Tuesday 20 January 2015

ZAHID HAMIDI SUDAH KENA KANTOI DENGAN HISHAMUDDIN ... NAFI PERNAH HANTAR SURAT PADA FBI.



Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan oleh menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Minggu lepas, Zahid menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Katanya, surat itu bukan urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua, merujuk kepada kenyataan yang diberikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, mesyuarat Kabinet turut berpuas hati dengan penjelasannya sebagaimana kenyataan medianya hari ini.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Namun katanya, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia. Phua bukanlah ahli kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Phua yang terkenal dalam permainan judi profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan juga disyaki terlibat dengan 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Phua, firma guamannya Chesnoff & Schonfeld memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

9 comments:

  1. Zahid ngan hisamudin same je dua2 taik hanjing beruk babi org umno smua xleh pakai termasuk macai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong Hishamuddin..Ne mutlu Tรผrkรผm diyene

      Delete
  2. Dah biasa berbohong last2 kantoi dgn member sendiri ...padan lh dgn muka tebal ko tu...

    ReplyDelete
  3. Skandal punya besar menteri membela penjenayah yang diakui pdrm/fbi terlibat pula dalam hal2 keselamatan negara....hanya berlaku di mesia masih kebal terus angkuh berkuasa

    ReplyDelete
  4. Dia nak tolong cukong tu sebab seorang informer. Informer!!!!!.... tapi jenis no satu punya penjenayah. Informer pula ditangkap sebab jenayah luar negeri. Zahid pulak sampai kes antarabangsa pun dia nak tolong . Nampak sangat cukong tu dah banyak memberi 'habuan' kepada Zahid.

    ReplyDelete
  5. tolol bahlol biol samdol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ehh satu lagi...cina doll...

      Delete
  6. ISU SURAT FBI, MALAYSIAKINI GUNAKAN "LEADING QUESTION" !

    1. Saya masih ingat ayat Zahid Hamidi "amalan mengeluarkan surat tapisan keselamatan adalah amalan biasa sebagai Menteri Dalam Negeri. Ia turut dikeluarkan oleh Menteri-Menteri Dalam negeri sebelum ini".

    2. Tapi yang pelik Malaysiakini terjah Menteri lain seperti Hishamuddin dan Syed Hamid Albar dengan bertanya soalan "adakah Datuk Seri pernah menghantar surat kepada FBI?". Pastilah jawapannya TIDAK !

    3. Sebab sewaktu Hishamuddin dan Syed Hamid Albar menjadi MDN, memang tidak ada kes Paul Phua yang melibatkan FBI malah tidak ada kes rakyat Malaysia yang terlibat dengan jenayah di US. Apakah tuntutan kepada menteri tersebut untuk mengutus surat kepada FBI ?

    4. Soalan wartawan Malaysiakini sengaja memberi "leading question" supaya Hishamuddin dan Syed Hamid jawab TIDAK bagi menggambarkan Zahid bersalah. Tidak semestinya jawab TIDAK tersebut menandakan mereka tidak mengeluarkan surat vetting selama menjadi MDN. Itu memang tugas MDN.

    5. Soalan yang sepatutnya jika Malaysiakini adalah saluran media yang berintegriti ialah "Pernahkah Datuk Seri mengeluarkan sebarang surat vetting (tapisan keselamatan) sebelum ini ?". Tapi Malaysiakini adalah portal yang berniat jahat. Walaupun Malaysiakini berusaha untuk menjatuhkan imej Zahid kononnya menyalahgunakan kuasa tetapi senario antarabangsa membantu Zahid Hamidi.

    6. Kita lihat saja bagaimana Belanda dan Brazil membantah Indonesia yang menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyatnya yang ditangkap mengedar dadah. Adakah pemimpin Belanda dan Brazil hidup atas duit dadah ??? Begitu juga Australia yang melakukan 50 kali rayuan terhadap Indonesia bagi melepaskan rakyatnya dari kes judi dan dadah. Mengapa rakyat di Belanda, Brazil dan Australia tidak mengkritik dan menfitnah pemimpin mereka mengikut nafsu persepsi ?

    7. Bukti tindakan pemimpin-pemimpin antarabangsa ini menggambarkan tindakan Zahid adalah normal praktis yang tidak perlu dipertikaikan. Malah Zahid Hamidi bukan membela hanya mengeluarkan surat penjelasan status.

    8. Akhir sekali semakin hari tembelang Malaysiakini semakin tampak jelas. Semakin mereka rosakkan imej Zahid semakin orang Melayu sedar bahawa pemimpin yang boleh menyebabkan Cina tunduk adalah Zahid Hamidi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...