Saturday 10 January 2015

SURAT ZAHID HAMIDI SOKONG RAJA JUDI CEMARI REPUTASI PDRM KELUH ANGGOTANYA????



Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini tidak percaya, kini naik marah, kerana merasakan reputasi pasukan itu tercalar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membersihkan nama seorang ketua judi yang menghadapi dakwaan melanggar undang-undang pertaruhan di Amerika Syarikat.

Mereka kecewa kerana surat Zahid bercanggah dengan kerja perisikan terhadap Paul Phua Wei Seng, yang menurut polis terlibat dalam aktiviti kongsi gelap dan kini menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada, selepas ditangkap ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Zahid juga gagal mengikuti prosedur dengan bertindak sendirian dalam mengutus surat itu kepada FBI, dan juga tidak memeriksa fakta mengenai Phua sebelum menghantarnya.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu.

"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.

"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.

"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.

Salinan surat dan rencana mengenainya mula-mula diterbitkan dalam South China Morning Post.

Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi juga berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara. Zahid teruk dikutuk  banyak pihak kerana bertindak secara unilateral dan menyalahgunakan jawatannya.

Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.

The Malaysian Insider juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pegawai polis kanan itu hanya boleh mengesahkan pertemuan antara Najib dan Khalid, tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Terdapat prosedur yang sepatutnya diikuti seperti dinyatakan dengan jelas dalam Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pegawai itu berkata tiada prosedur yang membolehkan Zahid menulis terus kepada FBI dan membuatkan suratnya serta-merta diterima di mahkamah.

Tambahan pula, kata pegawai itu, Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu.

"Terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

"Tambahan pula, terdapat anggota polis yang mendapati keseluruhan saga itu satu sandiwara kerana Zahid tidak berunding dengan pihak polis sebelum menulis surat itu.

"Reputasi pasukan polis hancur berkecai kerana tindakan Zahid jelas bertentangan dengan laporan polis yang dikemukakan kepada FBI pada 2008."

Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah, kata polis.



JALAN TERBAIK DAN BERMARUAH IALAH AHMAD ZAHID HAMIDI MOHON MAAF PADA WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA SECARA TERBUKA DAN TERUS LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI.

GELAGAT ZAHID INI CUKUP TERUK MEROSAKKAN IMEJ DAN NAMA BAIK PDRM .. ITU HAKIKAT.

12 comments:

  1. Mentaliti menteri umno, dia ingat umno ni berkuasa di seluruh dunia ni...elok lh tu bertambah jugak modal nk hancurkn umno ni pada pru14 nnti...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Kita rakyat biasa ni blh ckp @ komen apa saje.sbb kita takde kuasa.sdgkn yg ada kuasa bt x tau je.mcm xde apa2 brlaku.

    ReplyDelete
  3. Menteri umno kutuk mcm mane sekali pun, buat salah sebesar mane sekali pun, dia buat muka sadin je ...jgn cite tentang maruah diri dgn dia org ni buang mase je ...pru14 je ubatnye ...

    ReplyDelete
  4. Zahid hamidi ni bikin susah macai bangang nk berhujah la.. kasi up sikit upah mst lagi berbangang-bangang macai ni kluar hujah dia.malang btl najib dpt macai mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Kalau PDRM dipolitikan spt yg ada skrg sampai bila bila pun PDRM tidak akan menyerlah spt di tahun tahun 80an dulu PDRM.sangat digeruni dan dihurmati oleh rakyat Malaysia. Hanya jawatan sehaja KPN tapi tugas KPN tak ubah seperti tugas seorang KOPRAL diarah dan menerima arahan dari gulongan politik yg berkepentingan. Rasa kesihan dan bersimpati saya kepada KPN yg ada sekarang dah jadi sprt robot. Anggota akan turut sama lah jadi robot kerana kepala nya robot. Pemimpin2 UMNO/BN telah telalu ego dan sombong mereka ingat mereka lah yg paling berkuasa di Negara Malaysia ini serangan mereka lupa bahawa mereka dikantik oleh rakyat untuk membantu rakyat dan mengurustadbir negara dengan jujur dan amanah. Pemimpin2 UMNO/BN yg ada skrg ini lupa bahawa Alla telah memilih mereka mentadbir Malaysia tapi mereka memungkiri amanah Allah. Tunggu lah akan sampai masanya Allah akan tarik semula kekuasaan mereka insya'allah

    ReplyDelete
  6. Apa ada pada PDRM lagi. kewibawaan polis tercemar spt najis. Ketua yg jaga polis dan keselamatan negara bertaraf Menteri sanggup membela Ketua Gangsetar bertaraf dunia.

    Malu polis malu. Mereka bermati matian jaga hal berkaitan judi dan gangsetar, tiba tiba di bubuh racun oleh ketua mereka sendiri. Apa ni...?

    ReplyDelete
  7. Ape pdrm boleh buat, habis2 pun merungut je le, bos mne boleh lwn....nk mampos ...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Aduiii..Susah la klu mnteri mcm ni

    ReplyDelete
  9. Pembesar korea letsk jwatan hny krn feri karam ...bkn negara d ceroboh pun dan x surat sokong kepala gangster klass dunia...malu punye pemimpin yg x intergriti dan kredibeliti...rakyat dh silap pilih pimpinan trtinggi negara

    ReplyDelete
  10. Adakah menteri ini boleh diambil tindakan kerana salah guna kuasa

    ReplyDelete
  11. Mane boleh, umno kebal sape pun x leh usik, yg nmpak bertambah teruk pemimpin2 umno sekarang ni disbbkn sumpah seranah org ramai dn doa2 org2 yg dia org zalimi ...tp yakin lh x lama lg hancur lh tu...

    ReplyDelete
  12. Cina cina mmg binawe al bangsat tul pasai hang sorang abih mintri kono bongok....yg menyiasat n meriki bertahun angin pun terpalit bengong n sia2 jadinya.....yang kat klantan jd bangang abih balak n tanah kalu bule mati dlm kubur bersama....yang ketua ketum pun sama...apa ketua cina bangsat kat penang tu buat di angguk n diamkan ja waima melayu di halau ka pinggir hutan yg di seboknya masuk gereja....melayu2 knapa jadi bangang...macam mana tak bangang......(jawab sendiri la)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...