Friday 16 January 2015

TIMBALAN MENTERI MANAKAH KERETA MEWAH ANAKNYA KENA CURI?????



Kuala Lumpur: Seorang penjenayah dikesan melarikan kereta mewah model Lexus milik anak seorang timbalan menteri sebelum kenderaan disorokkan berhampiran kolej kesihatan.

Difahamkan kereta itu dilarikan penjenayah kelmarin di sekitar kawasan Setapak sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Setapak di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya melakukan siasatan sebelum mendapat maklumat kereta itu dilihat melalui Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menuju Petaling Jaya.

Menurutnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menemui kereta itu diletakkan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Petaling Jaya pada jam 3.30 petang semalam.

“Apabila anggota polis cuba mendekati kereta itu, suspek memecut kenderaan menuju ke arah Kampung Jawa, Klang.

“Suspek akhirnya memberhentikan kereta di kawasan meletak kenderaan di sebuah kolej kesihatan di Seksyen 26, Shah Alam. Dia kemudian melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, beberapa saksi mendakwa melihat suspek lelaki tempatan meninggalkan kereta itu dalam keadaan tergesa-gesa.

“Kami sudah mendapatkan lakaran wajah suspek dan ia akan diedarkan kepada umum dalam tempoh masa terdekat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

10 comments:

  1. Elok lh tu ...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Menteri hanjing

    ReplyDelete
  3. .....apasal nurul menjanda omak ko tak de posting....nnti bole la tulis nurul cerai ini umno punya pasal.....ahakss....klu dah kawin nnti bila dah bunting pun nurul cakap ini umno jugak punya pasal....ahakssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kete anak menteri umno kene curi tu ko x nk komen ke? ... nk spin la tu ...kahkahkah ...macai umno memang b..g..g kate najib la ...kahkahkah

      Delete
    2. Anon 11:06
      Jangan dilayan anjing bangsat di atas tu.

      Delete
  4. Dengar kata VVIP Pantai KL dah jadi janda. Takpalah no hal, janji jangan pi sesi touch d hanjing lagi. Kah Kah Kah

    Jesse Labu, Negeri Sembilan
    Member Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
  5. Suami dibenci Hanjing dihormati. Adalah ini pemimpin anda sanjungi.

    Kici Kici Lombu Jaga,
    kasi sentuh Hanjing Juga

    Kah Kah Kah, Ini yang anda sanjungi. Diharap jangan sanjung Abu Lahab sudahlah

    ReplyDelete
  6. Keta mewah anak tmbalan menteri mana tuu...pndai bapa dia menabung ye..

    ReplyDelete
  7. Duit x berkat x hairan le kene curi, lg pun duit berlambak boleh beli 10 buah lg....ape nk diherankn ...

    ReplyDelete
  8. sprm dn Lhdn. patut cmpur tngn siasat bgaimna seorg ank timb mntri bolh memiliki kreta mewah. kes ini sudh terng lgi besulh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...