Wednesday 18 November 2015

KEARAH KEBAIKAN DAN BERTUNJANGKAN KEBAJIKAN PAS TIDAK ADA MASALAH BEKERJASAMA DENGAN UMNO .... HARON DIN



PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO selagi ia bertujuan ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.

Menegaskan perkara itu, Mursyi­dul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din berkata, sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, parti itu tidak boleh menolak apa sahaja perkara yang boleh mencapai dan memerlukan kepada pertolongan kerana ia merupakan suruhan Allah.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, kerjasama secara khusus antara kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kebersamaan itu boleh berlaku bergantung kepada keadaan dan masa yang menentukannya.

“Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah de­ngan perkembangan, namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.

“Sejauh mana dan bagaimana untuk dilakukan kerjasama itu, mungkin keadaan menentukannya. Kedua-dua (parti) sememang­nya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata, PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) selagi tindakan itu menguntungkan parti tersebut dan demi me­negakkan Islam.

Menurut beliau, PAS bukannya sebuah parti yang jumud dan disebabkan itu mereka akan be­kerjasama dengan semua pihak demi mempertahankan negara tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Dalam pada itu, Haron turut mengingatkan semua ahli PAS termasuk mereka yang bukan lagi menjadi ahli PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak menyerang sesiapa sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.

Tokoh ulama berpengaruh itu berkata, walaupun episod kebersamaan antara mereka yang meninggalkan parti itu sudah tertutup, namun ia tidak bermaksud untuk mewujudkan permusuhan sebaliknya mengekalkan persahabatan.

“Saya menyeru ahli PAS jangan menyerang sesiapa, sama juga saya menyeru kepada bukan PAS supaya tidak menyerang PAS. Kenalilah siapa musuh kita yang sebenar dan kenalilah kawan berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berpada-padalah menya­yangi kawan kamu, mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kamu dan berpada-padalah membenci musuh kamu kerana mungkin satu hari dia berubah menjadi kekasih kamu.”

“Dalam bermusuhan, menye­rang dengan kata-kata yang tidak sepatutnya bukan dari akhlak Islam tetapi menasihati apa sahaja yang boleh membawa kepada kebaikan adalah dari ajaran Islam. Jauhilah fitnah kerana akibatnya kamu tidak dapat menanggung balasannya,” katanya.

Mengulas mengenai konsensus pakatan pembangkang yang dilanggari DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, beliau berkata, perkara tersebut tidak re­levan lagi untuk dibangkitkan kerana pada masa ini hubungan PAS dan DAP sudah terputus.

Kata beliau, sememangnya isu tersebut menjadi punca utama keretakan hubungan antara kedua-dua parti itu disebabkan pencabulan DAP terhadap keputusan yang telah dibuat bersama dalam pakatan pembangkang.

19 comments:

  1. 15:09 apa punya lalok kamu ni.bkn ke ibrahim libya n pengikutnya itu dikira mati syahid kerana menentang pemerintah yg zalim.apa kamu kata depa tu mati katok.keadaan n suasana politik sentiasa berubah kita perlu berlapang dada berfikiran terbuka jgn asyik jumud menyanjung dap.spt kata harun din la kita perlu bijak menilai siapa musuh sebenar apa yg lebih merbahaya kpd negara n agama.kita perlu sentiasa menilai n muhasabah.ia krn kita tdk tahu bertapa liciknya permainan musuh yg bijak memanipulasi segala kelemahan kita.kelak kita akan nampaklah siapa sebenarnya yg ego n mementingkan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. DILABEL KAFIR, MP TEMERLOH SINDIR MAT SABU!!!

      Heh! Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni, nampak sangat yang dia cuma sekadar 'Menganjing' kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini.

      Hari tu kita dah laporkan bagaimana Si Mat Sabu tu meroyan dan membuat dakwaan kononnya kepimpinan PAS melabelkan ahli - ahli parti Pengkhianat yang dia pimpin sebagai golongan 'Kafir'.

      Namun, tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu telah membangkitkan persoalan dikalangan rakyat. Kenapa pulak Si Mat Sabu tu tiba - tiba je nak buat dakwaan tersebut?

      Si Mat Sabu tu ada bukti ke nak membuat dakwaan serta tuduhan tersebut? Atau dia sendiri yang bermimpi disiang hari memandangkan perkara sedemikian sering dilakukan oleh dirinya selama ini?

      Kalau dia setakat buat dakwaan dan tuduhan tersebut tanpa sebarang bukti, nampak sangat la yang Si Mat Sabu tu terdesak nak meraih sokongan dengan memburukkan puak - puak PAS tu.

      Walaubagaimana pun, dakwaan Si Mat Sabu tu telah disindir oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam dengan menyifatkan ianya sebagai tuduhan serius.

      Kenyataan Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menuntut agar Si Mat Sabu tu tampil serta mendedahkan 'Siapa', 'Bila' dan 'Dimana' pemimpin PAS membuat tuduhan sedemikian.

      Dalam masa yang sama, Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menyelar dakwaan yang dibuat oleh Din Pudu yang menyatakan bahawa 60 peratus kepimpinan PAS sudah keluar dari parti.

      “60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

      “Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

      Delete
    2. Ibrahim libiol lu kata syahid....pasal amanat adi awang leebon pinya pasal.....adi awang lebon wat uturn balik pasal amanat dan negara isle ...mana ada negara isle negara
      kebajikkan jer yg ada...dah 20 tahun berlalu baru nok cakap negaea kebajikkan....ikut situasi la konon....siaoa sebenatnya ego dan pentingkan diri sendiri nih.....dah nnpk ssgt dahhh sapa yg ego.....

      Delete
    3. Sangat setuju dgn tuan guru Hj Haron Din,, sentiasa berlapang dada demi maslahah umat islam. Dalam pas pun tak semua berfikiran matang sebegini,, ada juga sesetengah kepimpinan Pas yg hanya gila kuasa mcm umno juga, yg di fikirkan dan menjadi fokus ialah kuasa. Sesetengah daripada mereka ini dah lari keluar daripada pas dan menubuhkan pan. Tapi sebahagian masih kekal dalam pas dan mereka menjadi penghalang pas utk mencari titik perpaduan di kalangan org Islam di malaysia. Mereka sebenarnya terbodoh dgn mainan Dap satu ketika dulu di mana Dap berlakon nak kepada pembaharuan politik di malaysia. Sebenarnya Dap memperlagakan pas dan umno agar jgn bersatu supaya org cina jadi undi penentu dan hasilnya mereka dapat layanan istimewa daripada kerajaan. Kesannya,, kita boleh lihat sendiri kedudukan org cina yg sangat drastik ke hadapan. Yg paling bodoh lagi ialah kepimpinan Pas tadi, sehingga jelas Dap tu musuh islam,,mereka masih lagi nak memusuhi umno yg merupakan saudara seagama. Di kalangan umno pun serupa, diperbodohkan mcamicgerakan begitu lama sekali.....inilah politik org melayu,,menang sorak kampung tergadai.

      Delete
    4. Nak join Umno silakan Pas...yg nak persalahkan Dap apa hal pulak...Dap tu memang terang terang bulan kapir dah...yg nak jadi alasan sebab nak peluk Umno apa le jadahnya...peluk aje lah...kami penyokong Pas akan sokong Pas sampai rebah...sokong membawa rebah....kih...kih...

      Delete
  2. Kearah ke duittan.mulut ulamak jolok duit semua jadi baik.kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy and Paste -FLASHBACK, Asal Usul PAN Imayam



      RAHSIA MAT SYABUN DIKETAHUI UMUM!!!

      Buat apa la diorang nak menghabiskan masa mendedahkan perkara yang orang lain dah sedia maklumni? Dengki sangat ke diorang pada Si Mat Syabun tu sampai tahap sanggup diorang keluarkan gambar seperti diatas?

      Facebooker pro PAS semalam mempersoalkan sikap mendiamkan diri Si Mat Syabun tu walaupun DAPigs secara terang - terangan mengkritik dan mengutuk PAS yang nak melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

      Selain mempersoalkan tindakan BIADAP yang dilakukan oleh puak - puak DAPigs tu sejak kebelakangan ini, Facebookr Pro PAS itu juga turut membangkitkan persoalan berkaitan dengan motif serta agenda sebenar DAPigs berhubung isu tersebut.
      “Apa kejadahnya PKR dan DAP yang saban hari dok serang PAS khususnya Ulama? Apa kejadahnya DAP dan PKR pi dok jolok bab hudud? Agak-agak hampa, apa motif dan agenda depa berbuat begitu?

      “Mana pi suara kawan baik Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS? Apakah Mat Sabu tak boleh nasihatkan Lim Guan Eng? Apakah suara Mat Sabu langsung tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng atau Mat Sabu yang memberi lampu hijau kepada Lim Guan Eng untuk gasak Islam, Ulama dan PAS?

      “Atau Mat Sabu dah hilang teloq dan suara kerana diberi jawatan dan gaji yang lumayan dalam anak syarikat kerajaan Pulau Pinang?,” soal facebooker itu.
      Yang sebenarnya, pendedahan berkaitan dengan isu Si Mat Syabun tu telah menerima habuan daripada DAP bukan perkara baru. Tapi ianya juga pernah didedahkan oleh seorang blogger Ibrahim Baba (IB) pada tahun 2012 berkaitan dengan isu yang sama.

      Sambil mendakwa kononnya Si Mat Syabun tu menerima wang 'Sumbangan' dari Rejim DAPigs Pulau Pinang pimpinan Si Tokong DAPigs tu, blogger tersebut juga turut mendedahkan kaedah pembayaran wang 'Sumbangan' tersebut didalam blognya.
      “Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

      “Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu.
      Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor,” dedah blogger itu.
      Kesimpulannya mudah. Dah memang hakikatnya pemimpin - pemimpin dikalangan Pakatan Haramjadah macm Si Mat Syabun ni semuanya bekerja untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri. Bukannya diorang nak sangat berjuang demi menegakkan Islam sangat pun.

      Nak pulak Si Mat Syabun tu. Dia bukannya ada asa pengajian Islam. Nak kata dia ada ilmu dalam Islam pun masih boleh kita pertikaikan. Jadi, jangan heran sangat la kalau dia lebih sanggup ber'Tuhan'kan Si Tokong DApigs tu dari nak memperjuangkan dasar PAS!!! Jauh sekali dia mampu untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!!

      Delete
  3. Sejak bila pas nampak kebaikan dan kebajikan umnu sejak derma 2.6 bilion ke?cakap biar jelas kami yang mendengar dan memerhati bukan bodoh macam umnu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kata dah buka cerita DAP racist macai PAN Imayam sure lompat

      Delete
    2. Siot je anon 1641 ni...hang macai gomen ka..hang pon sama melompat macam pelaq...hang nak sokong hang sokong laa...ni aku nak habaq kat hang...kalau semua orang baik...boleh tutup neraka tau...lepas tu tak payah nak tunjuk kasih kesian yang hang ni ambik berat kat saudara seIslam dgn hang...awat! hang takut depa masuk neraka? Sejak bila dapat surat lantikan...hang jaga diri hang dulu wei..Tok sah dok kalut pasai...ni satu lagi...kalau hang nak tau tok arab tu paling perkauman...sama arab pon tibai, hat tu yang hampa nak buat contoh...arab yang boleh dibuat contoh hanya Rasullullah dan beberapa orang saja...yang lain kalau hampa dok ikut juga...memang mendapat...kah kah kah

      Delete
  4. Sejak assmin guna company 2 henggit telan anak syarikat kjaan Negri Sgork DIEG berjumlah 30billion....PAS yg dihanjingkan di pulau pinang terhegeh hegeh dengan Assmin di Sgork pula.....itu la prinsip PAS uturn selagi ada untung....

    ReplyDelete
  5. Kenapa bila sentuh DAPigs je... penyokong PAN Imayam memaki hamun PAS... ?? pelik... atau diorng ni penjilat tegar DAP... Salah ka bekerjasama untuk kebaikan Islam... Salah kah?

    ReplyDelete
  6. Bg penganut agama baru PAN IMAYAM PANDIKUTTY TAMILNADU, bau kentut DAP ibarat oksigen utk bernafas dan terus hidup.

    ReplyDelete
  7. Den.pecayo dlm.Pru 14 nanti hanya dua parti yg dominan di semenanjung iaiitu Pas dan Umno.Pas akan memerintah Perlis,Kedah,Kelantan,Trenggamu dan Selangor serta jadi Mb manakala negeri negeri lain Umno.perintah dan jadi Mb

    ReplyDelete
  8. harung ding bomoh mengarut dan loyar buruk..munafik yg bertopengkan ulama..ptuii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seribu tepukan daripada seluruh setan dan ibis kepada hang, ibis yg bertopengkan manusia....

      Delete
  9. Ulama yg berjiwa besar jarang di jumpai.lebih mulia dan berjiwa besar dari nik aziz.teruskan perbincangan bersama mufti perak kami.semoga perpaduan umat melayu tercapai dari di pecah belahkan pakatan haram.kebumikan permusuhan sebelum ini.taat lah pada saranan ulama dalam PAS dari anda taat pada DAPIG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini iaitu perpaduan di kalangan org Islam di malaysia sangat2 ditakuti oleh Dap dan org cina. Tapi sayang sekali. Pas dan umno bergaduh sesama sendiri. Sudah - sudahlah bergaduh tu,,kembali ikut ajaran quran...

      Delete
  10. Ulama itu pewaris nabi. Bilamana seorg ulama mengajak kita ke arah kebaikan, sepatutnya kita patuh. Ssh ke nk buat baik? Knp perlu kita sesama muslim membenci krn bbeza politik, tp berpelukan dgn mereka yg terang2 memusuhi islam. Jika kita benci pd seseorg muslim, doa la agar dia diberi hidayah, jgn kita mencaci n menfitnah. Azab Allah itu amat la pedih. Jika tuan2 ragu2 dlm memilih pas@amanah@pkr@umno,istikarah la. Hny Allah yg benar2 tahu ape yg tbaik buat kita semua.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...