukup gaji lagi.....tamak

    ReplyDelete
  12. Siasat sampai lubang cacing..kata KBAB,tapi 2.6b jgn lupa pulak. 1.5 juta ciput aje...Cuma nak tahu dua pengarah tu siapa yer...keris bersilang pun x cukup gaji lagi.....tamak

    ReplyDelete
  13. Siasat sampai lubang cacing..kata KBAB,tapi 2.6b jgn lupa pulak. 1.5 juta ciput aje...Cuma nak tahu dua pengarah tu siapa yer...keris bersilang pun x cukup gaji lagi.....tamak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...