Kegagalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyelenggara kawasan sekitar stesen komuter Batu Tiga Shah Alam dikatakan menjadi punca berlakunya banjir kilat pada Isnin.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail mendakwa, KTMB gagal menyelenggara kawasan longkang dan parit di sekitar stesen komuter itu sehingga menyebabkan air melimpah sekaligus menyebabkan banjir kilat.
“KTMB hanya pandai menaikkan tambang tetapi keselesaan pengguna dan kesan alam sekitar langsung tidak dihiraukan.
“Punca utama banjir kilat yang selalu berlaku di sekitar kawasan komuter KTMB Batu Tiga ialah kegagalan pihak itu menyelenggara dan menaik taraf kawasan sekitar dengan baik.
“Misalnya, longkang-longkang tidak pernah diperluas sehingga menyebabkan air melimpah keluar,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sehubungan itu, Rodziah menggesa KTMB meningkatkan penyelenggaraan perparitan agar kejadian banjir kilat dapat diselesaikan segera serta tidak berulang.
Dalam pada itu, beliau juga mengakui kerajaan negeri Selangor sudah meluluskan peruntukkan untuk menaik taraf sungai Damansara dekat Batu Tiga dalam Bajet Selangor yang baharu.
“Saya telah mengarahkan supaya projek menaik taraf sungai dipercepatkan tetapi KTMB juga diminta agar lebih sensitif dalam menambahbaik penyelenggaraan di stesen Batu Tiga yang saban hari bertambah penggunanya,” ujarnya.
Terdahulu, beberapa kawasan utama di Shah Alam termasuk Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga teruk terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam.
Banjir kilat turut menenggelamkan landasan keretapi sehingga menyebabkan operasi komuter di Stesen Komuter Batu Tiga terjejas.
Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula menyifatkan pembangunan pesat di sekitar Seksyen 13 Shah Alam sebagai salah satu punca berlakunya banjir kilat pada Isnin.
“Saya mengaku pembinaan pelbagai bangunan sekitar Seksyen 13 antara puncanya. Sistem perparitan, sampah sarap, pembinaan yang tersumbat temasuk tanah merah di sekitar itu mungkin menjurus kepada masalah ini,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut tentang tindakan dan langkah yang akan diambil oleh pihaknya bagi mengatasi masalah itu.
Saya hormat kepada YB Batu Tiga kerana memperjuangkan isu banjir ini.
ReplyDeletePada masa yg sama terlondeh lah Khalid Samad yg membatu bisu walaupun belaiu MP Shah Alam.
Nampak gaya YB PKR buat kerja, YB PAN Imayam buat taik mata.
Satu sokongan untuk PAN adalah satu sokongan untuk DAP racist
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
DeleteBukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
Islam tetap menjamin dan tidak akan menganggu amalan agama lain. Oleh itu, mengapa perlu risau Malaysia menjadi sebuah negara Islam model?
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-prinsip-amanah-terkorban-dalam-pan/
ReplyDeleteSAMBIL menunggu giliran korban kambing beliau, salah seorang teman memberitahu saya bahawa ahli-ahli PAS seperti Dr Mujahid melakukan suatu pengorbanan besar apabila meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah. Ini bersesuaian dengan tema bulan Zulhijjah – sebagai bulan pengorbanan.
Saya bertanya kepada beliau semula, “mengapa?”
“Ya lah, mereka sudah selesa di dalam PAS. Tiba-tiba sanggup melepaskan keselesaan tersebut lalu menubuhkan parti baharu.”
Soalan: Benarkah mereka telah benar-benar melakukan pengorbanan besar?
Bagi saya tidak.
Adakah mereka dibayar sepanjang keahlian mereka di dalam PAS? Saya rasa tidak.
Adakah mereka mendapat keuntungan wang sepanjang keberadaan mereka bergerak di dalam PAS sebelum ini? Saya rasa tidak.
Tapi, adakah mereka yang berkenaan dengan amanah sanggup berkorban melepaskan jawatan Ahli Parlimen atau ADUN hasil kemenangan mereka di atas tiket PAS tempohari?
Saya pasti mereka tidak sanggup dan sehingga sekarang mereka tidak meletak jawatan. Alasan mereka, kerusi itu dimenangi atas tiket PR, bukan PAS. PAS yang khianat PR, kata mereka lagi.
Jika begitu, maka tidak boleh dikatakan pengorbanan besar, malah kecil apatah lagi jika mahu dikaitkan dengan bulan Zulhijjah.
Mengapa?
Andaikata mereka mahu memikul makna perkataan Amanah yang sebenar, mereka yang berkenaan harus berani melepaskan jawatan bukan setakat di dalam PAS, tetapi sebagai Yang Berhormat hasil kemenangan PRU13 dahulu.
Mereka boleh sahaja katakan kemenangan adalah atas tiket PR, tetapi andaikata mereka benar-benar ikhlas, mereka sangup mengorbankan jawatan sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN sebagai bukti pengorbanan yang ikhlas untuk Islam.
Malah lebih baik, andaikata kawasan yang dimenangi dipertandingkan semula agar kita benar-benar tahu, adakah rakyat memilih mereka atas tiket PAS atau atas tiket PR?
Jika calon Pakatan Harapan menang melawan PAS, barulah kita tahu bahawa kemenangan mereka memang benar atas tiket PR dahulu. Tiada lagi spekulasi.
Andaikata setakat melepaskan keahlian PAS tanpa melepaskan jawatan YB, tidak perlu mewar-warkan mereka telah melakukan pengorbanan besar. Mengaku berkorban tetapi masih mendapat gaji YB. Itu bukan berkorban, itu tidak amanah namanya!
Andaikata YB-YB PAN tidak amanah dalam melepaskan jawatan bergaji yang dimenangi, tidak sanggup mengorbankan jawatan yang dimiliki di atas platform PAS ketika PRU13, bagaimana mahu bersemuka dengan rakyat dan mengaku bersikap amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam melindungi hak umat Islam melaksanakan agama Islam sebagai cara hidup, bukan hanya spiritual semata?
Soalan yang lebih penting: Apakah matlamat PAN? Apakah polisi PAN dalam isu Bumiputera?
Apakah sikap yang akan diambil oleh PAN dalam isu ketidakseimbangan ekonomi antara bumi dan non bumi ketika Presiden PAN sendiri menolak agenda membantu bangsa Melayu dalam perjuangan mereka?
Bagaimana pula kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Adakah PAN melihat Islam seperti DAP iaitu sekadar agama spiritual seperti agama lain yang terpelihara sekadar perlembagaan bertulis atau melihat Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh meliputi aspek kehakiman, perundangan, hiburan, pendidikan, ekonomi, hubungan sosial dan lain-lain?
Adakah PAN akan menghapuskan kuota bumiputera di universiti? Apakah perancangan Parti Amanah untuk menjadikan bumiputera lebih progresif dan mampu berdaya saing dengan bangsa lain?
Adakah PAN akan menjadikan Islam dan penguatkuasaan perundangan syariah terhad kepada isu individu dan keluarga Muslim sahaja?
Adakah PAN akan menghapuskan institusi yang membantu bumiputera seperti MARA, FELDA dan lain-lain kerana mahu menghapuskan identiti bangsa dari Malaysia?
Kenapa salahkan KTMB???
ReplyDeleteSebuah agensi kerajaan untuk pengangkutan awam.
Yang perlu ambil tindakan sebelum berlaku banjir ialah
1. JPS (bertanggunjawab atas semua sungai termasuk Sg Damansara dan Sg Kelang)
2. LLM yang bertanggungjawab atas lebuhraya bertol Batu Tiga yang mengurangkan kawasan hijau dan menyebabkan tiada air boleh menyerap masuk bawah tanah
3. MBSA kerajaan tempatan yang kutip cukai pintu WALAUPUN di kawasan yang TIDAK ADA RUMAH dan hanya penuh pokok hutan...
KTM hanya sekadar boleh membersihkan kawasannya yang amat terhad. Air ini akan mengalir masuk ke longkang seliaan MBSA
YB perlu berlaku adil terhadap Stesen KTM Batu Tiga. Kerana sampah juga dikutip oleh syarikat yang dilantik oleh MBSA dan KTM tiada kuassa menentukan jadual kutipan sampah dari kawasan stesen KTM.
Bagi saya Khalid Samad Pan Imayam tidak progressive, tidak inclusive dan tidak peduli dalam isu banjir ini.
DeleteMungkin dalam otak Khalid Samad yg juga YB Shah Alam yg penting adalah mendapat keredhaan Abuya Sifoo Bukit Penang dan terus membantai PAS.
Zaman Sahabat ada Khalid Ib Walid yg banyak berjasa walaupun setelah kalah. PAN Imayam pula ada Khalid Samad, yg menngelupur sebab kalah dan menyerang perjuangan asal atas konsep BORN LOSER
Penjenayah tak akan berani melakukan sekejam ini jika hukum hudud dilaksanakan.lg puak pan imayam n penjilat dap ingin mempertikaikan suruhan Allah.muhasabahlah
ReplyDeleteIni komen utk posting sebelumnya.he he
DeleteTajuk artikel banjir di Batu Tiga Shah Alam.
ReplyDeletekalau nak komen tajuk biar yang berkaitan artikel ni saja lah.
Menyesakkan bila nak masukkan jugak komen yang tak ada kaitan dan suka mencarut dan melucah.
Tak ada sapa nak tengok komen yang tak berkaitan.
Minta tolong admin bar IP yang bagi komen lucah dan tak ada kaitan dengan posting asal.
Anonymous 16.08...memang betul apa tuan ckp tu.. heran . Heran org mempunyai menteliti manusia jenis ni... omakkau dah masuk selalu kesah2 dap dan amanah...dah luahkan perasaan tu sudah lah.. ini kesah banjir kat shah alam pun belasah dap..
ReplyDelete