KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 29 November 2015

RAJA MUDA KEDAH MANGKAT


Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar akibat kegeringan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

"Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini. Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Mukhriz berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

-Bernama

1 comment:

  1. semuga rohnya ditempat org beriman

    setiap yg hidup pasti mati tk kira menteri..raja..perdana menteri...isteri perdana menteri...ulamak.. presiden parti..bloggers dan kita semua

    tinggallah penyokong tegar.. tinggallah isteri tegar...tinggallah yg wala dn tk wala...tinggallah serban dn jubah... tinggallah lebihan duit xsempat habis berbillion ringgit

    tinggallah jawatan glc... tinggallah elaun 90k.. tinggallah velfire... tinggallah 1mdb dan gst... tinggallah yapiem dan anak2 yatim..
    tinggallah blog tnpa adminnya lagi

    dua helai kain putih mengiringi pergi. rekod didunia dibawa sama.. menghadap hakim lawyer dan peguamcara yg maha adill

    tiada lg laungan takbir penyokong.. tiada lagi hidup melayu mengiringi.. tiada lg yg perkasa semuanya terbujur kaku

    sampai masanya segala gerak kerja zahir dan hati btin akn dikira oleh calculator maha agung yg sangat tepatnya.

    cukuplah dua helai kain putih... cukuplah dua menara kembar nisan putih serta rekod kehidupan yg tidak luput menjadi peringatan kita semua.

    innalullahi wainnaillahi raajiuuun

    ReplyDelete