Saturday, 14 November 2015
GUNA WANG ANAK YATIM DAN MISKIN UNTUK MAIN GOLF LUAR NEGARA .... KENYATAAN MEDIA AKMAL NASIR SELEPAS JAMIL KHIR BAHAROM BERI KATA DUA MOHON MAAF DALAM TEMPOH 24 JAM ATAU BERDEPAN DENGAN TINDAKAN SAMAN.
KENYATAAN MEDIA:
BENARKAH LAWATAN JAMIL KHIR KE AMERIKA SYARIKAT YANG MENGGUNAKAN DUIT YaPEIM HANYA UNTUK MAJLIS PENUTUPAN SIMPOSIUM PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN?
Semua sedia maklum bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah yayasan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang benar-benar memerlukan termasuk anak yatim dan miskin.
Saya hari ini ingin mengemukakan satu lagi bukti mengenai lawatan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat bersama isteri yang dikatakan menggunakan wang YaPEIM yang mana pembiayaan wang YaPEIM tersebut dikatakan turut melibatkan aktiviti main golf beliau dan lawatan rombongan ke Pusat membeli-belah upscale outlet barangan mewah sebanyak 4 hari.
Mengikut kertas cadangan kelulusan program YaPEIM, lawatan Dato’ Seri Jamil Khir adalah bersempena dengan ‘Program Kembara Santun 2014, Simposium Perdana: Perkahwinan, Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara’ yang mana Dato’ Seri Jamil Khir dikatakan hanya hadir untuk menyempurnakan Majlis Penutupan sahaja.
Jumlah kos penganjuran program yang diluluskan oleh YaPEIM adalah RM 590,000.00 iaitu lebih tinggi daripada anggaran awal saya sebelum ini sebanyak RM 410, 978. 56 dan kelulusan program kursus ini hanyalah untuk penglibatan 100 orang peserta.
Saya juga mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Dato’ Seri Jamil Khir bertarikh 13 November 2015 yang mendesak saya memohon maaf atau berhadapan risiko disaman.
Malangnya, beliau tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang saya kemukakan sebelum ini dan beliau tidak menjawab isu pokok iaitu samada wang YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) telah digunakan untuk membiayai lawatan beliau ke Amerika Syarikat.
Malah dalam kenyataan tersebut, Dato’ Seri Jamil Khir turut mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah pergi ke Amerika Syarikat bagi tempoh 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebaliknya, perbezaan fakta antara kertas kelulusan YaPEIM dan invois (yang didedahkan sebelum ini) dengan kenyataan beliau menimbulkan lebih banyak persoalan seperti berikut :-
1. Mengikut bukti kertas kelulusan YaPEIM, adakah benar perbelanjaan yang diluluskan iaitu RM 590,000 hanyalah untuk pelaksanaan program berbentuk kursus dan langsung tidak menyebut mengenai penglibatan beliau untuk kejohanan Mid West Game dimana wang YaPEIM turut digunakan untuk biayai permainan golf beliau yang beliau cuba pertahankan?
2. Dalam kenyataan media Dato’ Seri Jamil Khir, beliau turut memberi justifikasi bahawa permainan golf yang beliau sertai adalah dikelolakan secara bersama dengan pihak kedutaan Malaysia di Washington DC. Merujuk kepada bukti invois yang saya kemukakan sebelum ini, sebanyak RM 36,525.90 wang YaPEIM telah dipindahkan ke akaun kedutaan Malaysia di Washington DC. Adakah wang ini ada kena mengena atau tidak dengan penganjuran acara golf yang disertai beliau? Jika tidak, apakah buktinya?
3. Mengapa Dato’ Seri Jamil Khir tidak memberi penjelasan mengenai rombongan beliau menggunakan wang YaPEIM untuk pergi ke Leesburg Corner Premium Outlet iaitu pusat membeli-belah upscale outlet barangan berjenama sebanyak 4 hari?
4. Apakah rasional penganjuran Simposium Perkahwinan dan Kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta Ringgit Malaysia dengan menggunakan wang YaPEIM sedangkan hanya melibatkan 100 orang peserta? Adakah munasabah kos purata bagi seorang peserta sebanyak RM 5,900 seorang?
5. Mengikut kertas kelulusan YaPEIM (dibawah perkara 3.0 Cadangan), bayaran RM 590,000 adalah dituntut oleh PEMANGKIN. Adakah benar PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin?
6. Mengapa Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin ini terlibat dengan penganjuran program Dato Seri’ Jamil Khir ke Amerika Syarikat?
Saya percaya rakyat Malaysia terutamanya mereka yang pernah atau masih lagi mencarum atau membuat sumbangan derma kepada YaPEIM berhak untuk mengetahui ke manakah perginya wang sumbangan mereka dan sewajarya Dato’ Seri Jamil Khir menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.
Walaupun YaPEIM adalah sebuah yayasan Islam dibawah tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Islam, saya juga yakin mereka yang membuat sumbangan derma setiap bulan melalui potongan gaji adalah untuk tujuan kegunaan amal jariah dan bukan untuk kegunaan Menteri.
Jika benar-benar lawatan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai seorang Menteri, mengapakah perbelanjaan perjalanan tersebut dibiayai melalui YaPEIM sedangkan sebagai seorang Menteri beliau layak menggunakan peruntukan Menteri?
14 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu
ReplyDeleteAmanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.
DeleteAmanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah
kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Amanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.
DeleteAmanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah
kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Aku harap Akmal ni bukan ahli PAN Imayam. Kalau dia PAN Imayam kita kena tolak sebab PAN Imayam adalah PANdusta
ReplyDeleteLancau lah..pi betulkan serban dulu..bau hapak.
DeleteRasanya si akmal ini bukanlah ahli pan imayan. Akmal ni pun tahu parti pan adalah hanya untuk golongan loser dan pengadu domba abuya sifoo bukit penang.
DeleteJika betul guna duit anak yatim utk main golf mmg haramjadah. Moga dilaknat Allah Taala.
ReplyDeleteAku tak pernah lihat suatu bangsa yg paling biadap di Malaysia melainkan ........... Depa campur tangan hal ehwal agama lain dgn marahkan org hendak laksanakan Islam dikalangan umat Islam shj di Kelantan , kutuk khutbah Jumaat di Pahang dan terkini si Alvin celaka telah jadikan mashaf al-Quran sbg sapu punggung selepas berak ! Tapi balaci dan barua Dap senyap dan terus menyanjung Dap sbb depa terdiri dpd golongan kapitalis dan komunis yg lebih mementingkan nilai2 ekonomi dan kuasa dpd agama ! Tunggulah apabila Dap berkuasa muka balaci2 dan barua2 spt PAN de tat pula akan dijadikan alas pencuci punggung depa selepas berak atau sememangnya puak2 ni reda jadi penjilat taik2 mereka ?
ReplyDeleteAmanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.
DeleteAmanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah
kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Apa ni, ko nak menjaja dan menjual benda yang dah basi. dah masuk muzium pada tahun 2004 dulu. Benda ini dah tak lagu, org tak beli benda basi. Tak percaya tanya Tok2 Mufti.
DeleteHahaha beli belah guna troley mana. Haram halal di sini saja, keluar negara semua ok. Jangan jadi macam negara berdekatan di mana hudud hanya utk rakyat, pemimpin boleh buat apa shj d dlm dan luar negara.
ReplyDeleteSudah2lah memfitnah
ReplyDeleteMenteri Yapeim dengan MB YIK....
ReplyDeleteTapi lebih gentleman Menteri Yapeim lagi kerana mengaku pergi ke Amerika guna duit Yapeim.
MB Kelantan sampai sekarang tak nak beritahu kemana duit RM14.6 juta tu digunakan. Adakah buat belanja Fastaqim? Simpan untuk bayar gaji baru? Belanja lawatan ke luar negara juga?
Si songkok tinggi nampak lebih telus daripada si kepala balut serban besar bab duit.
Apalah beza macai bee end meno dengan si juburi yang sekarang bermastautin di penjara sungai buloh. Semasa dalam kerajaan segala harta dan duit kerajaan disebat untuk keluarga dan kroni, dan baru baru ini gila isim nak jadi menteri besar selangor untuk rembat aset air negeri bernilai 3 billion demi membeli ahli politik bee end dan dapat tunaikan hajat nak jadi perdana menteri...mujurlah tak jadi..maka jangan perasan suci lagi maksumlah pencacai pakatan haprak woooi
ReplyDeleteMemang tak ada bezalah, termasuk juga yg nak tibai 40b dp deig tu. Tapi puak DAP depa berak tapi pandai kambus, berapa banyak balak dp Kelantan , Perak, Pahang mereka tibai tapi mereka kambus balik. Juga penerokaan tahnah haram di C Highlands untuk pertanian, di persisiran pantai untuk ternakan ikan, udang habis semuanya mereka tibai .
DeleteBuget terlebih buget ni.kata ada the other woman tu sapa.anak yatim yg dapat sponsor jln jln ke ny ke.alahai pak menteri.exco kelantan ada pegi main golf d amarika ke yg nak samakan sgt.kelantan tu negeri miskin tentulah ada kesukaran.yapeim tu byk org derma.warga maheimpun dipotong gaji tentulah byk duit.kenapa nak samakan pancai.otak oren udang tu tolong cuci juga
ReplyDeleteHaram jadah punya menteri....muka pun macam lanun...
ReplyDeleteDulu duit zakat, skrg duit yapeim...
Korang nak tengok bill tu Sila Klik SINI
ReplyDeleteTambang kapal terbang pergi balik untuk jamil sebanyak RM137,246.55
Tambang untuk bini dia pun RM137,246.55
Tambang untuk 2 orang saja dah lebih suku juta...!!!!
Aku rasa tambang untuk 2 ekor gajah pun tak semahal ini.